Jalan dilangkah dan ditapak perlu guna otak..

Salam perjuangan…

.

Sejujurnya saya gemar bergaul dengan orang yang lebih tua dan lebih muda daripada saya berbanding dengan orang yang seumur dengan saya.

.

Jelas nya,ia amat menarik untuk kita melihat bagaimana jiwa orang yang lebih muda dari kita bertindak dan bagaimana kita mampu mencedok sedikit sebanyak dari mereka.

.

Sebagaimana seorang yang saya kagumi, seorang guru yang kini sudah lewat umurnya..Dia berkata bahawa yang bilamana bersama anak-anak muda dia juga turut berasa muda dan bertenaga.

.

Anda bayangkan,seorang guru pencen biasanya akan duduk sahaja di rumah,bermain dengan cucu atau cuma ke surau dan menghabiskan masa dengan biasanya orang-orang pencen lakukan.

.

Tapi bukan baginya.Dia tetap bergerak dan bergerak dalam membawakan Islam.Tak pernah dia luntur. Ketika menumpang tidur di rumahnya di Kedah dalam acara untuk memenuhi jemputan ke sebuah kolej untuk menjadi pengacara forum,banyak yang saya pelajari daripada beliau.Setiap nasihat yang keluar lebih indah dari mutiara yang terbina 1000 tahun lamanya.

.

Begitu juga dengan seorang pembaca blog saya iaitu mak cik werdah yang saya kagumi.Benar,banyak cabaran mungkin menimpa beliau.Dan secara jujurnya walaupun saya tidak pernah bersua muka,tetapi komen-komen yang ditinggalkan berupa nasihat banyak yang dapat saya cedok.Kata-kata itu sebenarnya adalah pengalaman yang ditapak dalam perjalanan kehidupan.

.

Ketika dalam perjalanan ke Utara untuk program yang sebagaimana saya ceritakan dalam post terdahulu,saya berkenalan dengan seorang pak cik.Dia berasal dari Pahang dan hendak melawat anak nya di Kedah.Asalnya saya cuba berkenalan dengan dia memang untuk membuka fikiran saya dan dalam masa yang sama untuk cuba berkongsi buah fikir tentang Islam.

.

Saya mulakan dengan berkenalan biasa dengan beliau. dan bila sudah selesa saya cuba bertanyakan masalah masyarakat dengan beliau.Menariknya,apa yang di bawakan kepada saya pula oleh beliau adalah perkara yang ingin saya bawakan kepada beliau.Iaitu segala masalah adalah masalah ranting yang mana masalah pokoknya adalah masalah aqidah manusia yang sudah sangat tercemar dengan illah-illah asing.Bahkan dia yang memberi banyak input pada saya tentang shahadah,tentang kehidupan dan tentang pengalaman hidup beliau sebagai seorang ayah.

.

Pada orang yang muda dari saya juga dapat banyak saya belajar.Saya baru awal 20-an tetapi saya melihat ada perbedaan corak berfikir bagi mereka yang lebih muda dari saya.

.

.

Sifat Pemuda

Pada keberanian dan semangat mereka yang muda ini amat menarik kekaguman saya.Dalam program yang saya dijemput untuk menjadi facee dan juga penyampai kepada satu slot dalam program itu,saya melihat mereka ini punya keberanian dan semangat yang dahsyat.

“Kita boleh buat.Kita boleh buat” Dan itulah semangat BOLEH yang saya nampak pada diri mereka walaupun sebenarnya mereka belum begitu tahu bagaimana mereka BOLEH buat.

..

Pada PEMUDA DAN PEMUDI

.

Saya sendiri adalah seorang pemuda.Dan saya amat bersyukur atas kepemudaan saya.Ketika saya berbual dan berkongsi mata pandang dengan peserta program itu saya melihat diri saya beberapa tahun lalu dalam diri mereka.Sanggup dan semangat untuk berbuat apa sahaja.Walaupun sebenarnya tidak tahu bagaimana..Keberanian dan semangat itu saya sanjung.Kelemahannya cumalah cara berfikir yang kurang matang.Kesilapan yang mereka lakukan dikumpulkan bersama adalah sama dengan kesilapan yang pernah saya lakukan seorang.Kesilapan yang pernah saya lakukan beberapa waktu dahulu.

.

Itu sebenarnya bukan salah kamu adik-adik ku.

Kematangan itu hadir dari pengalaman kehidupan.Kamu berfikir cara menyelesaikan masalah yang ada juga adalah dari pengalaman.Ia berjalan seiring dengan masa.

.

Tetapi sebenarnya di situlah datangnya tanggungjawab mereka yang sudah melalui jalan-jalan itu.

..

Berada di medan dakwah,mutiara dari da’ie yang telah lama menjejak jalan ini dan melangkahkan tapak adalah sangat berharga.Hargai kehadiran mereka.Tagihlah pengalaman mereka.Dahagakanlah nasihat dari mereka.Saya sendiri mengabdikan seminggu saya di Kuala Lumpur dan tidak pulang ke rumah berjumpa keluarga tercinta selepas habis OBML yang melelahkan adalah untuk mendapatkan mutiara terbaik daripada penjejak jalan dakwah yang pernah meredah laluan yang baru kita mula nak merangkak ini.

.

.

Kita adalah orang yang muda yang sewajarnya kita bertanyakan mereka ..Bukan mereka yang menawarkan kepada kita.Buah yang baik perlu kita usahakan untuk kita merasa manisnya buah itu.

.

Maka adik-adik ku..

Jika kau bertemu seorang tua dalam perjalanan hidup mu,teguklah pengalaman dari nya..Dari kesilapannya dan dari kejayaannya.Kerna kesilapan yang dia lakukan mungkin apa yang akan kau lakukan sebentar lagi.Dan kejayaan dia adalah mungkin yang akan kau gapai sekejap lagi.

.

Ambil lah ibrah dari Quran dan sirah

Kekuatan pemuda itu adalah pada keberanian dan semangatnya.Lihat sahaja bagaimana Allah memuliakan pemuda-pemuda dalam kisah ashabul kahfi.Mereka adalah pemuda yang hebat.Mereka sudah menyiapkan tapak-tapak keimanan yang akan subur dalam negeri yang kufur. Mereka melarikan diri hanya setelah tapak-tapak keimanan itu sudah wujud dan subur dan mereka bertindak untuk melarikan diri hanya kerna mereka yakin jika mereka ditangkap,dakwah mereka akan terhapus.Sedangkan jika mereka menyembunyikan diri,benih keimanan yang sudah disemai akan tumbuh dengan senyap sehinggalah saat buahnya yang manis mula masak dan akar iman mula mencengkam kuat di tanah kufur yang kini menjadi sebuah tanah keimanan.

.

Itu adalah fiqh dakwah.

.

Lihat pula dalam surah Al Buruj bilamana Ghulam ya’ni pemuda itu sanggup untuk dikorbankan demi menjadi contoh kekuatan iman kepada yang lain..

.

Itu adalah Fiqh dakwah.

.

Sebenarnya mereka ini adalah contoh dan model kepada kita yang dalam kita bertindak,berfikirlah dengan bijak.Lihat segala sudut.

Dan paling penting!! CEDOKLAH PENGALAMAN mereka yang sudah lama dalam jalan ini.

Kerna lihatlah pada kisah Luqman al-hakim yang bijak dan beriman.Beliau adalah contoh sebuah bimbingan orang yang lebih tua kepada orang yang lebih muda ya’ni anak-anaknya.

.

Kekuatan itu ada pada diri yang muda dan ada pada diri yang tua.Kekuatan pemuda pada semangat dan fizikalnya.Kekuatan yang tua pada kematangan dan kebijaksanaannya..

.

Adik-adik ku..

Lihatlah dengan kaca mata al Quran ketika berbuat keputusan.Lihatlah dengan enar.Dan cedoklah dari murabbi-murabbi mu.Cedoklah pengalaman mereka yang tua dari pada mu..

.

Sebagaimana murabbi ku memberitahu aku “Ana latih ntum sebagaimana murabbi ana latih ana” dan disini aku sebut perkara yang sama.

Dan jangan gentar untuk terus melangkah.Kerna aku di sini bersama mu bergerak bersama kamu.Jangan gentar kerana Allah barangkali sedang tersenyum melihat usaha kita.Jangan gentar kerna syurga Nya ada di sana.Jangan gentar kerna kami bersama mu.Aku dan semua yang lain ada bersama kalian.Dan kau bukan seorang.Jangan gentar..gugur atau menang sama sahaja.Kerna kita sama sama berpimpin tangan..mencari redha Allah!!!

3 perjalanan jutaan kenangan dan pelajaran

Salam ukhwah..

Akhir nya saya sempat menulis di sini kembali.

.

.

Dalam beberapa minggu yang lepas saya telah mengharungi 3 perjalanan yang menarik.Sangat menarik dan sangat membuka minda.

Pada 8 Januari saya keluar dari langkawi dan terus ke rumah murabbi untuk menumpang tidur. Banyak perbincangan yang berlaku malam itu . Tapi apakan daya esoknya saya berangkat ke KLCC Tower 1 untuk melapor diri untuk ke OBML Lumut.

.

.

Outward Bound Malaysia Lumut

.

Sangat best!! Tak tipu. Disini secara jujur saya kenal beberapa aspek dalam diri saya. Saya memang tahu yang saya bukan seorang penyabar. Tetapi dalam masa ke masa aspek itu saya bentuk ke dalam hal yang lebih positif. Ketika berkayak dan ber’whaling’ baru saya sedar yang sebenarnya saya ni sangatlah tidak penyabar. Bukan bermakna saya akan marah-marah tak tentu hala tetapi saya tak tahan dengan sikap lambat dan terhegeh-hegeh.

.

.

Dan saya baru sangta menyedari yang saya sangat-sangat competitive. Waktu dalam whale saya nak sangat menjadi kapal pertama sampai di destinasi.Jadi walaupun Yong Yap dah dipotong pada awalnya tetapi kami berjaya memotong kembali dengan dahsyat dan meninggalkan jauh 2 kapal yang lain.Semangat yang ada tak luntur walaupun berjam-jam berkayuh di tengah laut yang panas terik.Syukur punya team mates yang mantap dan dahsyat dan sanggup terima cabaran yang ada dengan baik.

..

..

Waktu berkayak juga situasi yang sama berlaku.Satunya saya nak jadi orang pertama sampai selepas kapten.(Kalaulah kapten pun boleh dipotong pasti saya dah potong kapten).

.

.Saya memang sukakan untuk menang.Siapa tak suka.. Tetapi pada waktu yang sama saya belajar yang kemenangan bukan segalanya.Menjadi orang pertama sampai memang mewujudkan kepuasan pada diri bila kitalah orang pertama yang menjejakkan kaki ke destinasi.Tetapi saya belajar yang kita lagi cantik kalau dapat jejakkan kaki ke destinasi bersama-sama.

.

.

Tapi macam manapun kesabaran saya di uji jugak.

Waktu ekspedisi pulang saya disuruh jadi sweeper maksudnya orang paling belakang dalam formation diamond untuk kayak.Serious bengang.Tak tipu laa..Saya betul tak suka dengan kelambatan dan kelembapan.Jadi setiap masa saya akan push orang yang di hadapan saya untuk bergerak lagi laju.

.

Pengajaran.

.

Saya melihat sisi baik ketidaksabaran saya dan saya mampu gunakan dengan cara yang baik.Sikap kompetatif yang ada juga sangat baik tetapi lagi baik kalau ia dilakukan dalam kumpulan.Sebelum ini ketika sebelum tarbiyyah mengubah sikap saya , saya memang agak kompetatif dan tidak sabar tetapi dalam konteks yang tidak berapa elok.Tetapi alhamdulillah apada sem lepas,,jujurnya ketika buat assignment yang diberikan lecturer sikap kompetatif itu saya gunakan sebaik mungkin dalam melaksanakan assignment dan saya amat berpuas hati dengan hasil yang saya lakukan.Kerana saya nak jadi lebih baik daripada yang lain. Dan kali ini saya belajar kalaulah sikap itu boleh diguna untuk membangun bersama – sama,maka lebih maju kita boleh pergi.

..

..

.

Kuala Lumpur

.

Pulang dari OBML saya terus ke rumah murabbi.Dari 15 hb sampailah ke 21 hb.Seminggu jugaklah rasanya.

Banyak yang dibincangkan dan dilihat.Tak perlu saya tulis di sini kerana saya tidak rasa kepentingan untuk dikongsi disini,.

.

Tetapi dari beberapa hal sebenarnya saya melihat bahawa usaha penyatuan ummat bukanlah semata mata mengumpulkan manusia bagai memukat atau menjala ikan.Tetapi ia adalah pembinaan setiap jiwa dengan kefahaman yang sama dan bergerak atas landasan yang sama.

.

.

Kedah

Pada 21 hb saya bertolak ke Yan dari Kuala Lumpur. Ada program di sana dan saya perlu hadir untuk membantu.Apa yang saya lihat sebenarnya kita perlu bertindak secara teratur dan bijak.Kebanyakan peserta adalah sangat muda.Dan mereka memang kurang kematangan tetapi itu bukan salah mereka.Kematangan itu adalah satu proses yang berlaku selari dengan masa.Tetapi dari segi penyusunan dan strategi,kita harus bijak menilai sesuatu perkara tersebut dan jangan bertindak tanpa perancangan teliti.

.

.

Saya akan menulis lagi.

p/s: Mamat Gepeng.Sori wey..nanti aku cerita nape aku tak dapat datang..

Coretan Sebuah Perjalanan

Salam ukhwah..

Salam perjuangan kepada mereka yang tak henti-henti bergerak di jalan Allah.

Salam kepada insan yang kufur kepada toghut dan berimankepada Allah..

Kini masih  di rumah murabbi.Selepas pulang dari OBS terus ke rumah murabbi untuk beberapa program yang dirancang..

.

Selepas ini akan Utara untuk program berikutnya..

Saya akan menceritakan dengan penuh segala pengalaman yang lebih mahal dan bernilai dari segunung mutiara yang dicampak dalam laut yang bersinar..

Ila li qo

Lebih Zionis Dari Zionis!!

Salam perjuangan.

.

InshaAllah saya akan bergerak ke Kuala Lumpur pada hari jumaat nanti untuk OBS. dan kemudian akan berada seminggu di sana untuk mengikuti beberapa program yang telah di susun.Kemudiannya jika tiada halangan saya merancang untuk ke Kedah bagi program yang lain pula.

.

Tak perlu bercerita lebih lanjut.

.

Jadi sebagaimana tajuk yang saya tuliskan di atas.Mungkin barangkali dari segi bahasa saya tidak pasti ia salah atau tidak.Tetapi cuma dengan jelasnya saya mahu sampaikan sifat dan sikap pemimpin yang nama nya Islam dan beridentiti Islam bertindak sekejam zionis yang menjajah.Saya tidak merujuk kepada yahudi kerana yahudi cuma satu bangsa tetapi yahudi zionis adalah segolongan yahudi yang punya tujuan dan matlamat yang sama dengan tindakan dan cara yang sama.Leih lanjut perkara itu,perlu saudara selidiki dengan mendalam.Saya tidak mahu menulis panjang tentang ciri dan matlamat zionis atau apa sahaja berkaitan dengan nya dalam post kali ini.

.

.

Tetapi yang ingin saya sampaikan adalah kekejaman mereka yang beragama Islam yang hanya berfikir bahawa masalah Palestina hanya lah masalah sebuah negara dan perebutan tanah.Tetapi tidakkah mereka terfikir ia nya adalah masalah maruah agama yyang dirobek dan dijatuhkan!!

.

.

Sebagaimana ummat ini digambarkan sebagai sebuah bahtera..Tanah Palestina dan penduduknya yang di kejami dengan pelbagai kezaliman itu adalah sebahagian bahtera ummat yang dirosakkan yang cuma musuhnya menanti untuk seluruh bahtera itu tenggelam!!

.

.

Dan sebahagian dari kita bertindak mengalukan kedatanagn musuh memusnahkan bahtera tersebut!!

…………………………………………………………………………..

Mesir teruskan bina tembok

RAFAH 5 Jan. – Bunyi gerudi tukul bersilih ganti memukul keluli besar ke dalam tanah pasir di kawasan Mesir yang bersempadan dengan Genting Gaza untuk membina tembok bawah tanah yang akan mengubah keseimbangan kuasa di kawasan bergolak tersebut.

Setelah siap nanti, tembok keluli itu akan menyekat perhubungan terakhir Gaza, dengan menyekat beratus-ratus terowong penyeludupan dengan tembok sepanjang 14 kilometer di sepanjang Gaza-Mesir dan akan meningkatkan tekanan kepada pemerintah wilayah itu, Hamas supaya lebih berlembut.

Hamas kini hanya menunjukkan minat yang sedikit untuk berkompromi dalam rundingan perkongsian kuasa dengan pesaing yang mendapat sokongan Barat atau rundingan pertukaran banduan dengan Israel.

Penguasaan mereka ke atas Gaza bergantung kepada sumber bekalan dan wang tunai dari terowong tersebut.

Semalam, para pekerja mengendalikan mesin gergasi hanya bersebelahan dengan garis sempadan Mesir, memberi gambaran pelik tentang tembok apa yang akan dibina.

Tentera Mesir di dalam kenderaan perisai yang membawa senjata berat mengawal para pekerja binaan. Dalam kejadian lalu, tembakan telah dilepaskan beberapa kali dari Gaza ke arah para pekerja tetapi tiada yang mengalami kecederaan.

Pemimpin-pemimpin Hamas berang dengan pembinaan tembok tersebut dan berusaha untuk mendapatkan sokongan negara-negara Arab dan umat Islam menentang Mesir.

Ahad lalu, demonstrasi telah diadakan di luar kedutaan Mesir di Jordan dan Lebanon, memegang poster yang menunjukkan Presiden Mesir dengan tanda Bintang David di dahinya. – AP