Jalan dilangkah dan ditapak perlu guna otak..

Salam perjuangan…

.

Sejujurnya saya gemar bergaul dengan orang yang lebih tua dan lebih muda daripada saya berbanding dengan orang yang seumur dengan saya.

.

Jelas nya,ia amat menarik untuk kita melihat bagaimana jiwa orang yang lebih muda dari kita bertindak dan bagaimana kita mampu mencedok sedikit sebanyak dari mereka.

.

Sebagaimana seorang yang saya kagumi, seorang guru yang kini sudah lewat umurnya..Dia berkata bahawa yang bilamana bersama anak-anak muda dia juga turut berasa muda dan bertenaga.

.

Anda bayangkan,seorang guru pencen biasanya akan duduk sahaja di rumah,bermain dengan cucu atau cuma ke surau dan menghabiskan masa dengan biasanya orang-orang pencen lakukan.

.

Tapi bukan baginya.Dia tetap bergerak dan bergerak dalam membawakan Islam.Tak pernah dia luntur. Ketika menumpang tidur di rumahnya di Kedah dalam acara untuk memenuhi jemputan ke sebuah kolej untuk menjadi pengacara forum,banyak yang saya pelajari daripada beliau.Setiap nasihat yang keluar lebih indah dari mutiara yang terbina 1000 tahun lamanya.

.

Begitu juga dengan seorang pembaca blog saya iaitu mak cik werdah yang saya kagumi.Benar,banyak cabaran mungkin menimpa beliau.Dan secara jujurnya walaupun saya tidak pernah bersua muka,tetapi komen-komen yang ditinggalkan berupa nasihat banyak yang dapat saya cedok.Kata-kata itu sebenarnya adalah pengalaman yang ditapak dalam perjalanan kehidupan.

.

Ketika dalam perjalanan ke Utara untuk program yang sebagaimana saya ceritakan dalam post terdahulu,saya berkenalan dengan seorang pak cik.Dia berasal dari Pahang dan hendak melawat anak nya di Kedah.Asalnya saya cuba berkenalan dengan dia memang untuk membuka fikiran saya dan dalam masa yang sama untuk cuba berkongsi buah fikir tentang Islam.

.

Saya mulakan dengan berkenalan biasa dengan beliau. dan bila sudah selesa saya cuba bertanyakan masalah masyarakat dengan beliau.Menariknya,apa yang di bawakan kepada saya pula oleh beliau adalah perkara yang ingin saya bawakan kepada beliau.Iaitu segala masalah adalah masalah ranting yang mana masalah pokoknya adalah masalah aqidah manusia yang sudah sangat tercemar dengan illah-illah asing.Bahkan dia yang memberi banyak input pada saya tentang shahadah,tentang kehidupan dan tentang pengalaman hidup beliau sebagai seorang ayah.

.

Pada orang yang muda dari saya juga dapat banyak saya belajar.Saya baru awal 20-an tetapi saya melihat ada perbedaan corak berfikir bagi mereka yang lebih muda dari saya.

.

.

Sifat Pemuda

Pada keberanian dan semangat mereka yang muda ini amat menarik kekaguman saya.Dalam program yang saya dijemput untuk menjadi facee dan juga penyampai kepada satu slot dalam program itu,saya melihat mereka ini punya keberanian dan semangat yang dahsyat.

“Kita boleh buat.Kita boleh buat” Dan itulah semangat BOLEH yang saya nampak pada diri mereka walaupun sebenarnya mereka belum begitu tahu bagaimana mereka BOLEH buat.

..

Pada PEMUDA DAN PEMUDI

.

Saya sendiri adalah seorang pemuda.Dan saya amat bersyukur atas kepemudaan saya.Ketika saya berbual dan berkongsi mata pandang dengan peserta program itu saya melihat diri saya beberapa tahun lalu dalam diri mereka.Sanggup dan semangat untuk berbuat apa sahaja.Walaupun sebenarnya tidak tahu bagaimana..Keberanian dan semangat itu saya sanjung.Kelemahannya cumalah cara berfikir yang kurang matang.Kesilapan yang mereka lakukan dikumpulkan bersama adalah sama dengan kesilapan yang pernah saya lakukan seorang.Kesilapan yang pernah saya lakukan beberapa waktu dahulu.

.

Itu sebenarnya bukan salah kamu adik-adik ku.

Kematangan itu hadir dari pengalaman kehidupan.Kamu berfikir cara menyelesaikan masalah yang ada juga adalah dari pengalaman.Ia berjalan seiring dengan masa.

.

Tetapi sebenarnya di situlah datangnya tanggungjawab mereka yang sudah melalui jalan-jalan itu.

..

Berada di medan dakwah,mutiara dari da’ie yang telah lama menjejak jalan ini dan melangkahkan tapak adalah sangat berharga.Hargai kehadiran mereka.Tagihlah pengalaman mereka.Dahagakanlah nasihat dari mereka.Saya sendiri mengabdikan seminggu saya di Kuala Lumpur dan tidak pulang ke rumah berjumpa keluarga tercinta selepas habis OBML yang melelahkan adalah untuk mendapatkan mutiara terbaik daripada penjejak jalan dakwah yang pernah meredah laluan yang baru kita mula nak merangkak ini.

.

.

Kita adalah orang yang muda yang sewajarnya kita bertanyakan mereka ..Bukan mereka yang menawarkan kepada kita.Buah yang baik perlu kita usahakan untuk kita merasa manisnya buah itu.

.

Maka adik-adik ku..

Jika kau bertemu seorang tua dalam perjalanan hidup mu,teguklah pengalaman dari nya..Dari kesilapannya dan dari kejayaannya.Kerna kesilapan yang dia lakukan mungkin apa yang akan kau lakukan sebentar lagi.Dan kejayaan dia adalah mungkin yang akan kau gapai sekejap lagi.

.

Ambil lah ibrah dari Quran dan sirah

Kekuatan pemuda itu adalah pada keberanian dan semangatnya.Lihat sahaja bagaimana Allah memuliakan pemuda-pemuda dalam kisah ashabul kahfi.Mereka adalah pemuda yang hebat.Mereka sudah menyiapkan tapak-tapak keimanan yang akan subur dalam negeri yang kufur. Mereka melarikan diri hanya setelah tapak-tapak keimanan itu sudah wujud dan subur dan mereka bertindak untuk melarikan diri hanya kerna mereka yakin jika mereka ditangkap,dakwah mereka akan terhapus.Sedangkan jika mereka menyembunyikan diri,benih keimanan yang sudah disemai akan tumbuh dengan senyap sehinggalah saat buahnya yang manis mula masak dan akar iman mula mencengkam kuat di tanah kufur yang kini menjadi sebuah tanah keimanan.

.

Itu adalah fiqh dakwah.

.

Lihat pula dalam surah Al Buruj bilamana Ghulam ya’ni pemuda itu sanggup untuk dikorbankan demi menjadi contoh kekuatan iman kepada yang lain..

.

Itu adalah Fiqh dakwah.

.

Sebenarnya mereka ini adalah contoh dan model kepada kita yang dalam kita bertindak,berfikirlah dengan bijak.Lihat segala sudut.

Dan paling penting!! CEDOKLAH PENGALAMAN mereka yang sudah lama dalam jalan ini.

Kerna lihatlah pada kisah Luqman al-hakim yang bijak dan beriman.Beliau adalah contoh sebuah bimbingan orang yang lebih tua kepada orang yang lebih muda ya’ni anak-anaknya.

.

Kekuatan itu ada pada diri yang muda dan ada pada diri yang tua.Kekuatan pemuda pada semangat dan fizikalnya.Kekuatan yang tua pada kematangan dan kebijaksanaannya..

.

Adik-adik ku..

Lihatlah dengan kaca mata al Quran ketika berbuat keputusan.Lihatlah dengan enar.Dan cedoklah dari murabbi-murabbi mu.Cedoklah pengalaman mereka yang tua dari pada mu..

.

Sebagaimana murabbi ku memberitahu aku “Ana latih ntum sebagaimana murabbi ana latih ana” dan disini aku sebut perkara yang sama.

Dan jangan gentar untuk terus melangkah.Kerna aku di sini bersama mu bergerak bersama kamu.Jangan gentar kerana Allah barangkali sedang tersenyum melihat usaha kita.Jangan gentar kerna syurga Nya ada di sana.Jangan gentar kerna kami bersama mu.Aku dan semua yang lain ada bersama kalian.Dan kau bukan seorang.Jangan gentar..gugur atau menang sama sahaja.Kerna kita sama sama berpimpin tangan..mencari redha Allah!!!

3 thoughts on “Jalan dilangkah dan ditapak perlu guna otak..

  1. Salam tajul,

    terharu baca N3 ini. Alhamdulillah makcik tumpang bersyukur kepada Allah kerana Allah menganugerahkan seorang pemuda yang banyak mendalami ilmu melalui pemerhatian dan pembacaan dan sesungguhnya mutiara yang dititipkan oleh Allah swt di dalam al-Quran benar2 memberi petunjuk kepada sesiapa saja yang mahu mencari dan mencar. Ustaz mak cik selalu beritahu bahawa ayat pertama dalam surah pertama yang Allah wahyukan kpd Nabi kita tu maksudnya ialah mengkaji dan mengkaji (search n research) sebab beliau katakan begitu ialah krn masa tu Jibril as dtg menemui Nabi tanpa membawa sebarang kertas atau buku. Kmd sesiapa yang mengkaji niat kerana Allah pasti akan menemui apa yang dicarinya. Sayangnya umat Islam kurang mengkaji. Pemuda seperti tajul ini insyaAllah mencontohi pemuda2 yg banyak disebut di dalam al-Quran sebagaimana Nabi Yusof yf kacak dan tampan takut kpd Allah bila digoda oleh permaisuri raja. InsyaAllah kita diberi kekuatan olehNya jika kita istiqamah. Doakan makcik juga ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s