Sebuah coretan untuk muda-mudi pembawa dakwah

Salam ukhwah..

..

..

..

Tidak kah kadangkala kita terfikir bilamana muda mudi pendokong gagasan dakwah dan pejuang yang membawakan nama Islam kadang kala tersilap langkah dan tersilap perlakuan mereka.

.

Kadang kala kita juga berasa pelik bila melihatkan muda mudi yang  sepatutnya kita jangkakan kemurnian dan ketinggian akhlaknya punya sikap yang kurang baik.Mungkin tidak lah seburuk orang lain tetapi cuma kesilapan kecil yang tetap menjadi sasaran pandangan orang ramai.

.

.

Sejujurnya,kita tak perlu pelik.Ya,kita juga pernah berbuat silap.

.

Saya terterbit rasa menulis tentang hal ini setelah diajukan persoalan yang sama berulang kali oleh muda mudi pembawa dakwah dan baru- baru ini di tanya lagi sekali oleh seorang adik yang baru berumur 17 tahun.

.

Secara jujur,saya juga seorang yang sering kali tersilap langkah dan terkhilaf perlakuan.Banyak juga berulang kali dalam sejarah peristiwa hidup saya yang masih muda dan baru ini berbuat kesilapan.Tetapi bukanlah kesilapan itu perlu kita lihat tetapi bagaimana kita belajar dari kesilapan tersebut adalah hal yang amat penting sekali.

.

.

Perspektif Tentang Daie Itu Harus Kita Jelas

.

Sebenarnya soalan sama juga pernah saya ajukan kepada murabbi yang saya hormati.Pertama sekali apa perspektif kita kepada imej seorang daie.Jika seorang pendakwah itu pada mata kita adalah orang yang berjubah,berserban,bersongkok setiap masa dan bercakap tentang hal-hal agama seperti dalam ceramah,adakah dia seorang daie?Adakah itu benar-benar seorang pendakwah.

.

Yang jelas sebenarnya,seorang pejuang Islam itu cumalah manusia biasa yang biasa sahaja tetapi seluruh hidupnya dia letakkan dalam landasan syara’ dalam matlamat mencari redha Allah. Dan dia tak pernah henti-henti untuk bergerak dalam jalan Islam dengan menimbulkan kesedaran Islam dan yang lebih penting membentuk kelompok-kelompok yang mahu mendokong Islam.

Dia cumalah orang biasa yang berusaha secara luar biasa lalu dia mewujudkan hasil daripada usahanya itu luar biasa sekali.

.

Dan matlamatnya itu dia laksanakan secara berperingkat amalnya dari membentuk keperibadian muslim kepada baitul muslim kepada ummah muslim kepada melaksanakan syariat Islam kepada mengislahkan pemimpin dan negara orang Islam dan kemudian membentuk khilafah Islamiah dan akhirnya mencapai kepada Islam sebagai ustaziyatul alam.

Lalu disitu sepatutnya kita jelas jika kita beranggapan sepertimana kebanyakan manusia menganggap yang seorang daie itu sebagaimana lebai-lebai,kita barangkali silap.Kita hormati kedudukan dan akhlak pak cik-pak cik lebai di kampung.Tetapi tanggapan itu salah jika kita mencopkan pejuang Islam itu sebegitu rupa.

.

Dai itu cumalah muda mudi biasa yang terjaga akhlaknya sejajar dia meletakkan hidupnya dalam lembayung syara’ ya’ni selaras dengan Quran dan Sunnah.Dia boleh sahaja berfesyen,bergurau senda malahan boleh berseronok sebagaimana kebiasaan selagi ianya tidak menyalahi syara’.Dan ketika dia berseronok dia tetap juga mampu menerbitkan kesedaran kesedaran Islam bahkan mengumpulkan jiwa jiwa yang ingin menjadi pendokong Islam.

.

Jika kita mendefinasikan seorang pendakwah itu sebagaimana seorang lebai sebagaimana yang selalu kita fikirkan,maka kita sudah mula menjumudkan pemikiran kita.Sedangkan Islam itu tidak begitu.

.

Segalanya dalam Islam ini adalah profesional.Lihat sahaja perjanjian hudaibiyah diarahkan untuk ditulis.Bahkan Rasulullah menghantar surat kepada penguasa negara lain dalam penyebaran Islam.Itu satu tindakan profesional.Raasulullah punya baju khas ketika hari jumaat yang merupakan hari istimewa.Itu adalah tindakan profesional seorang pemimpin.

.

Jadi kenapa kita menjumudkan mereka yang meneruskan agenda dakwah Rasul dengan mengatakan dan mencopkan pendakwah itu seperti mundur dan monyok sahaja.Jika dia seorang periang,kita tidak boleh menyekat sifat itu tetapi Islam menjadikan sifat periang itu kepada sifat periang yang baik dan berguna dan mampu menggunakan sifat itu untuk menarik hati orang lain memahami Islam.Kenapa tidak??

.

.

Masalah utama Da’ie

Setelah kita jelas dalam hal ini maka seharusnya kita jelas bahawa seorang daie itu penampilannya perlu profesional dan cumalah manusia biasa sebagaimana lainnya.Dan hidupnya mestilah dalam lembayung Quran dan sunnah.Maka disini kita harus sedar bahawa sebagai seorang daie,akhlak itu perlu dijaga.Bagaimana akhlak itu di ertikan sebenarnya?

.

Akhlak yang kita inginkan adalah akhlak Rasulullah.Jadikan akhlak Rasul sebagai panduan.Kaji kitab sirah dan perhatikan betapa produktif dan profesional serta outgoingnya Rasulullah.Rasulullah bergusti dan dengan bergusti baginda mampu menerbitkan kesedaran kepada lawannya.Rasulullah bernikah.Rasulullah juga bergurau sebagaimana seorang Rasul itu wajar bergurau.Tidak seperti kita kadang-kadang terlampau lebih gurauan.

.

Akhlak itulah yang kita wajar contohi.Yang sepatutnya dipunyai seorang daie.Kita tidak mahukan orang yang monyok dan tidak bergerak.Kita mahukan orang yang soleh dan produktif.

.

Tetapi dalam pada itu juga kadangkala ada kesilapan dilakukan.Contoh soalan yang pernah diajukan kepada saya,”Bang,macam mana kalau orang ni bawak Islam tapi dia bercouple”,”Bang,kenapa dia ni suka mencarut tetapi dia kata dia ni suka bawak Islam” dan macam-macam lagi.

.

Kesilapan itu adalah kelemahan yang perlu diperbaiki dengan kejelasan yang benar adn kefahaman yang sahih.Kadang-kadang perkara seperti itu yang menyebabkan orang lain lari atau memandang serong kepada mereka yang membawakan Islam dan lantas mencopkan semua sekali sebegitu rupa.

.

Jadi , kesilapan itu perlu kita perbaiki dari semasa ke semasa.Caranya,bukankah amat jelas.Rujuk kepada Rasul.Rujuk kepada Quran.Rujuk kepada Salafussoleh.

.

Kemudiannya antara masalah yang ada pula adalah fikrah.Maksudnya di sini kurangnya kejelasan terhadap apa yang ingin dibawa sehinggakan timbul kecelaruan terhadap pembawakan itu.Itu yang kadangkala terjadi,kefahaman yang sepatutnya diberikan tidak sampai kepada golongan yang dituju.

Kita bukan hendak membentuk fikrah yang dinama-namakan.Tidak kiralah itu dinamakan fikrah xxx atau yyy atau al-ikxxxx atau apa sahaja.

Sebagaimana Hassan Al Banna berkata kita tidak mahu yang dinama-namakan tetapi kita ingin kan yang hakiki.Yang benar.

Yang kita mahukan adalah fikrah atau pemikiran Islam yang benar.Bukan yang tidak shahih dari segi akidah nya, ibadahnya,akhlaknya,manhaj nya bahkan cara perlaksanaan juga perlu jelas..Tiada ragu-ragu sebagaimana yang telah kita yakini bahawa Al Quran itu sebagai dustur iaitu perlembagaan,maka di dalam Al Quran juga kita rujuk :

Alif Lam Mim(1) Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya.petunjuk bagi mereka yang bertaqwa(2)

2 : 1-2

.

Contohnya,kefahaman yang bermula daripada kita mengenal erti kita mengucap dua kalimah shahadah ya’ni yang paling asas tidak jelas akan menimbulkan keraguan terhadap mad’u kita.Apa yang ingin kita bawa, lain pula yang sampai.Jadi sebenarnya ini adalah satu masalah berbentuk teknikal yang boleh diperbaiki dengan memberikan pemahaman yang jelas kepada daie-daie ini. Jangan kelak jika yang paling asas pun tidak jelas apa lagi  jika pada tahap ingin membina sebuah negara Islam bahkan yang lebih dari itu seperti khilafah Islamiah sehinggalah menjadikan Islam sebagai ustaziyatul Islam juga tidak jelas,itu akan menimbulkan masalah yang pasti akan merosakkan.Maka berbalik semula.Rujuk lah kepada Quran dan Sunnah.Intisari ajaran Islam sudah jelas dalam apa yang dibawakan.

.

Kemudiannya permasalahan berikutnya adalah ruhiyyah..Ini sebenarnya satu permasalahan yang sangat besar dan berat.Kekurangan kekuatan hati dan ruh ini membawa kepada  keburukan yang besar.

Contohnya jika terjadi,seorang daie itu dilekakan oleh masalah kecintaan nya yang berlandaskan nafsu kepada perempuan yang belum dinikahinya.Lalu dia mengetahui melalui fikrah nya yang jelas bahawa  kecintaan itu semata-mata hanya pada Allah dan kecintaan nya pada wanita itu lambat laun akan membawanya kepada maksiat.Walaupun dia sudah jelas tetapi dia tidak punya kekuatan hati.Kekuatan ruh.Dan kemungkinan yang terjadi adalah sama ada dia akan tewas ataupun dia akan menang terhadap nafsu yang menguasai hatinya.

Maka disini kekuatan itu perlu di isi.Bagaimana? Rujuk juga kepada Quran dan Sunnah.Kekuatan itu bukan lahir hanya pada fizikal yang gagah dan kuat.Tetapi kekuatan itu lahir dari keimanan yang mantap yang menyaksikan 313 pejuang Badar mengalahkan 1000 tentera musyrik.Kita bukan ingin lihat pada kemenangan itu tetapi bagaimana cara mereka memenangi peperangan itu.Lihat juga bagaimana kisah Thalut dan Jalut yang diceritakan dalam Al Baqarah ayat 246-251

Kekuatan itu sebearnya lahir dari keimanan.

“Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar”.

Jadi disini membentuk hati yang kuat itu cumalah dengan menanam kecintaan kepada Allah.Bilamana wujud cinta akan lahirlah pengharapan,kerinduan yang dahsyat,pengorbanan,ingatan dan keredhaan hanya pada Allah..

Mulakan dengan menjaga ibadah harian yang wajib dan menambah baik dengan ibadah yang sunnat.Bukankah bukti kecintaan itu bilamana kita melakukan apa yang disuruh oleh yang dicintai??

..

Semoga sedikit apa yang dicoretkan dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengharungi liku-liku perjuangan yang tak pernah mudah . Ingat jalan dakwah bukan jalan yang dihampar permaidani merah.Bukan untuk orang yang manja.

Asleh Nafsak Wad’u Ghairo’

……………………..

Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezhaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini, darah ini sepenuh ridho IllahiKami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran, siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati tuk hanya ridho Illahi Robbi…

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap di lontarkan dan menghujam
Menembus dada, lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Dan mengoyak, menumbang kezhaliman
Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Illahi Rabbi…

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang slalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi da’wah ini jalan panjang
Asalkan ikhlas di hati menuju jannah Illahi Robbi…

5 thoughts on “Sebuah coretan untuk muda-mudi pembawa dakwah

  1. cantik .. =)

    perspektif yang baik … tackle dari setiap penjuru kehidupan … bukan sahaja di ta’alim umum mahupun usrah …

    dan method dakwah terbaik adalah dgn mempunyai akhlaq yang baik.

  2. Salam akhi,
    benarlah katamu. Kita bukan jemaah lebai-lebai, apatah lagi jemaah para malaikat. =P

    Kita adalah jemaah orang-orang Islam yang cuba meletakkan Islam ke tempat tertinggi sehingga tiada yang lebih tinggi darinya. iAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s