Hati sebening mata air

Salam ukhwah.

Maaf atas kelewatan mengupdate..Dalam kesibukan yang amat sangat terutama sekali dalam mengatur hidup supaya setiap priority tidak ditinggalkan.Sewajarnya seorang Muslim itu berperibadi bijak mengatur urusannya dan bijak menjaga masa nya..Ya,saya masih belajar.Jika sekarang saya tidak mampu,apa lagi jika saya sudah berkerja dan apa lagi jika saya sudah menjadi seorang suami dan seorang ayah.Saya tidak mahu kecintaan saya kepada harta,isteri dan anak-anak mengatasi kecintaan saya kepada Allah.Bukankah Allah sudah mengancam manusia di dalam kalam nya yang agung tentang itu,

Saya sedang mengulang baca sebuah buku

Ia benar benar mengusik hati dan sangat berkesan dalam mendidik. Ya ,bukan mudah membentuk ikhlas.Tetapi itu yang perlu.Bukan mudah beramal dengan ikhlas.Tapi itu yang perlu.Bahkan bukan mudah menulis dengan ikhlas.Tetapi itu yang perlu.

Bahkan tanpa ikhlas, amal kita dicampak walau amal itu sangat besar.amal kita akan ditolak jauh jauh ,dilempar bahkan tak kan dipandang oleh Allah kerana amal kita bukan kerna Dia,tetapi amal itu kerna mahu dilihat manusia!!

Seorang yang menangis mengingati Allah di hadapan khalayak mungkin lebih ikhlas kerna dia tak memikirkan sesiapaun kecuali Allah.Tetapi seorang yang menangis seorang diri di tempat yang sunyi barangkali riya’ kerana dia menginginkan orang melihatnya!!

Kuatnya ikhlas kerna itu cuma urusan hamba dengan Penciptanya hinggakan syaitan tidak mampu merosakkannya!!

4 thoughts on “Hati sebening mata air

  1. Assalamualaikum,

    saya tidak dapat mencari buku ini di kedai buku di tempat saya. jika tidak keberatan bolehkan tuan beritahu di mana saya boleh mendapatkannya.

    terima kasih..

    • waalaikumsalam.

      dapat dari sahabat yg pulang dari indonesia. di negara kita agak sukar nk mendapatkan buku2 sebegini. di indonesia, macam2 jenis buku kita boleh dapat dan cuma mahu bijak memilih kerana banyak penerbit buku mengalih bahasa buku2 dari negara lain ke bahasa indonesia yg mudah difahami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s