Kita Bukan Sekadar Berprogram..

Salam ukhwah..Saya berdoa Moga Allah mengiringi setiap apa yang akan saya tuliskan supaya niatnya tidak lari dan hanya untuk berkongsi seberapa perkara dari pemikiran dan pengalaman saya yang masih cetek.Saya bukanlah sesiapa.Tiada authority mahupun nama gah yang sudah terkenal supaya orang mendengar apa yang saya tuliskan.Saya cuma menulis (semoga Allah membenarkan saya dan menjaga niat saya) hanya untuk membawa kepada kebenaran dan haq.

.

.

.

Tidakkah kita secara sedar atau tidak, berasa sudah lali dengan program-program Islam.Di surau-surau,di pentas ceramah besar besaran,di kaca televisi , bersama ilmuwan tersohor.Bahkan dalam suasana sekarang, institusi halaqah juga semakin giat dan mantap.Semakin dahsyat dan membugar. Dan secara jujur, (walaupun agak kejam) sudah membosankan dan ramai sudah tidak ambil kisah. Ya, ada halaqah.Ya , ada ceramah. Ya ada pengisian di masjid itu dan masjid ini.Ustaz itu dan ustaz ini..Habis tu?

.

.

.

Ruh nya seakan hilang.Kekuatan dan ‘izzah nya seakan kurang.Ianya dilihat seakan sama dengan program-program biasa.Tiada beza.Sama sahaja.Tiada apa yang menarik.Tiada apa yang berubah.Ya,sama sahaja..

.

.

.

Kenapa jadi begitu?? Itulah persoalannya.Kenapa jadi begitu?? Kenapa ada yang sampai melihat, tiada beza bahkan menyamakan ianya dengan kempen Islam Hadhari dan Sure Heboh yang dalam nya ada slot ceramah agama?

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Kita soroti perjalanan dakwah Rasul.

Perkara pertama dakwah Rasul adalah mentauhidkan Allah.Rasulullah S.A.W memulakan dakwah baginda dengan menyampaikan wahyu yang paling asas dari kalam Tuhan, ya’ni kalimah Tauhid yang agung :

Dan disitu berlangsungnya satu lagi kesaksian :

Lihat kembali..Perkara pertama yang Rasulullah bawakan adalah kalimah Tauhid yang dalamnya terkandung makna kehidupan.Terkandung makna sebuah perjalanan dan pengabdian serta kemanisan iman..

Keadaan zaman Rasul

Kita soroti pula keadaan zaman Rasul dahulu.Ciri jahiliah yang utama adalah tidak mentauhidkan Allah.Bukan dari segi makna penyembahan berhala sahaja.Tetapi dari segi meletakkan konsep Tuhan atau dalam bahasa arab nya illah itu dimana. Harta boleh menjadi tuhan.Perempuan yang kita tergila-gila boleh menjadi Tuhan.Nafsu boleh menjadi Tuhan. Kerna kita menjadikan itu semua sebagai Tuhan. Sedangkan apa yang rasul bawa adalah meletakkan Allah sebagai satu-satunya yang kita inginkan,harapkan,cintakan dan agungkan.

.

.

Ketika zaman rasul, penduduk awal Makkah menganut agama nabi Ibrahim.agama Islam juga. Tetapi kemudiannya wujud penyembahan berhala yang punya sejarah nya tersendiri.Maka campur aduk berlaku. Dan ketika itu ummat kacau bilau. Zina.Korupsi.Pembunuhan.Kekejaman. Kezaliman.

.

.

Saya bertanya pada anda, semasa zaman yang kita duduki sekarang, sama atau tidak apa yang berlaku?? Campur aduk perkara yang shubhah bahkan syirik dan khurafat adalah perkara biasa.

.

Mengagungkan harta dan pangkat serta wanita sedangkan di mulut sahaja mengatakan kita cinta Allah,adalah perkara biasa.

.

Membunuh, zina, korupsi, kezaliman.Semua itu bagai dalam kehidupan.Tak perlu saya nyatakan.

Lalu lihat kembali ketika zaman Rasul,apa yang pertama sekali baginda bawa kan kepada ummat yang sedang berada dalam kacau bilau ketika itu?

.

.

Satu solusi yang amat tepat.Kalimah tauhid.Kalimah akidah yang membawa kan perubahan total dalam diri.

Ada baginda mengatakan mari kita melakukan program itu dan ini.Mari kita membuat parti itu dan ini. Tidak.Nyata sekali tidak. Apa yang baginda lakukan adalah proses menjernihkan hati dan jiwa jiwa yang penuh dengan lumpur jahiliah.Supaya hati itu bersih dan suci tanpa sedikitpun calit lumpur jahiliah,maksiat dan noda.

.

.

Rasul menyediakan hati-hati itu dahulu.Hati yang menjadi anak kecil merintih dan menangis di hadapan Tuhan di malam hari dan kemudiannya menjadi Singa belantara digeruni sesiapa sahaja. Dari akidahnya, ibadahnya dan akhlaknya.

.

Kemudian barulah hati-hati itu dikumpul menjadi satu jasad yang kuat.Yang bergerak bersama dengan denyut nadi serta corak fikir yang sama ya’ni dengan tujuan adalah mencapai redha Allah.Tiada lain.Itu sahaja.

.

.

Hatinya cuma ada Allah dan Rasul.Segalanya demi Allah dan Rasul.Segalanya demi Islam dan ummat.

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

Tetapi yang kita lihat kini adalah bilamana program-program itu yang menjadi tujuan dan matlamat.Kejayaan program adalah matlamat terbesar.Sedangkan program atau apa sahaja yang kita namakan cumalah jalan dan wasilah.

.

.

Kita senantiasa ambil mudah.Jika kita lihat saudara kita memakai kopiah.Gaya alim.Atau saudari kita bertudung labuh.Kita sudah menganggap tiada apa yang perlu dia perbaiki pada dirinya.

.

.

Kita soroti kisah zaman Rasul.Dimana Aisyah sendiri kagum pada seorang wanita kerna kehebatan beliau beribadah.Tetapi Rasul dengan mudah mengatakan wanita itu adalah ahli neraka.Kerna mulut wanita itu tak dijaga.

.

.

Lihat.Sepatutnya peristiwa itu sebenarnya dicipta untuk kita ambil pengajaran. Selepas menyempurnakan akidah manusia supaya tiada lagi kesyirikan dan memahami bahawa meletakkan Allah di tempat yang paling agung,dan kemudiaannya menyempurnakan pemikirannya dan kesediaannya dalam beribadah,kita harus lihat dengan teliti pada akhlaknya.

Rujuk kembali pada sirah ketika Abu Zar menempelak Bilal.Lalu Rasulullah mengatakan kepada Abu Zar.”Kamu masih ada jahiliah dalam diri kamu”..Lihat,bagaimana Rasul menyempurnakan akhlak Abu Zar.Taaruf baginda dengan Abu Zar cukup rapat sehinggakan Abu Zar berkata: ” Wahai Bilal,pijak lah kepala aku”

.

.

Kenapa tidak kita ambil ibrah dari sirah.Dari Al Quran.Kita lebih kepada berprogram sehinggakan lupa bahawa apa yang ingin dibawa.

.

.

Sebenarnya kita ini menyeru kepada apa?

Kepada Islam?

Kalau benar kepada Islam,beginikah caranya?Beginikah manhaj dan marathib yang sudah Rasul, sahabat, Tabiin,Tabhi Tabiin dan Salafussoleh gariskan??

.

.

Kerna itu apa yang berlaku,kadang-kadang sikap golongan pendakwah sendiri lebih teruk daripada mereka yang baru mula hendak belajar tentang Islam.

.

.

Dan hasilnya mudah sahaja.Kerna itu lah jadinya ,ramai sudah berasa loya dan bahkan muak mendengar kan tentang Islam.Silapnya pada da’ie itu sendiri. Kerna apa? Kerna jalan yang ditempuhnya dicipta sendiri. Tidak meneliti apa yang Rasul sudah tunjukkan.

.

.

Fikirkanlah kembali.Persatuan, program,bahkan parti itu cumalah wasilah.Cumalah jalan.Membentuk manusia kepada menjadi Muslim sebenar bagaikan seorang seniman yang sedang memahat arca nya yang teragung. Dia perlu membentuk dengan konsentrasi.Memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang.Bukan hanya memukat manusia dan mengatakan kita sudah mengumpulkan sejumlah pendokong Islam..

Anda yakin jumlah yang anda kumpulkan bukan angka-angka yang kosong?

.

.

.

Anda yakin pemuda-pemuda yang anda kumpulkan adalah pemuda yang sanggup meletakkan hidupnya dan hatinya di jalan Islam?

.

.

.

Anda yakin rijal-rijal yang anda pukat dalam program mega anda adalah mereka yang sanggup menyerahkan nyawa untuk Islam..

.

.

.

Anda yakin bahawa jumlah beribu-ribu yang anda kumpulkan itu hanya lah bayangan?

.

.

.

Fikirkanlah kembali.Saya yakin kebanyakan daripada penggerak ummat kini adalah mereka yang Faqih dalam bidang Islam.Yang secara praktikalnya mengmbil pengajian Islam di Universiti. Saya cuma pengkaji batu.Kalau anda mahu mendengar apa saya katakan,itu semua saya serah pada Allah.Jika anda tidak mahu,saya serahkan juga pada Allah.

Jangan sampai kita menjadi fitnah dan beban kepada Islam.

wallahu’alam

One thought on “Kita Bukan Sekadar Berprogram..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s