Salam:updates

Salam ukhwah.

1.Minta maaf semakin lama semakin jarang ada entry yang dapat saya masukkan. Satunya adalah masa banyak terisi dengan kepentingan lain seperti study dan program-program wajib.Jadinya di rumah cuma tempat untuk sekejap melepas lelah dan tidur.Kadang-kadang tak tidur pun kat rumah sendiri.

2.Saya semakin hitam.Ye.Saya baru pulang fieldtrip selama seminggu.3 hari di localities Miri (Airport road and Lopeng Baru) dan yang membuat kan saya terbakar adalah di Lambir.Dahsyat jugak laa..Tak nak pakai sunscreen lotion sangat.Sekarang ni pengelupasan kulit tengah berlaku.

3.Ketika berada di Lambir , saya baru sedar yang masih lagi ada jahiliah dan kekurangan dalam diri saya.Ya , kekurangan yang sama tetapi dalam degree yang berbeza.Saya memang seorang yang agak panas baran.Kalau dahulu,ya,memang agak teruk.Tetapi alhamdulillah,tarbiyyah islamiyyah membentuk saya dan menukarkan sedikit sebanyak sifat itu ke arah yang baik.Hati panas tetap ada,tetapi ke arah yang lebih baik.Daan jika kadang-kadang terlebih panas,tidak lah hingga melampaui batas.

4.Baru baru ni berbual dengan seorang sahabat yang sangat baik dan rapat.Berbincang tentang sikap.Ya,tentang sikap.Ramai orang mampu untuk mengkritik dan mencadang itu dan ini.Tapi berapa ramai yang sanggup memikul beban dan memegang amanah yang diberi.Kritikan dan kutukan boleh dilontarkan dengan mudah.Tetapi jika diri sendiri yang memegang amanah,mampukah untuk menjalankannya dengan baik?Supaya semua orang berpuas hati?

5.Solat.Bukan satu perkara yang main-main.Saya agak panas hati juga melihat baru-baru ini yang sepertinya solat itu dilihat sebagai perkara ringan.Nak lihat permulaan komitmen seorang Muslim itu,kita cuba lihat pada solat subuhnya.Tak kira lah dia mahu jemaah atau sendirian,tapi jika sudah dikejut dia mahu atau tidak bangun,dan terus solat.Dan apa usaha dia untuk bangun solat subuh.

6.Di lambir,waktu tengah membuat map bersama Zim Dana,Shafiq J dan Aiman Karim di malam hari,lagu Taubat Maksiat kumpulan Wali Band selalu dipasang Shafiq Jasmim(tapi dia lagi selalu pasang lagu Justin Bieber). Lagu yang sangat menarik.Antara lagu mereka yang popular adalah Cari Jodoh.Juga lucu dan menarik.Zim kata tu lagu untuk saya.Oh tidak.Belum masa lagi untuk fikirkan tentang jodoh itu dan ini.Lagipun saya sudah bertunang..Benar,dan mungkin saya consider diri saya sudah berkahwin.Dan jika saya ingin mencari jodoh,maka jodoh saya itu, tidak mengganggu cinta saya dan bahkan menyokong saya dalam berkasih sayang dengan cinta pertama saya.

7.Saya merasakan banyak lagi yang saya perlu perbaiki.InshaAllah..doakan saya..mari kita sama-sama perbaiki diri.

One thought on “Salam:updates

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s