Menjadi Baik atau Memilih Menjadi Baik

Salam ukhwah.

Tulisan kali ini cuma pandangan peribadi saya yang saya lihat.

Ketika di Lambir saya berbual dengan sahabat tentang baik.Maksudnya menjadi baik kepada orang lain itu dan ini.

Mungkin apa yang dibicarakan agak kompleks kerna membincangkan tentang jiwa manusia.

Saya berpendapat dengan tegas bahawa kita perlu bijak memilih menjadi baik.

Cuba bayangkan, dalam situasi ini: kita melakukan sesuatu perkara untuk sesuatu pihak.Voluntary job.Yang bahkan keutamaannya sangat lah remeh dan menyusahkan tetapi demi orang lain,kita lakukan sedangkan BANYAK LAGI keutamaan lain yang perlu kita lakukan dan diamanahkan.

.

.

Apa rasa anda jika anda berada di tempat itu bahkan anda mendapati bahawa ada pihak yang anda bantu kadang-kadang tidak reti bahasa dan agak biadap.Apa rasa anda? Sedangkan waktu yang anda habiskan berjam-jam dan masa anda habiskan untuk berpening-pening itu lagi baik anda habiskan untuk amal yang lebih manfaat.Amal Qawi yang lebih penting iaitu membentuk ummat?.

.

.

Anda membuat program orang lain sedangkan kerja anda yang sepatutnya anda buat,anda lepaskan.Itu bukan baik…Bagi saya itu satu kebodohan.Dan saya menyesal melakukan kebodohan itu.

Dan cuba anda bayangkan ketika anda sibuk membuat kerja yang sangat  penting yang mempengaruhi perjalanan hidup anda,anda diganggu oleh kebiadapan dan ketidaksopanan individu-individu itu.

Ya,mungkin ikhlas saya disini agak samar-samar.Saya tidak membicarakan tentang ikhlas.Ikhlas saya biarlah antara saya dan Tuhan saya.Dia lebih tahu dimana saya pasak dan tapak kan ikhlas saya.

.

.

Apa yang saya bicarakan adalah tentang sikap.Tentang sikap dan budi bicara.Tentang sikap yang sepatutnya dibentuk dalam Islam.

Cuba anda bayangkan, anda datang menumpang teduh di rumah orang,meminta pertolongan tuan rumah,tetapi selama anda disana anda berlagak sebagai Tuan.

ISLAM MENGAJAR KITA TENTANG AKHLAK.AKHLAK YANG MATIN.AKHLAK YANG SEMPURNA.AKHLAK YANG BAIK..

Adakah itu akhlak yang Islam anjurkan.Kadang-kadang saya terkejut melihat rakan-rakan bukan Islam(ya,kadang-kadang mereka kiasu) lebih berbudi bicara berbanding orang Islam yang punya Quran dan Rasul memberi tunjuk ajar.

Dimana Islam yang anda pelajari dalam sesi pertemuan setiap minggu?

Dimana letaknya kata-kata yang berdegar-degar mengatakan anda seorang Muslim yang baik?

Patutlah Yusuf Islam berkata bahawa jika dia beruntung belajar Islam itu dari Islam sendiri.Bukan dari ummatnya.

Dan bahkan Syed Qutb mengatakan bahawa  dia melihat Islam di Eropah tetapi tidak melihat Islam di bumi Islam nya sendiri.

Dalam bukan??

Bahkan saya sendiri bersyukur , saya tidak kenal Islam dari personaliti-personaliti yang menjelekkan seperti ini.

Mungkin saya kurang punya kesabaran tetapi apa yang saya bicarakan cumalah common sense.Jika anda tidak suka orang perlakukan anda sebegitu maka anda jangan melakukan orang lain sebegitu rupa.

Mungkin bagi sesetengah orang,kesabaran itu bermakna kita terima sahaja dengan muka tersenyum.Adakah begitu hakikat sabar? Kalau itu adalah sabar,kenapa marah dicipta?

Kita sudah tahu,bahawa tujuan hidup adalah untuk redha Allah.Maka sabar dan marah kita adalah untuk redha Allah.Ya ,itu yang wajar.Sabar tanpa melampaui batas dan marah tanpa melampaui batas.

Kita lihat pada sirah,Rasul menerima yahudi buta yang juga jirannya membuang najis dan sampah ke pintu rumahnya selama bertahun-tahun.Dan natijahnya,yahudi itu disentuh hatinya dan menerima Islam.

Kita lihat pula pada Rasul menegur Abu Zar yang menempelak Bilal.Abu Zar telah Islam ketika itu.Rasul menegur Abu Zar dengan ringkas dan secara terus : ” Kamu adalah lelaki yang masih ada lagi jahiliah dalam diri kamu”.

Lihat bagaimana Abu Zar menerima:dia merendahkan kepalanya ke tanah dan mengatakan “Pijak kepala aku wahai Bilal”

Dalam situasi ini saya membincangkan tentang orang Islam yang sepatutnya sudah tahu tentang akhlak sejak dari zaman kecil lagi.Diajar oleh ibu bapa dan guru.Diajar oleh mereka yang faqih dalam Islam.

Kalaulah kita bertindak dengan menerima sahaja dengan senyuman,bila masa dia akan sedar bahawa itu bukan sepatutnya dia lakukan.Kita tersenyum sahaja sedangkan kawan kita ini tidak tahu bahawa tindakan nya salah.Ya,berlapang dada perlu berlapang dada.Tetapi berlapang dada sahaja tidak cukup.

Bukan bermakna disini kita membenci atau memarahi dengan membuta tuli.Ciri-ciri orang munafik salah satunya ialah jika dia marah atau berkelahi , dia akan melampaui batas.

Bagi saya , bergantung kepada anda bagaimana untuk menyedarkan. Tidaklah sehingga menjatuhkan maruah dan memalukan.Biarlah kita diejek atau dimalukan,tetapi mereka bukan guru kita untuk kita ikut apa yang mereka lakukan.Cukuplah dengan tidak melampaui batas.

Secara jujur dan bagi saya,terus terang tanpa berselindung , saya langsung tidak memandang tinggi dan kagum kepada mereka yang kononnya bijak pada kertas dan pencapaian tetapi punya sikap yang hodoh dan jelek.Bahkan saya bukan mengambil personaliti itu sebagai sanjungan saya untuk saya kagumi tetapi saya ambil supaya saya dijauhkan daripada sikap itu.

Semoga tulisan ini mampu menyedarkan diri saya. Ini cuma pandangan saya dari kaca mata yang saya sudah terbina dengannya.Dan saya berpegang pada apa yang saya ucapkan. Dunia ini bukan semua orang seperti kita.

Allah bertanyakan kita tentang Ahsanu A’mala (Amal yang paling baik) bukan Aksaru A’mala(Amal yang paling banyak).Jadi prioriti itu penting.

p/s: Saya sangat kagum pada seorang sahabat baik saya yang sudah saya anggap sebagai saudara saya sendiri. Dia punya sikap dan akhlak yang sangat baik. Ya,barangkali kami melihat akhlak dan sikap dari sudut yang sama . Tetapi lebihnya dia,dia punya kesabaran yang sangat tinggi sedangkan saya agak agresif.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s