SOAL JAWAB BERSAMA CETUSANMINDA

Salam ukhwah.

Maaf atas sangat lewat memasukkan entry baru.Kami disini agak sibuk dengan assignment dan masih lagi belum reda dari kesibukan assignment.

Sekarang ini sangat banyak epidemik formspring. Mulanya saya  memandang apa yang dilakukan lebih kepada yang tak berfaedah. Jadi sekarang saya juga memulakan akaun formspring.

Tetapi formspring saya adalah untuk memulakan trend baru.

Saya memulakan formspring ini adalah untuk anda bertanya persoalan yang barangkali anda kurang jelas berkaitan Islam yang memerlukan penjelasan dan barangkali saya boleh berkongsi sedikit sebanyak.

Saya bukan seorang pelajar yang mengambil jurusan agama.Saya seorang pelajar geologi. Tetapi ,apa yang saya mampu jawab dengan jelas dan dengan dalil akan saya kemukakan. Jawapan yang disertakan akan inshaAllah disertakan dengan dalil dari Quran, Sunnah dan kitab karangan ulama.

Jika saya tidak mampu menjawab saya akan bertanyakan kepada mereka yang lebih pakar dan saya akan sertakan jawapan itu sebenarnya daripada siapa.

Jadi saya membuka kepada anda untuk bertanya soalan.Hanya berkaitan Islam , dakwah dan tarbiyyah.

Soalan yang lebih kepada bersifat peribadi dan tidak menambahkan iman dan amal tidak akan saya layan.

Jadi inilah alamat web soal jawab itu :

http://www.formspring.me/cetusanminda

*semoga apa yang dilakukan ini bermanfaat dan mampu mengubah dari jahiliah kepada makrifah.dari trend yang biasa kepada trend yang lebih baik.Biarkan pahala anda sentiasa mengalir dengan amal anda biarpun formspring mahupun facebook menjadi wasilah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s