Updates..

Salam ukhwah.

Pertamanya saya meminta maaf atas sudah lama tidak menulis. Komitmen terhadap program amal zahir dan study agak memenuhi ruang masa saya sejak beberapa lama. Saya lebih gemar menggerakkan amal zahir daripada cuma menulis sahaja.Tetapi ruang penulisan untuk menyebarkan kalimah tauhid dan untuk memperbaharui serta mengislahkan ummat juga tidak langsung saya lupakan.

PRINSIP DAN PERUBAHAN

Sepanjang beberapa lama saya tak menulis,banyak perkara yang dapat saya lihat. Suatu ketika seorang rakan berkata yang saya tidak sama cara saya menulis dan kehidupan harian saya. Jika anda kenal saya,saya memang berbeza dengan gambaran anda tentang penulis ini. Tetapi bagi saya itu bukan bermakna prinsip hidup saya berubah. Cumanya cara yang digunakan berbeza. Mengikut kesesuaian keadaan masyarakat semasa.Kehidupan universiti di tempat ini memerlukan pergaulan mengikut adat kebiasaan disini. Tanpa saya korbankan prinsip hidup saya yang saya menjadikan Islam sebagai terasnya.

Kerana itu kita patut faham tentang konsep PRINSIP dan PERUBAHAN. Mudahnya, prinsip Islam adalah menutup aurat.Tetapi bagaimana untuk berpakaian dan cara serta warna pakaian terpulang pada kita. Prinsip Islam jelas menunjukkan riba’ ,penipuan dan lain-lain haram dalam ekonomi, tetapi cara untuk berniaga dan apa barang dagangan selagi tidak menyalahi Islam,nah,silakan.teruskan.

Kerna itu kita patut memahami beza antara prinsip dan hal berubah-ubah. Mungkin jika saya berada di U.M mahupun U.I.A mahupun di suasana lain,pendekatan saya berbeza. Tetapi prinsipnya sama. Kita perlu  panduan untuk menunjukkan yang kita ini tetap seorang Muslim iaitu Muslim pada kehidupannya secara seluruhnya dan dia ini masih mampu untuk beraktiviti, bersosial, bergembira,mampu berbuat pelbagai perkara seperti bersukan,berceramah,belajar dan lain-lain lagi. Di medan sukan,dialah terbaik.Kemudiannya, dia lantang mengeluarkan buah idea dan pandangan. Di medan belajar pun, kerja nya adalah yang terbaik..Bahkan lebih hebat dari yang lain.Kemudian dia juga melontarkan dirinya di medan amal dengan tidak lelah membentuk jiwa manusia.Jiwanya pula,hatinya…adalah pemuda yang lekat hatinya kepada Allah.setiap masa mengingati Allah.Dalam setiap apa yang dia cuba lakukan,dia cuba untuk mengingati Allah. Hatinya tunduk dan berserah diri. Jiwanya mudah menangis dan meratap dosa lalu tetapi akan menjadi keras dan tegas dalam membawa kalimah tauhid.Teguh dan tegap.

Dia tidak perlu menjadi stereotype yang biasa orang cap kan kepada pemuda-pemuda aktivis da’wah.

Kerna bagi saya,prinsipnya, Islam itu lengkap.Islam itu adalah militer,adalah ekonomi,adalah ilmu,adalah akidah,adalah ibadah,adalah muamalah.adalah segalanya!! Cara kita menjalaninya adalah dengan yang terbaik. Prinsipnya jelas pada Islam. Dan ruang untuk inovasi kepada aspek-aspek selain prinsip itu sudah luas Allah berikan kepada kita..Maka gunakanlah dan bahaskanlah tentang itu.

KEMATIAN

Kami disini dikejutkan dengan dua kematian. Dua orang yang tidak saya kenal dalam tempoh kurang dua minggu. Pertamanya seorang Muslim .Pelajar Muslim dari benua Afrika. Meninggal kerna pneumonia.

Yang ke dua adalah housemate saya. Tetapi mati dengan cara berbeza.Mati kerna membunuh diri. Ya,dua kematian berbeda.

Mungkin Allah ingin mengajar saya dan mengingat kan saya. Yang hati saya ini sudah makin lama semakin keras.Sudah lama tak dibasuh dengan melihat kematian dan kesengsaraan.

Dekat dengan kematian buatkan saya kembali terfikir. Dimanakah saya?? Adakah saya akan dimulia dan terhina.Mungkinkah saya berusaha beramal tetapi Allah buang amal saya bagai membuang kain buruk ke muka saya. Adakah amal saya ini ada ikhlas dalamnya.Dimanakah saya nanti ketika matinya saya?Tersiksakah?atau mendapat kesenangan. Mampukah saya terus berkhidmat untuk Allah dan Rasul selama mana lagi?Bagaimana untuk ibu dan bapa saya yang tak mungkin saya balas budi mereka..

Astaghfirullahalazhim……….

Dimanakah saya……

Semalam saya menjadi facilitator untuk kem insan cemerlang.Jadi bilamana ada seorang peserta bila disuruh melukis peace atau aman,maka dia melukis kubur.Saya secara direct terus terkeluar kata-kata “Mana tahu aman dalam kubur”.

Dan barangkali apa yang saya katakan membuat kemarahan seorang rakan facilitator..:)

Kerna itulah hakikatnya,kita tak mungkin tahu kita akan aman atau tidak. yang terbaik kita mampu lakukan adalah berbuat sebanyak amal terbaik yang kita mampu lakukan.

Mungkin kelak saya akan mati. Tetapi mahunya saya mati dalam keadaan yang paling mulia. Walaupun barangkali jasad saya hancur dan berkecai.Mungkin terdampar di tempat yang sungguh jijik,tetapi saya mahu kan mati itu dengan cara yang paling mulia.

Amin Ya Rabb!!

Positiveness…

Saya merindui menjadi seorang idealis. Seorang yang punya mimpi menggunung..Seorang lecturer saya pernah berkata kepada saya yang saya ini seorang yang sangat idealis.Tetapi hampir tidak realistic. Benar barangkali. Tapi itu 2 tahun lepas. Kini saya seperti menjadi seorang yang sangat realist. Saya melihat sesuatu pada apa yang ada..

Saya rindu untuk menjadi seorang yang punya mimpi menggunung tinggi dan mampu menjadi seorang yang boleh menjadikan mimpi itu benar dan kekal.

Mungkin kerna saya menjadi lebih realistic sekarang, mungkin orang lain menganggap saya tidak positive. Saya mungkin memandang itu dari sudut berbeza. Saya melihat pada masalah itu,dan apa yang menghalangnya..Dan bagaimana untuk selesaikannya..Kemudian membawakan kepada matlamatnya.Saya tidak suka kepada harapan -harapan palsu yang mungkin tidak mencapai kenyataan. Saya mungkin lebih sukakan untuk kita pilih  suatu pilihan berbeza yang dapat kita capai kepada matlamat itu. Contohnya, jika anda hendak kaya tidak semestinya dengan menjadi doktor.Dengan kegagalan dan kegagalan dalam pelajaran(mungkin anda nampak ia seperti negative).Walaupun anda minat menjadi doktor.

Saya sangat ingin menjadi seorang lawyer..Matlamat saya besar. Jadi lawyer,masuk politic,bina kekuatan dan ubah negara.Matlamat saya sama…Saya ingin islahkan negara ini dan ummat ini.Tetapi saya kini seorang pelajar geologist.Adakah itu penghalang saya kepada matlamat dan cita-cita saya?.Bahkan tidak.Saya cuma menjadi seorang realist. Dalam hati terus terang,keinginan menjadi peguam itu tetap ada.Bahkan saya seorang pelajar geologist pernah mengambil satu unit Legal Framework demi merasai kehidupan belajar undang-undang.Walaupun langsung tak ada kena mengena dengan kursus Geologi yang saya ambil.Tapi itu bukan alasan untuk saya meninggalkan matlamat asal saya yang sudah saya pasakkan..Bagi saya,jangan meletakkan harapan pada perkara remeh yang melemahkan kita sedangkan harapan dan impian itu patut kita gunungkan,bukitkan dan lautkan serta langitkan kepada matlamat utama.

contohnya,dengan kemampuan yang ada dan kelebihan yang ada,anda mungkin lebih layak menjadi seorang geologist atau seorang usahawan..Doktor,geologist,usahawan..cumalah jalan..jangan jadikan jalan itu sebagai masalah yang menghalang.Keinginan untuk kaya itu adalah matlamat (hanya sebagai contoh).. Kadang-kadang kita terlalu beri perhatian kepada jalannya sahaja.Tetapi tak pula melihat kepada matlamatnya..Dan kita menangis dan berlelah payah pada jalannya sahaja sampai kita lupa kepada matlamatnya…

Tapi adakah saya menjadi semakin negative.Saya tidak pasti. Cuma saya yakin ini adalah saya.Saya memandang masalah,melihat kepada apa penghalangnya.dan membuangnya tanpa prejudis.Dan mengarahkannya kepada matlamat yang asal.

Mengatur Hidup

Saya masih kurang dalam mengatur hidup.Barangkali saya perlukan pembantu dalam mengatur hidup saya dan mententeramkan jiwa🙂 Tetapi buat masa ini, cukuplah untuk saya menyelesaikan nya sendiri. Sewajarnya bagi saya, sungguhpun kita sibuk dengan pelbagai program dan amal,tetapi itu bukan alasan untuk terkebelakang dalam pelajaran. Bahkan sepatutnya, kita lah yang paling depan.Kerna kita sudah tahu kita punya tanggungjawab pada amal.Dan kita juga tahu kita punya tanggunjawab pada belajar.Maka kita akan cuba pastikan masa kita teratur dan digunakan dengan baik.Kalau dilihat dari sudut ini, adakah masa kita akan terbuang dengan menonton wayang dan enjoy-enjoy? Sebab kita tahu, kita ada kerja yang banyak sedangkan masa kita kurang.

Saya mungkin masih kurang dalam aspek ini…Tetapi mari kita sama-sama berusaha perbaiki diri kita!!

One thought on “Updates..

  1. betul2! ana pn b’setuju apabila salah seorg peserta melukis gmbar kubur apabila disuruh melukis peace…
    bgaimana nk mndpt ketenangan jika dunia nye tidak utk akhirat nye???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s