Demi Islam!!!!!….untuk Palestina!!!

Salam ukhwah.

Hari ini satu lagi peristiwa berdarah yang dahsyat berlaku. Kapal bantuan konvoi ke Gaza telah diserang dan krew kapal cedera dan mati.

Berita selanjutnya dari Aljazeera seperti berikut :

http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053133047995359.html

……………………..

………………………………………………………………

Saudara semua yang mulia.

Dimana saya dan dimana anda?

Kita memang dalam keadaan sekarang dengan sekatan perjalanan dan lain-lain belum mampu untuk menyongsong senjata. Tetapi di hati kita kalau tidak wujud rasa untuk berjihad walau sekalipun,sangatlah kita dalam keadaan terhina .

Rujuk surah an-nisa ayat 95: Tidaklah sama orang mu’min yg duduk2 yg tidak punya uzur dgn orng yg berjihad di jalan Allah dengan jiwa dan harta mereka.

Rasul juga pernah bersabda : ” Barang siapa yg mati dan belum pernah berjihad serta tidak niat untuk berjihad,maka ia mati membawa satu cabang kemunafikan”

hadis riwayat muslim:3/157.hadis bernombor 1910

Astaghfirullahalazim!!!
adakah kita ini termasuk dalam seorang munafik??

Benar!!!

Dunia Islam sekarang berada dalam kemunduran. Ya!!kita kaya dengan wang dan hasil bumi. Tetapi kita miskin jiwa dan miskin iman. Kita berpecah dan berbalah. Bahkan hal khilaf yang kecil dan perkara yang tak menambah iman juga kita berbalah!! Sedangkan Rasul pernah bersabda bahawa kebathilan yang tersusun mengalahkan haq yang tak tersusun. Lihatlah sekarang benarnya kata Rasul!!!

Saya tidak mahu menyatakakan kata kosong dengan hanya berkata mari kita bersatu!!! Kerna kesatuan itu tak kan lahir kalau kefahaman kita pada deenul Islam ini tidak sama!!
Kesatuan kita tak kan lahir kalau matlamat kita tak sama!!
Kesatuan kita tak kan lahir kalau perjuangan kita tak sama!!!

Maka saya katakan sekarang,mari kita samakan kefahaman kita tentang Islam yang syumul. Islam yang menjadi minhajul hayah. Islam yang menjadi ad-deen. Islam yang sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat ke 208 :” Wahai orang beriman!! Masuklah ke dalam ISLAM SECARA KESELURUHAN”

Kefahaman yang mahu saya katakan adalah Islam adalah sistem menyeluruh yang mencakup seluruh segi kehidupan.Maka ia adalah negara dan tanah air.pemerintah dan umat.moral dan kekuatan.Kasih sayang dan keadilan.peradaban dan undang-undang.ilmu pengetahuan dan hukum.materi dan kekayan alam.penghasilan dan kekayaan.jihad dan dakwah.pasukan dan pemikiran.sebagaimana ia juga adalah akidah yang murni dan ibadah yang benar. Tidak kurang dan tidak lebih..

Bukan mudah.Tetapi perlu!!!
Bukan senang.Tetapi perlu!!!

Perlu kalau kita tak mahu lagi dihina dan di injak.
Perlu kalau kita yakin dengan janji Tuhan!!
Perlu kalau kita mahu kotakan amanah dan janji yang pernah kita sumpahkan!!!

……………………………………………………………………………………………..

Dan dalam keadaan sekarang,sekurang nya,ketika kita tidak mampu untuk berjihad secara zahirnya diri kita dengan sekatan perjalanan dan lain-lain. Setidaknya jihad dengan harta kita. Di dalam Quran banyak ayat menerangkan selepas perkataan berjihad dengan diri ia disusuli dengan harta.

Jika anda punya jalan untuk menyumbang ke pada badan bantuan Palestina yang benar akan ke sana seperti aman palestin.Silakan. Jika anda punya jalan yang lebih bagus dari itu.Silakan.

Jika anda tidak mampu maka setidaknya mohonlah doa dengan linangan air mata!!!!

Mohonlah doa setiap hari dalam solat anda.dalam perjalanan anda.

Saya sertakan anda qunut nazilah untuk anda baca dan hafalkan jika belum:

Jika setakat itu sahaja yang anda mampu,silakan..Allah tahu hanya setakat itu sahaja yang kita mampu!!

Jika anda mampu bergerak dengan diri anda.Semoga Allah bersama setiap langkah anda dan jika anda syahid,nantikan kami.

Jika anda mampu sebarkan dengan kata-kata dan hasil tulisan.Maka semoga tulisan anda dan kata-kata anda mampu menyedarkan!!!

Jika anda hanya berniat lagi dan masih berasa ragu,saya doakan supaya anda punya kekuatan untuk meneguhkan diri.

Jika anda merasa kan isu Palestina ini bukan isu anda,maka ingatlah,jika sakitnya ummat Islam ini bukan anda rasa urusan anda ,maka anda bukan termasuk ummat ini.

Jika anda memperlekeh mereka yang berusaha dengan jiwa,harta dan kata-kata serta usaha mereka,maka ingatlah,kejayaan mereka adalah urusan Allah dan anda tidak punya kaitan langsung dengan kebahagian yang mereka dapat!!
…………………………………………………………………………..
Tetapi ingat!!!
Kita juga perlu perbaiki diri kita dalam memperkukuhkan ummat.
Mari kita usaha ubah diri kita….Jangan hanya semangat sahaja!!!

Fikirlah,jika anda ditinggalkan kekasih sahaja sudah menangis adakah ini orang yang menginginkan mati shahid??

Mari kita usaha untuk punya akidah yang jelas,ibadah yang sahih,akhlak yang matin…dan kita dengan kefahaman yang sama bergerak sederap langkah dalam satu jasad ummat yang sama!!!

http://www.cetusanminda.wordpress.com

2 thoughts on “Demi Islam!!!!!….untuk Palestina!!!

  1. Salam Tajul.

    Seluruh dunia mengutuk kekejaman yahudi, diharapkan seluruh negara yang mengaku negara Islam dapat bersatu, namun keadaan sebegini tidak henti-henti sejak dahulu. Apa yang dapat makcik lakukan hanyalah berdoa agar semua aktivis dan pejuang agama Islam akan dibantu oleh Allah SWT.

  2. 2,3 hari ini ramai yang bersemangat jihad…. ramai yang berkobar semanagtnya… tetapi tidak cukup dengan sekadar semangat…

    para sahabat memalui proses yang panjang untuk menempa diri menjadi rajulon fi sabilil jihad… mencari kekuatan disebalik malam2 mereka, mengorbankan segalanya…

    moga kitalah mujahid sebenar yg mempersaksikan syahadah kita di hujung2 malam….

    moga kita tsabat rijal!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s