Palestina sudah membuka mata anda dan saya…

Salam ukhwah..

Sekarang isu Palestina bukan lagi menjadi isu satu negara sahaja. Tetapi sudah jadi isu setiap ummat manusia.Benar,banyak berbeda pendapat tentang hal Palestina.

Bagi saya,ini adalah pendirian yang saya pegang :

Anda memandang ia isu sebuah negara.saya memandang itu isu tanah Muslim.anda memandang itu soal kemanusiaan.saya memandang itu arahan Rasul saya.jika seorang Muslim disakiti.bermakna saya juga disakiti.anda memandang itu soal peperangan.saya memandang itu soal maruah dan akidah.kerna bagi saya,Palestin itu tanah saya.Darah Palestin itu darah saya.Mati Palestin itu mati saya.Kerna saya seorang Muslim..

Mungkin kita boleh melihat lebih lanjut tentang isu ini. Kalau dilihat, Flotilla itu merupakan satu simbolism kebangkitan rakyat dan manusia biasa memerangi penindas terbesar. Sebagaimana kisah Israiliyat terkenal tentang David dan Goliath. Kalau lah Israel itu keturunan Nabi Daud a.s..siapa sangka keturunan David@Daud itu menjadi Goliath.. Penindas terbesar abad ini..Itulah Goliath moden.Keadilan mereka sangka berpihak pada mereka.

Flotilla itu adalah harapan baru.Tidak pernah dalam sejarah berlaku hal seperti ini.Ya,banyak kali bantuan dapat dibawa masuk ke Jalur Gaza.Tetapi Flotilla bukan misi utama membawa bantuan tetapi adalah untuk memecahkan tembok penjara terbesar dunia yang dibina oleh ISRAEL DAN MESIR memenjarakan kanak-kanak dan penduduk Palestin yang seakidah dengan saya. Kedatangan Flotilla itu adalah simbolik huluran tangan penduduk dunia yang sudah menyampah dengan kekejaman Israel.

Berbeza kalau bantuan yang tiba buat pertama kali nya adalah bantuan dalam bentuk ketenteraan.Jika ianya dalam bentuk ketenteraan,maka apa yang terjadi adalah ianya akan dilihat dari sudut perbalahan militer antara negara yang menyokong Palestin dan dengan negara yang menyokong Israel.

Maka disini,kalau dilihat, kedatangan Flotilla dari mereka yang cuma rakyat biasa adalah simbolik dan idealisme yang sangat kuat.

Anda mungkin mampu membunuh aktivis-aktivis itu, tapi percayalah, anda tak kan mampu membunuh idealisme dan simbolik yang mereka bawa!!!

IDea akan terus hidup walaupun pembawa-pembawa idea itu mati. Ia akan terus diperjuangkan walaupun mendapat tentangan. Ia akan terus berjalan walaupun kadang-kadang ia akan mundur seketika tetapi secara tiba-tiba ia ibarat anai-anai memakan sebuah binaan kayu..Dengan senyap sahaja,sebuah kejayaan besar berjaya dibuktikan.

Dan ini yang saya lihat dalam Flotilla Gaza.. Ia hanya dimulai individu kecil yang sanggup nyawa mereka dikorbankan dan percayalah,isu ini akan menjadi hal yang menggoncang dunia dan khususnya menggoncang Israel. Kerna hari ini mereka sedar, mereka berada di alaf baru!!

Era baru yang mereka sedar mereka kini tidak lagi mampu berbuat kejam sesuka hati tanpa ada insan dunia yang melihat.

Era dimana mereka melihat bahawa kekejaman itu akan berakhir dan mereka akan diadili.

Era dimana bermulanya kejatuhan Israel!!

…………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s