Apa pandangan politik saya [post ini sebab saya sudah mendaftar pengundi]

Salam… to begin with,surah an nur ayat ke 55 adalah pandangan politik saya.

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.(An-Nur:55)


Buat masa ini, ya, mereka yang dijanjikan ini tiada,sebab mereka yang punya kualiti itu tiada.Janji Allah itu pasti.Tapi kita bukan sekadar percaya sahaja kepada janji itu tanpa berusaha.Jika kita sahaja yang cuma berharap  tanpa kita sendiri berusaha,itu adalah angan-angan.Islam itu bukan angan-angan.Islam itu ada pada amal kita.Bukankah iman itu dipercayai dengan hati dan dibuktikan dengan amal. Jangan lah kita salah kan Allah kerna bantuan tidak sampai sedangkan kita sendiri tidak berbuat sesuatu untuk bantuan itu sampai. Mahukah bantuan dari 991 sampai sedangkan kita tidak langsung menelefon operator 991 ketika ada kecemasan berlaku??

Secara idealis nya saya,itulah pandangan politik saya.Dan itu tetap menjadi pandangan politik saya.Dan saya sanggup pertahankan pandangan itu.Kerna itu bukan datang nya dari saya,tetapi dari Tuhan saya.

Tetapi secara realitinya buat masa ini,itu belum terjadi. Ya, usaha itu akan giat.Usaha pembinaan setiap individu muslim.Setiap jiwa muslim kita bentuk. Dan dari itu maka terbentuknya sebuah masyarakat muslim yang benar muslim.Bukan Muslim pada nama sahaja.Tapi Muslim dalam seluruh hidupnya sebagaimana di dalam surah Al Baqarah ayat ke 208.

Maka, jika lah pilihanraya berlaku dalam masa terdekat, ketika tahap pembentukan ummat masih baru dan yang ada cuma lah mereka yang berjuang dalam arena politik sahaja,saya akan memilih yang Islam. Memilih yang Islam atas yang bukan Islam.Jika ada dua calon Muslim, saya akan memilih juga yang Islam. Jika tiada langsung calon yang Muslim,saya akan memilih calon yang lebih memberi manfaat kepada rakyat Muslim.

Ya, saya memang politikal.Ketika barangkali kebanyakan pemuda umur saya jemu,meluat dan benci dengan politik,saya berasa sangat sedih melihat keadaan negara. Bukan sedih kerna miskin harta rakyatnya..Tapi miskin jiwa pemuda nya.Miskin integriti pemimpin nya.Miskin kesedaran penduduknya..Dan yang paling penting, miskin Islam negara nya.

Ketika satu masa dahulu, saya seorang penyokong tegar parti popular Malaysia yang berasaskan perjuangan bangsa. Mungkin kerna dilahirkan dalam keluarga yang sebegitu rupa.Bapa saya orang kuat juga. Ketika saya masih dalam kandungan lagi,bapa saya jarang pulang ke rumah kerna keluar berjuang dalam partinya.Ibu saya juga seorang yang kuat dalam parti ketika itu. Rumah saya juga pernah menjadi tempat kempen seingat cerita yang perna ibu saya ceritakan.

Buku-buku di rumah saya,banyak berjudul politik.Darilah shit karya Shahnon Ahmad , 50 dalil kenapa Anwar Ibrahim Tak Boleh Jadi P.M, Getek,Mahathir di sebalik tabir dan macam-macam lagi banyak di rumah.Dan bayanglah,seawal umur sekolah rendah saya sudah membaca buku-buku itu.

Dan ketika itu juga saya mendengar kaset dari Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hingga lah ketika krisis Anwar Ibrahim juga saya dengar kisahnya.

Rasanya jika satu hari nanti saya mendirikan baitul Muslim, saya juga memerlukan seseorang yang sama seperti saya. Yang sekurangnya punya idealisme politik.Yang ada perjuangannya sendiri. Dan pastinya yang punya ideologi yang sama seperti saya. Ideologi yang kini saya perjuangkan.Ideologi Islam yang benar.Islam yang sempurna.Termasuk dari segi politiknya. Kerna mungkin satu hari nanti saya sibuk dalam perjuangan saya, dia memahami kerna dia turut serta dalam perjuangan yang sama.Dan mungkin satu hari nanti, saya dianiaya kerna perjuangan yang saya bawa, dia dapat terus tabah dan bersabar berjuang serta mampu mengemudi anak-anak menjadi rijalul dakwah juga. [ Saya rasa bahagianya ibu bapa saya dalam hidup mereka kerna mereka miliki pemikiran yang sama.Dan juga berjuang untuk perkara yang sama] . Jadi siapa yang sanggup menerima saya untuk ini semua?

Itulah politik yang telah membentuk saya.


Tetapi, beberapa masa yang lepas,pandangan saya berubah.

Ya,mungkin kerna saya di didik dalam keluarga UMNO yang kuat,saya barangkali agak bersifat Ultra Malay.

Peduli apa.Biar kan saya Ultra Melayu.Tetapi, kini, Islam datang dahulu kepada saya sebelum isu bangsa. Kalau dia yang datang kepada saya adalah seorang Muslim tetapi bukan seorang Melayu, itu sudah memadai untuk saya layani.

Kadangkala geram.Dengan bangsa lain.Dan bangsa sendiri. Kita marahkan bangsa lain kerna mengaut untung dan menekan bangsa kita.Ya saya marah.

Saya marah ketika tanah Melayu di jual kepada bangsa lain

Saya marah ketika bangsa lain mengambil tanah peribumi.

Saya marah ketika pekerja melayu ditekan towkey bangsa lain ketika berkerja dan sentiasa menjadi kuli.

Tapi,

saya juga marah kerna bangsa kita hanya tahu bercakap.

Hanya tahu berborak di belakang.

Hanya pandai bergaduh sesama kita

Malas berkerja dan tidak mahu belajar.

Cuma tahu marah bangsa lain dan menyalahkan orang lain..

Saya tidak faham kenapa. Kita marahkan bangsa lain. Dah dia berusaha,dia dapatlah hasilnya.Bila dia kaya ,kita marah sebab kita tak kaya kecuali jika dapat project free dari kerajaan.Ya,kadang-kadang mereka menipu dalam berniaga dan menipu bangsa kita. Tapi kita bukan mereka.Mereka tidak tahu halal haram.

Prinsip saya tetap.Saya seorang Muslim dan menyokong Islam.Kalimah La Ilaha Illa Allah adalah cogan kata yang tertera pada parti saya. Visi parti saya adalah Allah. Perlembagaan parti saya adalah Al Quran seluruhnya. Pemimpin agung parti saya adalah Muhammad Rasulullah. Misi saya adalah mencari redha Allah,shahid di jalan Nya.

Tetapi selagi parti itu belum terbina, apa yang saya akan sokong adalah apa yang terbaik untuk Islam.

Saya tidak mengatakan “parti Islam” yang ada sekarang adalah parti yang pasti akan saya pilih.Tidak.Saya mahu pilih apa yang terbaik untuk Islam. Dan untuk ummat Islam.

Sebagaimana yang pernah dikatakan oleh seorang pejuang Islam yang saya kagumi yang intinya adalah ” kita bukan inginkan pada nama.Tetapi hakikat sebenar apa yang dibawa”

Jika nama nya Islam tetapi apa yang dibawa tidak Islam.Pendokongnya tidak Islam. Caranya tidak Islam.Mulanya juga tidak Islam.Adakah kita menjangkakan hasilnya juga akan Islam? Saya  bukan mengatakan Islam itu dari konteks akidah sahaja.Kelak nanti saya dikatakan mengkafirkan orang Islam.Saya tidak mahu dihalang ke masjid kerna di cop wahhabi sedangkan orang yang mengecop orang lain sebagai wahhabi juga tidak faham apa itu wahhabi.

Cukuplah saya memilih mereka yang paling terbaik manfaat nya untuk Islam.

p/s: sudah bangga mendaftar menjadi pemilih.Sangat berharap dapat mengundi tahun ini jika tahun ini pilihanraya umum diadakan. Terus saya call abah dan mama saya.Abah saya seronok saya mendaftar sampai dia mengajar cara untuk mendaftar dan menyuruh mengambil option tertentu.Mama saya sudah melobby saya untuk mengundi satu parti.


Untuk mama….

Salam ukhwah..

entry kali ini saya dedicate kan untuk setiap mama di dunia..especially, mama saya,Puan Fatimah Sidik, mak cik Werdah, Mak angkat saya yang jaga saya waktu kecik , Mak Esah ,mama-mama kawan-kawan saya yang melahirkan mereka dan semua mama-mama di dunia…

Bersyukurlah keatas nikmat yang besar yang Allah beri pada kita.Ibu kita.Mama kita.Mak kita.Ummi kita..

Ingat tak….

Siapa yang hapuskan air mata kita waktu kita sedih.

Siapa yang nak dengar cerita kita susah di tempat orang.

Siapa yang bela kita waktu orang lain aniaya kita

Siapa yang mandikan kita waktu kecil,bersihkan kita..

Suapkan kita makan, Siapkan pakaian kita pergi sekolah..

Siapa yang tegur kita kalau kita buat salah.Dan walaupun kita buat salah dia tetap maafkan kita…

Siapa yang paling sayang kita dan terima kita walau kita susah,buruk,hina…

Dan bangga dengan kita walau dia tak terima apa-apa atau mungkin waktu tu kita langsung tak ingat pada dia..

Siapa lagi kalau bukan mama,bukan ibu,bukan ummi,bukan mak…

Tapi cuba kita ingat…

Hari ini,

ada tak kita cakap kita sayang sangat-sangat kat mak kita.

Kita berterima kasih atas setiap apa yang dia buat dekat kita..

Ada tak kita hantar sms dekat mak kita ucap “I Love You”

Atau cium pipi mak kita?

Atau mendoakan mak kita dalam solat kita…

Bayangkan…………………………

Apa akan jadi,kalau esok….

Mak kita tak ada dah..

Untuk hapuskan air mata kita..

Mendengar cerita kita ketika kita susah di tempat orang..

Atau tersenyum bangga dengan kita ketika kita berjaya…

Yang setiap kali kita balik pulang ke kampung ,dia tak ada lagi…

Nak masakkan makanan kegemaran kita..

Cerita kan pada kita kisah saudara mara

Dia tiada lagi menceriakan kita waktu kita sedih…

Dan kita………………………………..

Barangkali menyesal…

sebab kita tak sempat minta maaf atas silap kita..

atas kita tak mampu menjadi anak yang sepatutnya dia miliki.

Dan mungkin perbualan terakhir kita dengan mak kita bukanlah perbualan yang manis,yang kita kurang ajar dengan dia,yang kita buat dia sedih,yang kita buat dia menangis..

Dan tak dapat mengucapkan sayang pada mak kita..

atau meminta maaf atas silap kita…

Dan tak boleh lagi mencium pipi mak kita lagi…

Dan bercerita kisah kejayaan kita…..

Sebab dia dah tiada lagi……

……………………………………………………………………………………………………..

Hargailah mak kita,ayah kita,selagi mereka masih ada…Kalau anda sekarang berumur dalam lingkungan 20 tahun,barangkali mak ayah anda dalam lingkungan lewat 40 an atau lebih dari umur 50 tahun… Umur ummat sekarang biasanya dalam lingkungan 60…Ada yang mungkin lewat hingga 80-90.. bayangkan lah sahabat…kita cuma ada beberapa tahun sahaja untuk balas jasa mak ayah kita..Mak ayah kita yang tak kan terbalas jasa dia walau apa pun kita buat…Mari kita usaha jadi anak yang baik.Anak yang mak ayah kita banggakan…Yang dia boleh harapkan…Yang jaga dia waktu tua nanti..Bukan semata-mata sebab itu mak ayah kita..Tapi sebab itu adalah suruhan Tuhan kita…

Mak saya pernah cakap…Kalau kita berbuat baik kepada mak ayah kita,anak -anak kita akan berbuat baik kepada kita…

Mak saya pernah cakap jugak.Macam mana pun kita sayangkan seseorang tu, tak ada sapa boleh lawan sayang mak kita kepada kita..

Betul….Even kalau lah seseorang itu isteri yang dia sayang kita sangat-sangat sekalipun, tak terlawan sayang seorang ibu pada kita..

Kalau kita susah macam mana pun,mak kita lah yang back up kita..

Tapi kadang-kadang bila susah,ada isteri yang tinggalkan suaminya dan ada suami yang tinggalkan isterinya…

Bersyukurlah atas nikmat terbesar yang Allah beri..Sebab mungkin,satu hari nanti,nikmat itu Allah akan tarik kembali….dan kita barangkali tak sempat untuk membalas jasa bahkan untuk berterima kasih terhadap apa yang diberi kepada kita…

Saya sayang mama saya!!!!!!!

kalau saya lah….

kalau saya lah jadi Tuan Menteri,

saya tak tahu mana nak lari

sebab saya tahu Allah tanggungjawabkan saya dengan apa yang saya pimpin..

Dan apa harta rakyat yang saya di amanahkan.

Dan kebajikan rakyat yang perlu saya pertahankan.

Dan kezaliman serta penindasan yang perlu saya hapuskan.

Dan Islam yang benar dan shahih yang perlu saya tegakkan.

Tuan menteri rasa Tuan mahu lari ke mana??

Kalau saya lah jadi Tuan ketua,

boleh beruban saya hari ke hari

memikirkan sudah terbaikkah khidmat saya kepada rakyat.

Sudahkah rakyat terbela.

Sudahkah yang miskin diberi makan

Yang muda diberi pendidikan

Yang kaya dibersihkan hatinya.

Yang tua diberi cinta

dan yang kecil pula sentiasa dibina.

Kalau saya lah jadi Tuan Patinggi

Saya tak tahu jawatan dan harta saya mahu ke mana.

Sebab saya mati nanti,anak-anak dan waris yang takutnya berebutan.

Kerna saya tahu bukan itu patutnya saya wariskan.

Dan saya juga risau melihat di kiri kanan jalan mereka :

tak berumah

tak berdapur

tak belajar

tak punya hidup seperti saya.

Adakah saya sudah buat apa yang patut saya buat??

Sebab itu saya bukan kamu Tuan Menteri, Tuan Ketua, Tuan Patinggi.

Saya tak mampu berbuat macam kamu.

Tuan-tuan semua memang hebat.

memang amanah

memang kuat

memang mantap.

Tuan-tuan sudah membela rakyat.

Tiada lagi rakyat  miskin tertindas

Tiada lagi jerung-jerung dan buaya menyiksa mereka tak berdaya

Tiada lagi tanah peribumi dijual dan digadai.

Tiada lagi anak-anak muda berseronok terbiar.

Islam ,Tuan-tuan jadikan sebagai dasar..

Syurga untuk Tuan-tuan

Syurga untuk Tuan-tuan..

Kalaulah syurga itu yang Tuan mahukan…

Quran Guide For Dummies

Salam…

Well my friend…We are all dummies.. [Pardon my lack of grammars and English]..

Especially when we talk about Quran..

Have you ever realized,nowadays…people  ONLY read Quran:

  • without understand the meaning.
  • only love to hear the soothing sound of Quran recitation especially with tarannum
  • Only used against djinn and syaithan(exorcism,i mean).
  • Only read if we are afraid of something or have problems
  • being only decorations at houses and shops..

Well my friends.Yes.that is Quran.But not all of it…[and somes I listed are not applicable at all..trust me..]

And if we observe more deeply, how low we had put the glorious book of God…

Let we refer what Allah had said in the second surah which is surah Al-Baqarah from verse 1-4

[1-4] Alif. Lam. Mim. This is the Book of Allah: there is no doubt about it. It is guidance to Godfearing people, who believe in the unseen,establish the Salats and expend (in Our way) out of what We have bestowed on them; who believe in the Book We have sent down to you (i.e. the Qur’an) and in the Books sent down before you, and firmly believe in the Hereafter.


From here, it is easily understand that Quran is a book and there is no doubt whatsoever with its contents and the main role that Quran played is to be a guidance.

But then,the guidance is for whom?

It is for the muttaqeen.The people who poses taqwa. Then what is taqwa ? What differs taqwa, iman and Islam?

And it is for people who believe.For the believers.

And for the people who perform Salat..

Isn’t it clear my friend.Only the people who poses the quality understand what Quran is.

If we give a Mein Kampf to a simple person,he may understand it only as an idea by Adolf Hitler.But if a National Socialist read it, he may understand it differently.Same goes to a geology book which you give to a medical student to read.He may understand it on his own expenses.Not more than that.But if you give the geology text book to a geology student,apart from seeing the world and faults and folds,he may see his lecturers faces and all the marks of exams on the textbook.[bear with me.I am a geology student]

But what we talk about is the glorious Quran. The one that Allah said as a guidance.And literally,it is a guidance.And why Allah said that it is for the muttaqeen.For the mu’minin..

What quality does a muttaqeen poses until he was made special by Allah to use Quran as a guidance?

Why we are not thinking about it my friend?

For me, when we talk about Quran, we could expect the Quran as a spectacles and we are looking everything in our whole daily life through it. Let it be we look it as a political leader or even only just a simple man,we look it through Al Quran.Does Al Quran permit us to do this and that.

Why it is very important?

If we see it again, if we see everything through Al Quran, we had put Al Quran as our benchmark.As our Quality Index.

We does not use society ideals as a benchmark.Let us go back to the history.During medieval times, all European woman must wear modest clothes and they even need to cover their hair. And woman who wear luscious outfit,will apparently thought to be a a bad woman.But now, it is all become so different.It seems to be turn around. Why?

This is because the ideals are being made by human.By the societies.When the societies changes,the ideals change.If the society change to good, we could say alhamdulillah.But what happen when the society turn to be bad.Like in this new era?

That is why, the ideals must be based not by human.But by something greater than human existence :God.

That is why if we put Quran as a guidance,we also make Quran as a benchmark.

A benchmark in our daily life.In leadership.In economy.In military.And even in families.

Doesnt it covered all scopes? Every  part of your life,have Quran in it.Every part of your life have Islam in it.

My friend,Islam is not only a religion.It is how we lived our life according to Allah and Rasul.It is how we show Him that today we do everything for Him to get his redha.

Let me take you at the very least how this things work.As I said,Quran is a guidance. The same as when we said about Standard Operational Procedure.We must follow the guide.It i as simple as that. If we do not follow the guide, we break the rules and we may face problems or even accident..

Doesnt we already faced many ‘accidents’ nowadays.The corruptions, the illegitimate childrens problem, killing and all and everything that corrupts our society.That is all the accidents I am talking about. But the Quran gives the main idea how all those things must worked according to Allah.The later and finer description are provided by His messenger,Rasulullah S.A.W.

For example, if we read in Surah As Saff, Allah asked us to worked in a formation.Like bricks. In several places in Quran Allah also said that we must obey our leaders. That is the main concept.The concept of unity and leadership. But the finer explanation are provided by Rasulullah. For example, he showed us how he choose people to lead in military campaign or even to be a governor. The 313 warriors of Badar can be  counted as today’s MP who lead the Parliament as they are the one who held meeting to discuss the siyasi (politics) during those times.And from that, Umar,Abu Bakar ,Ali and several others prominent sahabahs are the one that we can counted as the high ranking ministers as they are the one who have more prominent voice.  That teach us about politics alot doesnt it.

Next, we see about the relationship of man and woman.In suraah An Nur, Allah had stated a lot about relationship of man and woman.In suraah Ar Ruum Allah stated that every things have pairs and man are paired with woman. And that is the main concept. But the finer explanation is how marriage taken place, that had been shown by Rasulullah.How he said that atleast a guy must give mahr atleast with an iron ring.

That is only small parts of Quran.Afterall,this is only a simple introduction of Quran Guide for Dummies.

Now,what we need to do is not only respect Quran by placed it on high places such as the top of cupboard until we forgot its existence.

But what we must do is, open the Holy Book.

READ AL QURAN.

UNDERSTAND AL QURAN.

LIVE OUR LIVES BY LOOKING THROUGH AL QURAN.

Then we will become the Quranic generation..

Well,see you soon Dummies…:)

2 artwork baru..silalah interpret…sendiri…[tulis di ruang komen ya]

salam…

maaf atas tiada penulisan untuk masa ini..Saya banyak yang ingin saya coretkan supaya mampu menjadi pembekal kepada diri saya dan anda..Tapi buat masa ini,hayatilah dahulu 2 lukisan yang saya hasilkan.. Saya cuma melukis di atas kadbod murah kerana harga kanvas agak mahal.Rasa nya saya lah antara pelukis miskin..hahaha..saya bukan pelukis..Saya cuma mula bercambah minat untuk melukis.Selepas membantu program melukis bersama Yusof Gajah,seorang pelukis yang amat hebat dan mula melukis secara suka-suka pada program itu..


yang pertama tajuk nya adalah kehidupan

yang kedua tajuk nya adalah al haq wa al bathil

jadi silalah anda semua interpret kan di ruangan komen..Maaf,saya ambil gambar nya guna kamera laptop.Resolution sangat rendah.Malah saya perlu crop..Hendak melihat sendiri,maka perlulah datang dan lihat secara real nanti..

Jika ada sesiapa mahu membeli,sila bagi tahu..hehehehehe..gurau2 saja..Saya bukan lah pelukis profesional.

p/s: hari tu seorang sahabat dari sabah..andi namanya..ketika dia tumpang tidur di bilik saya selepas kami pulang dari program : “anta ni ambil course apa sebenarnya?”  apakah saya tidak nampak seperti seorang geologist..hehehehe

mengisi masa lapang…


(cerita asal di blog ke-2 saya)
salam..

ini lah yang saya lakukan hari ini…melukis..minggu lepas ada acara melukis yang dihadiri Yusof Gajah.Semasa berbual dengan Pak Yusof,saya kagum dengan beliau..

Seorang pelukis entrepenaur yang hebat.Kata-katanya yang saya tak boleh lupa : ” Pelukis kena letakkan diri dia sama taraf dengan engineer,dengan politician…Kita tengok politician.Dia start from nothing. Tapi at the end, dia di hargai”

Saya bukan pelukis seperti Pak Yusof.Saya cuma suka-suka mengisi masa lapang.

Lukisan yang pertama dahulu pada tahun lepas,saya ,shahul,jiji dan ming yii yang lukis.Lebih nya Ming Yi yang banyak melukis nya..Dan lukisan itu dijual oleh Ansara dan wang itu di salurkan kepada program kebajikan.(*gemuk gak waktu ni..huhuhu)

Lukisan saya yang kedua , adalah dalam acara minggu lepas.Saya berikan kepada seorang adik.
Inilah lukisan saya yang ke tiga.

Saya namakan sebagai “Helang yang menangis”

Saya nak emphasize pada art work yang ke-3 ni.. Lukisan ni saya buat pagi tadi.Selepas subuh..Dan selesai ,ketika hampir asar..

1.Lukisan ini melambangkan perasaan diri saya.Ni bukan sedih tak balik.Tak de kene mengena langsung..Hehehehehe..

Satunya, kita sebagai seorang Muslim adalah layaknya seekor helang.Raja angkasa. Tetapi,helang itu sekarang cuma menjadi burung kecil,yang tak mampu terbang tinggi kerna dosa dan noda yang banyak..Adakah tangisan itu mampu mengeluarkan dia dari penjara merah kehinaan?

2.Yang kedua adalah tentang Palestin.Dan sebenarnya ini niat utama saya ketika mula melukis lukisan ini.. Lingkaran merah adalah kongkongan yahudi,dan warna purple di dalam adalah Palestin. Dan didalam warna purple itu ada sebiji mata.. Mata yang menangis..

Dan lingkaran bulat itu diluarnya ada mata yang besar,simbol kepada mata dunia khususnya mata ummat2 Islam yang cuma mampu melihat sahaja kekejaman bangsa yahudi yang kecil yang menindas ummat Islam Palestin.Dan kata Kak Jihan, mata itu nampak seperti burung..

Ya,kita semua adalah burung helang.Burung helang yang lemah dan kecil kerna kelemahan kita sendiri..Dan burung helang itu di kepung oleh kehitaman kebathilan yang menyelubunginya..Bilakah burung helang itu akan bangkit dan menjadi raja angkasa semula??

Wallahua’lam…

Saya tidak lah pandai melukis…Hanya mengisi masa lapang hari ini…

Kalaulah aku…

Salam..[ini cuma monolog dalaman di tengah malam,kalau rasa perlu,bacalah]

aku cuma duduk terfikir.. hari tu aku bertanya syafiq jasmim..kalaulah aku bercouple balik and buat benda2 tak elok,apa yang akan dia rasa.. capik jawab,aku kecewa dengan kau. 🙂

Dan malam ni,aku terfikir..

Tak mustahil kalau seseorang itu kembali kepada jahiliah setelah hidayah diberi. Bahkan dia lagi dihinakan sebab,dia dah tahu.. Dia dah mengerti yang mana haq dan yang mana bathil.Dia sudah faham yang mana benar dan mana salah.Yang mana Islam yang mana jahiliah.

Tapi dia tetap juga memilih kebathilan atas yang haq…

Sedih kan…

Aku cuma berharap,dan berdoa supaya aku dijauhkan dari hal tu. Aku cuma seorang Muslim yang lemah..Yang banyak kurang nya.. Hati aku masih lagi banyak lemahnya..Iman aku lagi tipis dari lapisan bawang.Amal aku tak sampai pun debu pasir. Tapi,nafsu aku besar..kejahatan dalam diri tak banyak yang hilang.Jahiliah dalam hati masih lagi membekas..

Siapa aku untuk mengata aku ini seorang yang alim dan soleh. Aku cuma seorang Muslim yang beusaha untuk perbaiki diri. Setiap hari setiap waktu… Aku bukanlah yang terbaik tetapi aku tak mahu menjadi yang terburuk.

Umar Al Khattab pernah berkata ” Jika seluruh umat manusia masuk ke syurga dan sorang sahaja ke neraka,aku takut aku lah orang itu”

Astaghfirullahalzim…hinanya aku… Itu seorang Umar. Umar yang Rasul kata jika ada nabi selepas aku,maka Umar lah orang nya..

Itu Umar yang pertama2 sekali membantu perjuangan dakwah Rasul.

Itu Umar yang darahnya mengalir untuk Islam..

Aku?? Apa yang aku dah buat? Apa yang aku pernah buat untuk Islam…

Dan amal aku ini yang sangat sikit,adakah diterima Allah..Mungkinkah amal ini ada riya’ sampai Allah buang amal yang dibuat aku ni cam kita buang sampah yang berulat..Jijik.Busuk.

Hina nya aku..Astaghfirullahalazhim…

Kalaulah seorang Umar boleh kata camtu,aku ini mahu kata apa lagi..Aku,apa pun tiada..

Dan kalaulah,kalaulah satu hari nanti,aku berpaling.. Berpaling semula pada jahiliah.. Dalam perlakuan.Dalam sikap.Dalam perbuatan.Dan nauzubillah,dalam akidah… Adakah aku akan terselamat kembali.Adakah aku akan kembali mencari Tuhan…

Dan kalaulah,kalaulah ketika aku bermaksiat,nyawa aku ditarik…Allah..Astaghfirullahalazhim…Camne aku dihadapan Allah…Camne aku nak bercakap depan Allah nak bagi reason supaya aku lepas dari azab…

Tuhan….

Dan kalaulah nyawa aku ditarik masa aku tengah beramal.Tapi amal itu tanpa ikhlas…Bagaimana aku nak jawab di hadapan Allah…

Sedangkan pernah diceritakan oleh Rasul tentang 3 orang lelaki. Hartawan, Ulama dan Mujahid yang kesemua amalnya dibuang..dicampak..dan muka nya diheret dan dihumban ke neraka..Sebab dalam diri tak da ikhlas..

Waktu aku tulis ni,adakah aku ada ikhlas..Allah..Allah…Allah..

Hina nya aku…

Aku tak berharta macam hartawan tu

Aku tak berilmu macam ulama

Aku tak segagah mujahid itu yang mati katanya kerna Islam…

Aku satu apa pun tak ada..Dekat mana aku di hadapan Allah nanti…

Allah
Allah
Allah…

Dimana aku di hadapan Mu….