Kalaulah aku…

Salam..[ini cuma monolog dalaman di tengah malam,kalau rasa perlu,bacalah]

aku cuma duduk terfikir.. hari tu aku bertanya syafiq jasmim..kalaulah aku bercouple balik and buat benda2 tak elok,apa yang akan dia rasa.. capik jawab,aku kecewa dengan kau.🙂

Dan malam ni,aku terfikir..

Tak mustahil kalau seseorang itu kembali kepada jahiliah setelah hidayah diberi. Bahkan dia lagi dihinakan sebab,dia dah tahu.. Dia dah mengerti yang mana haq dan yang mana bathil.Dia sudah faham yang mana benar dan mana salah.Yang mana Islam yang mana jahiliah.

Tapi dia tetap juga memilih kebathilan atas yang haq…

Sedih kan…

Aku cuma berharap,dan berdoa supaya aku dijauhkan dari hal tu. Aku cuma seorang Muslim yang lemah..Yang banyak kurang nya.. Hati aku masih lagi banyak lemahnya..Iman aku lagi tipis dari lapisan bawang.Amal aku tak sampai pun debu pasir. Tapi,nafsu aku besar..kejahatan dalam diri tak banyak yang hilang.Jahiliah dalam hati masih lagi membekas..

Siapa aku untuk mengata aku ini seorang yang alim dan soleh. Aku cuma seorang Muslim yang beusaha untuk perbaiki diri. Setiap hari setiap waktu… Aku bukanlah yang terbaik tetapi aku tak mahu menjadi yang terburuk.

Umar Al Khattab pernah berkata ” Jika seluruh umat manusia masuk ke syurga dan sorang sahaja ke neraka,aku takut aku lah orang itu”

Astaghfirullahalzim…hinanya aku… Itu seorang Umar. Umar yang Rasul kata jika ada nabi selepas aku,maka Umar lah orang nya..

Itu Umar yang pertama2 sekali membantu perjuangan dakwah Rasul.

Itu Umar yang darahnya mengalir untuk Islam..

Aku?? Apa yang aku dah buat? Apa yang aku pernah buat untuk Islam…

Dan amal aku ini yang sangat sikit,adakah diterima Allah..Mungkinkah amal ini ada riya’ sampai Allah buang amal yang dibuat aku ni cam kita buang sampah yang berulat..Jijik.Busuk.

Hina nya aku..Astaghfirullahalazhim…

Kalaulah seorang Umar boleh kata camtu,aku ini mahu kata apa lagi..Aku,apa pun tiada..

Dan kalaulah,kalaulah satu hari nanti,aku berpaling.. Berpaling semula pada jahiliah.. Dalam perlakuan.Dalam sikap.Dalam perbuatan.Dan nauzubillah,dalam akidah… Adakah aku akan terselamat kembali.Adakah aku akan kembali mencari Tuhan…

Dan kalaulah,kalaulah ketika aku bermaksiat,nyawa aku ditarik…Allah..Astaghfirullahalazhim…Camne aku dihadapan Allah…Camne aku nak bercakap depan Allah nak bagi reason supaya aku lepas dari azab…

Tuhan….

Dan kalaulah nyawa aku ditarik masa aku tengah beramal.Tapi amal itu tanpa ikhlas…Bagaimana aku nak jawab di hadapan Allah…

Sedangkan pernah diceritakan oleh Rasul tentang 3 orang lelaki. Hartawan, Ulama dan Mujahid yang kesemua amalnya dibuang..dicampak..dan muka nya diheret dan dihumban ke neraka..Sebab dalam diri tak da ikhlas..

Waktu aku tulis ni,adakah aku ada ikhlas..Allah..Allah…Allah..

Hina nya aku…

Aku tak berharta macam hartawan tu

Aku tak berilmu macam ulama

Aku tak segagah mujahid itu yang mati katanya kerna Islam…

Aku satu apa pun tak ada..Dekat mana aku di hadapan Allah nanti…

Allah
Allah
Allah…

Dimana aku di hadapan Mu….

One thought on “Kalaulah aku…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s