kalau saya lah….

kalau saya lah jadi Tuan Menteri,

saya tak tahu mana nak lari

sebab saya tahu Allah tanggungjawabkan saya dengan apa yang saya pimpin..

Dan apa harta rakyat yang saya di amanahkan.

Dan kebajikan rakyat yang perlu saya pertahankan.

Dan kezaliman serta penindasan yang perlu saya hapuskan.

Dan Islam yang benar dan shahih yang perlu saya tegakkan.

Tuan menteri rasa Tuan mahu lari ke mana??

Kalau saya lah jadi Tuan ketua,

boleh beruban saya hari ke hari

memikirkan sudah terbaikkah khidmat saya kepada rakyat.

Sudahkah rakyat terbela.

Sudahkah yang miskin diberi makan

Yang muda diberi pendidikan

Yang kaya dibersihkan hatinya.

Yang tua diberi cinta

dan yang kecil pula sentiasa dibina.

Kalau saya lah jadi Tuan Patinggi

Saya tak tahu jawatan dan harta saya mahu ke mana.

Sebab saya mati nanti,anak-anak dan waris yang takutnya berebutan.

Kerna saya tahu bukan itu patutnya saya wariskan.

Dan saya juga risau melihat di kiri kanan jalan mereka :

tak berumah

tak berdapur

tak belajar

tak punya hidup seperti saya.

Adakah saya sudah buat apa yang patut saya buat??

Sebab itu saya bukan kamu Tuan Menteri, Tuan Ketua, Tuan Patinggi.

Saya tak mampu berbuat macam kamu.

Tuan-tuan semua memang hebat.

memang amanah

memang kuat

memang mantap.

Tuan-tuan sudah membela rakyat.

Tiada lagi rakyat  miskin tertindas

Tiada lagi jerung-jerung dan buaya menyiksa mereka tak berdaya

Tiada lagi tanah peribumi dijual dan digadai.

Tiada lagi anak-anak muda berseronok terbiar.

Islam ,Tuan-tuan jadikan sebagai dasar..

Syurga untuk Tuan-tuan

Syurga untuk Tuan-tuan..

Kalaulah syurga itu yang Tuan mahukan…

One thought on “kalau saya lah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s