Apa pandangan politik saya [post ini sebab saya sudah mendaftar pengundi]

Salam… to begin with,surah an nur ayat ke 55 adalah pandangan politik saya.

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.(An-Nur:55)


Buat masa ini, ya, mereka yang dijanjikan ini tiada,sebab mereka yang punya kualiti itu tiada.Janji Allah itu pasti.Tapi kita bukan sekadar percaya sahaja kepada janji itu tanpa berusaha.Jika kita sahaja yang cuma berharap  tanpa kita sendiri berusaha,itu adalah angan-angan.Islam itu bukan angan-angan.Islam itu ada pada amal kita.Bukankah iman itu dipercayai dengan hati dan dibuktikan dengan amal. Jangan lah kita salah kan Allah kerna bantuan tidak sampai sedangkan kita sendiri tidak berbuat sesuatu untuk bantuan itu sampai. Mahukah bantuan dari 991 sampai sedangkan kita tidak langsung menelefon operator 991 ketika ada kecemasan berlaku??

Secara idealis nya saya,itulah pandangan politik saya.Dan itu tetap menjadi pandangan politik saya.Dan saya sanggup pertahankan pandangan itu.Kerna itu bukan datang nya dari saya,tetapi dari Tuhan saya.

Tetapi secara realitinya buat masa ini,itu belum terjadi. Ya, usaha itu akan giat.Usaha pembinaan setiap individu muslim.Setiap jiwa muslim kita bentuk. Dan dari itu maka terbentuknya sebuah masyarakat muslim yang benar muslim.Bukan Muslim pada nama sahaja.Tapi Muslim dalam seluruh hidupnya sebagaimana di dalam surah Al Baqarah ayat ke 208.

Maka, jika lah pilihanraya berlaku dalam masa terdekat, ketika tahap pembentukan ummat masih baru dan yang ada cuma lah mereka yang berjuang dalam arena politik sahaja,saya akan memilih yang Islam. Memilih yang Islam atas yang bukan Islam.Jika ada dua calon Muslim, saya akan memilih juga yang Islam. Jika tiada langsung calon yang Muslim,saya akan memilih calon yang lebih memberi manfaat kepada rakyat Muslim.

Ya, saya memang politikal.Ketika barangkali kebanyakan pemuda umur saya jemu,meluat dan benci dengan politik,saya berasa sangat sedih melihat keadaan negara. Bukan sedih kerna miskin harta rakyatnya..Tapi miskin jiwa pemuda nya.Miskin integriti pemimpin nya.Miskin kesedaran penduduknya..Dan yang paling penting, miskin Islam negara nya.

Ketika satu masa dahulu, saya seorang penyokong tegar parti popular Malaysia yang berasaskan perjuangan bangsa. Mungkin kerna dilahirkan dalam keluarga yang sebegitu rupa.Bapa saya orang kuat juga. Ketika saya masih dalam kandungan lagi,bapa saya jarang pulang ke rumah kerna keluar berjuang dalam partinya.Ibu saya juga seorang yang kuat dalam parti ketika itu. Rumah saya juga pernah menjadi tempat kempen seingat cerita yang perna ibu saya ceritakan.

Buku-buku di rumah saya,banyak berjudul politik.Darilah shit karya Shahnon Ahmad , 50 dalil kenapa Anwar Ibrahim Tak Boleh Jadi P.M, Getek,Mahathir di sebalik tabir dan macam-macam lagi banyak di rumah.Dan bayanglah,seawal umur sekolah rendah saya sudah membaca buku-buku itu.

Dan ketika itu juga saya mendengar kaset dari Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hingga lah ketika krisis Anwar Ibrahim juga saya dengar kisahnya.

Rasanya jika satu hari nanti saya mendirikan baitul Muslim, saya juga memerlukan seseorang yang sama seperti saya. Yang sekurangnya punya idealisme politik.Yang ada perjuangannya sendiri. Dan pastinya yang punya ideologi yang sama seperti saya. Ideologi yang kini saya perjuangkan.Ideologi Islam yang benar.Islam yang sempurna.Termasuk dari segi politiknya. Kerna mungkin satu hari nanti saya sibuk dalam perjuangan saya, dia memahami kerna dia turut serta dalam perjuangan yang sama.Dan mungkin satu hari nanti, saya dianiaya kerna perjuangan yang saya bawa, dia dapat terus tabah dan bersabar berjuang serta mampu mengemudi anak-anak menjadi rijalul dakwah juga. [ Saya rasa bahagianya ibu bapa saya dalam hidup mereka kerna mereka miliki pemikiran yang sama.Dan juga berjuang untuk perkara yang sama] . Jadi siapa yang sanggup menerima saya untuk ini semua?

Itulah politik yang telah membentuk saya.


Tetapi, beberapa masa yang lepas,pandangan saya berubah.

Ya,mungkin kerna saya di didik dalam keluarga UMNO yang kuat,saya barangkali agak bersifat Ultra Malay.

Peduli apa.Biar kan saya Ultra Melayu.Tetapi, kini, Islam datang dahulu kepada saya sebelum isu bangsa. Kalau dia yang datang kepada saya adalah seorang Muslim tetapi bukan seorang Melayu, itu sudah memadai untuk saya layani.

Kadangkala geram.Dengan bangsa lain.Dan bangsa sendiri. Kita marahkan bangsa lain kerna mengaut untung dan menekan bangsa kita.Ya saya marah.

Saya marah ketika tanah Melayu di jual kepada bangsa lain

Saya marah ketika bangsa lain mengambil tanah peribumi.

Saya marah ketika pekerja melayu ditekan towkey bangsa lain ketika berkerja dan sentiasa menjadi kuli.

Tapi,

saya juga marah kerna bangsa kita hanya tahu bercakap.

Hanya tahu berborak di belakang.

Hanya pandai bergaduh sesama kita

Malas berkerja dan tidak mahu belajar.

Cuma tahu marah bangsa lain dan menyalahkan orang lain..

Saya tidak faham kenapa. Kita marahkan bangsa lain. Dah dia berusaha,dia dapatlah hasilnya.Bila dia kaya ,kita marah sebab kita tak kaya kecuali jika dapat project free dari kerajaan.Ya,kadang-kadang mereka menipu dalam berniaga dan menipu bangsa kita. Tapi kita bukan mereka.Mereka tidak tahu halal haram.

Prinsip saya tetap.Saya seorang Muslim dan menyokong Islam.Kalimah La Ilaha Illa Allah adalah cogan kata yang tertera pada parti saya. Visi parti saya adalah Allah. Perlembagaan parti saya adalah Al Quran seluruhnya. Pemimpin agung parti saya adalah Muhammad Rasulullah. Misi saya adalah mencari redha Allah,shahid di jalan Nya.

Tetapi selagi parti itu belum terbina, apa yang saya akan sokong adalah apa yang terbaik untuk Islam.

Saya tidak mengatakan “parti Islam” yang ada sekarang adalah parti yang pasti akan saya pilih.Tidak.Saya mahu pilih apa yang terbaik untuk Islam. Dan untuk ummat Islam.

Sebagaimana yang pernah dikatakan oleh seorang pejuang Islam yang saya kagumi yang intinya adalah ” kita bukan inginkan pada nama.Tetapi hakikat sebenar apa yang dibawa”

Jika nama nya Islam tetapi apa yang dibawa tidak Islam.Pendokongnya tidak Islam. Caranya tidak Islam.Mulanya juga tidak Islam.Adakah kita menjangkakan hasilnya juga akan Islam? Saya  bukan mengatakan Islam itu dari konteks akidah sahaja.Kelak nanti saya dikatakan mengkafirkan orang Islam.Saya tidak mahu dihalang ke masjid kerna di cop wahhabi sedangkan orang yang mengecop orang lain sebagai wahhabi juga tidak faham apa itu wahhabi.

Cukuplah saya memilih mereka yang paling terbaik manfaat nya untuk Islam.

p/s: sudah bangga mendaftar menjadi pemilih.Sangat berharap dapat mengundi tahun ini jika tahun ini pilihanraya umum diadakan. Terus saya call abah dan mama saya.Abah saya seronok saya mendaftar sampai dia mengajar cara untuk mendaftar dan menyuruh mengambil option tertentu.Mama saya sudah melobby saya untuk mengundi satu parti.


2 thoughts on “Apa pandangan politik saya [post ini sebab saya sudah mendaftar pengundi]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s