Pulang….

Salam…

Saya akan pulang ke kampung.Tepat jam 5.40 dari airport Miri.Walaupun rumah saya di Langkawi sekarang bukanlah sebuah kampung kerana saya tinggal di dalam quarters MRSM kerana ibu saya seorang Guru/Penolong Pengetua di sana.Tetapi apa yang menjadikan langkawi kampung saya adalah mereka-mereka yang berada di sana.Itu yang penting.

Saya akan cuba mengupdatekan kan post yang baru selama cuti 2 minggu ini.

Doakan perjalanan saya.

….

Bergetar hati nya…[biru hidupku]

Bergetar hatinya kerna melihat dia…

Tetapi aku tahu bukan dia itu yang ku inginkan.

Kerna cinta yang maha agung datang nya dari Dia..

Dan ketika ku mendengar nama Nya disebut,maka tergetarlah hatiku

oleh kerinduan yang mencengkam..

Dan ketika ku mendengar lontaran kata-kata Nya dari surat cinta yang agung,

aku tahu yang Dia ada menanti ku…..

Dan aku menginginkan cinta Nya yang abadi..

¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯

Tajuk nya :bergetar hatinya.Siap dilukis sebelum maghrib 29 august 2010.Acrylic on cardboard.

Berdasarkan 8:2…dan juga hadis tentang 7 golongan yang mendapat lindungan Allah di Arasy.

Hidup yang biru ini punya biru yang berbagai warna..Ada biru-ungu yang seakan suram[ya,kesuraman itu ada kecantikannya.ungu itu warna yang indah] dan biru keindahan langit yang menenagkan.Ya,hidup ini penuh kisahnya.

Dan dalam kita menjalani hidup,kecintaan antara manusiawi itu wujud.Tetapi bagaimana kecintaan itu pada hakikat sebenarnya?

Kerna bagi ku kecintaan ku berdasarkan cinta ku pada garis hitam tebal ku dalam lukisan itu sujud kepada Dia..Dengan garis hitam yang bertaut pada sebuah cinta yang ingin menunjukkan satu PENYATA bahawa itu sebuah ibadah sujud.

Dan keindahan hati berada dalam ibadah ibarat berada di sebuah langit tinggi dan biru dan seakaterbang bebas bersayap biru….

Dan ketika itu,jika di dengar ayat-ayat Tuhanku tidak kah kau juga akan rasa tenggelam dalam cinta kepada Nya???

Kamu semua berdosa!!!

Salam ukhwah..

Tadi ada terbaca satu berita kelakar..

Katanya pemimpin yang burukkan negara dikira berdosa.

Setuju.Saya setuju.

Jadi,sekarang ni semua yang ada berdosa lah kot.Semua masuk neraka lah kot.

Ada “kot” di situ okay.Saya tak cakap kamu semua pasti masuk neraka.

Saya bukan Tuhan nak dictate orang berdosa atau tak.Saya tak ada kuasa Allah untuk kata kamu berdosa dan masuk neraka.

Jadi jangan marah saya.Saya cuma sorang budak.Saya tak cenderung mana-mana parti politic. Ayah saya seorang penyokong kuat parti terbesar Malaysia.Keluarga saya semua nya penyokong kuat.Jadi jangan risau.Saya tak menentang.

Saya cuma kelakar dengan statement tu. Kalau itu statement,rasa nya penuh neraka dengan YB-YB dan Dato’-Dato’.

Dan syurga dipenuhi orang macam saya.Orang yang tak ada apa-apa.Orang miskin yang banyak buat salah dan silap.

Dan kalau itu lah statement nya, boleh kot buat kabinet baru di neraka nanti.

Sebabkalau ikut statement tu,banyak kot yang merosakkan nama negara.

Dengan rasuah.

Dengan penipuan.

Dengan kes perempuan.

Dengan macam-macam.

Tak malu ke negara???

..

Tak pe lah.Saya budak lagi.Saya tak ada hak bersuara.Saya banyak cakap saya kena masuk lokap.Scholarship saya kena tarik.Nanti di kata tak sedar diri.Kerajaan dah bantu banyak.

Tak pe lah.

Saya diam.

Saya tutup mulut.

p/s:Salah ke saya cakap sebab saya sayangkan negara saya??

Saya tak kan undi orang yang menentang kamu nanti dalam pilihanraya.Jangan risau.Saya pun tak suka mereka..Tapi saya juga mungkin tak mengundi kamu.

Tidakkah kita terfikir…

Kadang-kadang kita terlalu risaukan apa yang manusia pandang pada kita.

Berbanding kita risau, apa yang Allah pandang pada kita..

Jika ingin berubah, tetapkan lah niat untuk Allah.

Kerna barangkali jika kita di caci dan di rendahkan , kita pulangkan niat kita kerna Allah..

Dan bila kita di puji dan di mulia, kita pulangkan juga kepada Allah kerna mengurniakan nikmat Nya..

Kerna mulia kita atau hina kita bukan pada manusia..

Tapi semuanya kita pulangkan pada Dia..Yang Esa…

Apa yang dah kau dapat????

Salam

Mari kita cek balik diri kita, dah separuh  dari Ramadhan berlalu.Dah separuh!!!

Maksudnya,kalau lah Ramadhan ni umur kita,kita dah berumur kurang lebih 40 tahun.

Umur yang matang.Kalau ada anak da besar-besar.Kewangan da stabil Senang kata,umur yang sangat baik dalam mengecap nikmat dunia waktu ni.

Tapi dalam Ramdhan kali ni,yang dah separuh ni,apa kita dapat ?

.

.

.

A.Lapar dan dahaga sahaja.Tercapai matlamat diet?

B.Kenyang dan perut makin besar??

C.Tak puasa ?

D.Puasa tapi tetap bermaksiat-e.g:berdating[buka puasa sama2 la konon]

E.Tak puasa

F.Memahami puasa dan menghidupkan Ramadhan.

.

.

.

Janganlah kita jadi manusia yang bankrup.Yang rugi.Yang tak mendapat apa yang patut dia dapat.

Allah bagi kita Ramadhan supaya kita ambil apa yang ada dalam Ramadhan.Bukan makanan yang hadir di Bazaar sahaja.Tetapi kenikmatan Ramadhan yang membuahkan taqwa.

Kita nilai diri kita,adakah sudah kita :

.

.

1.Cuba bersihkan hati kita dari riya’ dan tak ikhlas

2.Perbaiki ibadah kita yang kurang?Mungkin subuh selalu tinggal

3.Perbaiki akhlak kita.Mungkin selalu buat benda tak senonoh dan cakap mencarut-carut

4.Jaga makan kita : dulu makan satu pinggan sekarang berpinggan-pinggan..Huh!

5.Menambahkan dan mengkonsistenkan amal kita: Solat nawafil,baca Quran dll.

6.Menambahkan ilmu Islam: baca buku dsb

….

Sudahkah kita USAHA untuk buat?Bukan dalam planning tau.Tapi memang dah melangkah untuk berbuat.

Sudahkah?

Dari dalam kita berusaha, agak-agak berapa peratus dah tercapai ?

.

.

15%?

20%

50%

90%

.

.

Lihat diri kita, adakah ibadah yang kita buat,terawikh yang 20 rakaat tu terawikh yang berkualiti?

Quran 1 juzu sehari adalah bacaan berkualiti yang kita selami maksudnya?

Qiyam bermalam-malam , adalah Qiyam berkualiti.

Jadi di mana kedudukan kita sekarang dalam Ramadhan ini?

wallahua’lam….

Adakah kau sudah lupa??Siapa kau??

Allah mencintai mu dengan nikmat..

kenapa kau membalasnya dengan maksiat?????

Astaghfirullahalazhim….. Nikmat yang diberi semua.Tangan,kaki,mulut,lidah..segala hal..

Maka kita balas nya dengan maksiat..astaghfirullahalazhim….

Mari kita selam lubuk jiwa kita..Dimana kita di mata Dia???

Berapa banyak dosa kita lakukan hari ini?

Betapa banyak amal kita yang dicampak kerna di noda riya’?

Berapa ramai hati manusia kita sakiti?

Astaghfirullahazhim…

p/s: Lukisan diatas tajuknya ” neraka” .2:166-167..siap pada 14/8/2010.maaf,resolution kecil.ghuna kamera l;aptop..Moga bermanfaat.

Lan nakhdha’
Lan narhal
Lan naskut
Lan nansa
We will never submit
We will never leave
We will never be silenced
We will never forget