Hoi!!! Tak MALU ker? [updated]

Salam…

manusia…manusia…

Saya pun kurang faham.Kita umur muda-muda ni benda yang selalu fikir adalah cinta manusiawi..Alahai.Tak pergi mana sangat la apa yang korang cintakan ni..Saya pun pernah bercouple gak.Pernah gak buat benda-benda yang tak sepatutnya di buat…

Saya pernah baca satu buku kecil.”Pesanan Buat Putera Puteri Islam” tulisan seorang ulama’ besar .

Dia kata mudah je ..antara ayat dia yang aku ingat adalah : ” Wahai puteriku, tidak ada apa yang difikirkan seorang lelaki ketika melihat kamu kecuali membayangkan kamu dalam keadaan terlanjang”

Ulama besar ni namanya Muhammad Ali Thantawi.

Kata beliau lagi :

“Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.”

“Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu……. iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala”

Ye…bukan semua lelaki bernafsu serigala.Tapi percayalah,jika seorang lelaki diberi peluang,sukar dia nak menolak.

Tak percaya???

Bukankah salah seorang lelaki yang diberikan lindungan arasy ketika tiada lindungan ketika itu adalah lelaki yang di ajak oleh seorang wanita berkedudukan ,yang cantik dan kaya untuk berzina tetapi dia berkata aku takutkan Allah….

Nampak tak?? Susah betul bagi seorang lelaki nak menolak sampai Allah anugerahkan lindungan Arasy untuk lelaki yang sebegini.

Lihat juga dalam Quran.Surah Yusuf.Kisah Yusuf dan Zulaikha.Allah letakkan kisah itu dalam Quran untuk lelaki-lelaki yang ada ini belajar dari Yusuf.Sebab kalau tanpa peringatan itu,amat sukar untuk lelaki ini mengelak.

Lihat pula apa kata Saidina Umar yang lebih kurang nya : ” Aku paling takuti, aku berada berduaan dalam satu bilik bersama seorang wanita sungguhpun dia itu yang hodoh dan kulitnya amat gelap”

Bukan semua lelaki macam itu.Tapi perlu ingat.Lelaki yang beriman juga punya iman yang turun naik. Barangkali ketika imannya dalam keadaan lemah,dan kamu percaya pada diri nya sedangkan dia tidak mampu mengawal dirinya.Bagaimana ketika itu???

Itulah yang boleh terjadi sampai ada video klip 3gp ustaz ustazah…Kadang-kadang kita pelik kenapa mereka yang kita namakan “orang agama ” pun boleh berbuat perkara keji.

Jangan salah kan mereka sepenuhnya..Kita ini manusia.Manusia punya fujur dan taqwa. Bayangkan waktu kefujuran yang mengambil tempat dalam jiwa manusia.Dan dia tidak lagi menjadi manusia tetapi menjadi serigala buas.

Saya terbaca satu quotes ” Wanita yang baik adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang”

Anda tahu kenapa?

Saya seorang lelaki. Saya tidak mahu anak-anak saya mendapat ibu yang masa muda nya tidak baik.

Saya ada seorang ex gf dahulu.Saya sudah ceritakan beberapa kali kisah ini.Dia salah seorang ex saya. Saya tanya “kenapa tak lagi dengan si yyyy” [dahulu,saya agak dahsyat juga dalam hal ini]

Dia menjawab, nak enjoy boleh la bad boys..Tapi untuk serious,nak yang baik-baik.

You see.. Fitrah manusia nak kan yang baik.Saya lelaki biasa.Saya pun inginkan yang baik.Saya ada citarasa saya sendiri.Dan pastinya salah satu yang saya nak kan dia adalah seorang beriman dan akhlaknya baik.Dan paling kurang bagi saya dia juga seorang aktivis.

Anda yang perempuan.Anda juga ada citarasa anda sendiri.Anda pun nak kan lelaki yang baik.Dan barangkali lelaki seperti saya tidak termasuk dalam list anda..

Sudah-sudah lah..
Fikirkanlah yang kamu ini seorang Muslim.Tak malu ke tubuh kamu di raba dan di gomol bagai kain buruk.

Tak malu ke,nama kamu di jaja..”Ooo,aku pernah dengan dia ni dulu..Dia ni macam ni and macam ni”

Tak malu ke,gambar kamu berdua-dua di jaja dan dilihat mak ayah dan orang-orang kampung.

Tanda sayang lah kononnya..Bukti cinta bukan begitu.Bukti cinta adalah pengorbanan yang benar dan halal.Sebagai seorang yang sudah sah.

Bukti cinta bukan membenarkan seorang lelaki membawa kamu ke neraka.

Bukti cinta bukan memberikan tubuhmu menjadi hak pada diri dia yang belum sah pada mu..

Lepas dia puas,apa jadi pada kamu? Kamu tahu kenapa kahwin disuruh dalam Islam,kerna ikatan cinta manusiawi tak kekal.Lepas berapa tahun,habis lah.Tapi dengan bernikah,anak itu menjadi pengikat kasih.

Tapi kalau kamu,tanpa nikah,punya anak.dan dia tak mahu bertanggungjawab…ada lagi kah kasih dan sayang???

Sudah-sudah lah..

Saya tahu apa yang saya tulis ini kasar.Tapi kadang-kadang berlembut sangat suara tak didengar.Nah,sekarang dengarlah….

Yang lelaki pula…

Tak malu kah kita???
Tak ada maruahkah kita??
Merosakkan anak dara orang cuma untuk nikmat yang sekejap.

Cuba orang lain buat sebegitu pada adik perempuan kamu???

Tak malukah???

Kalau kamu rasa cinta kamu ni suci sangat, cuba letakkan selitkan gambar kamu berdua berpelukan dalam Quran..Apa yang kamu rasakan???

Kalau tak mahu,baca Bismillah sebelum dating atau nak buat benda tak senonoh..Apa kamu rasa?

Saya pasti kamu rasa bersalah.Lihat…Kenapa?Sebab perkara itu salah..Tapi lihat,ketika seorang suami ingin “bersama” isterinya diajarkan untuk berdoa dan ber bismillah.. Tak pula rasa bersalah bahkan berasa mulia dan penuh sayang.Padahal secara zahirnya,itu juga adalah perhubungan seksual.Sebab, perhubungan yang halal itu adalah cinta halal yang sebenar.Cinta suci yang sebenar.

Cinta yang kamu perbuat itu adalah cuma mainan nafsu sahaja. Fikirkanlah.Fikirkanlah…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s