Perkara yang sedang bermain di fikiranku

Salam ukhwah..

Dalam beberpa waktu ni banyak pengalaman best.Sangat seronok.Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya dapat.

Dan juga tentang persahabatan dan lain-lain.Bukan mudah rupanya.Saya bukanlah jenis yang sangat ambil kisah sangat apa orang kata dan saya suka buat ikut apa yang saya percaya walaupun ramai yang tak suka.Ramai yang menentang.Bahkan barangkali ramai yang membenci.

Mungkin sejak dahulu lagi saya seperti itu. Mak saya kata saya ni kadang-kadang keras kepala. Tetapi bagi saya it is in a good way. Orang selalu menurut.Selalu mengikut jalan yang sama.Tak akan kemana kecuali cuma pandai mengata sahaja.

Tetapi jika kita mengikut apa yang kita percaya ,jika kita gagal,sekurang nya kita gagal dalam apa yang kita percaya. Dan jika kita berjaya itu adalah satu perkara yang hebat.

Bukan mereka yang menilai.Tuhan yang menilai. Kita tak mampu nak memuaskan hati semua orang. Tidak ada yang percuma di dunia. Semua nya ada harga nya. Dan semua harga itu bergantung wajar atau tidak untuk dibayar.

Dan alhamdulillah.Setakat yang ada sekarang,saya yakin dengan apa yang saya lakukan. Ya,penentuannya adalah pada kelak saya dihadapkan di hadapan Tuhan. Saya bukan lah orang yang mudah puas. Young and hungry. Dan mungkin itu menyebabkan saya punya keinginan yang besar untuk sesuatu perkara.

Semalam saya ke fieldtrip.Ke sebuah tempat yang sangat hebat! Lecturer saya yang membawa.Beliau bukanlah seorang Muslim.Sudah lebih 50 tahun.Tetapi kami berbual banyak perkara selama berjam-jam.80% adalah tentang politik.

Ya, kami adalah anak muda yang inginkan kebaikan untuk negara. Kami ingin menyatakan ,kami punya pendapat sendiri.Kami bukan pak angguk dalam melihat kezaliman dan pengkhianatan.

Kami punya idealisme dan visi yang utopia.

Kami punya semangat dan kekuatan.

Kami punya kebijakan tanpa kematangan.

Tetapi kalaulah kerana kematangan kami ditolak tepi,bukankah baik ajarlah kami apa itu matang!!

Kami bukan hanya tahu membangkang.Jika anda buat yang terbaik untuk kami,rakyat anda,kami akan menjadi tiang penyokong paling teguh dan mempertaruhkan batang tubuh kami demi menegakkan negara ini.

Tetapi jika apa yang kamu lakukan adalah kezaliman,kami juga adalah tombak-tombak,pedang-pedang,pena tajam yang akan menghancurkan kenistaan dan kezaliman yang anda lakukan!!

Maka buatlah yang terbaik untuk rakyat.Bukan untuk anda.Untuk rakyat.Kerana anda juga adalah seorang rakyat.Anda cuma lah wakil.

Ya,barangkali saya terlalu menjadi politikal.

Saya sangat sayangkan negara ini.Saya bukan pemuda yang tidak kisah.

……………………………………………………………………………

Beberapa waktu lepas, saya terbaca status facebook seorang sahabat dari Ireland.Katanya,

Adakah anda ingin mengahwini diri anda sendiri? Jika mungkin, bagaimana untuk menjadi ya dan pasti??!!

Status nya itu buat saya terfikir. Bukanlah saya nak memulakan langkah itu sekarang.Tidak sama sekali.Perjuangan saya masih jauh untuk saya capai. Banyak perkara yang orang sudah menikah boleh perjuangkan berbanding orang bujang.Tetapi banyak juga yang orang muda bujang yang boleh dia sumbangkan berbanding orang yang sudah bernikah. Dan selagi saya di dalam status itu, saya akan pastikan yang saya akan capai apa yang saya sasarkan.

Dan tentang status facebook sahabat itu, buat saya terfikir betapa benarnya ayat Quran yang mengatakan lelaki baikĀ  untuk perempuan yang baik.Kerna mereka inginkan orang yang sama nilaiannya dengan mereka. Saya bukanlah pemuda yang baik. Banyak kurang.Banyak sumbang. Tetapi jika lah saya punya semangat untuk memperbaiki ummat dan sanggup bergerak untuk itu, saya menjangkakan perkara yang sama bagi si dia yang akan menjadi penyejuk mata saya.

Jika katalah saya sanggup pertaruhkan segalanya untuk apa yang saya perjuangkan, saya juga menjangkakan yang sama.

Bukankah bagi Rijalul Da’wah, Allah dan Rasul itu lebih utama. Dia sangggup meletakkan segalanya untuk perjuangan nya.

Ya , bagi saya biarlah mereka yang arif tentang saya yang memikirkan tentang siapa dia itu.Tetapi bagi saya itu yang saya pandang. Sekurangnya orang yang sama seperti saya. Kerna mungkin saya akan futur dan dia yang akan mengingatkan.Dan mungkin saya akan mati tetapi dia tidak akan bersedih.Dan dia tidak menjadi batu halangan dalam apa yang saya buat bahkan menjadi penyangga dan penyokong terhadap rapuhnya diri saya.

Tetapi mampukah saya??

……………………………………………………………………….

Banyak juga yang perlu saya belajar tentang mengurus kan masa.Beberapa waktu ni jiwa terasa lemah. Banyak yang saya kurang lakukan. Sahabat,nasihatlah aku.

Hidup agak tunggang langgang.

Tetapi jalan masih panjang..Dan perjuangan tak kan henti-henti. Dan jalan ini lah yang akan saya tapaki.

P.S: Tahniah buat committee CIS semalam yang banyak berusaha!!!! Walaupun tak dapat hadir, tahniah atas sambutan yang hebat

Tuan,untuk tuan baca ini.. Maafkan saya

Salam ukhwah

Sedih melihat keadaan sekarang. Ya, saya berada dalam jalan perjuangan Islam. Tetapi saya juga seorang yang berbangsa Melayu.

Ketika pulang ke rumah, banyak kali saya berdebat dan bertekak dengan ayah saya tentang politik.Dulu kami sekepala. Tapi sekarang ada idealisme saya yang berbeza.Tapi masih dalam keadaan terkawal.Dia amat risau sekiranya saya terpengaruh dengan perjuangan Pas. Buat masa ini tidak. Bahkan saya barangkali penyokong kuat Tuan.

Secara politikal nya buat masa ini, saya sudah nyatakan dahulu pendirian saya.

Tapi melihat keadaan kini, saya memang sangat sedih.

Bangsa saya, yang sama orang muda seperti saya. Yang bukannya orang senang.Seperti dinyatakan dalam akhbar Utusan,mereka dipanggil balik.Kerana biasiswa disekat.

Sedangkan, demi mengambil hati bangsa-bangsa tertentu,boleh pula banyak lagi bantuan disalurkan. Kenapa bantuan tak boleh diberikan untuk kedua-dua sekali berdasarkan kemampuan.

Mereka anak muda itu ke luar negara.Belajar. Mereka bukan orang senang. Mereka bukan anak jutawan punya syarikat kapal.Bukan pula anak pemilik kasino.Mereka datang dengan harapan dan kebanggan ayah bonda!!

Bayangkan,kita saya ada RM 10. Saya mahu memberi RM 10 itu kepada dua orang. 1 namanya Mr Jason .Satu lagi namanya Mr Ali. Mr Jason sudah ada RM 150 tapi Mr Ali cuma ada Rm 0.50. Jadi adakah saya akan beri RM 5 setiap seorang kepada Mr Ali dan Mr Jason.

Adakah itu pembahagian yang adil??

Itu sudah cukup bagus. Yang jadinya sekarang Mr Ali barangkali dari Rm 5 ditarik jadi Rm 2 sahaja. Semata-mata “saya” nak dapatkan sokongan Mr Jason supaya dia undi saya dalam pilihanraya.

Saya sedih.Saya sayangkan negara ini. Saya tidak membenci suatu bangsa itu. Bukan.Saya tidak. Saya cuma sedih dengan apa yang jadi kini. Orang kata negara makin kaya.KDNK dan segala falsafah ekonomi keluar.

Saya orang kampung.Saya tak faham tu semua.

Tapi apa yang saya nampak ketika saya ke program di Kuala Lumpur. Di KL Central.Ramai yang tak berumah.Tidur di bangku-bangku kosong KL Central!!!

Tuan Menteri!! Mengalir air mata saya ketika itu. Saya bukan orang kaya yang mampu merumahkan mereka. Saya menangis kalaulah yang tidak berumah itu kelak adalah bapa saya atau ibu saya. Tuan menteri.Cuba Tuan menteri bayangkan itu bapa atau ibu tuan menteri!!!

Katanya ekonomi makin sihat.Kenapa tiada duit untuk biaya anak-anak muda yang akhir nya akan berkhidmat untuk negara???

Kenapa duit itu boleh pula kita guna untuk sambutan besar. Untuk perkara lain.

Tuan menteri.

Aset terbesar negara adalah rakyat.Tuan hanya lah debu tanpa kami.Tuan bukan sesiapa. Tuan perlu sedar!!

Tuan juga adalah rakyat.

Tuan cuma wakil.Jangan ingat tuan lebih tinggi dari kami.

Barangkali ada dari tuan pernah datang ke bandar saya dan saya tahu kehadiran Tuan,tetapi sepatah haram tak ingin saya berjumpa kerna tuan cuma lah rakyat. Sama seperti saya!! Tuan cuma mewakili kami kerana kemampuan tuan.Tapi harapnya kemampuan tuan bukanlah setakat pandai bercakap di PARLIMEN!!

Saya punya jiran.Dia seorang cina baba. Dia jua bukan orang senang.Dia penoreh getah dan peniaga pasar malam.Tapi keluarga saya sangat baik dengan keluarganya.Anak nya Ah Vaan terpaksa belajar di IPTS kerna tiada tempat untuk nya di IPTA.

Bagi saya tuan, konsep keadilan bukan di situ.

Anak melayu kita juga ramai yang pandai.Dan memang menjadi tanggungjawab memberikan mereka tempat.Terutamanya ramai dari keluarga yang susah.

Tetapi tuan, Ah Vaan ini juga keluarganya susah. Bukan senang. Tapi jiwa mereka besar.Saya ke rumah mereka menyambut Raya Cina dan mereka ke rumah saya menyambut Aidilfitri.Dia dan pak cik nya pernah menyelematkan keluarga kami dari patukan ular tedung. Saya rasa dia lebih memahami perpaduan dari rakan karib Tuan dalam parti.

Mereka yang susah ini kita berikan mereka tempat.Bukan pukul rata semua tak dapat.

Atau jangan pula tempat yang patut diberi itu kita beri kepada mereka yang tidak layak untuk dapat. Ya ,dia bijak.Tetapi dia mampu untuk menanggung biaya belajarnya sendiri…

Tuan, saya tidak tahu lah itu cuma mainan politik atau bukan.Tetapi memang benar ramai Melayu sudah kaya. Sudah jadi jutawan. Sudah senang. Alhamdulillah.Tetapi adakah itu jumlah yang sepatutnya kita capai.Adakah itu seimbang.Adakah Mr Ali sekarang sudah ada RM150 sama seperti Mr Jason??

Tuan,berlaku adil bukan bererti memberi jumlah yang sama banyaknya.Adil bukan bererti pada jumlah kasarnya.Tetapi pada kesesuaiannya.

Ada antara Tuan yang dah tua tapi gatal beristeri muda. Tuan bayangkan. Satu minggu ada 7 hari. Tuan katalah beristeri dua.Jika mahukan dibahagi hari yang sama,maka macam mana Tuan mahu bahagikan?

Saya belum berkahwin ini pun ada nafsu untuk berpoligami. Tetapi tuan cuba fikir apa maksud adil dari poligami ini? Bukan maksud adil itu tuan bahagikan pada jumlah.Bukan.Tetapi pada kesesuaian. Pada keperluan . Kalau Tuan berikan keperluan pada isteri muda kerna dia masih muda dan perlu kan belaian.Adakah isteri tua tak perlu?? Sedangkan dia lah yang bersama tuan dalam jatuh bangun tuan? Bukankah dia lebih berhak?

Tuan..Tuahn mengajar tuan “ADIL” bahkan melalu poligami.Untuk tuan faham adil dalam pemerintahan.

Tapi yang tuan faham poligami tu cuma adil untuk membahagikan pembahagian bila mahu makan Viagra dan bila tidak.

Tuan.

Apa yang saya tulis bukanlah menghina.Bukan niat menghasut.Saya anak muda yang sayangkan negara. Tuan akan mati.Mungkin sekejap lagi.Dan mungkin Tuan akan meninggalkan sampah kepada saya dan generasi saya,bukannya permata yang tuan tinggalkan.

Saya tak suka mengemas sampah orang lain.

Apa yang saya tulis cuma lah untuk menyatakan pendapat saya.Dan kata saya. Dan idea saya.Janganlah kerna ini saya dituduh petualang negara. Tidak menghormati tata susila. Tuan, saya belajar satu perkara dari Tuan. Menjadi sopan bukan bermakna tidak bersuara.Kerna tidak bersuara untuk menjaga sopanlah saya dipijak.

Janganlah apa yang saya tulis tuan labelkan sebagai anti establishment.Saya tidak menentang Tuan. Bahkan kalau jika ada pilihanraya,saya barangkali akan mengundi Tuan.

Tapi LAYAKKAH TUAN TERIMA UNDI SAYA???

Kagum

sukar untuk aku mengagumi seseorang.

tetapi jika dia seorang yang hebat Islam nya.

teguh dan kuat.

Pejuang unggul

karisma dan maruah.

berani dan kental.

bijak mengatur urusan nya

dan pandai juga mengatur buah lisan nya

tidak goyah dengan cercaan dan kutukan,

serta tidak angkuh dengan pujian

bahkan tetap dengan pendirian nya.

itu sudah cukup untuk aku memberi hormat dan kekaguman aku pada nya…

kerna bagiku bukanlah rupa.

kerna cantik atau kacak nya kamu,

kamu akan tetap mati menjadi debu

kerna bagiku bukanlah harta,

kerna harta mu bertimbun, tak langsung aku pandang.

kerna bagiku bukan lah pangkat,

kerna kini banyak berpangkat adalah si badut jahil

kerna bagiku bukanlah kelulusan akademia kamu

kerna sudah ramai ku jumpa yang bijak pada kertas

tapi bodoh dalam nilai kehidupan.

Dan jangan kau marah.Kerna aku tidak memandang itu semua.

…………………………………………………………….

mungkin kerana aku tidak menyukai lemah dan rapuh.dan aku memandang tinggi pada keteguhan dan kekuatan.Bukan pada jasad.Tapi pada jiwa dan hati. Walaupun aku barangkali belum teguh seperti itu,tetapi aku ingin menjadi seperti itu.Biarpun miskin nya kamu,atau tiada rupanya kamu,atau tiada pangkat pun kamu, jika diri m teguh dengan apa yang kau pegang, itu sudah cukup untuk aku memberi hormat kepada mu..

dan walaupun jika yang kau pegang berbeza dengan ku,itu tak mengapa.Kerna bagiku adalah keteguhan kamu berpegang pada prinsip mu.Yang aku inginkan adalah hati teguh bagai singa. Biarpun jasad mu dan sekitar mu nampak lemah,kau akan muncul menyinar kerna keteguhan mu.

……………………………………………………………………………………………

p/s: kadang -kadang aku bukan sahaja kagum.Malah berasa tercabar.Dahulu,aku pernah membenci seseorang dalam aku kagum pada nya.Kini cuma ku biarkan pada rasa tercabar sahaja. Mungkin aku kadang-kala terlebih batas.Kerna takut juga dianggap memandang rendah. Tetapi obsesi ku pada kekuatan dan keteguhan menagih diriku untuk memperbaiki diri. Dan untuk itu aku sentiasa menilai kepada kekuatan dan keteguhan.

Hati-hati menjaga hati..

Salam ukhwah

Dah seminggu saya di rumah. Saya buat cuti sendiri sebenarnya. Tak berapa orang je lah yang tinggal di dalam lecture minggu ni sebab kebanyakannya sudah pulang dan akan pulang.Raya punya pasal.

Seronok berada di rumah.Dah lama tak balik.Cuti sebulan yang lepas saya tidak pulang sebab ada amanah dan tugas yang perlu diselesaikan. Dan alhamdulillah raya ini dapat pulang.Selama berada di bumi Sarawak ,tak pernah tak balik beraya ke kampung. Lagipun,cuma Sarawak sahaja.Saya bukan berada di penghujung dunia.Tapi harga tiket tetap mahal.

Lagi pula tak lama lagi ada fieldtrip ke Kundasang.Mahu juga memakan belanja hampir RM 800.

Habis semester ini, cuma tinggal setahun sahaja lagi.Selepas itu akan grad.Saya sudah merancang beberapa hala tuju hidup.Secara jujur, saya agak cuak juga dalam memikirkan apa yang hendak dibuat selepas belajar.Macam saya ceritakan dulu,jika tidak di ambil Petronas,saya ingin sambung Master. Atau pun menjadi guru atau lecturer. Tetapi kalau mendapat kerja di company oil and gas yang membolehkan saya berada tidak jauh dari Malaysia juga sudah cukup bagus.

Lagi menarik kalau mendapat kerja di bandar Miri.Saya semakin suka kan bandar ini.Walaupun tidak lah besar.Tetapi mereka yang berada di dalam nya membuatkan ia terasa seperti tempat untuk saya menetap. Mana tahu,barangkali saya akan berkeluarga di sini. hahaha.. orang-orang yang tua [cikgu2 dan pakcik2 makcik2] kampung ada bertanya sudah ada girlfriend belum? Saya senyum tak terjawab apa-apa. Wan dan Odang saya dulu berpesan,kalau mahu mencari calon jangan dicari orang Sarawak/Sabah,susah nak bergerak.Tapi sekarang sudah ada airasia.hehehehe

[Mungkin kerana muka saya agak tua, maka mereka bertanya soalan begitu.Mereka ingat saya sudah kerja]

Saya masih muda.Banyak lagi yang perlu diselesaikan.Banyak amanah yang perlu diuruskan dari mengurus hal begitu.Target saya masih jauh.Lagipun perkara sebegitu saya serahkan kepada mereka-mereka yang lebih arif tentang diri saya.Hal sebegini cantiknya adalah baitul muslim haraki.

Hati berasa seronok di miri sebenarnya.Kerna banyak yang boleh dibuat.Banyak usaha yang boleh diteruskan.Banyak peluang yang boleh di ambil.

Bercakap tentang hati…Saya menyedari amat sukar dalam perkara membersihkan hati. Sebagaimana sabda Rasul yang mengatakan tentang di dalam tubuh manusia ada segumpal daging/darah.Jika baik ia maka baik seluruhnya. Maka itu menunjukkan betapa penting dan sukarnya menjaga hati.

Kadang-kadang hati di usik dengan mainan cinta manusawi kepada wanita.Dan kadang-kadang hati juga di jentik dengan rasa tamaknya pada wang dan harta.Kadang -kadang juga , kesombongan dan keangkuhan meliputi diri.Merasakan kita paling betul. Amat susah menjaga hati.Kita selalu kata tentang menjaga hati orang lain.Tetapi bagi saya,jika kita pandai jaga hati sendiri,insyaAllah,hati orang lain pun kita akan jaga.Kalau hati kita,kita jaga, kita tak lah main kan hati orang.Kita tak lah menyakitkan hati orang.

Susah.

Saya belum lagi mampu untuk menyucikan hati.Tetapi mari kita sama-sama berusaha.

Tegur saya jika itu menjadi satu perkara yang kamu lihat.

wallahua’lam

HATI SEORANG MUJAHID

Salam

Hati seorang mujahid,

Tuhan adalah pencinta Nya

Setiap langkah yang ditapak,

Setiap hayunan tegap tangannya,

Setiap butir katanya,

Adalah untuk Tuhan nya.

Hati seorang mujahid,

Segala yang lain adalah selepas Allah dan Rasul nya..

Apa pun ia kekasih manusia,harta,keluarga malah diri nya sendiri

Segalanya bukan lah utama

Kecuali Allah dan Rasulnya

Dia tenggelam dalam sujud kepada Tuhannya di malam hari

Dan dia kan gagah menawan bumi dalam kalimah Tuhannya di siang hari.

Hati seorang mujahid

Matinya dan hidupnya adalah untuk Tuhan nya..

Dia menjaga sikapnya ,akhlaknya untuk Tuhan nya..

Hati seorang mujahid..

dia bukanlah manusia suci..

Bukan lah seorang nabi

Dia cuma pencinta yang hebat..

Segalanya untuk Tuhan nya.

Segalanya untuk Kekasihnya…

….

….

….

p/s:sedang menjaga hati ku..supaya menjadi hati seorang mujahid..Yang hatinya tidak ada untuk wanita ,harta mahupun pangkat selain semua itu cuma lah alat untuk dia semakin dekat cinta nya kepada Tuhan nya…

Tuhan,jika rindu ku ini satu rindu maksiat maka sucikanlah hati ini dari keinginan itu…Kerna apa yang ku ingini cumalah cinta ku pada Mu