Tuan,untuk tuan baca ini.. Maafkan saya

Salam ukhwah

Sedih melihat keadaan sekarang. Ya, saya berada dalam jalan perjuangan Islam. Tetapi saya juga seorang yang berbangsa Melayu.

Ketika pulang ke rumah, banyak kali saya berdebat dan bertekak dengan ayah saya tentang politik.Dulu kami sekepala. Tapi sekarang ada idealisme saya yang berbeza.Tapi masih dalam keadaan terkawal.Dia amat risau sekiranya saya terpengaruh dengan perjuangan Pas. Buat masa ini tidak. Bahkan saya barangkali penyokong kuat Tuan.

Secara politikal nya buat masa ini, saya sudah nyatakan dahulu pendirian saya.

Tapi melihat keadaan kini, saya memang sangat sedih.

Bangsa saya, yang sama orang muda seperti saya. Yang bukannya orang senang.Seperti dinyatakan dalam akhbar Utusan,mereka dipanggil balik.Kerana biasiswa disekat.

Sedangkan, demi mengambil hati bangsa-bangsa tertentu,boleh pula banyak lagi bantuan disalurkan. Kenapa bantuan tak boleh diberikan untuk kedua-dua sekali berdasarkan kemampuan.

Mereka anak muda itu ke luar negara.Belajar. Mereka bukan orang senang. Mereka bukan anak jutawan punya syarikat kapal.Bukan pula anak pemilik kasino.Mereka datang dengan harapan dan kebanggan ayah bonda!!

Bayangkan,kita saya ada RM 10. Saya mahu memberi RM 10 itu kepada dua orang. 1 namanya Mr Jason .Satu lagi namanya Mr Ali. Mr Jason sudah ada RM 150 tapi Mr Ali cuma ada Rm 0.50. Jadi adakah saya akan beri RM 5 setiap seorang kepada Mr Ali dan Mr Jason.

Adakah itu pembahagian yang adil??

Itu sudah cukup bagus. Yang jadinya sekarang Mr Ali barangkali dari Rm 5 ditarik jadi Rm 2 sahaja. Semata-mata “saya” nak dapatkan sokongan Mr Jason supaya dia undi saya dalam pilihanraya.

Saya sedih.Saya sayangkan negara ini. Saya tidak membenci suatu bangsa itu. Bukan.Saya tidak. Saya cuma sedih dengan apa yang jadi kini. Orang kata negara makin kaya.KDNK dan segala falsafah ekonomi keluar.

Saya orang kampung.Saya tak faham tu semua.

Tapi apa yang saya nampak ketika saya ke program di Kuala Lumpur. Di KL Central.Ramai yang tak berumah.Tidur di bangku-bangku kosong KL Central!!!

Tuan Menteri!! Mengalir air mata saya ketika itu. Saya bukan orang kaya yang mampu merumahkan mereka. Saya menangis kalaulah yang tidak berumah itu kelak adalah bapa saya atau ibu saya. Tuan menteri.Cuba Tuan menteri bayangkan itu bapa atau ibu tuan menteri!!!

Katanya ekonomi makin sihat.Kenapa tiada duit untuk biaya anak-anak muda yang akhir nya akan berkhidmat untuk negara???

Kenapa duit itu boleh pula kita guna untuk sambutan besar. Untuk perkara lain.

Tuan menteri.

Aset terbesar negara adalah rakyat.Tuan hanya lah debu tanpa kami.Tuan bukan sesiapa. Tuan perlu sedar!!

Tuan juga adalah rakyat.

Tuan cuma wakil.Jangan ingat tuan lebih tinggi dari kami.

Barangkali ada dari tuan pernah datang ke bandar saya dan saya tahu kehadiran Tuan,tetapi sepatah haram tak ingin saya berjumpa kerna tuan cuma lah rakyat. Sama seperti saya!! Tuan cuma mewakili kami kerana kemampuan tuan.Tapi harapnya kemampuan tuan bukanlah setakat pandai bercakap di PARLIMEN!!

Saya punya jiran.Dia seorang cina baba. Dia jua bukan orang senang.Dia penoreh getah dan peniaga pasar malam.Tapi keluarga saya sangat baik dengan keluarganya.Anak nya Ah Vaan terpaksa belajar di IPTS kerna tiada tempat untuk nya di IPTA.

Bagi saya tuan, konsep keadilan bukan di situ.

Anak melayu kita juga ramai yang pandai.Dan memang menjadi tanggungjawab memberikan mereka tempat.Terutamanya ramai dari keluarga yang susah.

Tetapi tuan, Ah Vaan ini juga keluarganya susah. Bukan senang. Tapi jiwa mereka besar.Saya ke rumah mereka menyambut Raya Cina dan mereka ke rumah saya menyambut Aidilfitri.Dia dan pak cik nya pernah menyelematkan keluarga kami dari patukan ular tedung. Saya rasa dia lebih memahami perpaduan dari rakan karib Tuan dalam parti.

Mereka yang susah ini kita berikan mereka tempat.Bukan pukul rata semua tak dapat.

Atau jangan pula tempat yang patut diberi itu kita beri kepada mereka yang tidak layak untuk dapat. Ya ,dia bijak.Tetapi dia mampu untuk menanggung biaya belajarnya sendiri…

Tuan, saya tidak tahu lah itu cuma mainan politik atau bukan.Tetapi memang benar ramai Melayu sudah kaya. Sudah jadi jutawan. Sudah senang. Alhamdulillah.Tetapi adakah itu jumlah yang sepatutnya kita capai.Adakah itu seimbang.Adakah Mr Ali sekarang sudah ada RM150 sama seperti Mr Jason??

Tuan,berlaku adil bukan bererti memberi jumlah yang sama banyaknya.Adil bukan bererti pada jumlah kasarnya.Tetapi pada kesesuaiannya.

Ada antara Tuan yang dah tua tapi gatal beristeri muda. Tuan bayangkan. Satu minggu ada 7 hari. Tuan katalah beristeri dua.Jika mahukan dibahagi hari yang sama,maka macam mana Tuan mahu bahagikan?

Saya belum berkahwin ini pun ada nafsu untuk berpoligami. Tetapi tuan cuba fikir apa maksud adil dari poligami ini? Bukan maksud adil itu tuan bahagikan pada jumlah.Bukan.Tetapi pada kesesuaian. Pada keperluan . Kalau Tuan berikan keperluan pada isteri muda kerna dia masih muda dan perlu kan belaian.Adakah isteri tua tak perlu?? Sedangkan dia lah yang bersama tuan dalam jatuh bangun tuan? Bukankah dia lebih berhak?

Tuan..Tuahn mengajar tuan “ADIL” bahkan melalu poligami.Untuk tuan faham adil dalam pemerintahan.

Tapi yang tuan faham poligami tu cuma adil untuk membahagikan pembahagian bila mahu makan Viagra dan bila tidak.

Tuan.

Apa yang saya tulis bukanlah menghina.Bukan niat menghasut.Saya anak muda yang sayangkan negara. Tuan akan mati.Mungkin sekejap lagi.Dan mungkin Tuan akan meninggalkan sampah kepada saya dan generasi saya,bukannya permata yang tuan tinggalkan.

Saya tak suka mengemas sampah orang lain.

Apa yang saya tulis cuma lah untuk menyatakan pendapat saya.Dan kata saya. Dan idea saya.Janganlah kerna ini saya dituduh petualang negara. Tidak menghormati tata susila. Tuan, saya belajar satu perkara dari Tuan. Menjadi sopan bukan bermakna tidak bersuara.Kerna tidak bersuara untuk menjaga sopanlah saya dipijak.

Janganlah apa yang saya tulis tuan labelkan sebagai anti establishment.Saya tidak menentang Tuan. Bahkan kalau jika ada pilihanraya,saya barangkali akan mengundi Tuan.

Tapi LAYAKKAH TUAN TERIMA UNDI SAYA???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s