Perkara yang sedang bermain di fikiranku

Salam ukhwah..

Dalam beberpa waktu ni banyak pengalaman best.Sangat seronok.Banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya dapat.

Dan juga tentang persahabatan dan lain-lain.Bukan mudah rupanya.Saya bukanlah jenis yang sangat ambil kisah sangat apa orang kata dan saya suka buat ikut apa yang saya percaya walaupun ramai yang tak suka.Ramai yang menentang.Bahkan barangkali ramai yang membenci.

Mungkin sejak dahulu lagi saya seperti itu. Mak saya kata saya ni kadang-kadang keras kepala. Tetapi bagi saya it is in a good way. Orang selalu menurut.Selalu mengikut jalan yang sama.Tak akan kemana kecuali cuma pandai mengata sahaja.

Tetapi jika kita mengikut apa yang kita percaya ,jika kita gagal,sekurang nya kita gagal dalam apa yang kita percaya. Dan jika kita berjaya itu adalah satu perkara yang hebat.

Bukan mereka yang menilai.Tuhan yang menilai. Kita tak mampu nak memuaskan hati semua orang. Tidak ada yang percuma di dunia. Semua nya ada harga nya. Dan semua harga itu bergantung wajar atau tidak untuk dibayar.

Dan alhamdulillah.Setakat yang ada sekarang,saya yakin dengan apa yang saya lakukan. Ya,penentuannya adalah pada kelak saya dihadapkan di hadapan Tuhan. Saya bukan lah orang yang mudah puas. Young and hungry. Dan mungkin itu menyebabkan saya punya keinginan yang besar untuk sesuatu perkara.

Semalam saya ke fieldtrip.Ke sebuah tempat yang sangat hebat! Lecturer saya yang membawa.Beliau bukanlah seorang Muslim.Sudah lebih 50 tahun.Tetapi kami berbual banyak perkara selama berjam-jam.80% adalah tentang politik.

Ya, kami adalah anak muda yang inginkan kebaikan untuk negara. Kami ingin menyatakan ,kami punya pendapat sendiri.Kami bukan pak angguk dalam melihat kezaliman dan pengkhianatan.

Kami punya idealisme dan visi yang utopia.

Kami punya semangat dan kekuatan.

Kami punya kebijakan tanpa kematangan.

Tetapi kalaulah kerana kematangan kami ditolak tepi,bukankah baik ajarlah kami apa itu matang!!

Kami bukan hanya tahu membangkang.Jika anda buat yang terbaik untuk kami,rakyat anda,kami akan menjadi tiang penyokong paling teguh dan mempertaruhkan batang tubuh kami demi menegakkan negara ini.

Tetapi jika apa yang kamu lakukan adalah kezaliman,kami juga adalah tombak-tombak,pedang-pedang,pena tajam yang akan menghancurkan kenistaan dan kezaliman yang anda lakukan!!

Maka buatlah yang terbaik untuk rakyat.Bukan untuk anda.Untuk rakyat.Kerana anda juga adalah seorang rakyat.Anda cuma lah wakil.

Ya,barangkali saya terlalu menjadi politikal.

Saya sangat sayangkan negara ini.Saya bukan pemuda yang tidak kisah.

……………………………………………………………………………

Beberapa waktu lepas, saya terbaca status facebook seorang sahabat dari Ireland.Katanya,

Adakah anda ingin mengahwini diri anda sendiri? Jika mungkin, bagaimana untuk menjadi ya dan pasti??!!

Status nya itu buat saya terfikir. Bukanlah saya nak memulakan langkah itu sekarang.Tidak sama sekali.Perjuangan saya masih jauh untuk saya capai. Banyak perkara yang orang sudah menikah boleh perjuangkan berbanding orang bujang.Tetapi banyak juga yang orang muda bujang yang boleh dia sumbangkan berbanding orang yang sudah bernikah. Dan selagi saya di dalam status itu, saya akan pastikan yang saya akan capai apa yang saya sasarkan.

Dan tentang status facebook sahabat itu, buat saya terfikir betapa benarnya ayat Quran yang mengatakan lelaki baik  untuk perempuan yang baik.Kerna mereka inginkan orang yang sama nilaiannya dengan mereka. Saya bukanlah pemuda yang baik. Banyak kurang.Banyak sumbang. Tetapi jika lah saya punya semangat untuk memperbaiki ummat dan sanggup bergerak untuk itu, saya menjangkakan perkara yang sama bagi si dia yang akan menjadi penyejuk mata saya.

Jika katalah saya sanggup pertaruhkan segalanya untuk apa yang saya perjuangkan, saya juga menjangkakan yang sama.

Bukankah bagi Rijalul Da’wah, Allah dan Rasul itu lebih utama. Dia sangggup meletakkan segalanya untuk perjuangan nya.

Ya , bagi saya biarlah mereka yang arif tentang saya yang memikirkan tentang siapa dia itu.Tetapi bagi saya itu yang saya pandang. Sekurangnya orang yang sama seperti saya. Kerna mungkin saya akan futur dan dia yang akan mengingatkan.Dan mungkin saya akan mati tetapi dia tidak akan bersedih.Dan dia tidak menjadi batu halangan dalam apa yang saya buat bahkan menjadi penyangga dan penyokong terhadap rapuhnya diri saya.

Tetapi mampukah saya??

……………………………………………………………………….

Banyak juga yang perlu saya belajar tentang mengurus kan masa.Beberapa waktu ni jiwa terasa lemah. Banyak yang saya kurang lakukan. Sahabat,nasihatlah aku.

Hidup agak tunggang langgang.

Tetapi jalan masih panjang..Dan perjuangan tak kan henti-henti. Dan jalan ini lah yang akan saya tapaki.

P.S: Tahniah buat committee CIS semalam yang banyak berusaha!!!! Walaupun tak dapat hadir, tahniah atas sambutan yang hebat

One thought on “Perkara yang sedang bermain di fikiranku

  1. Assalamu’alaikum

    Salam kunjung kembali. Sudah mula untuk berfikir hal itu kerana ia satu hal yang serius. Hal agama mana yang nama-namanya main-main. Aapatahlagi hal jodoh yang mempertaruhkan agama sebagai andalnya. Allah mahukan usaha, dan Allah juga telah gariskan takdir. dan kita mampu merubah takdirnya atas usaha kita. begitulah hal jodoh. Mahukan yang seperti anda, berusahalah mendapatkannya dalam batas syariat. semoga berjaya.

    Makluman :

    Saya telah berpindah ke blog baru
    http://www.izzahzainol.blogspot.com. Blog asal adalah kerana syahadah aku daei. Jemput ziarah. Telah saya khaskan blog ini untuk sesuatu yang berbeza yang saya tenui dalam kembara saya.

    Selamat menemukan sesuatu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s