If you can’t keep up.Shut up.

Salam…

saya baru pulang dari fieldtrip di Kundasang.Di kaki gunung Kinabalu.Letih yang amat.Tetapi puas.Banyak outcrop yang best dan menarik. Fieldtrip kali ini, saya di dalam Group Quartz.7 orang sahaja.

Alhamdulillah.Saya mendapat groupmates yang hebat. Yang sangat hebat.Dan saya sangat seronok berkerja dengan mereka.Tetapi bukan mudah mahu memimpin group yang sungguh pun kecil. Ya, even kalau kita pernah memimpin kumpulan yang ramai juga dianggap susah,kumpulan yang kecil juga susah.Lagi pula dalam keadaan yang di mana terpaksa mendaki bukit ,berjalan, meredah semak-semak dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang. Bukan satu benda yang mudah.Di situ kita boleh melihat diri kita. Saya berbual dengan seorang kawan juga seorang group leader ,katanya: ” kau garang”…

Mungkin.Saya memang agak ganas. Saya jarang terima alasan sebab saya juga tak suka nak beralasan. Tapi saya bukanlah diktator. Saya mungkin di anggap agak pushy. Cuba untuk pergi extra length. Agak aggressive. Insensitive.

Tetapi barangkali mungkin itu yang diperlukan.Bersikap tak apa untuk menjaga hati sahabat,bukan saya.

Kita lihat terus kepada matlamat. Kepada tujuan. Bersikap realistic. Jika lah pejuang kemerdekaan bersikap tak apa. Mungkin ketika mereka berperang di dalam hutan, mereka lah yang pertama akan terbunuh.Kerana mereka berasa untuk membunuh itu satu perkara yang menyedihkan kepada orang yang mereka bunuh. Ya.benar.Tetapi jika mereka tidak mampu menarik picu senapang mereka,negara ini yang akan terbunuh. Negara ini yang akan terus mati. Mereka memandang pada tujuan dan matlamat mereka.

Jika kita memandang pada matlamat kita , maka kita melihat pada satu arah yang pasti. Tetapkan matlamat. Kita tahu jika kita tidak mampu menyelesaikan matlamat itu,maka ramai yang akan susah. Maka kita akan cuba untuk menyelesaikan matlamat itu dan bersusah payah sekarang daripada kita akan bersusah dan menerima akibatnya akan datang.

Tetapi bukan lah bermaksud hingga tak berperikemanusiaan.

ini saya terbaca dari buku 7 habits of highly effective people  yang saya beli semalam di bandar Kota Kinabalu selesai pulang dari fieldtrip di Kundasang :

“There are some people who interpret proactive to mean pushy,aggressive or insensitive,but that isnt the case at all.Proactive people arent pushy.They’re smart.They’re value driven.They read reality and they know what’s needed ” Stephen R Covey

Ini yang sepatutnya. Bagi saya kekuatan itu bukan kita ukur  pada hebat dan mantapnya status,kepada luarannya..Tetapi lebih kepada  bagaimana kita bertahan. Ya ,akan ada orang yang mengutuk.mengeji.mengata itu dan ini. Tetapi siapa mereka untuk mengata kita. Apa yang mereka lakukan? Dan mereka itu bukan sia pun bagi kita.Percayalah. Kata-kata mereka itu bagai cuma sampah di tepi jalan.Ya, jijik dan menyakitkan mata.Tetapi tidak menyakitkan.Tidak memberi kesan.Bahkan akan hilang di tiup angin.Kalau itu adalah cuma kata-kata.apa lagi orang nya.

Dunia ini tidak bergerak dan tidak berubah dengan orang seperti mereka.

two type of people : 1, who adapt with the situation and environment.

2, who makes the situation and environment  adapt with him..

and the world moves because of the 2nd type of people.

Dan bukankah itu benar.Revolusi dunia terjadi disebabkan mereka yang seperti ini. Mereka yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang ada. Mussolini, Hitler,Lenin, Mao Zedong,Khomeini dan macam-macam nama lagi adalah orang seperti ini.

Mereka ini tak pernah berpuas hati dengan apa yang mereka lihat.Mereka mahu kan yang lebih baik.Mereka mahu capai yang lebih dahsyat pada pandangan mereka. Dan mereka bukan pada tahap cuma bertahan pada kutukan dan kritikan,tetapi sudah mencapai tahap mahu untuk dibunuh.

Bahkan Islam juga mengajar kita untuk menjadi sebegitu. Dengan landasan yang betul.Didalam Quran,kita di arahkan “selepas habis mengerjakan sesuatu,maka lakukanlah yang lain pula” . Diajar pula kita yang ” hari ini mesti lebih baik dari hari semalam” bahkan sahabat-sahabat seperti Umar juga mengajar kita untuk berlumba dalam beramal. Dan dia tidak pernah berpuas hati kerana Abu Bakar sentiasa melakukan lebih baik dari dirinya.

Kita selalu memandang tidak puas hati dalam keaadaan yang teruk.Tetapi ia satu yang baik.Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang kita. Cuba capai yang lebih hebat. Jangan pedulikan kata manusia yang mencemuh. Kita tidak akan kemana-mana dengan cacian mereka.Tak akan mati dengan kritikan mereka.

Tetapi perlu ingat,kita tidak akan menjadi tuhan dengan keangkuhan kita. Kita tidak akan mencapai penghormatan dengan kesombongan.

Maka bersikaplah sebaiknya. Kejar lah matlamat kita.Jangan pernah berpuas hati!!!!


3 thoughts on “If you can’t keep up.Shut up.

  1. Salam saudara.

    begitu Umar r.a. Tegas dalam hal yang perlu tegas. Namun, yang paling tersentuh jiwanya saat melihat kesusahan rakyat dan saat wafatnya Sang Rasul.

    Itulah tarbiyah meletakkan sifat pada tempatnya. jemput ziarah, ada entri baru untuk ditekuni.

    wslam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s