satu perkongsian : Bicara dari Allah…

Salam ukhwah.

 

subhanallah…hari ini Allah berbicara dengan saya dan saya rasa saya patut kongsikan. Biar ambil masa sedikit menulis sebelum saya sambung study untuk exam akhir ni.

 

Petang tadi saya berjumpa lecturer untuk tengok markah. Sebab soalan tu sama dengan notes yang pernah saya baca,maka datang dengan yakin lah kononnya. Tapi datang-datang dan bila tengok markah sangat hampa. Sedih betul. Semester ni memang bukan lah semester saya yang paling baik. Saya bukanlah pelajar top scorer cuma setiap SEM, result saya ada bertambah baik walaupun sikit. Tapi bila tengok markah dan bila bayangkan secara purata markah yang lain, rasa kecewa.amat sangat… sebab, kalau ikut purata semua SEM, markah saya tak lah paling tinggi but kira ok jugak lah.kira boleh lepas gak lah…

 

but bila tengok markah tu, adeh….

 

bukanlah saya bercita-cita nak kerja dengan petronas. saya pernah tulis dulu yang saya barangkali mahu sambung belajar dan masuk dalam bidang education.

But tak best lah jatuh markah.

So,bila balik ke rumah dengan hati tensyen, buka FB inbox, seorang sahabat,seorang ikhwah.Seorang yang saya anggap nya macam abang saya.Dan bapa nya macam abah saya juga kerna dia banyak mendidik dan membina saya, hantar sebuah video.

video tentang bangkit dari sebuah kesulitan. Menempuhi perkara yang mustahil.

Dan setelah tu saya bergerak pula ke masjid. Selalunya saya solat jemaah di rumah dengan kawan-kawan serumah dari Abu Dhabi,Afrika dan Pakistan.

Tapi hari ini, terasa mahu ke masjid, dan di sana Allah bicara lagi. Melihat orang-orang yang kalau biasanya kita kata ” Duduk rumah je lah.Dah tak larat” . Mereka ini datang ke masjid. Ada yang berbasikal jauh. Ada yang berjalan kaki.

 

Dan ada juga sahabat2 dari jemaah tabligh yang dah benar-benar tua. Juga turut merantau dengan jauh.Membawa tujuan mereka.

Baarangkali itu bicara Allah untuk saya.

Untuk jangan berputus asa!!!

2 thoughts on “satu perkongsian : Bicara dari Allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s