selamat tiba..dengan perjalanan yang berbeza

Salam ukhwah

 

saya selamat tiba di bumi langkawi. Bumi yang barangkali sudah 2-3 tahun kami menetap disini.Daerah yang kecil. Tetapi menenangkan. Seperti yang saya kata sebelum ini. Saya sukakan pantai dan air nya. Bukit dan pulaunya. Semuanya terangum di bumi ini. Dan bersyukur, walaupun saya pulang tetap ada sahabat seperjuangan di mana-mana.

 

Sampai nya saya disini, Capati di kedai Hj Ali tempat pertama saya serbu. Mama dan Abah saya tiada di Malaysia. Mereka menunaikan haji di Makkah. Jadi, tibanya saya di Langkawi disambut adik perempuan saya, kami ke mamak.

Dan setibanya di rumah selepas berehat-rehat melepaskan lelah, saya mengubat rindu bertemu adik-adik di surau asrama sekolah ini.

Adik-adik yang punya idealisme yang tinggi. Yang kini sedang mengambil SPM.

Saya cuma sempat berkongsi idealisme yang kami cuba bawakan bersama mereka cuma 2 bulan sahaja secara fizikal ketika cuti yang lepas dan selepas itu melalui perbualan telefon.

Hebat.

Anak muda yang umurnya masih kanak-kanak. Yang belum lagi benar melihat dunia.Punya keinginan kuat mengislahkan bumi.mengislahkan ummat.

Dan sayang jika mereka ini disia-siakan .

Bahkan lagi sayang jika kekuatan mereka disalah gunakan.

Malah lagi sedih kiranya, mereka tidak mendapat kefahaman yang benar.

 

 

insyaAllah..cuti ini pasti akan terisi dengan kesibukan yang dahsyat, Banyak perancangan yang perlu dilakukan. Seperti cuti terdahulu, 3 bulan saya memang jarang melekat di rumah.

Sampaikan kawan-kawan senior dari kampus yang berjalan-jalan ke langkawi dan melawat saya di rumah, tetapi saya tiada. Dan mereka cuma dilayan oleh abah dan mama saya sahaja.

Dan saya menjangka kan hal yang sama. Bukan mengeluh. Bahkan gembira  berada dalam jalan ini.

Sebab, jika pemuda itu tidak disibukkan dengan kebaikan, dia akan disibukkan dengan keburukan dan kejahatan. sebagaimana air yang statik, akan menjadi buruk dan tidak elok.

itu benar. saya student geology. Kami juga belajar tentang kualiti air. Dan air yang tak mengalir itu lah air yang paling rendah kualitinya.

Bukankah sama untuk kamu wahai pemuda-pemuda yang tidak bergerak?

Kita lihat betapa sebenarnya pemuda lah menggubah dan mengubah sebuah sejarah.

Kita dibuktikan dari pemuda bernama Ibrahim.Pemuda bernama Yusuf.Pemuda-pemuda yang digelar pemuda Kahfi. Bahkan kita juga pernah mendengar tentang Muhammad Al Fateh.

Tentang Hassan Al Banna. Dan ramai lagi pemuda yang membuat perubahan yang besar.

Kita pernah dengar tentang revolusi Perancis. Tentang “minum untuk keamanan” dan banyak lagi yang dilakukan pemuda-pemuda.

Tapi di mana pemuda Muslim sekarang?

Clubbing?

Dota?

Berkepit bersama kekasih-kekasih?

 

Ganja?

Inilah tenaga-tenaga yang disibukkan dengan keburukan.

Kita lihat kekuatan yang besar di guna untuk kebaikan, hasilnya adalah keindahan yang hebat.

 

Tetapi bila kekuatan yang besar diguna untuk keburukan, hasilnya adalah kekejian yang tiada bandingan.

Dan itu lah yang kita lihat hasilnya sekarang!!

 

 

Pada pemuda yang terbazir waktunya.

Pada pemuda yang hilang arah tujunya.

Marilah kepada Islam yang kami bawakan.

Sertailah bahtera perubahan ini.

Yang di dalam nya aku ajak kamu mensucikan diri mu untuk bertemu Tuhan mu.

Sebagaimana Musa mengajak firaun dalam dialog yang itu di dalam kalam Tuhan yang agung dalam surah An Naziat…

 

MARILAH….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s