Cinta baru..

salam..

 

cewah..bukan aweks okeh.. tidak ada langsung sebarang perhubungan sebegitu rupa dalam Islam..

 

Saya nak kisah kan tentang kekasih-kekasih saya.Ada 6…

 

 

1.Perjuangan Wanita Ikhwanul Muslimin-Zainab Al Ghazali

 

 

 

2.Pergolakan Pergerakan Islam-Fathi Yakan

3.Fikih Sunnah Jilid 7-Sayid Sabiq

4.Melamar Bidadari Dengan Solat Malam-Amru Khalid

5.Pemuda yang Dirindu Syurga-Dr Sulaiman Bin Qasim Al Eid

 

6.Terjemah Hadis Shahih Muslim-disusun oleh Fachruddin HS

 

Kekasih saya dari nombor 3-6 dihadiahkan ibu saudara saya ketika saya di Singapore.

Yang nombor 1 saya tertinggal di Singapore. Tetapi saya berjaya membacanya dahulu. Yang lain masih dalam proses.

Baik..nanti kita tuliskan dan bincangkan lebih lanjut..

 

InsyaAllah

 

Allahua’lam

Oh!Tidak-adakah kita?

adakah kita penyeru-penyeru ke pintu neraka?

kita mengajak ke arah kebaikan dengan niat yang suci dan baik, tetapi mungkinkah jalan yang kita pamerkan serta sikap yang kita tonjolkan tidak searah.

adakah kita mengajak sahaja tanpa membuktikan kita juga melakukannya dengan daya upaya?

adakah kita cuma berkata dan menyuruh tetapi kita pula tak berilitzam dengannya..

Adakah kita bermusuh sesama pembawa lembayung suci dakwah Ilahi mungkin kerna rasa mahu bersaing?

Adakah kita senang melihat keburukan di mata kita?

Adakah kita?

Adakah kita??

mari story-mory sikit

Salam.

entry kali ini cuma cerita-cerita perjalanan hidup aja.

Result

Result dah keluar.Alhamdulillah.Tak la gempak. Saya memang still tak puas hati.Especially Mapping and Geophysic.Igneous memang sah-sah kantoi sebab tak pandai phase diagram.

But apa-apa pun, tetap perlu bersyukur. Walaupun satisfaction itu tak ada. Bagi saya jangan pernah rasa berpuas hati.Bersyukur ya..Tapi bukan berpuas hati.Kerana dengan mudah berpuas hati ,kita menutup pintu perkembangan.Kita merasakan kita sudah cukup sempurna.Kita rasa kita dah berjaya atas segalanya.

Bak kata abang Ridzlan Ghazali pada comment di facebook wall saya, gratitude and satisfaction is two different things.

Rasanya mundurnya ummat Islam sebab tak tahu membezakan antara syukur dan puas hati. Lihat sahaja Rasul, baginda seorang yang paling bersyukur sampai baginda solat bengkak-bengkak lutut lalu ditanya Aisyah ..dan dijawab Rasul :

Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur??

Tetapi kalau baginda seorang yang mudah puas hati maka rasa nya baginda akan berhenti sewaktu dakwahnya diterima Khadijah sahaja. Tapi tidak.Baginda tak kan berpuas hati sehingga seluruh ummat manusia ini selamat di dalam Islam. Lihat waktu wafat nya, “Ummati!! Ummati!! Ummati!!”

Umatku!! Ummat ku!! Ummatku!!

Dan waktu lepas dapat result ni sebenarnya Allah nak tengok sama ada kita masih lagi betul atau tak istiqomah dalam berada dalam jalan Tuhan.. Dulu waktu exam,kuat solat.Solat sunat semua buat..Jadi macam wajib dah..Tapi lepas exam, adakah kita ni jadi macam orang tak ber Tuhan?? Wallahualam..

Ke MRSM Berseri

9 hb lepas saya ke MRSM Beseri.Ambil adik bongsu saya lepas dia tamat paper Prinsip Akaun.Ke sana naik teksi. Dan apa yang menjadi pengajaran buat saya adalah driver nya. Sepanjang 30 minit perjalanan, dia ceritakan saya masalah sosial masyarakat.Masalah politik.Masalah ummat Islam. Saya sebagai anak muda layaknya untuk diam dan dengar..

Pulang dari MRSM Beseri,saya naik teksi yang sama..Saya diberikan taujihat lagi.Secara tak formal pun. Kagum dengan pak cik ni. Kali ni dia berikan punca.. Dia kata apa pun penyelesaian kita buat, tak kan berkesan sebab ni semua masalah iman. Jadi kita kena selesaikan masalah iman.

Sayalah manusia paling beruntung hari tu.Mendapat pengajaran dan diberi kan kesedaran oleh seorang yang hebat. Seorang pemandu teksi yang hebat.

Ke Singapura.

Saya masih di Singapore.Tinggal dengan mak saudara saya. 2 orang sepupu saya melangsungkan walimah.Seronok dapat berjumpa keluarga yang dah lama dan jarang-jarang jumpa. Bukan mudah.Jarak perjalanan dan masa sangat menyukarkan.. Seronok. Tengok anak-anak buah dulu kecik-kecik je.Sekarang dah besar. Sepupu-sepupu dulu pun kecik-kecik,sekarang ada yang dah kahwin.Ada yang nak kahwin.Dah kerja.Dah ada anak.

Seronok sangat. Walaupun saya tak lah berkenan sangat nak duduk Singapore ni lama-lama.Sesak nafas. Tapi presence of families tu yang mengatasi semuanya. Saya suka kan Miri.Langkawi.Tempat-tempat yang tenang. Singapore bukan untuk saya.Sebab tu sepanjang berada dekat sini,adik-adik saya je yang kuat berjalan.

Saya duduk rumah menghabis baca kan dua buah buku yang saya jumpa di kedai buku disini. Yang pertama Perjuangan Wanita Ikhwanul Muslimin[Zainab Al Ghazali] dan yang kedua Pergolakan Gerakan Islam[Fathi Yakan]. Harga nya relatif murah. Campur dua-dua sekali baru 10 dollar. Sangat berbaloi. Akan saya huraikan tentang penulisan mereka nanti.

Tuan kedai tu sangat baik hati. Saya juga sedang cari kitab Fi Dzhilal Quran..Harganya agak murah..Tapi tak jadi beli sebab tak cukup jilid.

Bila dah jumpa saudara mara ni, banyak dapat belajar.

Kalau budak-budak macam sepupu yang masih Elementary or anak-anak buah yang kecik-kecik , mesti cerita pasal Cartoon

Kalau yang dah menengah dalam umur 13 ke 18 cerita pasal sekolah, bola, gossip, GF/BF.

Yang dari umur 18-20 cerita belajar atau kerja atau National Service.and GF/BF

Yang umur 21-30, ni lah umur waktu paling bahaya.Mesti ditanya, dah ada orang dah ke? Dah ada calon?Dah ada orang tempah? Bila nak kahwin? Saya dalam masa berapa hari ni je dah 4 orang saudara jauh yang tanya soalan tu. Ada yang tanya tak bawak anak-anak ke?Bukan lah tak sabar. Saya pernah cerita dalam entry-entry sebelum ni tentang apa yang saya mahukan. Bagi saya pernikahan ni cuma satu alat untuk kita mencari redha Tuhan,jadi biar lah saya dapat alat terbaik iaitu Baitul Muslim Harakiah.Bukan cuma nak cukup syarat sahaja.Cinta manusiawi sahaja tak cukup untuk menampung perjuangan mencari redha Tuhan.

Soalan yang ke-2 lazim : Belajar ke kerja lagi? Ni pun segan gak nak jawab.Muka macam dah tua.Tapi still belajar lagi.Sepupu yang muda-muda dah kerja dah.Cousin saya cakap “Kau ni dari kecik sampai besar belajar,tak bosan ker”

hahhahaha..

masuk umur 30-40 , cerita pasal anak-anak. Ni sangat best..Sebab selalunya ada budak-budak kecik sekali..

Masuk umur 40-60,cerita pasal penyakit. macam berlumba-lumba pulak siapa yang paling banyak ada penyakit..

Masuk 60 tahun ke atas, soalan banyak tanya, siapa yang dah meninggal? Dia ni ada lagi ke tak..Ke dah pergi dah…

Dengar perbualan-perbualan tu semua,seronok..Sebab saya juga akan masuk fasa-fasa tu..

Baiklah…tu sahaja setakat ni..banyak lagi nak cerita.Tapi nanti lah.Biar disimpan dulu.

Wallahu’alam

Inilah yang diajarkan kepada kami.

Salam

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

 

Kini adalah zaman dimana haq menentang kebathilan. Kejahatan akan sirna dengan naik nya sinar Islam. Inilah zaman di mana hati kita perlu lebih teguh dan kuat.

Inilah zaman nya di awal zaman Rasul membawakan Islam. Bukankah dakwah Rasul berjalan selama 13 tahun. 13 tahun yang berhasil membentuk jiwa mukmin sejati. Dan sekiranya 13 tahun sekarang tidak mampu membentuk jiwa Abu Bakar, Umar, Ali dan Utsman, maka yakinkah kita berjalan membina daulah?

 

Kami di ajarkan bahawa perjuangan Islam itu bukan di lakukan dengan hentam sahaja. Kami diajarkan harakah Islamiah itu punya strategi sesuai dengan jalan Rasul. Kami diajarkan bahawa apa yang kita buat perlu dijadikan Rasul sebagai penanda aras nya..

Kami meyakini bahawa perkara pertama yang diajarkan Rasul kepada kami adalah membentuk iman kami. Membentuk kami sebagai setiap satu nya adalah jiwa-jiwa yang Islam. Yang rela dan redha berkorban untuk Islam.

Kami meyakini bahawa kami dibacakan ayat-ayat Tuhan yang mensucikan aqidah kami.. Laalu Rasul itu mensucikan jiwa kami dari keadaan kami yang kotor dan hina.

Kami meyakini bahawa kami di ajarkan tentang ibadah yang sohih.Cara untuk kami punya satu ikatan terus dengan Tuhan. Yang menjadi sumber kekuatan kami.Ibadah yang diajarkan kami sebagaimana diajarkan kepada Rasul kami. Dan kami bersikap tegas terhadap apa jua penyelewengan yang mensyirikkan Tuhan dan merosakkan ibadah kami.

Kami juga meyakini kami di ajarkan tentang akhlak yang mana ketika Rasul kami berkata bahawa ” Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”. Kami tak diajar tentang moral tetapi akhlak kerna akhlak kami ditetapkan oleh prinsip Tuhan kami.

 

Kami diajarkan untuk menjadi ummat pertengahan. Yang tidak memilih mudharat berbanding manfaat. Kami di ajar untuk tidak menjadi melampau-lampau dan tidak tergopoh gapah dalam menjalankan urusan kami. Bahkna kami diajarkan untuk berhati-hati dan bijak berstrategi.

 

Kami diajarkan ini,Islam,sebagai panduan hidup kami . Bukan yang kami ambil bila kami suka dan kami campakkan bila kami tidak suka.

 

Kami yakini inilah yang diajarkan kepada kami….

 

Apa yang di ajarkan kepada anda??Adakah sama?

Doa Cinta

hai Allah, hamba Mu minta,
daripada Mu Tuhan ku..
asmara kasih dan kama…
ku meminta-minta itu..
.

.

.

 

…Buatlah cinta ku pada Mu
Paling tercinta bagiku
Dan buatlah cinta itu
pedoman pada redha Mu…