Inilah yang aku mahukan.. Hulurkan tangan mu dan akan ku sambut

Apa yang kami mahukan adalah Islam.

Yang kami maksudkan dengan Islam bukan lah setiap dari kita dipaksa untuk menganut Islam dari aqidah. Bagi kami, kami percaya sebagaimana di dalam Quran di dalam surah 2:256

لَا اِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنْ الغَيّ ِفَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدْ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Yang kami mahukan adalah Islam. Iaitu Islam itu adalah dalam kehidupan. Bagi kami Islam bukan lah setakat agama kepada diri tetapi adalah jalan hidup kami. Islam mengajarkan kami segalanya.

Dari menjadi seorang manusia, seorang pelajar, seorang ayah, seorang anak, seorang guru dan dari sekecil segalanya hingga lah kepada menjadi pemimpin. Yang kami mahukan adalah Islam sebagai jalan hidup. Sebagai panduan. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk semua.

Dan kenapa kami mahu kan itu ?

Kerna kami pelajari dan kami kaji bukan dengan percaya membuta tuli bahawa itu adalah jalan yang paling baik dan yang paling syumul serta paling sempurna. Islam itu kami pegang secara keseluruhan sebagaimana dalam Al Baqarah : 208

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan , dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”…

Mari kita bawakan satu persatu.Mungkin secara ringkas.

Islam ajarkan kami untuk menjadi manusia.

Bukankah kita sebagai mana manusia diberikan pilihan. Yang paling mudah adalah mahu membeli kereta contohnya. Sehingga yang paling besar adalah pilihan tentang integrity. Maka kami di ajar yang kami juga diberi pilihan :

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih . Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

Surah As Syam : 7-10

Islam ajarkan kami dalam erti berkeluarga.

‘Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. ‘

(ar-Ruum:21)

Lelaki yang baik adalah yang paling baik kepada ahli keluarganya- Hadis.

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya:

Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]

Semuanya ada. dari bab nikah.bab menjadi suami,isteri mahupun anak. Bahkan dalam hamonisasi keluarga. Bahkan dalam manhaj tarbiyyah, lebih lagi dalam harakah Islamiah, langkah dan ketentuannya dalam bab nikah malah lebih khusus dan lebih berstrategi.

Islam ajarkan kami hubungan kami sesama manusia.

Tiga macam orang yang tidak akan dilihat oleh Allah dengan pandangan rahmat-Nya pada hari kiamat, dan tidak akan dimaafkan, dan bagi mereka tetap siksa yang pedih. 1. Seorang yang memiliki kelebihan air di tengah perjalanan lalu menolak orang rantau yang membutuhkannya.  2. Seorang yang berbaiat pada imam (pimpinan), semata-mata untuk dunia, jika ia diberi tetap rela, bila tidak diberi maka marah.  3. Seorang menjual barangnya sesudah Asar, lalu ia bersumpah: “Demi Allah aku telah membayar sekian pada penjualnya”, lalu dipercaya oleh pembelinya, padahal ia berdusta – Hadis

Islam ajarkan kami tentang akhlak.

Islam mengajarkan kita tentang prinsip yang tak boleh diubah di dalam Islam yang maksudnya akhlak. Bagi kebanyakan orang ia dipanggil moral.Tetapi bagi kami ia adalah akhlak . Kerna ia telah ditetapkan dan tidak akan berubah.

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak yang terpuji. -Hadis

Islam ajarkan kami dengan ekonomi.

Tidak perlu pergi jauh. Dinar emas yang digunakan dalam dunia Islam sejak dahulu merupakan sebuah matawang yang stabil . Kita lihat harga emas sekarang yang setiap hari meningkat dan merupakan perlaburan yang amat menguntungkan.

Bahkan di dalam surah Yusuf menceritakan tentang mimpi sang raja tentang 7 sapi gemuk.dan 7 sapi kurus.7 tangkai gandum yang ranum dan 7 tangkai yang kering.

Ia ditakwilkan oleh Yusuf sebagi 7 tahun gembira dan 7 tahun yang susah dan duka. Dan bukankah Yusuf itu menteri kewangan ketika itu setelah dia dibebaskan??

Dalam ekonomi, ada sebuah kitaran yang menunjukkan kitaran turun naik ekonomi. Al Quran sudah mengajarkan kita tentang itu. Kalau kita lihat, negara mengalami kegawatan dalam tahun 1997,1998 dan 1999. Kemudian negara mengalami kemajuan ekonomi tetapi kegawatan bermula kembali beberapa tahun yang lepas.Bukankah itu bertepatan?

Maka jika kita adalah ahli ekonomi dan mengambil Yusuf sebagai model belanjawan negara, bukankah negara kita juga akan makmur?

 

Maka bukankah itu stau rahmat?

Itu cuma sebahagian daripada yang Islam ajarkan kami. Bagi kami Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan.

Ia adalah daulah dan negara ataupun kerajaan dan umat.

Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun kasih sayang dan keadilan.

Ia adalah peradaban dan undang-undang ataupun keilmuan dan hukum-hukum.

Ia juga adalah material dan harta benda ataupun kerja dan kekayaan.

Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah.

Begitu juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih.

kesemuanya adalah sama pengiktibarannya disisi kita.

Tidak ada kurang.Tidak ada lebih. Inilah Islam yang kami mahukan.Inilah Islam yang benar.

 

Inilah Islam yang mengeluarkan kita dari kejumudan, kekolotan dan kemunduran kepada kemajuan dan sebuah perjuangan menegakkan kekuatan Islam..

Tidak mahukah kamu sertai kami??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s