Perlukan cadangan dari pembaca

Salam.

 

saya ingin meminta cadangan. Tentang tawshiaah yang patut saya berikan kepada pelajar pelajar yang sedang ambil SPM.

Saya sudah ada idea di kepala tapi takut mereka jadi lagi serabut.

Dijemput oleh pelajarnya juga.Dulu sewaktu saya cuti kerap juga memberi kan ceramah kepada mereka atas jemputan dan ada juga berprogram dengan sebilangan kecil dari mereka.

Tapi kali ini agak berbeza sebab tak pernah jadi bagi saya memberi sedikit bingkisan peringatan ketika mereka sibuk dan sangat gelisah menjawab exam..

 

Harap dapat bagi idea.Dan kalau ada joke-joke dan perkara atau cerita menarik,boleh lah kongsikan sekali.

3 thoughts on “Perlukan cadangan dari pembaca

  1. Assalamu’alaikum

    sekadar pengalaman sepanjang saya menjadi speaker di beberapa program, mungkin ada khilafnya.

    oleh kerana mereka sedang menghadapi ujian yang tidak kurang besarnya, ada bebrapa tausyiah penting untuk mereka saya kira.

    1- saat ujian adalah saat hati lebih tadharru’ dan taqarrub kepada Allah. ambillah kesemptan ini untuk menyedarkan mereka akan kebergantungan kita kepada Allah dan keajaiban doa. Sedarkan kepada mereka bahawa kepada Allah juga akhirnya kita berharap walau kita adalah manusia yang banyak dosanya. manhaj-khauf wa raja’

    2- saat ujian juga adalah waktu lapang kerana kurang komitmen lain melainkan studi. ingatkanlah mereka bhwa ibadah jangan dikorbankan bahkan ia lebih digandakan. jadikan kerehatan waktu study dengan hal2 yang berfaedah supaya hati yang menakung ilmu lebih terjaga. dari situ kita mngajar mereka bahawa hati adalah wadah cahaya yang perlu disucikan untuk menerima ilmu Allah. Maka jauhi maksiat itu amat penting demi keberkatan ilmu.

    3- ajarlah mereka dalam menyikapi sebuah ujian. ambillah peluang untuk dedahkan hakikat kejayaan yang sebenar bukanlah sekadar pelajaran.Simbol sukses kita lebih dari itu, adalah mencapai darjat taqwa tertinggi di sisi Allah.Banyak ayat AQ yang boleh ditadabbur melaluinya.Biar nanti, jka berlaku kegagalan, mereka tak kan putus semangat kerana mereka jelas matlamt hidup mereka yang sebenar.

    4- ingatkan mereka bahwa kejayaan itu syiar. sehingga dilaung dalam azan. tetapi sampaikanlah dengan cara pandang yang berbeza. bhawa kejayaan yang diniatkan dalam pelajaran adalah untuk kmuliaan Islam, untuk membantu agamaNya, shingga mereka lebih jelas apakah urusan mereka sbenarnya. Tidak salah untuk kita mencpai apa sekalipun, tetapi biarlah yang menguntungkan Islam.

    Mungkin sekadar ini, tentang joke, saya kurang pasti, memang ada tetapi saya lebih selesa menggunakan video.

    semoga bermanfaat.

    • salam.

      jazakallah saudari.
      satu cadangan yang akan saya gunakan.
      Ini lebih menenangkan adik-adik yang sedang kalut dan keluh kesah dalam exam.

      moga apa yang akan disampaikan nanti bukan cuma untuk menambah pengetahuan tapi untuk membina kefahaman.

      allahua’lam

  2. sedikit tambahan. saya juga dalam rangka menjalankan program bersama form 5 sebelum mereka grad di sekolah lama saya dahulu, SBPI Rawang. Tadi baru sahaja menghubungi sekolah ttg expectation mereka. rupanya ada perkara yang mungkin kita terlepas pandang apabila mereka meminta suatu hal ini. iaitu memberikan pendedahan awal tentang persediaan awal menjadi mahasiswa supaya mereka terpandu untuk menjaga diri mereka. sekolah menyatakan kerisauan mereka kerana byk fenomena yang berlaku bekas pelajar mereka terlibat dengan hal2 yang kurang sihat sejak begelar mahasiswa.

    jadi antara perkara yang sekolah minta diingatkan adalah tentang jati diri, bgaimana memilih kawan, memilih suasana, hal2 yang perlu diwaspadai di kampus, dan apa bezanya sekolah dan kampus yang boleh mempengaruhi diri mereka nnti. Mulanya saya juga tak terikir hal yang serius sebegini kerana tidak mahu membebani fikiran merka waktu exam. jadi apabila ditanya tentang bahan apa yang akan saya sampaikan, saya persis menjawabnya seperti cadangan saya pada komentar di atas.

    Munkin sekali sekolah merasakan sudah tiada ruang dan peluang yang lain untuk mendedahkan mereka hal ini sebelum tamatnya SPM tidak lama lagi, dan itu perlu dilakukan dalam senggang waktu jadual SPM mereka.

    Wallahu’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s