Di mana pemuda kita??

Salam ukhwah.

 

Cuti ini cuma saya dan adik perempuan saya di rumah.Abah dan Mama saya ke tanah suci Makkah menunaikan haji dan akan pulang 18 hb nanti. Dan ketika itu juga kami adik beradik tiada di Malaysia.

Kami akan ke Singapore. Disana lebih seminggu untuk menghadiri walimah 2 orang sepupu saya yang akan melangsungkan pernikahan.

Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alaikuma Wa jamaa baina kuma fil khair.

 

Jadi, jika tidak berada bersama sahabat seperjuangan di Langkawi, atau bersama adik-adik yang punya semangat izzah Islam yang kukuh dalam usia yang muda, saya selalu nya akan online menggunakan broadband adik perempuan saya atau ke cyber cafe.

Dan berada di cyber cafe sangat “disturbing.” Maksud saya keadaan nya. Kita bukan ingin menghukum tapi lebih baik kita menganalisa keadaan ini. Saya ke cyber cafe sama ada untuk update blog atau untuk berprogram melalui Skype.

Ramai yang datang ke cyber cafe adalah pemuda-pemuda. Dan  banyak yang masih kanak-kanak. Ada yang rasa nya baru berumur lingkungan 8 tahun. Bercakap pun macam masih pelat-pelat lagi. Mata khusyuk menghadap skrin komputer bermain DoTa dan Counter Strike. Yang abang-abang besar nya pun sama juga.Tak ada beza.

Jadi, di sini lah sebenarnya antara tempat pemuda-pemuda kita menghilang.

Jadi jangan kita banyak cakap, cuba kita fikir apa yang kita boleh lakukan untuk menukarkan dan menunjukkan hala baru kepada pemuda-pemuda ini.

Saya bukan ingin mereka menjadi pemuda yang 100% hidupnya duduk di dalam masjid. Bahkan Umar sendiri pernah menghalau pemuda sedimikian. Kami inginkan mereka menjadi pemuda produktif.

Biar mereka menjadi pemuda berkerja.

Biar mereka menjadi pemuda yang tidak duduk-duduk.

Biar mereka menjadi pemuda yang tidak buang masa.

Jadi,jika anda yang di luar sana. Yang sama-sama terjun dalam medan dakwah.Atau setidak nya punya inspirasi yang sama, mari kita cari jalan masing-masing untuk kita sama-sama jadikan anak-anak muda ini Rijal-Rijal yang teguh dan diyakini.

Jangan kita hanya sibuk bersihkan hati kita dan jiwa kita tapi kita lupa pada ummat. Jangan kita diibaratkan oleh Hassan Al Banna sebagaimana mereka yang ” bermain-main dengan Allah dalam ibadah mereka”

Saya seru diri saya.Saya seru anda. Kita cuba dengan cara kita sendiri. Rasul dahulu juga berdakwah tidak kira tempat mana. Semua rumah baginda ketuk.Di bukit juga beliau tanyakan pada ummat nya.. Di pasar-pasar.

Bahkan mulanya Hasan Al Banna memulakan dakwah Ikhwan juga di kedai-kedai kopi. Tempat pemuda-pemuda melepak.

Barangkali , mungkin ini lah zamannya di mana dakwah kita bukan bermula di pasar, tetapi di Cyber Cafe atau di tempat-tempat pemuda-pemuda melepak lain nya..

……………………………………………………………

p/s: Sedih sebab tak dapat berjumpa senior-senior tahun depan. Kini giliran saya untuk Final Year.Tak lama lagi. Bahkan satu sem di Curtin sangat singkat. 3 bulan lebih sahaja. Maka saya perlu memikirkan dan melaksanakan apa yang telah saya rancang buat masa sekarang.

Jika saudara-saudara pembaca ada cadangan company yang memerlukan geologist khusus bahagian analyzing data, boleh lah berikan saya sedikit maklumat. Kalau boleh tak mahu ke field works atau offshore. Banyak tanggungjawab yang perlu dijalankan di daratan.

Barangkali saya boleh berkerja sambil melanjutkan pelajaran. Barangkali targetnya dalam bidang guaman[melanjutkan cita-cita menjadi peguam] atau pun melanjutkan Master dalam Petroleum Geology.

Moga perancangan ini dipermudahkan. Jika dapat biasiswa untuk pengajian sepenuh masa bagi Master lagi bagus. Terus berada dalam alam mahasiswa.

Alam yang penuh dengan semangat dan perjuangan. Mahasiswa yang menggegar dan merubah perjalanan sejarah.

 

Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s