Mencinta Sejantan Ali-EDITED

credit kepada saudari Nurul ‘Izzah Zainol di izzahzainol.blogspot.com
Satu penulisan yang saya rasa wajar dikongsikan kepada semua. Penulisan yang sangat bagus.
*dicreditkan juga kepada saudara Salim A Fillah.Semoga redha Allah bersama anda saudaraku.
…………………………………………………………………………………….
cinta adalah tanggungjawab
selagi agama yang kau andalkan
cinta adalah keberanian atau pengorbanan
saat kau kecundang dalam memiliki
cinta sememangnya bukan dimiliki

Ada rahsia yang terdalam di hati Ali yang tidak dikisahkannya oleh sesiapa pun. Fathimah. Karib kecilnya itu, puteri kesayangan Rasulullah yang adalah sepupunya itu sungguh mempesonakan. Kesantunnya, ibadahnya, kecekalannya, dan rupawannya kurniaan Allah. Lihatlah gadis itu suatu ketika ayahnya pulang dengan luka memercik darah dan kepala dilumur isi perut unta. Ia bersihkan hati-hati, ia seka dengan penuh cinta. Ia bakar perca dan ditempelkannya pada luka agar darah tidak terus mengalir. Sedang air matanya mengalir perlahan menangisi ujian yang ditanggung sang ayah. Muhammad ibnu Abdullah tidak layak diperlukan demikian!
.
.
.
Maka gadis wirawati itu bangkit. Gagah ia berjalan menuju Ka’abah. Dilihatnya dari jauh para pemuka Quraisy saling tertawa membanggakan tindakan mereka pada Sang Nabi yang diperlakukan seperti binatang. Mereka tiba-tiba diam apabila Fathimah mengherdik mereka sehingga mulut mereka terkunci dan tertunduk atas pembelaan Fathimah.
.
.
.
Mengagumkan!
.
.
.
Ali tidak tahu apakah rasa itu bisa disebut cinta. Apakah kekagumannya pada agama dan perjuangan si gadis merupakan perasaan asing yang kerap bertamu dalam jiwanya adalah cinta. Atau sekadar kagum dan hormat sebagai anak seorang Rasul Allah. Tetapi ia harus jujur bahawa jiwanya tersentak saat mendengar khabar bahawa Fathimah telah dilamar oleh seorang lelaki yang paling akrab dan paling dekat kedudukannya dengan Sang Nabi. Lelaki yang membela Islam dengan harta dan jiwa sejak awal lagi Rasulullah dipulaukan. Dan lelaki yang imannya tidak sebanding dengan dunia dan seisinya! Lelaki yang yang paling banyak mengislamkan mereka yang dijamin syurga!
Dialah Abu Bakr Asshidiq Radiyallahu ‘anhu.
.
.
.
.
Ali teruji. Dia bukanlah sesiapa berbanding Abu Bakr. Dakwahnya, infaqnya, tebusannya terhadap Bilal, Ibnu Mas’ud, Khabab bin ‘Arat dan keluarga Yasir cukup merenjatkan kesedarannya bahawa dia hanyalah anak-anak yang belum ada apa-apa untuk dibanggakan.
.
.
.
“ Inilah persaudaraan dan cinta.” gumam Ali
.
.
.
“Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagian Fathimah atas cintaku.” Ya, cinta tidak pernah meminta untuk menanti. Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan. Ia adalah keberanian atau pengorbanan. Namun, sesuatu yang mengejutkan apabila ia tidak perlu putus harap, bahkan dia makin bersedia menyiapkan semangatnya untuk terus maju dalam keinginannya untuk menikahi Fathimah. Kerana..Lamaran Abu Bakr ditolak Rasulullah.
.
.
.
Namun ujian itu belum berakhir. Allah masih mahu melihat kesungguhannya. Setelah Abu Bakr mundur, datanglah seorang yang bukan calang-calang melamar Fathimah. Lelaki yang terkenal dengan keberanian dan keperkasaannya. Seorang lelaki yang sejak masuk Islam membuat kaum muslimin berani mengangkat muka, seorang lelaki yang membuat syaithan takut dan musuh-musuh Allah bertekuk lutut. Dialah Umar ibn Al-Khattab. Al-Faruq datang melamar Fathimah. Lelaki yang sangat didoakan Rasulullah agar dimuliakan Islam dengannya. Dan sungguh, sejak pengislamannya Islam menjadi lebih mulia dengan pembelaannya. Selain itu, ‘Ali pernah mendengar sendiri Nabi sering berkata,
.
.
.
“ Aku datang bersama Abu Bakr dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan Umar.” Lihatlah betapa tinggi kedudkan Umar di sisi ayah Fathimah. Ali semakin rendah diri. Apatahlagi saat dia terbayangkan peristiwa hijrahnya Umar. Ali dengan sembunyi-sembunyi menyusul sang nabi berhijrah sedangkan Umar dengan gahnya mengumumkan penghijrahannya di hapadan para pemuka Quraisy dan mengugut dengan ugutan yang dahsyat sehingga tiada siapa yang berani menahannya. Ah, Ali menjadi semakin tunduk bagai semi padi. Dia pasrah. Mencintai tidak bereti seharusnya memiliki. Cinta adalah pengorbanan. Ya, pengorbanan akan sebuah rasa dan harapan.
.
.
.
Namun Ali menjadi semakin bingung apabila ia sekali lagi mendengar khabar yang tidak diduga. Sungguh menghairankan apabila lamaran Umar juga ditolak Sang Nabi. Dia termangu-mangu dalam buncah yang mengusutkan. Menantu seperti apakah yang Rasulullah mahukan. Seperti Utsman kah yang telah diambil Rasululllah sebayak dua kali menjadi menantunya. Ah, jika itu yang Rasulullah nantikan, pastilah dia merasakan sangat jauh sekali dengan peribadinya Utsman. Jika yang setara dengan Utsman, mungkin sekali Abdurahman Bin Auf yang infaqnya tidak bisa diragui lagi sehingga menggegar bumi Yatsrib. Atau mungkin Rasulullah mahu mengambil menantu dari kalangan Anshar untuk mempererat persaudaraan dengan mereka? Sa’ad bin Muaz kah, sang pemimpin Aus yang tampan dan elegan itu? Atau Saad bin Ubadah, pemimpin Khazraj yang lincah penuh semangat itu?
.
.
.
Ali berandai-andai. Membanding-banding dengan dirinya yang begitu rendah. Dia beristighfar, tidak sepatutnya dia mengalamun sampai mengganggu hatinya.
“ Kenapa aku tidak mencuba dahulu? Aku inginkan agamanya bukan dirinya. Apa yang perlu aku malu sedangkan aku perlu merasa ‘izzah kerana aku memilih sesuai syariat. Aku harus bertanggungjawab atas masa depan dan harapanku selagi mana tiada kemaksiatan.” Monolog Ali pembakar semangatnya.
.
.
.
Ali pun menghadap Sang Nabi. Dengan penuh keluh kesah yang menggetarkan dia menyampaikan hasrat hati untuk menikahi Fathimah. Dalam gambaran fikirannya, apakah dia senasib Abu Bakr dan Umar. Secara ekonomi dia tidak menjanjikan apa-apa pada Fathimah melainkan satu baju besinya. Tetapi untuk meminta Fathimah menunggu satu,dua ,tiga tahun lagi itu untuk dia siapkan diri, itu sangat keanak-anakan. Dia adalah lelaki sejati yang akan bertanggungjawab atas amanah yang ditanggungnya. Dia alah lelaki sejati yang akan bertanggungjawab atas cintanya, pemuda yang siap memikul risiko ke atas pilihan-pilihannya.
.
.
.
“Ahlan Wasahlan!” Kata itu meluncur laju dari bibir Rasulullah. Nabi tersenyum tenang melihat wajah Ali. Dan ia pun bingung dengan jawapan itu. Apakah ditolak atau diterima? Dia tidak mahu meletak harapan. Mungkin Rasulullah juga bingung untuk menjawab secara jelas. Dia siap ditolak. Biarlah dia tahu jawapannya seawalnya daripada menanggung beban tanda tanya ibarat bahtera tanpa pelabuhan. Dia kembali ke taman-teman Anshar dan bertanyakan pendapat mereka tentang jawapan Sang Nabi.
.
.
.
“ Kawan, kau bukan sahaja mendapat satu, tapi dua sekali, ahlan  dan wasahlan! Yang kedua-duanya bererti ya!”
Ali bersujud syukur..Dia telah bertanggungjawab atas pilihannya.
.
.
.
DI JALAN CIN TA PARA PEJUANG
.
.
.
….jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Jalan yang mengajarkan keberanian atas pilihan dan harapan kita. Ali mungkin merasa tidak layak atas kehebatan pilihannya yang cukup tinggi, namun demi agamanya, dia harus memilih hal yang lebih menguntungkan akhiratnya. Di jalan cinta para pejuang, ia mengajar kejelasan misi dan visi untuk kita bertindak sesuai kehendak Allah. Tiada malu dalam memilih keimanan, tiada segan dalam kita memperjuangkan agama. Untuk lelaki yang mahu menjadi sejantan Ali, jelaslah dalam setiap matlamatmu, jika agama yang telah kau andalkan sebagai pilihanmu, majulah dengan penuh rasa tanggungjawab. Ingatlah, saat kau mentaati Allah jangan dirisaukan kemampuanmu, selebihnya adalah kerja Allah yang seiring kemahuan dan usaha kita.
La fataan illa ‘Aliyyan!

……………………………………………………………………..

Bagi pemuda-pemuda yang masih berfoya-foya, bacalah.Dan jadilah sehebat Ali.

Bagi pemudi-pemudi yang bermain api cinta nafsu, bacalah.. Dan jadilah sehebat Fathimah..

tambahan:

Sungguh hebat peribadi seorang Ali. Dia yakin sudah sedia. Dia seorang yang siap. Dia lah pemuda awal dalam saf perjuangan Rasul. Dialah salah satu watak penting ketika hijrah nya Rasul. Dialah pemuda yang menjadi bayangan setiap pemuda yang ada. Dialah yang menjadi tanda aras untuk setiap pemuda yang ada.

Dialah yang dicinta sang Rasul. Berada dalam perjuangan sang Rasul.

Dialah Ali..

Perjuangannya.

Kefahamannya

Keberaniannya

Keperibadiannya.

Santunnya

Romantisnya..

Dialah Ali…..

Dan kita lihat, dia dihadapkan dengan satu gelojak jiwa. Satu hasrat yang murni oleh seorang pemuda mulia. Tetapi barangkali keyakinannya digegar sebentar oleh datang nya 2 orang lelaki hebat yang pernah wujud dalam sejarah bumi.

Umar dan Abu Bakr.

Hendak dibanding diri nya, ah,barangkali rendah dia berasa. Tetapi itulah mulianya keperibadian Ali.Tidak merasa lebih diri nya berbanding yang lain. Tidak merasa besar dan hebat. Bahkan melihat kehebatan dan kebaktian sahabat nya yang dicinta. Dan jika kita lihat, itulah tarbiyyah yang telah membina sahabat-sahabat sang Rasul.

Kita lihat pada Umar, bukankah dia bertanya pada sahabat-sahabatnya ” Apa lagi yang kau lihat kurang pada aku” Dia mencari kurang nya dirinya kerna dia tidak merasa besar dan hebat pada dirinya sendiri.Dia sentiasa merasa ada kurang nya yang perlu diperbaiki.

Itulah tarbiyyah Rasul, membina manusia yang hebat , kukuh ,yakin dan kuat, tetapi tiada sombong dan angkuh.

Itulah manusia-manusia hebat.

Bahkan Ali, bukan merasa rendah itu membuatnya dia tidak yakin. Dia yakin. Dia siap. Maka dimulakan nya langkah bertanya. Dia yakin tetapi dia punya kerendahan hati.Mengutamakan kehebatan saudaranya. Maka di lakukannya selayak seorang Muslim. Menunggu jawaban Rasul kepada pinangan 2 sahabat nya yang dimuliakan.

Maka baru dia melangkah.

Bukan satu langkah yang mudah. Barangkali malah lebih sukar dari melangkah ke medan perang. Hati pemuda mana yang tidak akan bergegar. Jika permohonannya ditolak. Tetapi Ali itu yakin.

Dan dia diterima sang Rasul.

Maka pemuda-pemuda.

Mari kita lihat diri kita.

Dulu suatu ketika dan suatu masa, ini adalah kalimah yang saya biasa dengar :

” Jangan harapkan wanita semulia Fatimah jika diri mu tak sehebat Ali ”

Barangkali ada benar kata-kata itu. Berapa ramai diri kita yang berada dalam misi Ali mencari redha Tuhan.membawakan rahmat yang disampaikan sang Rasul kepada seluruh alam? dan berapa ramai dari situ pula yang berangan-angan untuk menyunting Fatimah?  Bayangkan kenapa sang Rasul memilih Ali?

Dalam Islam, sudah digariskan ciri-ciri pada sebuah ikatan yang suci. Cantiknya dia, Berhartanya dia, Keturunannya [dan juga bermaksud sekufu] dan juga agamanya. Ali memilih agama yang ada pada Fatimah. Dan itulah yang perlu kita pilih. Tetapi bukankah Fatimah itu punya hak yang sama.

Jika didatangkan kepada anda wahai adik ku yang wanita, seorang lelaki yang kau benar-benar kenali dia seorang pemuda yang senang-lenang,yang mudah menangis saat dijemput ujian, adakah kau ingin kan lelaki itu?

Sekurang-kurang nya kau mahukan lelaki yang sama seperti kamu.

Jika didatangkan kepada mu wahai adik ku yang pemuda, seorang wanita yang kau tahu dia tidak tahu menjaga dirinya dan batas pergaulannya, adakah kau ingin wanita itu?

Sekurang nya kau mahu wanita yang sama seperti kamu.

Itu baru sahaja manhaj Islam dalam soal memilih. Bahkan jika kita lebih merujuk kepada soal kepentingan nya kepada hal-hal perjuangan, maka itu menjadi sesuatu pemilihan yang lebih berstrategi.. Bukan cuma soal hati. Tetapi ia nya sudah menjadi soal perjuangan. Dan bukankah itu yang lebih utama.

Dan bahkan barangkali ada sebab kenapa sang Rasul memilih Ali daripada Umar dan Abu Bakr.Jika anda seorang bapa, dan dihadapkan pada mu pilihan yang kamu yakini hebat, Abu Bakar dan Umar. 2 karib yang cinta nya Rasul kepada mereka. Adakah akan kau tolak?

Tapi kenapa Rasul memilih Ali. Pasti ada sebab yang tersimpan di dalam nya.

Kerana keputusan seorang Nabi dipandu Tuhan. Dan keputusan Nabi itu lah yang membentuk nya 2 pemuda ulung, Hassan dan Hussein. Bukankah itu manhaj Rasul dalam soal kekeluargaan yang terkait dengan sebuah perjuangan?

Dihadapkan pada mu pilihan yang kau yakini terbaik untuk mu, dan kau senang dengan nya. Tetapi barangkali Rasul tidak melihat begitu. Barangkali baginda melihat apa yang terbaik untuk ummat. Apa yang terbaik untuk rahmat seluruh alam. Kerna jika diberikan pada seorang lelaki biasa,pastinya dia lebih memilih Abu Bakr. Teman setia.

Atau seorang Umar, yang kualitinya sudah teruji. Yang dikatakan sendiri oleh sang Rasul, ” Jika ada nabi selepas aku, maka Umar lah orang nya.. ” Ya, ada yang lebih penting daripada rasa hati..

Tetapi, Ali lah yang dipilih Rasul.

Dialah pemuda yang menjadi harapan.Dialah pemuda yang menjadi ikutan.

Untuk Fathimah,

pemudi pejuang. pemudi yang menjadi sanjungan dan ikutan.Pemudi yang menimbulkan kekaguman.

Barangkali itulah ibrahnya, mungkin Rasul itu cuba menunjukkan kita sebuah erti perjuangan pada satu pasangan yang menunjukkan kehebatan mereka yang keduanya digelar anak muda.

Bahkan barangkali, itulah aturan Rasul untuk kita yang berada dalam jalan nya..

p/s: Saya suka keluarkan post-post berkaitan ini untuk cuba menghapuskan syirik cinta dari kalangan muda mudi seperti kita. Syirik cinta umur kita mungkin lebih kepada ini.Syirik cinta kepada mereka yang lebih tua dari kita mungkin pada pangkat, harta dan keluarga. Ya, itu semua boleh mensyirikkan Tuhan.. Maka berhati-hatilah menggunakan alat itu semua.

Allahu’lam

4 thoughts on “Mencinta Sejantan Ali-EDITED

  1. Assalamu’alaikum

    huraian yang mengesankan. dan itu yang saya jangkakan daripada pemikiran saudara. memang timbul persoalan mengapa Ali yang dipilih Rasulullah, dan saya sengaja menyimpan logika itu. Dan saya menemuinya dalam olahan saudara.

    Bahawa Rasulullah mungkin punya misi yang lebih penting. memodelkan pasangan Ali dan Fathimah pada pemuda kita sebagai qudwah untuk mereka dalam soal pernikahan dan perjuangan.Membuktikan bahawa baitul muslim yang berasaskan perjuangan pemuda mampu melakar sejarah peradaban Islam sehingga meninggalkan generasi pejuang terulung.

    Barangkali itulah sebabnya.

    Wallahu’alam.

    • wa’alikumsalam wbt.

      itu cuma pandangan. Dan terima kasih kerana atas komen saudari izzah di blog saudari yang memungkinkan saya untuk membuatkan pemikiran saya berkerja lebih dalam memikirkan dan mengambil ibrah atas tindakan Rasul SAW. Mungkin lebih banyak kita menilai terhadap apa yang ditunjukkan oleh Rasul, maka kita lebih memahami. Jika kita hari ini merasakan idealisme yang dibawa Dr Mahathir adalah 20 tahun ke depan, tetapi Muhammad Bin Abdullah itu membawa visi 100 bahkan 1000 tahun ke depan. Bukankah baginda itu pakar strategi terbaik?

      Mungkin tahun baru ini, boleh membawa kita menilai kembali terhadap perjuangan Rasul dan kita semua dapat menghijrahkan diri kita kepada idealisme baginda.
      Salam Maal Hijrah saya ucapkan.

      Wallahu’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s