Pemuda yang mana yang kau cari?

Subhanallah.Alhamdulillah.Allahuakbar.

Salam ukhwah.

Pemuda.Ya.Pemuda. Suatu perkataan yang membawa banyak bayangan dalam fikiran. Mungkin sebilangan bagi kita membayangkan ia nya adalah satu zaman di mana mereka yang digelar pemuda-pemuda ini punya kebebasan untuk melakukan sehabis hati nafsu mereka. Suatu waktu dalam hidup yang setiap salah dan silap itu digelar sebagai satu kemanisan zaman muda. Maka di situlah dimulakan pada idea mereka untuk menghalalkan setiap dosa yang bernafas dalam setiap langkah.

Tetapi itukah pemuda?

Barangkali itulah pemuda yang kita dibayangkan setiap hari. Di kaca TV. Di dalam kalangan kita. Ya, itu realiti. Ada pemuda berperangai beruk kononnya berada dalam perjuangan menegakkan bangsa. Ada pemuda yang lagi buruk perangai dari beruk, yang hidupnya diliputi dosa.

Kita jarang melihat orang-orang tua memberi impak sebegitu rupa kepada masyarakat?

Kenapa?

Kerana pada pemuda punya tenaga yang cukup hebat. Pernah Soekarno berkata, berikan aku 10 pemuda,akan aku gegarkan dunia. Dia tidak berkata berikan aku lelaki-leaki tua yang punya pengalaman yang sudah cukup banyak.Tetapi disuruhnya diberikan pada nya pemuda.

Keran jika pemuda itu, kita berikan dia pasir, dia akan jadikan nya gunung

Diberikan nya air, dijadikannya laut

Diberikannya kabus, dijadikannya awan.

Dicampak nya ke langit, dia cuba memanjat ke bintang

Dia lah pemuda yang mahu membuktikan dirinya. Mahu menzahirkan tenaganya dalam sebuah bukti nyata.

Maka tidak hairanlah pemuda sering dikait dengan satu impak dan amat sedih buat ketika ini kebanyakannya adalah impak negatif. Kerana pemuda itu menggandakan hasilnya berbanding yang lain.

Kerana sekarang, pemuda itu diberikan jahiliah. Maka dia menghasilkan kefasadan dan kemungkaran.

Tetapi saudara, bayangkan jika pemuda itu diberikan Quran dan sunnah. Ditunjukkan pada nya ajaln yang betul.Dipandu kan dia dengan kasih sayang dan rasa hormat. Ditunjuk ajar dengan hikmah, peribadi yang mulia dan rasaberdikari dan penuh harga diri.

Maka barangkali, dengan Quran itu dia akan membacakan ayat-ayat Allah ke seluruh bumi. Memberi faham lebih dari cuma tahu.

Dengan sunnah itu dia akan menunjukkan jalan kepada setiap konsep masalah yang tiba.

Dengan kasih sayang, dia menilai setiap baik dan buruk.

Dan dengan tunjuk ajar, dia menjadi seorang yang teguh berdiri.

Bukankah itu sebenarnya pemuda yang pernah terhasil dalam sejarah peradaban manusia?

Dialah Yusuf yang cintanya pada Tuhannya mengatasi kasih nya pada wanita.Itu erti kuat hatinya mengatasi nafsunya.

Dialah Ibrahim yang menentang syiriknya ummat nya walaupun dia berseorangan.Itu erti keteguhan mandiri bila dalam ujian menggunung.

Dialah Ismail yang kasihnya pada panduan bapa nya. Itu erti ketaatan dan kasih sayang.

Merekalah pemuda kahfi. Yang menyelamatkan iman mereka dan tapak dakwah mereka. Itu tanda pintar berstrategi.

Dialah Ghulam yang memilih antara 2.Antara Haq dan kebathilan. Itu erti keteguhan dalam prinsip.

Dialah Muhammad. Rasul terpuji. Pemuda yang menunjukkan pada kita segalanya.

Dialah Umar, Dialah Abu Bakar, Dialah Ali, Dialah Ibn Abbas

Dialah pemuda!!!

Dan bahkan pemuda yang terpuji sewajarnya punya kualiti itu. Dia bijak memilih antara kebaikan dan keburukan. Bahkan jika dihadapakan pada nya 2 kebaikan, maka dia tak ragu memilih pada kepentingan.

Jika diberikan pada nya gunung halangan, dia ratakan menjadi padang yang jauh mata memandang.

Jika diberikannya sungai lebarnya diisi dengan api hitam, dibinanya jambatan merentas.Dipadamnya api itu.

 

Ya, dia barangkali belum punya kematangan. Tetapi cukuplah baginya dia punya kefahaman. Kerana kematangan itu lahir dengan pengalaman. Dan dia sedang dibakar dan ditempa dengan pengalaman itu.

Dan barangkali , kelak hasilnya menjadi seorang lelaki waja!!

 

Maka anda wahai pemuda!!!

Jika andalah pemuda yang di kata bergelumang dari kefasadan, marilah keluar dari nya dan bersihkan diri mu.

Dan jadilah Umar ketika dia menginginkan sebuah revolusi diri.

Jika anda adalah pemuda yang tidak tahu arah tuju mu,maka marilah melangkah bersama ku..

Dan jadilah seperti Musa ketika diarahkan Tuhannya di Wadhi Thuwa yang suci ” Pergilah kamu kepada Firauan wahai Musa!!!” dan diajak Musa melalui kalam nya yang suci, ” Mahukah aku tunjukkan kamu jalan bertemu Tuhan mu?”

Maka pemuda.Marilah.Marilah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s