Inilah asas dan dasar kami…

Salam.

108. Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.”

 

 

164 لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ
164. Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

 

 

 

 

ok.ini jalan2 rasa nk bagi pelempang..tapi nasib baik ada sejuk sikit hati.

Salam ukhwah.

Dalam tempoh 2 hari ni,ada banyak juga perkara bermanfaat yang dapat dibuat dalam berada dalam perjalanan.

Hari ini jumpa dengan sahabat baik waktu dekat MRSM Jasin dulu. saya banyak kali plan nak jumpa dia tapi tiap kali tak pernah nak sempat.Jadi banyak lah dapat dibualkan.Orang kata reminiscence old memories laa..sambil update perkembangan baru masing-masing.Dia antara sahabat yang paling rapat lah dalam hidup saya.

 

Waktu berbual-bual, bukak cerita tentang keadaan Muslim khusus pada Muslim daie ni.Banyak la jugak kisah yang timbul.Topik lain selain cerita tentang hal Muslim ni ada jugak borak tapi tak lah penting nak kongsi dekat sini.

 

Kawan saya ni lah bagi satu nasihat. Iman ni macam duit lah.Kalau duit kita banyak,banyak benda kita boleh beli.Boleh beli kereta.Boleh melancong.Boleh beli barang mahal-mahal.

 

Sama juga macam iman.Kalau iman kita banyak, senang lah sebenarnya kita nak beli kekuatan untuk solat jemaah,qiyam,puasa dan lain-lain. Jadi masalah ummat sekarang yang teruk ni sebenarnya masalah iman.

 

Kami borak jugak pasal gerakan Islam.Tentang mereka yang berjuang di kampus nya di UTP.Saya pun ada la cerita sikit-sikit tentang program kami. Tapi senang nak kata, kadang-kadang,ada sebilangan mereka yang digelar daie ni yang menjadi ikon pada masyarakat ni, tak bersikap seperti sepatutnya orang Muslim.

Bukan lah maksud saya pada isu adab dan akhlak kebiasan ni.Tapi akhlak dalam berdakwah. Bila katalah student baru masuk,kita berebut lah nak buat pembentukan pada budak-budak freshies ni.Kadang-kadang sampai jadi gaduh.Walaupun tak lah sampai ambil parang  ke or sampai ikat kat tiang and cabut misai satu-satu ka.Tapi gaduhnya tu bila fikir balik tak relevan.Kenapa nak rebut kan orang yang sama.Punya la banyak jiwa-jiwa lain yang menanti untuk dibagi pencerahan.Kenapa tak pergi..Kenapa nak lah jugak orang yang sama.

 

Bukannya kita bersaing dengan dakyah Kristian ke apa. Saya di Miri, pernah sekali Allah takdirkan saya tertidur di surau terlajak dari naik bas untuk ke solat jumaat. Bangun-bangun je dengan bengang dengan diri sebab tak terbangun, tiba-tiba keluar je pintu surau ade brother from church duduk betul-betul dekat bangku depan surau and edarkan risalah Kristian.Tu betul kalau kita memang wajib untuk bersaing dengan sifat menentang.

Tapi kita ni dengan dakyah macam tu kita berlembut.Senyap.Tapi dengan orang lain yang jugak cuba nak bawakan Islam,kita cam bergaduh betul.Dia buat program umum hari Isnin pagi,jangan lah buat hari Isnin pagi jugak.Negotiate lah sama-sama walaupun pada sebahagian prinsip kita berbeza pendapat.mungkin dari segi manhaj nya dan lain-lain.

Tapi,kurang-kurang, be gentleman lah.Islam ajar kita jadi lelaki bermaruah ok. Jangan sibuk berdegang kata bawak Islam tapi sebenarnya kita ni orang yang jadi beban kepada tugas dakwah.

 

Ni bukan buat orang nak datang dekat kita.Lari lagi jauh ada lah kot.Sebab ni bukan soal perangai peribadi kita,tapi sebenarnya silap pada cara kita bertindak.

 

Kalau kita cuba buka hati kita dan boleh dinasihat.InsyaAllah ada jalan penyelesaian dia.

 

Selain jumpa kawan saya ni,saya jumpa beberapa yang lain juga.

Tapi nanti korang boring dengar yang tu.

Jadi saya nak ceritakan peristiwa dalam LRT.Yang buat saya nak bagi orang makan selipar. Cerita ni memang dah biasa kita tengok pun.

 

Tapi lagi baik kita bawak untuk kita ingat kan diri kita.

 

Dalam LRT ketika perjalanan pulang,masuklah dua pasangan kekasih.4 orang lah kire nye.Lelaki dengan perempuan.Kalau lelaki dengan lelaki saya tak bagi dia makan selipar.Saya tekan butang emergency,stop kan train tu.Bukak pintu dia and campak manusia luar tabii ni dekat rail sebelah.Tu exaggarate je.Cam nak gambarkan kebengangan lah.

Jadi dua pasangan ni,melayu Islam lah saya assume.Tak tau lah dia ni Jawa ke ,but dari perbualan memang Melayu Islam.Mula-mula tu nak lah andaikan dah bernikah.Nak bersangka baik. Tapi terdengar perbualan,maka andaian saya tu salah lah.

Maka berpeluk-peluklah mereka ni.Yang satu pasangan,yang lelaki nya memeluk lah pinggang perempuannya rapat-rapat.kira dada ke dada lah.Yang sorang lagi, perempuannya memeluk lelaki nya.siap cium lagi kat pipi. Yang panas tu dua-dua kira tertutup aurat walaupun tak lah sempurna sangat. Tambah lagi siap tanya sesama sendiri masjid dekat mana.

Saya ni pulak hati cepat panas.Alhamdulillah,apa yang diajarkan kepada saya menjelaskan juga lah sedikit sebanyak tentang hal-hal macam ni.Tegur direct akan malukan dia pulak.Bab sound direct saya memang agak mahir sikit. Jadi saya dengan hati panas, cuma memandang slack dengan tingkat pandangan slack peringkat ke 7. Saya memang mahir bab pandang-pandang slack ni.Tapi cuma digunakan pada waktu yang memerlukan.

Fiqh Da’wah ajarkan kita tentang dakwah dengan cara paling terbaik kita boleh buat.Saya selalu dipesan macam ni lah :

” Dia tak faham Islam.Dia belum faham lagi tentang syahadatain.Dia ni terbina lahir-lahir dari sistem yang bukan sistem Islam.Apa yang antum expect.Tak kan lah antum tegur sekali dia boleh terima.Silap-silap dia lari.”

 

Saya memang agak keras sikit tentang haq dan bathil ni.Tetapi cara saya pada awal dulu memang silap lah.Lama-lama bila dah diberi kan kefahaman maka nampak lah dengan jelas.

 

Jadi ,dengan memandang slack tu, yang sorang perempuan ni perasan lah.Dia tolak yang lelaki nya jauh sikit dari dia. Pelik lah si lelaki tu.

 

Bayangkanlah.kalau depan public buat macam tu, apa lagi kalau berdua-duaan. Tak payah le nak kata korang ngaji secara berjemaah waktu korang berdua-duaan.

 

 

Sebenarnya tujuan saya cerita hal ni ,supaya kita ada manfaat boleh ambil.Sama-sama kita doa,supaya apa yang saya tuliskan ,disertai keikhlasan dan kita kembalikan kepada Allah.

 

Keadaan macam tu biasa dah.Dekat kampus saya pun boleh tengok.Free show lah kata orang. So tu sebenarnya simptom-simptom masalah iman dalam masyarakat.Masalah iman  ni kita kena faham yang ia nya berkait dengan kefahaman. bukan setakat ilmu.Tapi kefahaman. Dalam Islam ni tak ada lah nak taklid-taklid.Especially isu akidah. Kita ni terbina dengan berpegang pada taklid.Kita tengok sekian ustaz ke,tok guru itu ke,buat itu dan ini,kita terus ambil kata tu satu benda dalam Islam.

Lagi lah nak ditambah drama dan movie melayu sekarang ni. Macam dalam cerita drama Ustaz Ashraff TV3. memang tak dapat lah nak diterima idea tentang ustaz yang ditonjolkan dalam cerita macam tu.

Dalam Islam,medan bina kefahaman tu luas.Allah suruh kita.Kalau Allah nak bagi kebaikan,maka dia akan bagi kefahaman tentang deen.Tu Rasullullah cakap tu. Sebab dengan bila kita faham apa kita buat,maka kita tahu kenapa kita buat sesuatu tu.

 

Kita tengok lah sekarang ni. Tanya kat orang yang ada.Kenapa kau Islam? Selalu dijawab,sebab mak ayah kita dulu Islam lah..aduhai…

 

Tu petunjuk tahap masyarakat sekarang ni lah.

 

Cuba lah kita faham tentang paling mudah ,bab syahadah lah.Yang bila kita kata kita bersyahadah ni, tak ada Tuhan lain yang boleh kita agungkan kecuali Allah.

Jadi nafsu kita pun tak boleh kita agungkan.Sebab Allah cakap dalam Quran tentang orang yang menjadikan nafsu mereka sebagai Tuhan mereka.Tak caya bukak Quran.Bacalah.Tak kan asyik nak bagi tahu surah mana ,ayat mana jugak kan.

 

Kalau lah kita faham betul-betul tentang ni, terfikir tak kita nak cium pipi boyfriend depan public pulak tu.  Yang lelaki nya peluk-peluk pulak.Tu yang jadi nya bila dia menyembah hawa nafsu dia.

Sebab tu Sayyid Qutb kata, kita kena jelaskan Islam tu balik kepada orang Islam hatta dia tunaikan solat,berzakat dan berpuasa.

 

Lagi satu dekat sini,kita boleh tengok, yang sebenarnya tanggungjawab Muslim kita besar.Banyak yang kita nak perlu ubah.Walaupun lah kita ni belum sempurna,banyak kurang,Allah tak letakkan pun syarat ,kurang-kurang kamu kena jadi macam malaikat untuk beri peringatan.Tak ada pun. Tapi dalam menegakkan haq , Allah dan rasul bagi panduan.dan kita juga dikurnia akal budi.Jadi dekat situ gunakanlah.

 

Dn dalam perjalanan yang sama,dengan sesak nya ummat manusia keluar.ada yang berjalan-jalan sebab cuti.Ada dalam perjalanan pulang ke kampung.ada ke thaipusam.jadi memang sesak lah.ramai juga orang tua.jadi nak jadi cerita, ternampak sekumpulan anak muda.berbaju sebuah persatuan dari sebuah universiti.duduk lah dalam koc tu.ada sorang mak cik ni.berdiri.tak ada seorang pun yang bangun untuk berikan peluang mak cik tu duduk. kamu tu dah la lelaki. kuat.sihat.muda lagi.Bayangkan mak cik tu mak kamu balik kerja penat-penat.tak terasa ke hati.

Jangan lah sebab kita dah masuk universiti.ada status lebih sikit dari masyarakat lain.terpelajar.kita hilang adab sopan kita.

Akhlak tu memang banyak dah hilang sebab lahir-lahir memang bukan dalam sistem yang meletakkan islam sebagai deen.

tapi kurang-kurang kita lahir sebagai orang melayu yang sangat beradab.

 

JANGAN SEBAB DAH TERPELAJAR KITA JADI KURANG AJAR.

 

Saya sendiri pernah berada dalam pengalaman jahiliah.Maka saya barangkali dapat menilai dan melihat dari apa yang ada depan mata. Saya tengok apa yang berlaku tu macam saya tengok diri saya beberapa tahun lepas. Kalaulah anda yang bergaduh,berebut mad’u yang sudah sedia hanif tu, siapa yang nak bina orang yang macam saya ni sedangkan saya pun patut tahu jugak.

Tak kan sebab anda tengok orang yang macam saya ni suatu waktu dulu, anda dah kata tak ada harapan. Kalau macam tu,tunggulah saya akan persoalkan anda dan cari anda di hadapan Allah nanti sebab anda tak tunaikan hak saya untuk diberikan peluang untuk dapat sedikit kefahaman Islam yang anda faham sekarang.

terus terang saya cakap.kalau bukan asbab nya seorang sahabat saya yang buka saya peluang dan kesabaran seorang lelaki yang saya sangat sanjung, tak mungkin saya mampu ada untuk beri pesan macam ni kepada yang lain. anda tak mahu ke jadi macam sahabat saya dan lelaki tu.

Bayangkan setiap amal kebaikan saya buat,anda juga dapat saham.

 

tapi alhamdulillah.dalam panas hati hari ini ada juga dapat pengajaran.waktu ke surau di klcc nak solat zuhur dengan kawan saya,saya masuk dalam ruang surau awal dulu.carik-carik lah ada tak orang dah mula berjermaah. Tak nampak ada.so,nak jadi cerita,tengah nak cari orang untuk solat sekali, terdengar lah satu suara dari depan. Mari ustaz,kita solat. Pastinya bukan dia panggil saya.Sebab saya rockers.dengan jacket jeans, t-shirt pelik n seluar jeans lusuh,tak ada langsung ciri tipikal lah kan. dia sebenarnya panggil seorang pak cik yang berkopiah yang mulanya nak solat dengan anak dia yang masih kecil.

 

Bukan ustaz tu yang saya nak cerita.Tapi orang yang panggil tu. Yang memanggil tu adalah sorang abang.umur dalam 4o an.rambut memang panjang.siap berikat lagi.dan agak tak terurus sikit rambutnya.pakai kemeja agak stylo dan jeans yang tak sesuai untuk tipikal orang berumur sebegitu.

Nampak tak.Ramai dekat situ yang berkopiah.Tak lah macam abang tu.Semua solat sendiri-sendiri.Tapi atas abang ni menjadi asbab lah, waktu tu lebih kurang 20 orang mungkin dapat 27 kali ganda pahala sebab solat jemaah. Tak perlu pun kita nak jadi semacam gaya lebai-lebai untuk bawakan kebaikan dan syiar Islam kan.Habis je solat terus abang tu blah dengan stylo nya.

 

kadang-kadang kita terlalu stereotype kan,cuma ustaz je berhak dan ada lesen untuk  berpesan-pesan dan menasihati.Takkanlah cuma nak cakap “jom solat sekali”,”jangan pegang2″ perlu jadi ustaz.Kalau macam tu Meor Shuhaimi dan Ana Raffali kena jadi al-ustaz Shuhaimi Meor dan ustazah Ana Rafali sebelum nak nyanyi lagu ini :

 

walaupun ada bait-bait yang saya tak setuju, atleast ada mesej baik dekat situ.

 

p.s: esok,jumaat pagi nak ke UIA.AIKOL.nak tanya tentang kursus undang2.dulu waktu lepas SPM patut masuk situ juga..sape2 ade pendapat tak tentang ambil undang2,especially civil law..dalam hati maybe nak ambil master or 2nd degree after grad dalam geology.tapi still masih dalam perancangan.sebab apa yang kita kehendaki ni pun, bahagian paling besar patut kita berikan adalah pada strategi kita nak bawakan Islam

jalan-jalan.

salam

berada di k.l sekarang.tinggal di rumah saudara tercinta.banyak yang kami bincangkan.semoga usaha yang dibawa dapat membentuk satu reformasi baru.

Tadi ke UM.dengan harapan nak bertanya kan tentang peluang sambung master. Perlukan honors untuk tu.Saya belajar tanpa honor year.Petronas tak masukkan dalam contract.cuma 3 tahun je belajar.untuk basic degree.kalau nak juga kena ada pengalaman kerja.

tak apa lah.mungkin kalau nk sambung master rezeki di UKM,USM or UMS. atau UTP [ni kena banyak duit]

 

tadi pun dapat jumpa ex-lecturer.sangat kelakar bila lecturer tanya pasal your love life. itu sangat creepy ok.

tadi juga sempat pusing2 sekitar UM.sebenarnya mak saya pernah menjadi mahasiswi di sana. jadi dia banyak memori di sana yang diceritakan.

 

Tak sempat ke UIA.insyaAllah jumaat pagi.office UIA buka kah hari tu? ke sambung cuti thaipusam.nak bertanya tentang law sambil berjumpa saudara-saudara tercinta.

Tapi apa pun,semua usaha ini adalah perancangan. Kerja cumalah alat sahaja.Jadi selepas grad,mahu atau tidak, ada tanggungjawab yang lagi besar yang telah diusahakan selama ini perlu diteruskan.Jadi kerja masa hadapan kenalah pandai-pandai sesuaikan. keinginan peribadi tak boleh mengatasi keinginan yang lebih besar.

apa pun,moga semua nya terbaik untuk Islam.

………………………………………………………………………..

 

bila pusing-pusing di IPTA , sebagai student IPTS ,tersedar banyak beza antara student IPTA dan IPTS. dari segi semangatnya.sikapnya.macam-macam lagi.

 

moga kebangkitan orang muda akan terus membara. Apa ertinya ke menara gading kalau cuma tahu membaca,menghafal dan jawab soalan exam sahaja tapi mata hati tak terbuka untuk menilai hidup dan membawa perubahan.

Apa guna habis duit pembayar cukai tanggung belajar kita kalau hasilnya kita cuma jadi tunggul.

 

Potensi yang ada.Pendam.Lama-lama hilang.Layu.

 

Sama-sama lah kita fikirkan.

perancangan hidup.

Salam ukhwah.

Seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ini. Saya berkeinginan untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Tetapi banyak juga yang perlu di consider. Sebagai pelajar tajaan Petronas saya terikat dengan contract.

 

Sekiranya dilepaskan dari contract, keluarga saya menyarankan untuk cari kerja di company yang lain. Untuk itu, seboleh nya saya mahu mencari kerja di bumi Sarawak. Miri kalau boleh. Saya gembira di sana. Banyak yang boleh untuk terus diusahakan. Dan mungkin itu yang paling baik kerana usaha yang ditinggalkan tak kan lah mahu di biarkan begitu sahaja.

 

Untuk kerja, walaupun terlalu awal, resumee dan beberapa research terhadap company sudah dimulakan.Ada juga beberapa rancangan lain yang sudah mula dilakukan terhadap hal kerja ini. Tidak perlu kita ceritakan di sini . Mungkin kelihatan agak gelabah tetapi saya sangat suka merancang awal-awal. Saya bukan orang yang suka buat sesuatu perkara itu ad hoc dan tiada perancangan. Jadi biarlah terlalu awal pun. Yang penting sudah ada game plan untuk kita turuti.

 

 

Yang saya lebih berminat adalah untuk sambung belajar.Berada dalam kalangan Mahasiswa dan membina idealisme bersama-sama saudara-saudara tercinta.Itu impian saya.

 

Ada dua di dalam hati. Lanjutkan master dalam geology juga.Mungkin di Universiti Malaya , UMS, atau di UKM.  Untuk ke UTP juga mungkin boleh difikirkan.

 

Atau mungkin ingin ambil 2nd degree. Dalam bidang undang-undang. Satu bidang yang sangat saya minat. Dahulu ketika masih lagi sangat muda, punya idealisme berbeza, saya ingin menjadi peguam. Kerana ketika itu saya melihat banyak pemimpin yang tidak berbuat untuk rakyat dan ketika itu saya juga melihat ada orang yang menegakkan Islam tetapi dipaparkan sebagai seorang yang sangat jelik.

 

 

Dari pembacaan dangkal dan pengkajian terhadap seberapa buah buku ketika itu dan juga sangat berfikiran agak sekular, saya terfikir yang jika lah undang-undang sivil memberikan hukuman kepada setiap kesalahan dan hukuman itu seakan sama, maka apa perlu undang-undang Islam. Dan ketika itu juga terfikir yang jika ia nya sebagai satu pemerintahan maka ia nya akan membuang masa kerana banyak reformation kepada kerajaan yang ada sekarang untuk bertukar kepada kerajaan Islam dan itu tidak wajar. Jadi dengan pemikiran yang cetek ketika itu, saya berfikir lagi baik kita memperkasakan kerajaan yang ada dan menjalankannya dengan kejujuran.

 

Lalu dari situ wujudnya keghairahan untuk mendalami bidang guaman tetapi atas beberapa peristiwa yang berlaku, maka cita-cita itu ditinggalkan. Sedangkan ada beberapa tawaran yang baik untuk saya.

 

Impian itu tetap kekal tetapi dalam nuansa berbeza. Kini saya mahu membela apa yang pernah ada dalam hati saya untuk saya tumbangkan. Mahu membela Islam dalam menjadikannya sebagai satu kehidupan.Menjelaskannya dalam pelbagai aspek.Dan saya merasakan mendalami bidang undang-undang adalah satu pilihan yang baik.

 

Pilihan keempat selain dari Petronas, syarikat lain di Miri dan sambung belajar mungkin sekali adalah untuk cuba mencari kerja di luar Malaysia. Agak sukar.Bukan pilihan yang saya gemar.

 

Walaupun masih terlalu awal tetapi saya sudah berada di tahun akhir pembelajaran. Saya seorang yang suka dengan perancangan .Ada plan yang lebih awal dan selama ini ia nya berjalan dengan sangat baik untuk saya.

 

InsyaAllah 19 dan 20 Januari ini,saya akan ke UM dan UKM untuk cuba bertanya tentang Master dalam Geology dan syarat-syaratnya. Mahu berjumpa Dr Masatoshi juga.

 

19 Januari itu juga akan cuba untuk ke AIKOL di UIA ,berjumpa saudara-saudara tercinta dan bertanya untuk mengambil ijazah undang-undang di sana.[Waktu pejabat lah kot perlu hadir.Kalau tak, tiada orang untuk ditanya].

Kerana jika saya graduate nanti dalam Geology, boleh kah beberapa subject dalam subject itu saya gugurkan. Bahasa Inggeris misalnya. Saya juga pernah mengambil Legal Framework walaupun saya pelajar jurusan geology kerana minat mendalam dalam bidang undang-undang.

 

Tetapi apa pun yang ingin di lakukan ,perbincangan perlu diadakan kerana kita perlu ingat apa yang kita lakukan bukan untuk kita,tetapi untuk Ummat ini, untuk Deen ini ,untuk redha Tuhan.

 

Moga usaha dan perancangan ini Allah mudahkan. Mungkin apa yang diusahakan tak berjaya tetapi Allah barangkali sudah merancang yang lebih baik untuk saya.

 

Wallahua’lam.

 

 

pandangan dari pada seorang pembaca.

Salam.
berikutan entry sebelumnya, seorang sahabat telah mereply pada facebook saya dengan memberikan pandangan berikut. Jadi mari kita pertimbangkan. Saya sendiri punya pandangan tersendiri yang nanti akan kita kongsikan selepas anda membaca pandangan pembaca ini.
……………………………………………………………………………………………
Pada fahaman saya, konteks perjuangan PAS yang disebut dalam entri tersebut ialah dari segi pertandingan dalam pilihanraya semata.Di atas pentas politik, memang benar UMNO dan PAS adalah seteru. 

Namun, di sudut yang lain, UMNO ialah mad’u ke…pada PAS (yang berperanan sebagai sebuah gerakan Islam). Kebanyakan masa, PAS berda’wah kepada UMNO dalam parlimen.

*****

Tindakan nta mempersoalkan kewajaran atau keharusan di sisi syara’ tentang mengapa PAS memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR berbanding bersatu dengan UMNO (ni dalam kerangka politik sahaja ya); saya rasa harus dipuji kerana nta mampu menjadi kritikal dan tidak sewenang-wenangnya menyokong atau menolak tindakan tersebut.

Namun, perlu disedari, keputusan PAS untuk mengambil pendekatan itu bukanlah suatu keputusan yang dibuat dengan mudah seperti mana nak memutuskan sesuatu dalam mesyuarat persatuan-persatuan yang kita sertai di sekolah ataupun universiti.

Harus diingat, PAS ada Majlis Syura Ulama’ sebagai institusi tertinggi – segala keputusan yang dibuat oleh parti akan disyurakan oleh para ulama’. Segala dalil al-Quran dan hadith serta ijmak ulama’ dan qias menjadi sandaran dalam membuat keputusan.

Perlu juga diakui, bila disebut ulama’ di sini, ianya merujuk kepada orang-orang yang belajar tentang Islam secara mendalam, bukan sekadar baca buku atau pergi usrah/tamrin semata-mata.

Ada antara mereka mampu mentafsir al-Quran, layak berijtihad disebabkan tingginya taraf keilmuan mereka tentang ad-deen ini.

Mereka bukan ustaz-ustaz biasa seperti yang kita sering jumpa di sekolah ataupun dalam ceramah-ceramah di masjid.

Dalam keputusan untuk bertahaluf siyasi, yakinlah ianya dibuat setelah melalui syura yang panjang dan berdasarkan nas-nas syara’.

Salah satu dalil sunnah ialah peristiwa Hilf al-Fudl – kalau nta familiar dengan peristiwa ni, terbukti nta memang pernah mengkaji mengapa PAS berkeputusan untuk bertahaluf siyasi dan seharusnya memahami mengapa keputusan itu dibuat. (assuming nta pernah dengar tentang Hilf al-Fudl ini; adakah nta rasa masih rasa dalil ini tak kuat untuk dijadikan sandaran?)

Itu salah satu sahaja, ada banyak lagi dalil yang dijadikan sandaran pastinya. Dalam nak bertahlauf siyasi pun, ada syarat-syarat yang PAS gariskan – sekali lagi ia bukan dibuat secara sewenang-wenangnya.

Mungkin nta pernah jumpa kertas kerja ni – [http://pusattarbiyah.blogspot.com/2010/10/kertas-kerja-tarbiyah-3-majlis-nuqaba.html]

*****

Berkenaan Islam sebagai titik temu; yang nta katakan TIADA dalam kerjasama PAS-DAP/PKR, saya tidak bersetuju di situ.

Kalau PAS sebagai sebuah gerakan Islam tidak menjadikan Islam sebagai titik temu; mana mungkin PAS mengambil pendekatan untuk bertahaluf siyasi (sila rujuk syarat-syarat tahaluf).

Antara prinsip Islam yang menjadi titik temu antara PAS-DAP/PKR ialah untuk menentang kezaliman, penyelewengan, dan keruntuhan moral.

Setuju bukan bahawa menentang kezaliman, penyelewengan, dan keruntuhan moral itu ialah prinsip Islam?

Dalam hal bekerjasama dengan UMNO pula, perlu dilihat kepada sejarah semenjak sebelum merdeka lagi. Sejarah telah membuktikan para ulama’ sejak awal penubuhan UMNO pernah bersama-sama UMNO (dalam Bahagian Agama UMNO).

Tetapi disebabkan UMNO memang ‘tokleh gi’ dengan dasar Islam yang dibawa oleh ulama’, maka akhirnya para ulama’ ni berkeputusan untuk menubuhkan satu parti berasingan untuk menegakkan Islam pada tahun 1951.

Masa nak merdeka tu, UMNO TAK bercita-cita nak menegakkan pemerintahan berlandaskan Islam (walaupun semuanya Muslim belaka) jadi bagaimana mungkin para ulama’ yang diberi oleh Allah akan kefaqihan tentang ad-deen ini boleh bersetuju sahaja dengan hal itu?

Salah satu contoh lagi ialah apabila UMNO menjadikan hasil loteri sebagai sumber pendapatan parti. Masa tu ulama’ yang ada dalam UMNO pastilah tidak bersetuju dan menasihati UMNO agar meninggalkan perkara tersebut. Tentu nta boleh agak dah; UMNO tak peduli dengan nasihat tu.

Ni surat yang berkaitan: [http://visi-sufi.com/journal/wp-content/uploads/2010/04/judi_suratumno.jpg]

Jelas dari dahulu lagi PAS sahaja yang memperjuangkan aqidah Islam dan UMNO tidak; maka sekali lagi saya kurang bersetuju jika nta menyatakan PAS dan UMNO ada kesamaan dalam hal aqidah.

Salah satu lagi bukti UMNO tak seserius PAS dalam isu aqidah ialah isu Natrah (1950-an) yang dimurtadkan oleh mahkamah.

Secara ringkas, Natrah ialah seorang anak pasangan Belanda tetapi dibesarkan oleh orang Melayu dan membesar dengan didikan dan pegangan Islam. Ketika berusian 13 tahun, ibu bapa kandung Natrah nak menutut semula hak penjagaan ke atas Natrah. Perkara ini dibicarakan di mahkamah dan keputusannya Natrah telah dikembalikan kepada keluarganya di Belanda dan akhirnya menjadi Kristian.

Dalam isu ini, yang berjuang untuk mengekalkan aqidah Natrah ialah golongan ‘sayap kiri’ seperti API, PKMM, AWAS, dsb tetapi UMNO hanya membisu.

I rest my case.

******

Quoting: “Tetapi disitu DAP punya individu-individu yang berlapang dada untuk berkerjasama dengan Parti Islam yang terkenal ini.

Walaupun begitu harus kita sedar, walaupun sikap nya sebegitu dari luaran, Pas yang kebanyakannya ada pengalaman “tarbiah” patut faham bahawa dalam hal ini, syak wasangka patut ada.”

Bilamana PAS mengambil pendekatan tahaluf siyasi – perlu diingat ianya adalah satu perjanjian yang longgar. Bilamana PAS bekerjasama dengan DAP/PKR, bukan bermakna pimpinan PAS meyakini 100% tanpa keraguan terhadap DAP/PKR.

Cuba nta berbual mengenai hal ini dengan pimpinan atau ulama’ PAS; benarkah PAS tiada syak wasangka terhadap mereka?

Hatta dalam statement Karpal Singh* baru-baru ini mengenai ‘negara Islam’, walaupun pimpinan PAS gembira dengan perkembangan tersebut, namun mereka masih sedar yang mereka perlu berhati-hati. Please, do talk to a PAS leader or ulama’ and ask their opinion on this.

*[http://www.youtube.com/watch?v=GOBEfvMW34o&feature=player_embedded#!]

*******

Dalam perenggan yang lain, nta mempersoalkan pengaruh PAS dalam PR (part yang nta tulis tentang ‘duct-tape’ tu).

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, kerjasama PAS-DAP/PKR telah membuka lebih banyak ruang sebenarnya untuk non-muslim mengenali Islam.

Diskusi-diskusi tentang Islam banyak dibuat untuk memberi kefahaman kepada non-muslim tentang apa Islam sebenarnya; peluang ini datang sebagai satu ‘give and take’ antara PAS-DAP/PKR (maksudnya, bila PAS nak cerita tentang Islam, alhamdulillah, orang-orang DAP/PKR at least boleh duduk n dengar).

Amat berbeza dengan situasi sebelum ni; apa-apa tentang Islam yang dibawa oleh PAS pasti dicantas oleh DAP. Tapi kini, keterbukaan tu telah wujud.

Buktinya ialah penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang membolehkan orang non-muslim menyertai PAS (dalam perlembagaan PAS yang layak menjadi ahli ialah orang Islam).

Nak buat keputusan untuk membolehkan non-muslim masuk PAS pun ulama’ PAS bukan buat secara sewenang-wenangnya. PAS siap buat muzakarah (pertengahan 1990-an) lagi dengan gerakan Islam lain di seluruh dunia dan turut melibatkan ulama’ besar seperti Syeikh Qardhawi*.

*saya pun baru dapat tau baru-baru ni melalui video ucapan TG Haji Abdul Hadi semasa beliau melancarkan PRC di Manchester. Saya ada tulis nota ringkas tentang apa yang dia kongsikan, tapi kalau tengok video boleh dapat lagi banyak input insyaAllah.

Nota berkenaan: [http://www.facebook.com/notes/syafiqah-sulaiman/mari-membersihkan-debu-di-atas-almari/487418048810?ref=notif&notif_t=note_comment]

Dari perspektif ini, PAS mampu memberi pengaruh kepada yang lain dalam kerjasama dengan golongan bukan Islam. Kalaupun belum sampai hingga mereka tertarik untuk masuk Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh MENERIMA dan TIDAK MENENTANG Islam.See More

Tentang komen nta, “..Semuanya pada parti yang kita sokong silihat sebagai maksum.”

Sekali lagi, tanyalah kepada penyokong PAS dan lebih elok kepada pimpinan PAS, apakah mereka melihat PAS sebagai maksum?

Sedangkan Ketua Pemuda PAS Malaysia pun menyatakan:“Terlebih dahulu saya akui bahawa PAS tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Namun kesilapan dan kelemahan itu tidaklah membawa PAS terbabas ke ‘gaung dalam’ yang membunuh aqidah dan mencederakan syakhsiyyah sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam… 

…Saya selalu menegaskan kepada umum , jika terdapat suatu yang dilakukan oleh PAS bercanggah dengan syariat dan sunnah , sila nyatakan ! Jika ianya berbentuk dakwaan , sila kemukan bukti ! Kita mencari kebenaran . Andai benar atau ada , PAS melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat , saya dan seluruh ahli PAS yang ikhlas terhadap perjuangan pasti akan menyanggahinya. Namun begitu , janganlah tuduhan melulu tanpa lampiran bukti , dakwaan palsu tanpa kepastian dalil dan emosi berprasangka tanpa berlaku adil.”

Sumber: [http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=179119952122266&id=110531025676502]

Tak dinafikan, mungkin ada ahli bawahan PAS yang ta’sub dengan PAS sehingga tak menerima bila orang mengata PAS dan selalu menyatakan PAS perfect dan tak ada kelemahan; namun ahli yang mengeluarkan kenyataan sebegini mungkin menyokong PAS lebih kepada atas dasar ‘semangat’ dan bukannya atas dasar kefahaman yang sebenar.

*******

Sebagai respon kepada komen akhir sekali nta; percayalah, PAS dari dahulu lagi perjuangannya adalah untuk menentang taghut (kalau nta pernah dengar ceramah-ceramah daripada pimpinan atau ulama’ PAS).

Namun, kalau ada antara ‘muslim’ (pada nama dan IC) yang bersekongkol dan menerima taghut; mahu atau tidak, PAS perlu menentangnya dan tidak boleh membiarkannya begitu sahaja – walaupun mereka sama-sama ‘muslim’.

Sudah tentu PAS inginkan agar umat Islam bersatu tetapi yang haq tetap haq yang perlu diperjuangkan manakala yang batil tetap batil yang perlu ditentang.

******

Konklusi:

1. Nta seperti ada persoalan/unresolved issues terhadap PAS, maka yang terbaik adalah untuk nta bertanya terus segala kemusykilan nta kepada pimpinan atau ulama’ PAS dengan segera.

Kata-kata ahli bawahan/penyokong PAS tidak wajar dijadikan sandaran kuat (sebab mungkin mereka sendiri pun tidak jelas/kurang faham tentang PAS) sebab tulah lebih molek untuk mendapatkan jawapan terus daripada pimpinan/ulama’ PAS.

InsyaAllah, para pimpinan dan ulama’ ni accessible sahaja – kita boleh berhubung dengan mereka melalui Facebook, email, ataupun blog-blog mereka. (persoalannya, adakah kita pernah memberi ruang kepada diri untuk berbuat sedemikian?)

2. Pastikan pengetahuan/pemahaman kita tentang PAS datang daripada penjelasan/perbincangan dengan pimpinan atau ulama’ PAS dan bukan semata-mata interpretasi kita apabila melihat sikap ahli PAS secara luaran.

Kadang-kadang persepsi kita ter-biased disebabkan pengaruh media yang selalu mem-potray ulama’ dan pimpinan PAS mahupun PAS sendiri sebagai tidak islamik, tidak mementingkan da’wah dan tarbiyah, terlalu politik, dsb.

3. Ulama’ tu pewaris nabi. Maka, dalam nak mempersoalkan (dalam hal ni, mempersoalkan PAS), perlu juga berhati-hati kerana persoalan kita itu secara tak langsung menjadikan kita mempersoalkan kewibawaan para ulama’ kerana PAS dipimpin oleh ulama’.

Siapa kita untuk mempersoalkan ulama’? Jangan kerana kita usrah 3-4 jam seminggu, baca buku tentang Islam 4-5 buah sebulan, pergi tamrin/daurah setiap bulan, terlibat dalam da’wah yang tak sampai pun satu dekad menjadikan kita lantang untuk mempertikaikan para ulama’.

Ulama’ yang memang belajar tentang Islam dari sumber asal sejak bertahun-tahun hingga menjadikan mereka mampu menghurai ayat al-Quran dan hadith atas keilmuan mereka. Mereka juga dah berpuluh-puluh tahun menginfakkan diri mereka di jalan da’wah dan tarbiyah; yang lebih banyak tercedera, jatuh, dan bangkit dalam jalan perjuangan ini.

Having said that, tidak bermakna ulama’ tu maksum dan semua kata-kata mereka benar belaka. Jika benar ada ruang yang boleh kita perbetulkan dan tegur, maka kita boleh dan dibenarkan untuk berbuat sedemikian secara berhikmah.

******

Perlu untuk dijelaskan, saya menulis bukan atas kapasiti sebagai ahli PAS (saya tak pernah berdaftar menjadi ahli PAS) cuma saya rasa perlu untuk dikongsikan apa yang saya tahu (melalui input dari sumber pertama – tulisan, ucapan, ceramah, kertas kerja, dll oleh pimpinan atau ulama’ PAS).

Kebanyakan orang yang melihat PAS dengan persepsi negatif biasanya datang daripada hasil ‘dengar-dengar’ dan saya yakin tidak pernah mendengar secara terus dari mulut pimpinan PAS sendiri. Semuanya ‘assumption’ belaka.

Saya juga mengakui PAS ada sisi-sisi lemahnya tetapi untuk menafikan perjuangan PAS sebagai perjuangan aqidah Islamiyyah adalah tidak adil tanpa pernah mengenali dan memahami PAS itu sendiri.

Terima kasih kerana mengutarakan isu ini. MasyaAllah, nta sememangnya tergolong dalam kalangan pemuda harapan ummah atas concern nta yang begitu tinggi tentang jatuh bangun ad-deen yang kita yakini ini!

Jazakallahu khair kerana membaca dengan penuh teliti dan penghayatan. Maaf atas tulisan yang super-duper panjang dalam ruangan komen ini. Diharap dapat diluangkan sedikit masa untuk mencerna input yang dikongsikan agar tidak berlaku silap faham dalam mentafsirkan apa yang cuba disampaikan.

Moga Allah ampunkan diri ini andai ada kesilapan dalam penulisan ini.

Allahu’alam.

Salam ukhuwwah.

……………………………………………………

Alhamdulillah.ianya sebenarnya satu perbincangan dan input yang sangat menarik. Jadi kita mulakan,insyaAllah , tentang beberapa input.

Sebelum itu, perlu dijelaskan di sini, pembaca ini iaitu saudari Syafiqah Sulaiman merupakan seorang pelajar dan pernah berkerjasama di bawah naungan Yayasan Amal dan juga ILUVISLAM dalam beberapa program di Miri.

Sebelum memulakan , saya juga ingin menyatakan bahawa saya adalah penyokong mana-mana gerakan Islam yang mahu membawakan Islam.Sebagai pemerhati dan penyokong gerakan Islam.Bukan penyokong mana-mana parti.Ini akan dijelaskan nanti.

………………………………………………………………..

Pertama sekali, bila dinyatakan UMNO ialah mad’u kepada PAS, saya bersetuju dalam kapasiti tertentu sahaja. Jika UMNO adalah Mad’u kepada Pas, benarkah hubungan antara Da’i dan Mad’u itu berlaku?

Saya bukan merasakan itu adalah satu perkara yang jelas. Bahkan jika kita mahu mengikut apa yang Rasul lakukan dengan mereka yang Rasul ingin dakwahi, saya pasti tindakan nya tidak sama dengan apa yang Pas lakukan dengan UMNO. Adakah UMNO ini lebih dahsyat dari kafir Quraisy.

Dalam aspek yang berikutnya yang amat penting iaitu majlis syura Pas memang telah melakukan syura dengan betul teliti, saya menyokong hujah itu. Kita harus sedar yang pada prinsipnya Pas adalah satu Harakah Islamiah.Bukan cuma parti politik biasa. TG Hj Hadi merupakan antara pelopor tekenal yang dididik dengan tarbiyyah Ikhwan.

Dan ulama yang ada memang kita akui kehebatan mereka. Maka tidak salah juga rasa nya jika ulama’-ulama’ ini menilai kembali dan membanding harakah yang dibawa dengan harakah yang digerakkan Rasul.

Sekali lagi seperti entry lepas,kita tidak membincangkan individu, tetapi prinsip dasar nya.

Ya, dalil itu mengakui tentang keputusan mereka, tetapi perlu juga kita ingati adakah ia nya dibuat daripada cuma mengikut rentak politik UMNO sahaja?

Kita tidak akan mempersoalkan dalil syarie nya.Tetapi mari kita mempersoalkan tindakan manusiawinya. Kerana ada beza antara orang agama dan orang beragama.Ada beza orang tahu Islam dan orang faham Islam.

Tindakan pemimpin Pas kita akui insyaAllah dalam langkah syarie yang betul.

Sebelum itu, mari kita bersetuju dengan satu perkara. Arahan dalam satu harakah Islamiah termasuk dalam semua aspek. Dari hal yang kecil hinggalah hal yang besar. Ini juga termasuk media.

Jadi , rasa nya boleh kita bandingkan sumber media utama “parti” Islam di 3 buah negara,kerana kita yakini apa yang dikeluarkan dari lidah rasmi parti ini,perlu mengikut persetujuan yang diarahkan.

Jadi ini 3 parti tersebut.

Ikhwan Muslimin Mesir

http://ikhwanweb.com/index.php

Partai Keadilan Sejahtera

http://www.pk-sejahtera.org/

Harakah Daily

http://www.harakahdaily.net/v2/

Melalui situ sahaja kita barangkali boleh menilai. Ketiga-tiga parti adalah parti yang menegakkan harakah Islamiah.Tetapi apa beza lidah utama parti-parti tersebut?

Saya pasti anda semua jelas,dengan sekali lihat sahaja.

Sebagai penyokong gerakan Islam, kewujudan Pas memang amat di hargai.Usaha mereka dan niat mereka amat dikagumi. Bahkan sebagai penyokong gerakan Islam, apa yang dilakukan Pas sangat-sangat kita sokong.

Tetapi, disitu sebagaimana yang di keluarkan oleh saudari Syafiqah, yang Pas juga tak lari dari kesilapan.Tetapi perlu kita sedar, kesilapan yang lahir itu adalah kesilapan cuma teknikal , kecil atau ia nya adalah silap pada prinsip. Senang sekali kita rujuk kembali kepada media rasmi Pas. Adakah itu satu tindakan yang wajar?

Kita tidak lari daripada topik tentang ulama-ulama telah melakukan syura. Kita cuma mengambil contoh, jika syura lah menjadi panduan, jadi tindakan editor lidah rasmi parti ini juga adalah dengan arahan pemimpin Pas.Maka disitu ,adakah itu hasilnya daripada syura ulama?

Seterusnya,kita bawakan kepada aspek titik temu.  Ya , dasar mana-mana parti juga ingin kan perkara yang sama. Tak kan lah dasar UMNO dengan terus terang menyatakan kita mahu bermaksiat.MCA juga mahukan social justice.Bahkan ramai juga,malahan orang Melayu yang mengadu kepada biro aduan MCA sebagai tempat aduan mereka. Kita perlu sedar, manusiawinya, setiap insan ini mahukan social justice.Mahukan kebaikan.Jadi kita akan bincangkan tentang dasar. Bukan tentang individu.

Kerana , jika dipandang secara individu nya mereka yang menjalankan parti-parti ini, mereka kebanyakannya datang dari sistem yang sama. Jadi saya tidak nampak ke mana arah perbincangan ini akan pergi. Jika saya mahu bandingkan TG Hj Hadi Awang dengan Najib Tun Razak pastilah tidak adil.

Tetapi kalau kita bandingkan DSAI dengan Dato Najib, banyak sangatkah beza mereka.

Jadi kita bincangkan dengan dasar.
Dan bila dilihat kembali, kita akan persoalkan ,benarkah PKR dan DAP mahu menegakkan dasar mereka dengan tindakan yang dilakukan mereka sekarang? Dan benarkah tindakan itu juga dilakukan oleh UMNO,MIC dan MCA? Pas barangkali benar mahu melakukannya dengan hati yang benar ikhlas mendapat redha Tuhan.
Tetapi disitu, jika yang lain selain PAS adalah sama, titik temu antara Pas dan UMNO adalah tetap aqidah mereka.
Jika katalah menganggap UMNO itu munafiq, apakah mereka itu lebih dahsyat dari kekafiran yang memusuhi? Kita bukan membela kemunafiqan.Tetapi kita membincangkan tentang pilihan.
Benar, UMNO memilih untuk mengambil pilihan yang banyak kefasadannya. Tetapi perlu kita sedar mereka tetap orang Islam yang nuraninya masih lagi Muslim. Yang kalau bila Islam itu dicerca dan dihina, emosinya akan terganggu. Berbeza dengan orang kafir yang langsung tidak akan kisah jika Islam itu dipijak.
Cuba kita bayangkan disini.Jika seorang lelaki datang kepada YB Karpal Singh dan YAB Najib. Dan dibawanya Quran.Lalu dipijak nya dan diludahinya. Yang mana dari keduanya akan terganggu emosinya? Mungkinkah YB Karpal?
Dan katalah hal yang sama di bawa kepada DSAI dan juga Najib. Ya keduanya pasti akan marah. Tetapi marah nya DSAI akan menjadi marahnya sebagai seorang Muslim tetapi bukan marahnya sebagai satu parti yang ada dasar di dalam nya Islam kerana keahliannya bercampur. Tetapi lain pula UMNO. Jika itu berlaku tetap ada juga marahnya. Dan pasti nya semuanya akan marah walaupun marahnya tak sehebat kemarahan PAS.
Kita boleh merujuk kepada manhaj yang telah dipelusuri oleh ramai ulama berkaitan pemerintah yang fasad. Tetapi pastinya ulama yang kita hormati dan menjadi panduan kita sudah menilai itu semua.
Jadi seperti diatas, kita cuma membawakan hujah yang ringkas.
Kerana itu, ketika berlakunya perang , ada pejuang dalam “tarbiyyah” ketika ditangkap memilih untuk ditangkap dan dipenjara oleh tentera Iraq yang terkenal zalim nya berbanding ditangkap tentera kafir Amerika. Kerana , walaupun kejahatan dan kezaliman mereka memang dahsyat, mereka tetaplah orang Islam yang pasti ada dalam hati nurani mereka nilai keIslaman mereka.
Beikutnya, tentang isu syak wasangka,kita tidak menolak wujudnya syak wasangka tetapi persoalan itu wujud, sejauh mana kah syak wasangka itu berkesan. Kita ambil contoh, kalau lah kita syak seseorang itu jahat. Dia cuma si syak sebagai jahat. Tetapi kalau dia di syak sebagai penjahat pencuri penyamun.Maka syak wasangka itu lagi hebat.Sebab sudah ada bukti. Dan kalaulah ada bukti di depan mata pun, ketegasan itu tidak ada untuk menentang kefasadan yang ada dalam satu pakatan dan cuma sekadar cukup dengan syak wasangka,adakah itu memadai?
Secara prinsipnya, saya menyokong perjuangan gerakan Islam. Tetapi disitu kita perlu sedar, menyokong bukan bermakna mendokong dan jika tidak mendokong tidak bermakna lari daripada jemaah. Kerana sebagaimana yang digariskan oleh Imam Hassan Al Banna,  yang ada sekarang adalah Jamiatul Minal Muslimin. Jamaah dari kaum muslimin.Bukan jamaah muslimeen.
Walaupun begitu,  perjuangan Pas,sebagai sebuah gerakan Islam secara prinsipnya saya sokong.
Untuk menilai kembali konklusi saudari syafiqah, terdapat perkara yang saya setuju dan ada yang tidak.
Unresolve issue bermakna ada yang tidak selesai lagi pada pegangan kita.Jika ini bermaksud , kalau sudah resolve  maka perlukah saya mendokong Pas? Option bukan cuma UMNO,Pas ,KeAdilan MCA dan lain-lain. Jika saya punya unresolve issue adakah saya akhir keputusannya menyokong UMNO? Itu bukan premisnya.
Dan jika saya cuma bertanya sahaja kepada TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi maka saya juga perlu bertanya kepada DS1M Najib dan TPM Muhyidin Yassin.
Kerana itu saya katakan, perbincangan ini kita mulakan dengan dasar yang dipilih. Bukan view seseorang individu.
View yang saya ambil bukanlah tohmahan kotor utusan, TV3  dan lain-lain ke atas Pas tetapi adalah hasil tulisan dari media Pas sendiri sebagai lidah rasmi dan mengunjungi kempen-kempen pemimpin-pemimpin Pas yang terkenal di daerah saya dan juga luar daerah saya. Jika itu adalah metod kempen Pas, yang itu sekali lagi saya persoalkan dalam entry saya sebelum ini , berapa besar kah beza nya antara UMNO dan Pas?
Kemudiannya bila kita bincangkan tentang siapa kita untuk membicarakan tentang tindakan ulama’, ya saya setuju. Tetapi perlu juga kita sedar, ini bukanlah satu isu mempersoalkan dengan niat politiking tetapi mempersoalkan atas kapasiti untuk clarification.
Dan kerana itu jika kita lihat balik, atas alasan tidak bertanya kembali,tidak mencapai clarification, maka disitulah hadirnya satu penutupan hati sedangkan Islam mengajar kita sebaliknya.
Kisah Umar dengan rakyatnya  ketika beliau bertanya tentang jika beliau terpesong dari jalan Islam, adakah siapa yang mahu betulkan ?
Lalu bangkit seorang rakyat dan berkata , akan aku betulkan kau dengan pedang ini!! Ini kisah yang amat terkenal yang sebenarnya Allah hadirkan sebagai panduan.
Adakah Umar itu bukan ulama? Adakah pemimpin Pas melangkaui Umar sehingga tidak boleh dipersoalkan untuk mencapai kefahaman. Kita kena memahami, manhaj dakwah Rasul sebagaimana digariskan oleh ulama :
Qudwah sebelum dakwah
Keakraban sebelum pengajaran
Kenalkan Islam sebelum diberi tugas
Bertahap dalam membebankan tugas
Usul dahulu sebelum Furu’
Khabar gembira sebelum ancaman
Memahamkan,bukan mengarah
Mendidik bukan mengutuk
Murid seorang Imam.Bukan murid seorang guru.
Maka adakah aspek diatas, Pas sebagai harakatul Islamiah melakukannya?
Tujuan saya menulis ini bukan mengutuk atau mengaibkan Pas. Tidak. Ini cumalah perbincangan ilmiah yang berbincang bukan menyerang peribadi tetapi berbincang tentang dasar. Sebagai penyokong gerakan Islam, peribadinya saya gembira dengan perjuangan Pas dan akan terus membantu tetapi tetap dengan prinsip asas yang telah dibentuk kepada saya.
Persoalan yang hadir adalah atas isu dasar politik nya yang kita pandang dari kaca mata dakwah.
Jadi semoga bermanfaat.
Allahua’lam

Ketuanan Melayu atau Ketuanan Islam?

Salam ukhwah.

Apa yang dituliskan hari ini adalah lebih kepada perbincangan Politik. Kita barangkali sudah jelak dengan politik semasa tetapi mahu tidak mahu, politik juga adalah satu aspek di dalam Islam.

 

[Sebelum meneruskan pembacaan,saya tidak menilai mengikut individu-individu dan sikap mereka.Tetapi saya lihat pada dasar dan prinsip mereka.Kerana kalau dilihat pada individu dan sikap, semua yang ada dalam parti yang ada di Malaysia, semuanya sama.TAK ADA BEZA.]

 

Ketika ini, penduduk Malaysia beragama Islam majoritinya adalah berbangsa Melayu bahkan di Malaysia , Melayu dan Islam sudah sinonim.

 

Tetapi harus sedar,hakikatnya Melayu itu tidak semestinya Muslim dan Muslim itu tak semua nya Melayu.

 

Tetapi secara dasarnya, kalau kita bicarakan tentang Islam,kita tak akan lari dengan orang Melayu yang majoriti di Malaysia. Orang Melayu sejak menganut dan mengamalkan agama suci ini di dalam kehidupannya telah menjadi bangsa yang mempertahankan agama ini di Nusantara.

Bahkan banyak juga sejarah yang tidak diketengahkan dalam buku sejarah sekolah yang menunjukkan hubungan langsung antara kerajaan dan ummat Islam Tanah Melayu dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah suatu ketika dahulu ketika era penjajahan.

 

Melayulah suatu bangsa yang mempertahankan kekuatan Islam di nusantara sebagaimana bangsa arab mempertahankan Islam di tanah arab.

 

Tetapi kita juga harus sedar,mana yang lebih utama.

 

Jadi mari kita tetapkan dasar bahawa sesungguhnya di dalam Islam, Deen ini, Islam ini adalah lebih utama dari sesuatu bangsa.  Di dalam Al Quran sendiri pun, Allah tidak membezakan seorang arab dengan seorang  ‘ajm [bukan arab].

 

Bahkan sirah dan hadis menunjukkan Rasul tidak mengangkat seseorang mengikut bangsa nya tetapi agama nya.

Maka di situ kita boleh melihat sebenarnya Islam yang dibawakan oleh Rasulullah tidak membentuk sebuah sifat kesukuan, bukan juga membentuk negara bangsa[ berlainan suku tetapi menjadi sebangsa berdasarkan kerakyatan] tetapi sebenarnya apa yang dibentuk oleh Islam melalui pemerintahannya adalah sebuah negara utopia yang semua inginkan.

 

Sebuah negara akidah. Negara yang tidak berlaku zalim terhadap rakyat dan tidak memberikan kelebihan kepada sesuatu bangsa sahaja dan menzalimi bangsa yang lain. Bahkan rakyat yang tidak menganut Islam dibela dengan baik dan diberi hak yang adil.

 

Itu sebenarnya yang dibawakan di dalam Islam.

 

Tetapi di Malaysia, orang Melayu adalah bangsa utama menganut Islam.Tetapi dari situ berapa ramai pula yang menegakkan Islam secara syumul.Islam sebagai deen.

 

Disini secara politikal,kita boleh melihat ada dua parti kuat yang dominannya orang Islam.

Pas dan UMNO.

 

Secara luarannya, Pas adalah suatu Parti yang pada nama pun kita sudah tahu menegakkan Islam. Tetapi UMNO pula pada nama nya pula kita tahu adalah satu parti bangsa.

Tetapi sebelum kita lanjut ke perbincangan ini mari kita lihat perlembagaan parti masing-masing.

Saya ambil pada dasar perlembagaan parti mereka.

PAS

BAB YANG KETIGA: TUJUAN, USAHA, HUKUM DAN KEKUASAAN

Fasal 5. Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

 

Dan ini pula adalah perlembagaan UMNO

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1

Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2

Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3

Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4

Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5

Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6

Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera. 

 

Jadi secara sekilas pandang pun kita tahu yang kedua dua parti dalam perlembagaan masing-masing menegaskan mahu menegakkan Islam.

Beza nya PAS meletakkan Islam itu sebagai dasar utama tetapi UMNO meletakkan Melayu itu sebagai dasar utama.

 

Persamaan nya, kedua-dua parti kalau kita lihat pada dasar yang digubal dalam perlembagaan masing-masing mahukan Islam.

 

Itu adalah satu titik temu yang tidak dapat PAS jumpa dalam KeAdilan ataupun DAP.

Dan itu juga satu aspek yang tak akan UMNO jumpa dalam MCA ,MIC dan parti lain yang bersekutu dengan nya.

 

Bahkan bagi PAS, DAP adalah satu parti yang menolak Islam dengan jelas bilamana mereka tidak mahu hukum hudud dilaksanakan sedangkan itu adalah impian PAS.

Tetapi disitu DAP punya individu-individu yang berlapang dada untuk berkerjasama dengan Parti Islam yang terkenal ini.

Walaupun begitu harus kita sedar, walaupun sikap nya sebegitu dari luaran, Pas yang kebanyakannya ada pengalaman “tarbiah” patut faham bahawa dalam hal ini, syak wasangka patut ada.

UMNO bukanlah parti yang kita lihat punya misi semacam PAS .Tetapi PAS harus sedar mereka juga adalah Muslim.Dan kunci sebenar di sini adalah persamaan akidah. Bukan perbezaan pada parti.

 

Kalaulah,pada saudara pembaca, diberikan dua pilihan parti. Satu parti dinamakan Parti Kejayaan Islam [PKI] dan satu parti pula dinamakan Parti Sosialis Kebajikan [PSK]

Dua-dua parti adalah Muslim. PKI nama nya Islam tetapi apa yang dibuat tidak sepenuhnya Islam. Yang PSK pula namanya Sosialis, tetapi dasarnya,perananannya, tindakannya semua adalah Islam.Bahkan pengurusan dan pentadbirannya adalah secara harakah Islamiah. Malah sikap mereka juga wajar sebagai seorang Muslim.

 

Maka jika anda sebagai seorang pengundi mana anda akan undi?

 

Saya sendiri akan mendokong PSK itu.

 

Jadi disini, kita perlu lihat dengan lebih mendalam bahawa sesungguhnya kedua-dua parti memainkan peranan dalam menegakkan Islam. Cuma nya ada beza pada dasar setiap parti tetapi titik temunya tetap sama,iaitu Islam.

 

PAS bukan menentang satu bentuk kekafiran dan UMNO pula bukannya menentang satu lagi bentuk parti politik bangsa.

Kalau kita buang lah warna hijau dan “nama” Islam pada Pas dan kita buang kan warna merah serta “keMelayuan” UMNO, yang tinggal adalah saudara seIslam yang akan berpeluk dan menangis bersama-sama.

 

Jadi apa alasan PAS dan UMNO untuk seganding jalan.

 

KeAdilan partinya adalah parti campuran yang tidak langsung di dalam nya agenda menegakkan Islam.DAP tidak perlu kita tanya.

MCA dan MIC pula tak perlu juga kita tanya.Tetapi harus sedar MCA dan MIC sejak dari asal tubuhnya perikatan menghormati UMNO sebagai leader dalam kerjasama mereka dengan hak masing-masing di hormati.Tetapi kita juga perlu sedar yang MCA dan MIC juga kadang-kadang memainkan percaturan mereka.

 

Tetapi tidak selantang DAP.Kerana, adanya UMNO untuk menjadi benteng dan meletakkan “duct tape” di mulut mereka yang kadang-kadang kurang ajar.

Tetapi siapa yang akan meletakkan “duct tape” pada mulut mereka yang kurang ajar dalam pakatan yang disertai PAS?

Mampukah PAS buat begitu?

Atau kita harapkan pada saudara DSAI?

Atau juga kita harapkan pada DAP?

 

Maka ,kita ini sebagai Muslim [saya tidak kata kan sebagai Melayu] perlu sedar situasi yang ada dengan benar.

Ini bukan satu percaturan dalam perlawanan menentang kekafiran.Tetapi UMNO dan PAS sebenarnya menentang diri mereka sendiri sebagai Muslim.

 

Jadi jika anda adalah seorang penyokong parti PAS atau pun UMNO,  saya seru anda.Kita lapangkan dada kita.Bukakan hati kita.Lihat dengan benar. Dan kita menyokong dengan keimanan.Bukan kita menyokong dengan mata hati yang tertutup.Semuanya pada parti yang kita sokong silihat sebagai maksum.

 

Musuh kita yang sebenar adalah kezaliman dan kefasadan.Musuh kita yang sebenar adalah kekafiran yang memusuhi. Bukan saudara seIslam kita.

 

<!–[if !mso]> <! st1\:*{behavior:url(#ieooui) } –> UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.  

3.1

Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2

Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3

Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4

Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5

Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6

Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera. 

Pelampau

radikal

ekstrem

pelampau

serbanistas

penyibuk

 

tak kira lah apa yang dilemparkan kepada anda, sekiranya anda mengikut jejak Rasulullah dengan manhaj baginda yang benar, maka janganlah berganjak.

 

Tetapi ingat, manhaj yang benar, cara yang betul.

kerana dengan mengikut manhaj dakwah Rasul, tidak ada orang yang akan membenci kita kerana sikap kita,akhlak kita, diri kita,cuba mengikut jejak Muhammad SAW.

Yang akan membenci,jika ada, adalah mereka yang benar-benar berpegang pada kebathilan dan memahami kebathilan itu sendiri malah yakin untuk menyembahkan diri kepada kebathilan itu.

 

Jadi,selagi anda melangkah dalam jalan ini, teruskan!!!

 

kerana bukan janji manusia yang kita tagih.

Tapi janji Tuhan..

 

………………

mari perbaiki diri.jangan letih renovate diri.bayaran yang anda bayar sekarang akan ALLAH BAYAR NANTI DNGAN LEBIH BAIK DI SYURGA.