Buku berulat , ulat berbuku…

Bismillahirrahmanirrahim

Salam

Alhamudlillah,kalau diikut tahun masihi Allah masih memanjangkan usia kita untuk tetap bernafas dalam naungan Tauhid.Mari sama-sama kita ucap alhamdulillah.

 

Saya cuma nak ulas tentang beberapa buku saya baca.Tidak banyak yang dapat dihabiskan.

1.Melamar Bidadari Dengan Solat Malam

 

Ustaz Amru Khalid memang menawan hati pembaca dengan tulisannya.

Dia memulakan dengan prinsip solat itu sendiri.

Tidakkah kita lihat, sebenarnya hidup seorang Muslim ini sentiasa dalam solat.5 kali sehari kita diwajibkan solat.Ketika kita berhajatkan sesuatu kita diarahkan solat hajat.Ketika kemarau kita dianjurkan solat untuk memohon hujan.Kita dianjurkan bangun sepertiga malam.Dirikan solat tahajjud.Ketika kita merasa susah hati dengan dosa,maka solat taubat.Ketika dihimpit sukarnya rezeki,dianjurkan solat dhuha.Malah ketika dalam keadaan tiada kepastian,disuruh kita solat istikharah.

Lihat,seorang anak baru lahir,disuruh kepada bapanya azan unutk anak lelakinya atau iqamah unutk anak puterinya. Itu adalah panggilan untuk kerjakan solat.

 

Bila matinya seorang insan juga dia diakhiri dengan solat jenazah bagi mengiringinya ke kubur. Maka dalam sisi mana hidup kita,manusia ini tiada solat?

Jika kita dapat lihat kaitan solat dalam hidup kita,dalam setiap langkah kita,tidakkah kita nampak itu sebenarnya langkah kejayaan.

Ianya adalah satu usaha,satu pertanggungan harap kepada Maha Kuasa.

Itulah kuasa solat.Solat sahaja mampu bina kekuatan individu kita. Lihat ketika Salahuddin Al Ayubi memilih tenteranya,dia lihat pada yang solat.

Pada yang solat.Bukan pada kuatnya tubuh badan.Kerana orang yang benar-benar solat, dia menjaga disiplin diri nya,jaga masa nya,jaga kekuatan tubuhnya,jaga segalanya pada dirinya.Dia orang yang bersiap sedia setiap masa.

Maka jangan kita abaikan kekuatan solat dalam hidup kita.

Selebihnya buku ini, Ustaz Amru Khalid menerangkan tentang khasiat-khasiat solat dan kaedah-kaedah solat malam yang sepatutnya kita buat.

Barangkali akan lahir semula generasi “Singa di siang hari,Rahib di malam hari”

Semoga saya dan anda di dalam generasi itu.

 

2.Perjuangan Wanita Ikhwanul Muslimin-Zainab Al Ghazali

 

Ini sebuah kisah  menakjubkan.Kisah tnetang sebuah perjuangan.Perjuangan menundukkan kezaliman dan taghut.Kisah tentang wanita bernama Zainab Al Ghazali. Beliau merupakan pimpinan sebuah pergerakan wanita Islam di Mesir ketika Ikhwan Muslimin sedang dilanda kezaliman pemerintah ketika itu.Zainab Al Ghazali berbaiah kepada pimpinan Ikhwan.

Cuma beberapa yang kita dapat belajar.Kita selalu bercakap tentang bai’ah.Tentang taat setia kepada jamaah. Tapi apa itu jamaah? Kita taksub dengan perkataan jamaah itu sehingga seakan-akan itu sahaja kebenaran mutlak.

Tetapi kita tidak sedar sebenarnya apa itu makna Jamaah? Jamaah itu bukan kesatuan.Bukan organisasi.Amal jamai itu bukan setakat cuma kerjasama.Bukan cuma parti.

Biarpun nama kita dimulakan dengan Jamaah itu dan ini, tetapi jika prinsip asas kepada jamaah itu tidak ada,itu bukan jamaah.Itu cumalah satu persatuan biasa yang tak ada beza nya dengan persatuan masak-memasak.

 

Nak lihat apa itu jamaah,lihatlah zaman Rasul. Kita bukan menjaring orang.Mengumpul-ngumpul dan tengok bilangan kita hadir perkumpulan atau mesyuarat agung sudah 3000 orang,kita kira itu Jamaah. Yakinkah kita kalau 3000 orang itu dihentam sebagaimana ikhwan Muslimin dihentam ,mereka dapat bertahan? Atau yakinkah kita, kemasukan terbuka tanpa pembentukan yang benar itu tiada anasir-anasir jahat yang cuba mengintip dan merosakkan dari dalam? Bukan nya itu tidak pernah berlaku dalam sejarah ikhwan.

 

Dalam buku ditulis Zainab Al Ghazali, dia menceritakan tentang isi baiah nya yang mengatakan bahawa gerakannya akan mentaati dan mempatuhi pimpinan dalam perkara yang menegakkan hukum Allah.

Lihat disitu.Tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah.

Dan saya amat kagum dengan perjuangan mereka. Khususnya wanita ini.Diancam bunuh,disiksa.Diancam rogol.Dipenjara dalam penjara air.Dalam usia sangat tua.

Dan yang lain dapat diambil adalah tentang haraki dalam keluarga. Benar, dalam baitul muslim harakiah ,ianya perlu diisi dengan kehendak haraki. Contohnya jika seorang wanita itu,seorang akhwat itu berkahwin tetapi suaminya tidak berada dalam gerakan ,tetapi dia akan dinaikkan dalam kedudukan lebih tinggi dalam gerakan,dia akan sepatutnya di letakkan dalam keadaan on hold. Begitu juga dengan seorang ikhwah.

 

Ada reason nya. Saya tak kahwin lagi.Ini sebenarnya apa yang diajarkan kepada saya.Maka ilmu yang boleh saya sampai,saya sampaikanlah..Tidaklah semua dapat kita kongsi.Sesuai dengan topik yang kita bincangkan sahaja.

 

Contoh, kalau lah suaminya pemimpin suatu gerakan.Logikal nya dia perlu balik lewat pagi bagi meneruskan perjuangannya.Jika isterinya tidak terlibat dalam harakah, pasti ada timbul cemburu.Tak pasal-pasal ada bantal dan tilam tersedia di pintu pagar. Begitu juga wanita.seorang akhwat.

 

Begitu juga keduanya terlibat dalam harakah tetapi berbeza.Maka barangkali ada pengarahan yang sepatutnya diarahkan kepada salah seorang mereka terpaksa di letakkan dalam on hold bagi menjaga “sirr” dan mungkin ada isu-isu prinsip lain yang mungkin bercanggah.

 

Tetapi dalam hal Zainab Al Ghazali,situasi beliau berbeza.Suaminya sangat menyokong perjuangannya.Tetapi ketika Zainab dipenjara dan dibebaskan sebentar, suaminya yang soleh memujuknya kerana takut akan keselamatan diri Zainab.

Maka apa jawab Zainab? Dia tanya kan balik kepada suaminya tentang hari akad nikah nya.Yang suaminya berjanji untuk membenarkan nya terlibat dalam perjuangannya.Maka suaminya tersedar dan tetap menyokong Zainab.

 

Lihat,itu lah sebuah perjuangan dalam keluarga. Bayangkan jika suaminya juga turut terlibat dalam perjuangan gerakan yang sama. Bukankah itu lebih membawa impak yang besar?

Kisah mereka ini adalah pengajaran yang besar terutama kepada kita semua yang berada dalam jalur dakwah dan tarbiah.

 

3. Pemuda yang Dirindukan Syurga

Ini juga satu buku yang sangat hebat.

Ya,Pemuda!!

Penulisnya menerangkan tentang generasi pemuda yang sepatutnya.

Saya sedih.Bila tengok TV,di tahun baru ada sahaja yang kena tangkap basah.Ada yang bergaduh.

Sedih.

Itukah sebenarnya pemuda yang syurga merinduinya. Penulis buku ini membahagikan pemuda-pemuda dalam aspek hadis, dakwah ,Quran,keluarga ,ilmu,jihad dan lain-lain.

Ya,tidak hairan.Itu pemuda zaman Rasul.

 

Kita lihat bagaimana seorang pemuda bernama Ibn Abbas menjadi rujukan sahabat-sahabat yang tua.Dia cuma seorang pemuda.

Muaz Bin Jabal, menjadi pemuda yang dohormati dan ketika sahabat yang lain berbincang ,kepada Muaz Bin Jabal mereka rujuk.

Mereka pemuda yang serba boleh.

Tapi di mana saya?

Di mana kita?

Sebagai pelajar,adakah kita cuma mampu dapat markah yang baik sahaja tetapi akhlak kita,sikap kita,hancur.

Atau kalau sikap kita baik,bagaimana pula dengan keluarga yang dekat dengan kita, kawan-kawan kita..adakah mereka mentaabudkan Allah atau kita cuma lihat mereka itu berada dalam suasana mensyirikkan Allah.

Kalau anda seorang yang benar-benar sayang keluarga anda,kawan anda,adakah anda kisah jika digelar radikal,teroris atau ekstrim hanya kerna tidak mahu mereka dijilat api neraka.

Ingat, Islam bukan hak eksklusif anda sahaja. Kita punya tanggungjawab!!

 

Ada 3 buah buku lagi.Saya sudah habis membaca hampir semua tetapi cuma sekadar membaca.Fiqh Sunnah jilid 7 rupanya adalah kita nikah.Saya main ambil sahaja dalam kotak buku mak saudara saya tanpa melihat dan mak saudara saya yang sarankan saya ambil buku Fiqh Sunnah itu. Ingatkan tentang topik lain.Jadi cuma membaca sahaja lah.Bukan sampai tahap memahami dengan benar.Yang lain adalah buku Pergolakan Perjuangan Islam oleh Fathi Yakan.dan yang seterusnya adalah Tarjamah Hadis Shahih Muslim.Yang ini saya akan cuba hafalkan dan fahamkan.Moga itu bermandaat untuk saya dan anda.

………………………………………………..

 

Tahun baru ini moga menjanjikan yang lebih baik.Saya akan tamat pengajian kalau tidak ada aral nya bulan 11 nanti.Sekejap saja lagi.Satu semester cuma 3 bulan.Maka kurang lebih 6 bulan, sahaja belajar saya akan graduate dan mula bergelar penganggur.😦

 

Seperti yang pernah nyatakan ,saya plan untuk sambung belajar.Ambil master dalam geology atau ambil degree lagi.Dalam bidang guaman.Saya pernah bercita-cita mahu jadi peguam.Waktu masih remaja dulu,mahu ubah negara.Mahu jadi peguam.Masuk politik.Ubah perlembagaan.

 

Tetapi saya ketika itu sekular juga.Saya mahu hapuskan undang-undang syariah kerana ketika itu saya yakini ia tak relevan.Dan saya merasakan sistem khilafah adalah mengarut. Tetapi kini,segalanya terbalik.

Bila diingat kembali,amat kelakar.

Jadi insyaAllah akan ke KL dalam pertengahan bulan ini.Ke UIA untuk bertanyakan maklumat tentang ijazah guaman di UIA. Mana tahu saya seorang geologist yang juga seorang peguam.Juga akan cuba ke UM untuk ke library nya mencari bahan untuk FYP .Menjadi group leader FYP sukar juga.Sebab banyak juga cabaran walaupun baru sahaja nak bermula.

Ke sana juga berjumpa bekas lecturer Dr Masatoshi lalu nak bertanya tentang further studies master di sana. Mana tahu dapat supervisor Dr Masa.Habislah saya.

Seperti biasa ada juga program.Tak perlu nak cerita lanjut.Pasti itu menarik.

 

Jika tak dapat further studies,saya mahu cuba mohon kerja di Miri.

Banyak yang perlu diteruskan di sana.

Moga nanti berjumpa lagi.

Doakan yang terbaik untuk saya.

4 thoughts on “Buku berulat , ulat berbuku…

  1. great…terining nak membaca sebanyak itu…huhuhu
    akhi, ana dah tuakr no phone
    019-3503730…panjang umur mrh rezeki insha’Allah jumpe lagi akhi..

  2. salam’alaik.

    jazkallah atas perkongsian.

    Sebelum2 ini saya dah tanya ke aikol gen office dan lecturer yang berkaitan. Boleh ambil degree law dari degree yang lain tetapi dengan menggunakan spm result. cuma, bagaimana prosedurnya itu berbeza kerana sdra sudah punya degree yang lain dan kelayakannya seperti mereka yang ambil degree dari diploma atau stpm. Bila ditanya aikol gen office, mreka tidak tahu spesifik requirment bagi mereka yang datang dari degree yang lain. maksudnya dari sudut transfer kredit dan sbgainya.

    Mungkin sdra dikira exempted English jika sdr dari degree yang lain krn di UIA english standard perlu lepas sebelum masuk fakulti.kredit itu yang saya kira boleh terus transfer. cuma,perlu ambil dari awal basic bahasa arab sekurang-kurangnya 2 level perlu lepas.

    Jadi, aikol officer cadangkan, sdra rujuk terus ke admission and record office untuk tahu lebih detail kerana mereka yang bertanggungjawab menilai sebarang permohonan ke UIA untuk mana-mana kuliyah sekalipun.

    saya doakan semuanya dimudahkan.

    Wasalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s