Pemimpin yang tak memimpin.Edisi Pilihanraya [jangan tangkap saya]

Salam ukhwah

 

Kita boleh menjangkakan pilihanraya akan berlangsung tak lama lagi. Dengan penyusunan jentera pilihanraya negeri, dan macam-macam kempen lagi,kita bakal menjangkakan pilihanraya akan berlaku tidak lama lagi.

Tidak kira dalam mana-mana parti, ramai anak muda makin muak dengan percaturan dan permainan politik yang makin memualkan. Masing-masing mahu menegakkan parti masing-masing biarpun mereka barangkali sedar ada sesetengah isu, mereka berada dalam pilihan yang salah.

 

Di Malaysia, kita berada dalam satu suasana politik yang agak kompleks. Kita seakan punya dua sahaja perlawanan.Antara Barisan Nasional atau Barisan Alternatif. Maing-masing punya visi tersendiri. Bahkan di dalam gabungan itu, parti masing-masing punya visi tersendiri.

UMNO ,MCA, MIC dan parti gabungan yang lain,punya matlamat mereka tersendiri.

Keadilan,PAS,DAP juga punya matlamat mereka tersendiri.

 

Mereka ini adalah manusia-manusia yang menamakan diri mereka pemimpin.Jika mereka mendapat kerusi , maka lagi tinggilah mereka merasakan darjat kepimpinan mereka.

 

Maka mari kita bawakan kepada satu kisah. Umar Al Khattab bertanya kepada sahabatnya :

” Adakah aku telah menunaikan amanah ku dengan baik kalau aku telah melantik pemimpin yang baik dari kalangan kamu “

Maka dijawab sahabat-sahabat Umar :¬† “Ya!”

 

Tetapi bukan itu bagi Umar. Umar menyatakan : “Belum.Selagi aku tidak memastikan mereka menjalankan tanggungjawab mereka”

 

Lihat, itu klasifikasi Umar tentang kepimpinan.

 

Kita punya ramai mereka yang bergelar pemimpin. Mereka ini pula kononnya bertindak untuk memenuhi hak rakyat.Untuk melakukan yang terbaik bagi rakyat.

 

Tetapi kalau kita fikirkan balik, siapakah itu pemimpin.Siapa pula rakyat?

 

Bila mana mereka menyatakan mereka pemimpin, seakan sudah ada jurang atau perbedaan yang besar membezakan antara dua kelompok. Seakan-akan ,ada perbezaan kuasa yang besar dalam satu status yang punya beza pada kedudukan.

Yang menunjukkan mereka yang digelar pemimpin ini status nya sangat tinggi sedangkan rakyat ini cuma menurut apa yang dicadangkan oleh kelompok pemimpin ini.

 

Maka di situ lah kita lihat keputusan-keputusan, dengan alasan untuk kebaikan rakyat dan kebaikan negara, dibuat dan dilaksanakan.

 

Tetapi bila dilihat semula, adakah keputusan itu benar-benar untuk kebaikan rakyat atau cuma untuk menggemukkan lagi perut golongan pemimpin ini dan untuk menyelamatkan punggung mereka agar tetap dapat duduk di kerusi mereka

 

Ini bukan kita tuju pada parti tertentu sahaja tetapi semua kerana walau apa pun mereka kata tentang dasar dan prinsip mereka, tidakkah kita mual kerana balik-balik, jenis manusia yang sama dan kejelikan dan keburukan yang sama juga berlaku.

 

Jika anda dilahirkan dan dibentuk dalam satu sistem jahiliah,sistem yang menidakkan Rabb dalam kehidupan, apa yang kita boleh jangkakan produk yang akan terhasil.

Biarlah anda di cop sebagai orang yang menegakkan keadilan,insan yang menegakkan Islam, memperjuangkan bangsa sekaligus agama, tetapi kita semua boleh melihat dengan tulus dan saksama.

Pada akhlak anda, sikap anda, kegiatan harian anda, kata-kata anda,cara berkempen anda..

 

Kita menghalalkan sikap menuduh dan memfitnah. Jika lawan kita memfitnah kita, mengeji kita dengan buruk,maka kita juga seakan menghalalkan tindakan yang sama dan membalas dengan cara yang sama.

 

Kita cuba mencari lebih kepada buruk nya orang lain daripada mencari baiknya kita.

 

Kita pandai cakap, kita perlukan tunjukkan yang baik pada Islam,supaya orang bukan Islam tertarik dengan Islam. Tetapi kita pula bersikap cari yang paling teruk dan buruk dalam lawan sesama Muslim kita ni supaya kita menang pilihanraya. Semua kita cuba bongkarkan dan aibkan malah kita tak malu fitnahkan.

 

Kalaulah, saya cat anda semua dengan warna yang sama pada parti anda. Dan kita cuba bezakan anda bukan dengan warna parti atau lambang dan simbolnya, saya yakin, kita akan mendapat produk produk manusia yang sama.

Manusia busuk yang dah rosak.

Yang cuma membezakan anda kononnya sekarang ini cumalah warna hijau,biru muda dan merah. Kalau itu semua menjadi satu warna,putih contohnya, dan anda bertanding melawan satu sama lain, anda semua tidak ada beza.Semuanya sama.

 

Dan rakyat yang anda katakan sebagai rakyat ini terpaksa memilih antara busuk yang mana dari anda yang masih belum pada tahap mereput yang sangat teruk.

 

Jadi, kalaulah di hadapan anda wahai pembaca, anda diminta memilih, mana yang anda akan pilih? Atau anda akan mengambil jalan tidak memilih. Atau anda bangkit dengan cara tersendiri dan membangunkan perjuangan anda sendiri?

Kepimpinan, harus kita sandarkan pada Islam.

 

Kita lihat bagaimana Islam meletakkan apa itu kepimpinan.

 

Pemimpin itu cuma lah wakil kepada rakyat dalam erti kata yang sebenar. Bukan hanya kata-kata kosong tak ada makna.

 

Menjadi wakil,bermaksud cuma lah wakil. Tak lebih dari itu. Dia menunaikan tanggungjawab bukan berlandaskan keinginan manusia tetapi keinginan Rabb. Dia berbuat sesuatu datang dari syura. Dari manusia-manusia terpercaya yang mahukan yang terbaik untuk Deen dan Ummat. Bukan untuk tekak dan pusat.

 

Dia tidak merasakan kedudukan nya sebagai satu hak milik tetapi adalah sebagai satu beban dan tanggungjawab. Dia merasakan itu sebagai tugas,bukan keinginan peribadi. Dia yakini itu adalah alat, bukan matlamat.

Dialah Khalid Al Walid yang disuruh Umar untuk turun sebagai panglima perang. Dialah Ali yang tidak lagi mengangkat pedang lagi bagi memerangi Muawiyyah. Dialah Umar Abd Aziz yang menjadi kurus dengan beban sebagai khalifah dan memakmurkan negara nya walaupun cuma 2 tahun pemerintahan.

Dialah Muhammad,yang menunjukkan kita, pemimpin itu boleh ditegur, di nasihat, tidak mengimpikan kedudukan raja, bahkan bila di tawar pada nya ,lantas dijawab : “Jikalau matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku untuk aku lupakan dakwah Islam ini,sekali-kali tidak akan aku lakukan!” Dan dialah juga Muhammad yang dihormati oleh sahabatnya sebagai akrab mereka dan juga sebagai pemimpin mereka.Sama menggali parit.Sama terluka berperang.Sama makan tamar.Sama meminum susu.Dan sama menjamah roti.

Sedangkan dia layak dihormati sebagai raja yang agung oleh lawan nya.

 

Bukankah itu cukup menjelaskan kita tentang apa itu pemimpin.

 

Maka jika yang membaca ini adalah anda wahai mereka yang menggelarkan diri mereka pemimpin, saya tanya anda dan cabar anda sebelum saya mengangkat anda sebagai pemimpin saya :

“LAKUKANLAH SEPERTI MEREKA!!!”

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s