Ketuanan Melayu atau Ketuanan Islam?

Salam ukhwah.

Apa yang dituliskan hari ini adalah lebih kepada perbincangan Politik. Kita barangkali sudah jelak dengan politik semasa tetapi mahu tidak mahu, politik juga adalah satu aspek di dalam Islam.

 

[Sebelum meneruskan pembacaan,saya tidak menilai mengikut individu-individu dan sikap mereka.Tetapi saya lihat pada dasar dan prinsip mereka.Kerana kalau dilihat pada individu dan sikap, semua yang ada dalam parti yang ada di Malaysia, semuanya sama.TAK ADA BEZA.]

 

Ketika ini, penduduk Malaysia beragama Islam majoritinya adalah berbangsa Melayu bahkan di Malaysia , Melayu dan Islam sudah sinonim.

 

Tetapi harus sedar,hakikatnya Melayu itu tidak semestinya Muslim dan Muslim itu tak semua nya Melayu.

 

Tetapi secara dasarnya, kalau kita bicarakan tentang Islam,kita tak akan lari dengan orang Melayu yang majoriti di Malaysia. Orang Melayu sejak menganut dan mengamalkan agama suci ini di dalam kehidupannya telah menjadi bangsa yang mempertahankan agama ini di Nusantara.

Bahkan banyak juga sejarah yang tidak diketengahkan dalam buku sejarah sekolah yang menunjukkan hubungan langsung antara kerajaan dan ummat Islam Tanah Melayu dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah suatu ketika dahulu ketika era penjajahan.

 

Melayulah suatu bangsa yang mempertahankan kekuatan Islam di nusantara sebagaimana bangsa arab mempertahankan Islam di tanah arab.

 

Tetapi kita juga harus sedar,mana yang lebih utama.

 

Jadi mari kita tetapkan dasar bahawa sesungguhnya di dalam Islam, Deen ini, Islam ini adalah lebih utama dari sesuatu bangsa.  Di dalam Al Quran sendiri pun, Allah tidak membezakan seorang arab dengan seorang  ‘ajm [bukan arab].

 

Bahkan sirah dan hadis menunjukkan Rasul tidak mengangkat seseorang mengikut bangsa nya tetapi agama nya.

Maka di situ kita boleh melihat sebenarnya Islam yang dibawakan oleh Rasulullah tidak membentuk sebuah sifat kesukuan, bukan juga membentuk negara bangsa[ berlainan suku tetapi menjadi sebangsa berdasarkan kerakyatan] tetapi sebenarnya apa yang dibentuk oleh Islam melalui pemerintahannya adalah sebuah negara utopia yang semua inginkan.

 

Sebuah negara akidah. Negara yang tidak berlaku zalim terhadap rakyat dan tidak memberikan kelebihan kepada sesuatu bangsa sahaja dan menzalimi bangsa yang lain. Bahkan rakyat yang tidak menganut Islam dibela dengan baik dan diberi hak yang adil.

 

Itu sebenarnya yang dibawakan di dalam Islam.

 

Tetapi di Malaysia, orang Melayu adalah bangsa utama menganut Islam.Tetapi dari situ berapa ramai pula yang menegakkan Islam secara syumul.Islam sebagai deen.

 

Disini secara politikal,kita boleh melihat ada dua parti kuat yang dominannya orang Islam.

Pas dan UMNO.

 

Secara luarannya, Pas adalah suatu Parti yang pada nama pun kita sudah tahu menegakkan Islam. Tetapi UMNO pula pada nama nya pula kita tahu adalah satu parti bangsa.

Tetapi sebelum kita lanjut ke perbincangan ini mari kita lihat perlembagaan parti masing-masing.

Saya ambil pada dasar perlembagaan parti mereka.

PAS

BAB YANG KETIGA: TUJUAN, USAHA, HUKUM DAN KEKUASAAN

Fasal 5. Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

 

Dan ini pula adalah perlembagaan UMNO

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1

Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2

Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3

Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4

Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5

Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6

Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera. 

 

Jadi secara sekilas pandang pun kita tahu yang kedua dua parti dalam perlembagaan masing-masing menegaskan mahu menegakkan Islam.

Beza nya PAS meletakkan Islam itu sebagai dasar utama tetapi UMNO meletakkan Melayu itu sebagai dasar utama.

 

Persamaan nya, kedua-dua parti kalau kita lihat pada dasar yang digubal dalam perlembagaan masing-masing mahukan Islam.

 

Itu adalah satu titik temu yang tidak dapat PAS jumpa dalam KeAdilan ataupun DAP.

Dan itu juga satu aspek yang tak akan UMNO jumpa dalam MCA ,MIC dan parti lain yang bersekutu dengan nya.

 

Bahkan bagi PAS, DAP adalah satu parti yang menolak Islam dengan jelas bilamana mereka tidak mahu hukum hudud dilaksanakan sedangkan itu adalah impian PAS.

Tetapi disitu DAP punya individu-individu yang berlapang dada untuk berkerjasama dengan Parti Islam yang terkenal ini.

Walaupun begitu harus kita sedar, walaupun sikap nya sebegitu dari luaran, Pas yang kebanyakannya ada pengalaman “tarbiah” patut faham bahawa dalam hal ini, syak wasangka patut ada.

UMNO bukanlah parti yang kita lihat punya misi semacam PAS .Tetapi PAS harus sedar mereka juga adalah Muslim.Dan kunci sebenar di sini adalah persamaan akidah. Bukan perbezaan pada parti.

 

Kalaulah,pada saudara pembaca, diberikan dua pilihan parti. Satu parti dinamakan Parti Kejayaan Islam [PKI] dan satu parti pula dinamakan Parti Sosialis Kebajikan [PSK]

Dua-dua parti adalah Muslim. PKI nama nya Islam tetapi apa yang dibuat tidak sepenuhnya Islam. Yang PSK pula namanya Sosialis, tetapi dasarnya,perananannya, tindakannya semua adalah Islam.Bahkan pengurusan dan pentadbirannya adalah secara harakah Islamiah. Malah sikap mereka juga wajar sebagai seorang Muslim.

 

Maka jika anda sebagai seorang pengundi mana anda akan undi?

 

Saya sendiri akan mendokong PSK itu.

 

Jadi disini, kita perlu lihat dengan lebih mendalam bahawa sesungguhnya kedua-dua parti memainkan peranan dalam menegakkan Islam. Cuma nya ada beza pada dasar setiap parti tetapi titik temunya tetap sama,iaitu Islam.

 

PAS bukan menentang satu bentuk kekafiran dan UMNO pula bukannya menentang satu lagi bentuk parti politik bangsa.

Kalau kita buang lah warna hijau dan “nama” Islam pada Pas dan kita buang kan warna merah serta “keMelayuan” UMNO, yang tinggal adalah saudara seIslam yang akan berpeluk dan menangis bersama-sama.

 

Jadi apa alasan PAS dan UMNO untuk seganding jalan.

 

KeAdilan partinya adalah parti campuran yang tidak langsung di dalam nya agenda menegakkan Islam.DAP tidak perlu kita tanya.

MCA dan MIC pula tak perlu juga kita tanya.Tetapi harus sedar MCA dan MIC sejak dari asal tubuhnya perikatan menghormati UMNO sebagai leader dalam kerjasama mereka dengan hak masing-masing di hormati.Tetapi kita juga perlu sedar yang MCA dan MIC juga kadang-kadang memainkan percaturan mereka.

 

Tetapi tidak selantang DAP.Kerana, adanya UMNO untuk menjadi benteng dan meletakkan “duct tape” di mulut mereka yang kadang-kadang kurang ajar.

Tetapi siapa yang akan meletakkan “duct tape” pada mulut mereka yang kurang ajar dalam pakatan yang disertai PAS?

Mampukah PAS buat begitu?

Atau kita harapkan pada saudara DSAI?

Atau juga kita harapkan pada DAP?

 

Maka ,kita ini sebagai Muslim [saya tidak kata kan sebagai Melayu] perlu sedar situasi yang ada dengan benar.

Ini bukan satu percaturan dalam perlawanan menentang kekafiran.Tetapi UMNO dan PAS sebenarnya menentang diri mereka sendiri sebagai Muslim.

 

Jadi jika anda adalah seorang penyokong parti PAS atau pun UMNO,  saya seru anda.Kita lapangkan dada kita.Bukakan hati kita.Lihat dengan benar. Dan kita menyokong dengan keimanan.Bukan kita menyokong dengan mata hati yang tertutup.Semuanya pada parti yang kita sokong silihat sebagai maksum.

 

Musuh kita yang sebenar adalah kezaliman dan kefasadan.Musuh kita yang sebenar adalah kekafiran yang memusuhi. Bukan saudara seIslam kita.

 

<!–[if !mso]> <! st1\:*{behavior:url(#ieooui) } –> UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.  

3.1

Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2

Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3

Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4

Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5

Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6

Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera. 

One thought on “Ketuanan Melayu atau Ketuanan Islam?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s