pandangan dari pada seorang pembaca.

Salam.
berikutan entry sebelumnya, seorang sahabat telah mereply pada facebook saya dengan memberikan pandangan berikut. Jadi mari kita pertimbangkan. Saya sendiri punya pandangan tersendiri yang nanti akan kita kongsikan selepas anda membaca pandangan pembaca ini.
……………………………………………………………………………………………
Pada fahaman saya, konteks perjuangan PAS yang disebut dalam entri tersebut ialah dari segi pertandingan dalam pilihanraya semata.Di atas pentas politik, memang benar UMNO dan PAS adalah seteru. 

Namun, di sudut yang lain, UMNO ialah mad’u ke…pada PAS (yang berperanan sebagai sebuah gerakan Islam). Kebanyakan masa, PAS berda’wah kepada UMNO dalam parlimen.

*****

Tindakan nta mempersoalkan kewajaran atau keharusan di sisi syara’ tentang mengapa PAS memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR berbanding bersatu dengan UMNO (ni dalam kerangka politik sahaja ya); saya rasa harus dipuji kerana nta mampu menjadi kritikal dan tidak sewenang-wenangnya menyokong atau menolak tindakan tersebut.

Namun, perlu disedari, keputusan PAS untuk mengambil pendekatan itu bukanlah suatu keputusan yang dibuat dengan mudah seperti mana nak memutuskan sesuatu dalam mesyuarat persatuan-persatuan yang kita sertai di sekolah ataupun universiti.

Harus diingat, PAS ada Majlis Syura Ulama’ sebagai institusi tertinggi – segala keputusan yang dibuat oleh parti akan disyurakan oleh para ulama’. Segala dalil al-Quran dan hadith serta ijmak ulama’ dan qias menjadi sandaran dalam membuat keputusan.

Perlu juga diakui, bila disebut ulama’ di sini, ianya merujuk kepada orang-orang yang belajar tentang Islam secara mendalam, bukan sekadar baca buku atau pergi usrah/tamrin semata-mata.

Ada antara mereka mampu mentafsir al-Quran, layak berijtihad disebabkan tingginya taraf keilmuan mereka tentang ad-deen ini.

Mereka bukan ustaz-ustaz biasa seperti yang kita sering jumpa di sekolah ataupun dalam ceramah-ceramah di masjid.

Dalam keputusan untuk bertahaluf siyasi, yakinlah ianya dibuat setelah melalui syura yang panjang dan berdasarkan nas-nas syara’.

Salah satu dalil sunnah ialah peristiwa Hilf al-Fudl – kalau nta familiar dengan peristiwa ni, terbukti nta memang pernah mengkaji mengapa PAS berkeputusan untuk bertahaluf siyasi dan seharusnya memahami mengapa keputusan itu dibuat. (assuming nta pernah dengar tentang Hilf al-Fudl ini; adakah nta rasa masih rasa dalil ini tak kuat untuk dijadikan sandaran?)

Itu salah satu sahaja, ada banyak lagi dalil yang dijadikan sandaran pastinya. Dalam nak bertahlauf siyasi pun, ada syarat-syarat yang PAS gariskan – sekali lagi ia bukan dibuat secara sewenang-wenangnya.

Mungkin nta pernah jumpa kertas kerja ni – [http://pusattarbiyah.blogspot.com/2010/10/kertas-kerja-tarbiyah-3-majlis-nuqaba.html]

*****

Berkenaan Islam sebagai titik temu; yang nta katakan TIADA dalam kerjasama PAS-DAP/PKR, saya tidak bersetuju di situ.

Kalau PAS sebagai sebuah gerakan Islam tidak menjadikan Islam sebagai titik temu; mana mungkin PAS mengambil pendekatan untuk bertahaluf siyasi (sila rujuk syarat-syarat tahaluf).

Antara prinsip Islam yang menjadi titik temu antara PAS-DAP/PKR ialah untuk menentang kezaliman, penyelewengan, dan keruntuhan moral.

Setuju bukan bahawa menentang kezaliman, penyelewengan, dan keruntuhan moral itu ialah prinsip Islam?

Dalam hal bekerjasama dengan UMNO pula, perlu dilihat kepada sejarah semenjak sebelum merdeka lagi. Sejarah telah membuktikan para ulama’ sejak awal penubuhan UMNO pernah bersama-sama UMNO (dalam Bahagian Agama UMNO).

Tetapi disebabkan UMNO memang ‘tokleh gi’ dengan dasar Islam yang dibawa oleh ulama’, maka akhirnya para ulama’ ni berkeputusan untuk menubuhkan satu parti berasingan untuk menegakkan Islam pada tahun 1951.

Masa nak merdeka tu, UMNO TAK bercita-cita nak menegakkan pemerintahan berlandaskan Islam (walaupun semuanya Muslim belaka) jadi bagaimana mungkin para ulama’ yang diberi oleh Allah akan kefaqihan tentang ad-deen ini boleh bersetuju sahaja dengan hal itu?

Salah satu contoh lagi ialah apabila UMNO menjadikan hasil loteri sebagai sumber pendapatan parti. Masa tu ulama’ yang ada dalam UMNO pastilah tidak bersetuju dan menasihati UMNO agar meninggalkan perkara tersebut. Tentu nta boleh agak dah; UMNO tak peduli dengan nasihat tu.

Ni surat yang berkaitan: [http://visi-sufi.com/journal/wp-content/uploads/2010/04/judi_suratumno.jpg]

Jelas dari dahulu lagi PAS sahaja yang memperjuangkan aqidah Islam dan UMNO tidak; maka sekali lagi saya kurang bersetuju jika nta menyatakan PAS dan UMNO ada kesamaan dalam hal aqidah.

Salah satu lagi bukti UMNO tak seserius PAS dalam isu aqidah ialah isu Natrah (1950-an) yang dimurtadkan oleh mahkamah.

Secara ringkas, Natrah ialah seorang anak pasangan Belanda tetapi dibesarkan oleh orang Melayu dan membesar dengan didikan dan pegangan Islam. Ketika berusian 13 tahun, ibu bapa kandung Natrah nak menutut semula hak penjagaan ke atas Natrah. Perkara ini dibicarakan di mahkamah dan keputusannya Natrah telah dikembalikan kepada keluarganya di Belanda dan akhirnya menjadi Kristian.

Dalam isu ini, yang berjuang untuk mengekalkan aqidah Natrah ialah golongan ‘sayap kiri’ seperti API, PKMM, AWAS, dsb tetapi UMNO hanya membisu.

I rest my case.

******

Quoting: “Tetapi disitu DAP punya individu-individu yang berlapang dada untuk berkerjasama dengan Parti Islam yang terkenal ini.

Walaupun begitu harus kita sedar, walaupun sikap nya sebegitu dari luaran, Pas yang kebanyakannya ada pengalaman “tarbiah” patut faham bahawa dalam hal ini, syak wasangka patut ada.”

Bilamana PAS mengambil pendekatan tahaluf siyasi – perlu diingat ianya adalah satu perjanjian yang longgar. Bilamana PAS bekerjasama dengan DAP/PKR, bukan bermakna pimpinan PAS meyakini 100% tanpa keraguan terhadap DAP/PKR.

Cuba nta berbual mengenai hal ini dengan pimpinan atau ulama’ PAS; benarkah PAS tiada syak wasangka terhadap mereka?

Hatta dalam statement Karpal Singh* baru-baru ini mengenai ‘negara Islam’, walaupun pimpinan PAS gembira dengan perkembangan tersebut, namun mereka masih sedar yang mereka perlu berhati-hati. Please, do talk to a PAS leader or ulama’ and ask their opinion on this.

*[http://www.youtube.com/watch?v=GOBEfvMW34o&feature=player_embedded#!]

*******

Dalam perenggan yang lain, nta mempersoalkan pengaruh PAS dalam PR (part yang nta tulis tentang ‘duct-tape’ tu).

Alhamdulillah ‘ala kulli hal, kerjasama PAS-DAP/PKR telah membuka lebih banyak ruang sebenarnya untuk non-muslim mengenali Islam.

Diskusi-diskusi tentang Islam banyak dibuat untuk memberi kefahaman kepada non-muslim tentang apa Islam sebenarnya; peluang ini datang sebagai satu ‘give and take’ antara PAS-DAP/PKR (maksudnya, bila PAS nak cerita tentang Islam, alhamdulillah, orang-orang DAP/PKR at least boleh duduk n dengar).

Amat berbeza dengan situasi sebelum ni; apa-apa tentang Islam yang dibawa oleh PAS pasti dicantas oleh DAP. Tapi kini, keterbukaan tu telah wujud.

Buktinya ialah penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang membolehkan orang non-muslim menyertai PAS (dalam perlembagaan PAS yang layak menjadi ahli ialah orang Islam).

Nak buat keputusan untuk membolehkan non-muslim masuk PAS pun ulama’ PAS bukan buat secara sewenang-wenangnya. PAS siap buat muzakarah (pertengahan 1990-an) lagi dengan gerakan Islam lain di seluruh dunia dan turut melibatkan ulama’ besar seperti Syeikh Qardhawi*.

*saya pun baru dapat tau baru-baru ni melalui video ucapan TG Haji Abdul Hadi semasa beliau melancarkan PRC di Manchester. Saya ada tulis nota ringkas tentang apa yang dia kongsikan, tapi kalau tengok video boleh dapat lagi banyak input insyaAllah.

Nota berkenaan: [http://www.facebook.com/notes/syafiqah-sulaiman/mari-membersihkan-debu-di-atas-almari/487418048810?ref=notif&notif_t=note_comment]

Dari perspektif ini, PAS mampu memberi pengaruh kepada yang lain dalam kerjasama dengan golongan bukan Islam. Kalaupun belum sampai hingga mereka tertarik untuk masuk Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh MENERIMA dan TIDAK MENENTANG Islam.See More

Tentang komen nta, “..Semuanya pada parti yang kita sokong silihat sebagai maksum.”

Sekali lagi, tanyalah kepada penyokong PAS dan lebih elok kepada pimpinan PAS, apakah mereka melihat PAS sebagai maksum?

Sedangkan Ketua Pemuda PAS Malaysia pun menyatakan:“Terlebih dahulu saya akui bahawa PAS tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Namun kesilapan dan kelemahan itu tidaklah membawa PAS terbabas ke ‘gaung dalam’ yang membunuh aqidah dan mencederakan syakhsiyyah sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam… 

…Saya selalu menegaskan kepada umum , jika terdapat suatu yang dilakukan oleh PAS bercanggah dengan syariat dan sunnah , sila nyatakan ! Jika ianya berbentuk dakwaan , sila kemukan bukti ! Kita mencari kebenaran . Andai benar atau ada , PAS melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat , saya dan seluruh ahli PAS yang ikhlas terhadap perjuangan pasti akan menyanggahinya. Namun begitu , janganlah tuduhan melulu tanpa lampiran bukti , dakwaan palsu tanpa kepastian dalil dan emosi berprasangka tanpa berlaku adil.”

Sumber: [http://www.facebook.com/#!/note.php?note_id=179119952122266&id=110531025676502]

Tak dinafikan, mungkin ada ahli bawahan PAS yang ta’sub dengan PAS sehingga tak menerima bila orang mengata PAS dan selalu menyatakan PAS perfect dan tak ada kelemahan; namun ahli yang mengeluarkan kenyataan sebegini mungkin menyokong PAS lebih kepada atas dasar ‘semangat’ dan bukannya atas dasar kefahaman yang sebenar.

*******

Sebagai respon kepada komen akhir sekali nta; percayalah, PAS dari dahulu lagi perjuangannya adalah untuk menentang taghut (kalau nta pernah dengar ceramah-ceramah daripada pimpinan atau ulama’ PAS).

Namun, kalau ada antara ‘muslim’ (pada nama dan IC) yang bersekongkol dan menerima taghut; mahu atau tidak, PAS perlu menentangnya dan tidak boleh membiarkannya begitu sahaja – walaupun mereka sama-sama ‘muslim’.

Sudah tentu PAS inginkan agar umat Islam bersatu tetapi yang haq tetap haq yang perlu diperjuangkan manakala yang batil tetap batil yang perlu ditentang.

******

Konklusi:

1. Nta seperti ada persoalan/unresolved issues terhadap PAS, maka yang terbaik adalah untuk nta bertanya terus segala kemusykilan nta kepada pimpinan atau ulama’ PAS dengan segera.

Kata-kata ahli bawahan/penyokong PAS tidak wajar dijadikan sandaran kuat (sebab mungkin mereka sendiri pun tidak jelas/kurang faham tentang PAS) sebab tulah lebih molek untuk mendapatkan jawapan terus daripada pimpinan/ulama’ PAS.

InsyaAllah, para pimpinan dan ulama’ ni accessible sahaja – kita boleh berhubung dengan mereka melalui Facebook, email, ataupun blog-blog mereka. (persoalannya, adakah kita pernah memberi ruang kepada diri untuk berbuat sedemikian?)

2. Pastikan pengetahuan/pemahaman kita tentang PAS datang daripada penjelasan/perbincangan dengan pimpinan atau ulama’ PAS dan bukan semata-mata interpretasi kita apabila melihat sikap ahli PAS secara luaran.

Kadang-kadang persepsi kita ter-biased disebabkan pengaruh media yang selalu mem-potray ulama’ dan pimpinan PAS mahupun PAS sendiri sebagai tidak islamik, tidak mementingkan da’wah dan tarbiyah, terlalu politik, dsb.

3. Ulama’ tu pewaris nabi. Maka, dalam nak mempersoalkan (dalam hal ni, mempersoalkan PAS), perlu juga berhati-hati kerana persoalan kita itu secara tak langsung menjadikan kita mempersoalkan kewibawaan para ulama’ kerana PAS dipimpin oleh ulama’.

Siapa kita untuk mempersoalkan ulama’? Jangan kerana kita usrah 3-4 jam seminggu, baca buku tentang Islam 4-5 buah sebulan, pergi tamrin/daurah setiap bulan, terlibat dalam da’wah yang tak sampai pun satu dekad menjadikan kita lantang untuk mempertikaikan para ulama’.

Ulama’ yang memang belajar tentang Islam dari sumber asal sejak bertahun-tahun hingga menjadikan mereka mampu menghurai ayat al-Quran dan hadith atas keilmuan mereka. Mereka juga dah berpuluh-puluh tahun menginfakkan diri mereka di jalan da’wah dan tarbiyah; yang lebih banyak tercedera, jatuh, dan bangkit dalam jalan perjuangan ini.

Having said that, tidak bermakna ulama’ tu maksum dan semua kata-kata mereka benar belaka. Jika benar ada ruang yang boleh kita perbetulkan dan tegur, maka kita boleh dan dibenarkan untuk berbuat sedemikian secara berhikmah.

******

Perlu untuk dijelaskan, saya menulis bukan atas kapasiti sebagai ahli PAS (saya tak pernah berdaftar menjadi ahli PAS) cuma saya rasa perlu untuk dikongsikan apa yang saya tahu (melalui input dari sumber pertama – tulisan, ucapan, ceramah, kertas kerja, dll oleh pimpinan atau ulama’ PAS).

Kebanyakan orang yang melihat PAS dengan persepsi negatif biasanya datang daripada hasil ‘dengar-dengar’ dan saya yakin tidak pernah mendengar secara terus dari mulut pimpinan PAS sendiri. Semuanya ‘assumption’ belaka.

Saya juga mengakui PAS ada sisi-sisi lemahnya tetapi untuk menafikan perjuangan PAS sebagai perjuangan aqidah Islamiyyah adalah tidak adil tanpa pernah mengenali dan memahami PAS itu sendiri.

Terima kasih kerana mengutarakan isu ini. MasyaAllah, nta sememangnya tergolong dalam kalangan pemuda harapan ummah atas concern nta yang begitu tinggi tentang jatuh bangun ad-deen yang kita yakini ini!

Jazakallahu khair kerana membaca dengan penuh teliti dan penghayatan. Maaf atas tulisan yang super-duper panjang dalam ruangan komen ini. Diharap dapat diluangkan sedikit masa untuk mencerna input yang dikongsikan agar tidak berlaku silap faham dalam mentafsirkan apa yang cuba disampaikan.

Moga Allah ampunkan diri ini andai ada kesilapan dalam penulisan ini.

Allahu’alam.

Salam ukhuwwah.

……………………………………………………

Alhamdulillah.ianya sebenarnya satu perbincangan dan input yang sangat menarik. Jadi kita mulakan,insyaAllah , tentang beberapa input.

Sebelum itu, perlu dijelaskan di sini, pembaca ini iaitu saudari Syafiqah Sulaiman merupakan seorang pelajar dan pernah berkerjasama di bawah naungan Yayasan Amal dan juga ILUVISLAM dalam beberapa program di Miri.

Sebelum memulakan , saya juga ingin menyatakan bahawa saya adalah penyokong mana-mana gerakan Islam yang mahu membawakan Islam.Sebagai pemerhati dan penyokong gerakan Islam.Bukan penyokong mana-mana parti.Ini akan dijelaskan nanti.

………………………………………………………………..

Pertama sekali, bila dinyatakan UMNO ialah mad’u kepada PAS, saya bersetuju dalam kapasiti tertentu sahaja. Jika UMNO adalah Mad’u kepada Pas, benarkah hubungan antara Da’i dan Mad’u itu berlaku?

Saya bukan merasakan itu adalah satu perkara yang jelas. Bahkan jika kita mahu mengikut apa yang Rasul lakukan dengan mereka yang Rasul ingin dakwahi, saya pasti tindakan nya tidak sama dengan apa yang Pas lakukan dengan UMNO. Adakah UMNO ini lebih dahsyat dari kafir Quraisy.

Dalam aspek yang berikutnya yang amat penting iaitu majlis syura Pas memang telah melakukan syura dengan betul teliti, saya menyokong hujah itu. Kita harus sedar yang pada prinsipnya Pas adalah satu Harakah Islamiah.Bukan cuma parti politik biasa. TG Hj Hadi merupakan antara pelopor tekenal yang dididik dengan tarbiyyah Ikhwan.

Dan ulama yang ada memang kita akui kehebatan mereka. Maka tidak salah juga rasa nya jika ulama’-ulama’ ini menilai kembali dan membanding harakah yang dibawa dengan harakah yang digerakkan Rasul.

Sekali lagi seperti entry lepas,kita tidak membincangkan individu, tetapi prinsip dasar nya.

Ya, dalil itu mengakui tentang keputusan mereka, tetapi perlu juga kita ingati adakah ia nya dibuat daripada cuma mengikut rentak politik UMNO sahaja?

Kita tidak akan mempersoalkan dalil syarie nya.Tetapi mari kita mempersoalkan tindakan manusiawinya. Kerana ada beza antara orang agama dan orang beragama.Ada beza orang tahu Islam dan orang faham Islam.

Tindakan pemimpin Pas kita akui insyaAllah dalam langkah syarie yang betul.

Sebelum itu, mari kita bersetuju dengan satu perkara. Arahan dalam satu harakah Islamiah termasuk dalam semua aspek. Dari hal yang kecil hinggalah hal yang besar. Ini juga termasuk media.

Jadi , rasa nya boleh kita bandingkan sumber media utama “parti” Islam di 3 buah negara,kerana kita yakini apa yang dikeluarkan dari lidah rasmi parti ini,perlu mengikut persetujuan yang diarahkan.

Jadi ini 3 parti tersebut.

Ikhwan Muslimin Mesir

http://ikhwanweb.com/index.php

Partai Keadilan Sejahtera

http://www.pk-sejahtera.org/

Harakah Daily

http://www.harakahdaily.net/v2/

Melalui situ sahaja kita barangkali boleh menilai. Ketiga-tiga parti adalah parti yang menegakkan harakah Islamiah.Tetapi apa beza lidah utama parti-parti tersebut?

Saya pasti anda semua jelas,dengan sekali lihat sahaja.

Sebagai penyokong gerakan Islam, kewujudan Pas memang amat di hargai.Usaha mereka dan niat mereka amat dikagumi. Bahkan sebagai penyokong gerakan Islam, apa yang dilakukan Pas sangat-sangat kita sokong.

Tetapi, disitu sebagaimana yang di keluarkan oleh saudari Syafiqah, yang Pas juga tak lari dari kesilapan.Tetapi perlu kita sedar, kesilapan yang lahir itu adalah kesilapan cuma teknikal , kecil atau ia nya adalah silap pada prinsip. Senang sekali kita rujuk kembali kepada media rasmi Pas. Adakah itu satu tindakan yang wajar?

Kita tidak lari daripada topik tentang ulama-ulama telah melakukan syura. Kita cuma mengambil contoh, jika syura lah menjadi panduan, jadi tindakan editor lidah rasmi parti ini juga adalah dengan arahan pemimpin Pas.Maka disitu ,adakah itu hasilnya daripada syura ulama?

Seterusnya,kita bawakan kepada aspek titik temu.  Ya , dasar mana-mana parti juga ingin kan perkara yang sama. Tak kan lah dasar UMNO dengan terus terang menyatakan kita mahu bermaksiat.MCA juga mahukan social justice.Bahkan ramai juga,malahan orang Melayu yang mengadu kepada biro aduan MCA sebagai tempat aduan mereka. Kita perlu sedar, manusiawinya, setiap insan ini mahukan social justice.Mahukan kebaikan.Jadi kita akan bincangkan tentang dasar. Bukan tentang individu.

Kerana , jika dipandang secara individu nya mereka yang menjalankan parti-parti ini, mereka kebanyakannya datang dari sistem yang sama. Jadi saya tidak nampak ke mana arah perbincangan ini akan pergi. Jika saya mahu bandingkan TG Hj Hadi Awang dengan Najib Tun Razak pastilah tidak adil.

Tetapi kalau kita bandingkan DSAI dengan Dato Najib, banyak sangatkah beza mereka.

Jadi kita bincangkan dengan dasar.
Dan bila dilihat kembali, kita akan persoalkan ,benarkah PKR dan DAP mahu menegakkan dasar mereka dengan tindakan yang dilakukan mereka sekarang? Dan benarkah tindakan itu juga dilakukan oleh UMNO,MIC dan MCA? Pas barangkali benar mahu melakukannya dengan hati yang benar ikhlas mendapat redha Tuhan.
Tetapi disitu, jika yang lain selain PAS adalah sama, titik temu antara Pas dan UMNO adalah tetap aqidah mereka.
Jika katalah menganggap UMNO itu munafiq, apakah mereka itu lebih dahsyat dari kekafiran yang memusuhi? Kita bukan membela kemunafiqan.Tetapi kita membincangkan tentang pilihan.
Benar, UMNO memilih untuk mengambil pilihan yang banyak kefasadannya. Tetapi perlu kita sedar mereka tetap orang Islam yang nuraninya masih lagi Muslim. Yang kalau bila Islam itu dicerca dan dihina, emosinya akan terganggu. Berbeza dengan orang kafir yang langsung tidak akan kisah jika Islam itu dipijak.
Cuba kita bayangkan disini.Jika seorang lelaki datang kepada YB Karpal Singh dan YAB Najib. Dan dibawanya Quran.Lalu dipijak nya dan diludahinya. Yang mana dari keduanya akan terganggu emosinya? Mungkinkah YB Karpal?
Dan katalah hal yang sama di bawa kepada DSAI dan juga Najib. Ya keduanya pasti akan marah. Tetapi marah nya DSAI akan menjadi marahnya sebagai seorang Muslim tetapi bukan marahnya sebagai satu parti yang ada dasar di dalam nya Islam kerana keahliannya bercampur. Tetapi lain pula UMNO. Jika itu berlaku tetap ada juga marahnya. Dan pasti nya semuanya akan marah walaupun marahnya tak sehebat kemarahan PAS.
Kita boleh merujuk kepada manhaj yang telah dipelusuri oleh ramai ulama berkaitan pemerintah yang fasad. Tetapi pastinya ulama yang kita hormati dan menjadi panduan kita sudah menilai itu semua.
Jadi seperti diatas, kita cuma membawakan hujah yang ringkas.
Kerana itu, ketika berlakunya perang , ada pejuang dalam “tarbiyyah” ketika ditangkap memilih untuk ditangkap dan dipenjara oleh tentera Iraq yang terkenal zalim nya berbanding ditangkap tentera kafir Amerika. Kerana , walaupun kejahatan dan kezaliman mereka memang dahsyat, mereka tetaplah orang Islam yang pasti ada dalam hati nurani mereka nilai keIslaman mereka.
Beikutnya, tentang isu syak wasangka,kita tidak menolak wujudnya syak wasangka tetapi persoalan itu wujud, sejauh mana kah syak wasangka itu berkesan. Kita ambil contoh, kalau lah kita syak seseorang itu jahat. Dia cuma si syak sebagai jahat. Tetapi kalau dia di syak sebagai penjahat pencuri penyamun.Maka syak wasangka itu lagi hebat.Sebab sudah ada bukti. Dan kalaulah ada bukti di depan mata pun, ketegasan itu tidak ada untuk menentang kefasadan yang ada dalam satu pakatan dan cuma sekadar cukup dengan syak wasangka,adakah itu memadai?
Secara prinsipnya, saya menyokong perjuangan gerakan Islam. Tetapi disitu kita perlu sedar, menyokong bukan bermakna mendokong dan jika tidak mendokong tidak bermakna lari daripada jemaah. Kerana sebagaimana yang digariskan oleh Imam Hassan Al Banna,  yang ada sekarang adalah Jamiatul Minal Muslimin. Jamaah dari kaum muslimin.Bukan jamaah muslimeen.
Walaupun begitu,  perjuangan Pas,sebagai sebuah gerakan Islam secara prinsipnya saya sokong.
Untuk menilai kembali konklusi saudari syafiqah, terdapat perkara yang saya setuju dan ada yang tidak.
Unresolve issue bermakna ada yang tidak selesai lagi pada pegangan kita.Jika ini bermaksud , kalau sudah resolve  maka perlukah saya mendokong Pas? Option bukan cuma UMNO,Pas ,KeAdilan MCA dan lain-lain. Jika saya punya unresolve issue adakah saya akhir keputusannya menyokong UMNO? Itu bukan premisnya.
Dan jika saya cuma bertanya sahaja kepada TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi maka saya juga perlu bertanya kepada DS1M Najib dan TPM Muhyidin Yassin.
Kerana itu saya katakan, perbincangan ini kita mulakan dengan dasar yang dipilih. Bukan view seseorang individu.
View yang saya ambil bukanlah tohmahan kotor utusan, TV3  dan lain-lain ke atas Pas tetapi adalah hasil tulisan dari media Pas sendiri sebagai lidah rasmi dan mengunjungi kempen-kempen pemimpin-pemimpin Pas yang terkenal di daerah saya dan juga luar daerah saya. Jika itu adalah metod kempen Pas, yang itu sekali lagi saya persoalkan dalam entry saya sebelum ini , berapa besar kah beza nya antara UMNO dan Pas?
Kemudiannya bila kita bincangkan tentang siapa kita untuk membicarakan tentang tindakan ulama’, ya saya setuju. Tetapi perlu juga kita sedar, ini bukanlah satu isu mempersoalkan dengan niat politiking tetapi mempersoalkan atas kapasiti untuk clarification.
Dan kerana itu jika kita lihat balik, atas alasan tidak bertanya kembali,tidak mencapai clarification, maka disitulah hadirnya satu penutupan hati sedangkan Islam mengajar kita sebaliknya.
Kisah Umar dengan rakyatnya  ketika beliau bertanya tentang jika beliau terpesong dari jalan Islam, adakah siapa yang mahu betulkan ?
Lalu bangkit seorang rakyat dan berkata , akan aku betulkan kau dengan pedang ini!! Ini kisah yang amat terkenal yang sebenarnya Allah hadirkan sebagai panduan.
Adakah Umar itu bukan ulama? Adakah pemimpin Pas melangkaui Umar sehingga tidak boleh dipersoalkan untuk mencapai kefahaman. Kita kena memahami, manhaj dakwah Rasul sebagaimana digariskan oleh ulama :
Qudwah sebelum dakwah
Keakraban sebelum pengajaran
Kenalkan Islam sebelum diberi tugas
Bertahap dalam membebankan tugas
Usul dahulu sebelum Furu’
Khabar gembira sebelum ancaman
Memahamkan,bukan mengarah
Mendidik bukan mengutuk
Murid seorang Imam.Bukan murid seorang guru.
Maka adakah aspek diatas, Pas sebagai harakatul Islamiah melakukannya?
Tujuan saya menulis ini bukan mengutuk atau mengaibkan Pas. Tidak. Ini cumalah perbincangan ilmiah yang berbincang bukan menyerang peribadi tetapi berbincang tentang dasar. Sebagai penyokong gerakan Islam, peribadinya saya gembira dengan perjuangan Pas dan akan terus membantu tetapi tetap dengan prinsip asas yang telah dibentuk kepada saya.
Persoalan yang hadir adalah atas isu dasar politik nya yang kita pandang dari kaca mata dakwah.
Jadi semoga bermanfaat.
Allahua’lam

One thought on “pandangan dari pada seorang pembaca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s