Aku [TAK] ingin pulang lagi!!

Assalamualaikum wbt

 

esok nak balik dah.flight pukul 3 dari langkawi to KL.then KL to miri jam 7 lebih

sampai miri dalam pukul 9.

 

Sebenarnya rasa hati memang betul-betul tak nak balik.Sape rase tak suka duduk dengan family.dengan mak ayah.dengan adik beradik.

Lagi pulak saya duduk dalam quarters MRSM sendiri. Maka agak rapat jugak berkawan dengan adik-adik sekolah ni. seronok berbincang dan mendengar pandangan dan idealisme mereka.

Seronok main bola tampar sama-sama.Tiap malam lepas maghrib di surau ,main pulak di gym rakyat dengan abang-abang besar yang sangat besar.walaupun size badan saya memang cukup besar,tapi bila diri sebelah big bros semua tu, halus je rasa.hahaha

yang paling penting nak tinggalkan family selama berapa bulan lagi ni adalah satu perasaan yang sangat tak best.

balik miri nanti,ini adalah tahun akhir saya. dah nak habis dah perjalanan ni dan akan mulakan perjalanan baru.saya sudah rancangkan beberapa plan yang mungkin akan dilaksanakan.Tapi tetap bergantung kepada kontrak saya dengan Petronas.Kalau tidak diambil maka boleh lah saya tekan suis “ON” dekat plan yang saya dah rancangkan dan usahakan nya.Yang lain serahkan pada Allah.

 

Final year ni akan sangat buzy dengan academic.Dengan FYP nye..FYP saya agak special sikit.Sebab nak menyahut cabaran HOD punya pasal,maka kami buat lah di Gua Niah.dengan study nya nak kejar pointer.Pointer saya sekadar ok aja.Alhamdulillah.

Saya tak berharap sangat mahu kerja dengan penaja pinjaman boleh ubah saya ni.Tapi tetap juga bergantung kepada kehendak Allah mahu mencampakkan saya ke mana.

 

Macam mana pun rasa berat nak tingalkan rumah, di Miri ada perjuangan yang masih perlu diteruskan.Ada jalan yang perlu lagi dilangkah dan ditapak.Ada risalah yang perlu disebar dan masih ada jiwa yang perlu dibentuk.

 

Macam mana pun kita merancang untuk diri kita sendiri,kita perlu sedar apa yang kita buat adalah demi Islam.Maka jika plan mahu kerja di satu company hinggalah mahu sambung belajar ada strategi yang perlu dibincangkan bersama untuk kebaikan Deen ini.

 

semoga apa yang saya tempuhi Allah permudahkan.Dan saya berdoa supaya Allah sentiasa menjaga keluarga saya setiap masa dan memudahkan perjuangan saya ini dalam Deen ini ,dan perjuangan sebagai mahasiswa muslim.

 

saya harap anda juga doakan saya.

 

wallahualam.

meneliti perjuangan dalam jalan keimanan.

assalamualaikum wbt

 

alhamdulillah.

subhanallah

Allahuakbar.

segala selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w.

 

12 rabiulawal yang berlalu adalah satu tarikh besar dimana ummat manusia dianugerahkan satu rahmat agung iaitu kelahiran Rasulullah S.A.W.

 

Dan ketika kita meneliti perjuangan bagind kita kadang-kadang terlebih seronok bersyiar dengan berarak membawa sepanduk besar besaran keliling negeri,semangat berceramah dan macam-macam lagi. Alhamdulillah.Itu satu kerja murni yang hebat.

Tetapi barangkali ada lagi baik nya kita duduk sekejap dan beriman sejenak lalu kita meneliti apa itu sebenarnya perjuangan dakwah Rasulullah.

Dalam era kebangkitan Islam kini, kita dilimpahkan suatu nikmat oleh Allah dengan semangat sebegitu ramai Muslim mahu menegakkan Islam.

Ada yang hadir dengan bendera politik.

Ada yang hadir dengan kenderaan kebajikan menabur budi kepada mereka yang susah.

Ada yang hadir dengan keinginan mahu membela Palestin.

Ada juga yang hadir dengan label tarbiyyah dan dakwah.

Alhamdulillah kerana Allah memberikan kekuatan yang pelbagai untuk menegakkan Deen Islam di muka bumi ini. Dan disitu kebanyakan pejuang Islam akan mendasarkan perjuangan mereka pada nas dan dalil daripada episod perjuangan Rasulullah. Maka disitu kita harus memuji dan mengiktiraf mereka dan perjuangan mereka.

Sungguhpun begitu, dalam kita melaksanakan perjuangan kita, maka ada baik nya kita meneliti balik kepada perjuangan Rasul yang selalu kita dasarkan itu.

Perjuangan Rasulullah S.A.W

 

Perjuangan baginda punyai ciri-ciri tersendiri. Perbincangan kali ini saya sandarkan kepada beberapa buah karangan ulama tersohor yang antaranya adalah almarhum Ustaz Fathi Yakan.

Jika dilihat dengan teliti pada sirah Rasulullah yang kebanyakan kita sudah maklum secara umum bagai lagu-lagu yang biasa bermain di telinga kita, Rasulullah mendapat wahyu kemudian menyampaikan Islam,berhijrah dan seterusnya.

Itu setidaknya secara umum yang ramai tahu dan memang disoal dalam subjek pendidikan Islam SPM dan PMR.

 

Apa yang disampaikan?

Jadi di sini, kita boleh teliti dengan jelas apa sebenarnya yang disampaikan oleh Rasulullah?

 

Jika dilihat betul-betul, Rasulullah menyampaikan Islam, maka apa itu Islam yang disampaikan Rasul.

Perkara pertama yang Rasul sampaikan adalah satu kesaksian yang membunuh jahiliah dalam diri, menarik keimanan kepada hati dan membentuk jiwa yang murni. Itu lah perkara awal dalam dakwah Rasul.

Dakwah Rasul pada awal penyebarannya tidak membawa kepada bendera-bendera tertentu tetapi membawa kepada sebuah kesaksian. Kesaksian untuk beriman. Kesaksian untuk meninggalkan diri yang lama berhihrah kepada sebuah daerah hati yang digelar sebagai Muslim.

 

Tetapi kesaksian itu datang dengan sedar. Datang dengan keinginan. Datang dengan hati dan mind ayang rasional dan mampu berfikir tentang kebenaran.

 

Kerana itu Islam ini adalah satu akidah yang menyuruh dan menuntut ummat nya berfikir dan datang nya ia dengan hujah untuk manusia berfikir. Dan mereka yang hadir pada awal nya juga adalah mereka yang bersih hatinya.

Kerana Islam itu menanggalkan pakaian jahiliah lalu memberikan mereka persalinan keimanan.

Dan sebab itu lah juga mereka yang datang pada awal Islam adalah golongan hamba dan mereka yang hanif.

Mereka ini hadir apabila mendengar ayat-ayat [hujah] Al Quran ,berfikir ketika mendengar ayat tersebut. Dan mereka ini kebanyakan nya tidak ada apa yang mengikat mereka dengan jahiliah.

Tiada harta yang mengikat hati mereka,tiada pangkat yang mahu dipertahankan.Mereka datang dengan keluhuran.

Tiada apa yang ada dalam hidup mereka untuk mereka jadikan Tuhan.Tiada harta,nafsu dan apa jua untuk mereka abdikan diri mereka.

Lalu mereka menerima kalimah paling agung,dengan penuh sedar iaitu :

La ila ha Illallah. Muhammad Rasullullah.

Dan kalimah itu jika kita rujuk kepada kitab Al Islam jilid ke-2 membawa makna yang sangat dalam. Bukan setakat percaya kosong tetapi kepercayaan yang hadir dengan tindakan dan sumpah yang berat.

 

Maka itu lah sebenarnya isi pertama dalam perjuangan Rasul. Iaitu membawa kepada keimanan, menumbangkan jahiliah dalam diri,membunuh Tuhan nafsu,harta,pangkat dan wanita yang merajai hati lalu membentuk jiwa yang siap mempertahankan kepercayaan mereka.

 

Ciri-ciri Perjuangan Rasulullah

Setelah kita melihat intisari asas tentang tajuk pertama perjuangan Rasul, mari kita teliti apa ada dalam ciri perjuangan baginda. Sebelum kita pergi lebih jauh , kita perlu dasarkan bahawa ia adalah satu dakwah yang lengkap dan menyeluruh.

“ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam ; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”…

Al-Baqarah; 208

1. Keimanan

Inilah asas penting dalam sistem tarbiyyah Rasul. Ianya membentuk keimanan. Ia tidak lahir dengan cuma semangat-semangat sahaja. Metod Ilahi adalah satu sistem ampuh yang mengekalkan survival Islam di muka bumi. Telah kita saksikan silih berganti satu persatu ideologi ciptaan manusia ini jatuh dan luntur. Tetapi Islam ini tetap kekal dan tetap tidak berubah keaslian dasarnya.

Jika perjuangan ini didasarkan pada cuma semangat sahaja, apakah bila badai mengehntam kita dan hati kita dipatahkan oleh kekejaman tirani malah jika dihantar oleh Allah ujian yang berbagai rupa,maka kita meninggalkan perjuangan ini?

 

Jika didasarkan pada kesedaran untuk keadilan sosial dan mahu membelanya kerana berasakan seorang Muslim itu wajar begitu, maka adakah jika semua rakyat ini menjadi kaya, kita meninggalkan langkah yang kita tapaki ini?

 

Jika perjuangan Islam ini dibentuk dengan satu semangat pada pemerintahan dan mahu mempastikan bumi ini diperintah oleh katanya pemerintahan Islam, selepas kita berjaya dalam  memegang kuasa, apa arah tuju selepas itu?

 

Tetapi bila kita kembali kepada yang asas, ciri utama dan asas dakwah Rasul adalah membentuk keimanan. Membentuk iman seorang individu itu. Baginda membentuk iman Abu Bakar, Umar , Usman dan Ali menjadikan mereka pemuda-pemuda syurga yang berjalan di muka bumi.

 

Kerana ketika Rasul menyediakan seseorang itu dengan Iman, baginda menyediakan dia itu dengan satu alat yang bilamana dia menggunakan alat itu dia boleh menguasai segalanya.

Itulah yang dinamakan Iman. Dengan keimanan yang dibentuk, seorang Umar bertukar menjadi seorang pembela Islam yang hebat.

Dengan Iman seorang Ali sanggup mempertaruhkan nyawa untuk Islam nya.

 

Dan dari situlah kita dapat lihat, jika iman lah yang dibentuk dalam metod dakwah, seorang pemuda dakwah itu mampu untuk menjadi pembela kebajikan, menjaga ehwal halal dan haram dalam makanan, pejuang dalam sebuah pergerakan bahkan bingkas bangun membela negara teraniaya. Dan bahkan dia pula mampu merendahkan dirinya dan bangun di malam hari mengadap Tuhan nya.

 

Iman itu lah yang menggerakkan nya. Kerana itu di dalam Quran , perkataan iman akan disusuli dengan amal soleh.

 

6.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan (amal) yang soleh, maka untuk mereka, pahala yang tidak putus-putus.

Surah at-tin : 6

Lahirnya keimanan tidak akan menyebabkan seseorang itu duduk diam. Iman itu sifatnya bukan pasif. Iman itu tidak akan berhenti dan duduk. Kerana itu Allah mempersoalkan mereka yang mengatakan mereka itu beriman sedangkan mereka belum diuji sedangkan ujian itu adalah satu penetuan amal soleh yang dilakukan.

 

2.Pembentukan insan

 

Ketika pembinaan iman bermula, mereka yang dibentuk oleh Rasul dnegan iman itu telah menyerahkan diri mereka sesungguhnya kepada Rasulullah. Mereka meletakkan diri mereka untuk dibentuk oleh Rasul.

 

Dan ketika itu lah setiap yang hadir dalam dakwah Rasul dibentuk dengan cantik. Pembentukan Rasul pada Abu Bakar tidak sama dengan Rasul membentuk Umar.

Pembentukan Rasulullah pada setiap yang hadir adalah unik. Bergantung kepada apa yang diperlukan oleh mereka yang dibentuk itu.

 

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي اْلأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ ءَايَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلاَلٍ مُبِينٍ
Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang ummy seorang Rasul di antara mereka, yang metilawahkan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata (QS. 62/Al-Jumu’ah : 2)
Melihat kepada ayat di atas sahaja sudah cukup menjelaskan suasana pembentukan yang dibentuk oleh Rasul.
Dengan keimana yang hadir, maka mereka ini diacu dengan acuan Islam yang cantik yang menjadikan mereka ini pemuda yang mampu berbuat apa sahaja hatta mengalihkan bukit sekalipun mereka akan mampu berbuat.
.
.
Itu cuma 2 ciri yang ada , insyaAllah beberapa ciri dakwah Rasul kita boleh bincangkan nanti di kesempatan lain.
.
Maka disini, kita rujuk balik kepada pembentukan yang hadir pada kita.
.
Adakah pembentukan yang hadir dalam diri kita ini adalah suatu usaha mendidik ke arah membentuk keimanan?
atau cuma pada satu semangat untuk bersama-sama dalam persatuan?
.
atau cuma rasa keprihatinan untuk membela?
.
.
Dan yang kedua, adakah diri kita ini dibentuk dan dibina?
Dilatih dan di diberikan tunjuk ajar yang jelas?
Adakah akhlak kita dibentuk, sikap kita diukir dengan cantik. Rujuk juga bahagian lain dalam hidup kita.
.
Adakah kita dibina atau yang kita hadiri itu cumalah penuh dengan isi-isi kosong yang tidak membentuk.
.
Jika kita mampu menilai dan menjawabnya, maka disitulah kita akan menyedari tentang hakikat sebnar originality perjuangan Rasulullah.
.
.
Kerana itu kita sering sahaj persoalkan kenapa banyak betul beza ummat terdahulu dengan ummat sekarang. Kerana ummat itu bukan satu yang dikumpulkan tetapi dibina dari setiap fardhi Muslim yang hadir dalam mendokong deen Islam ini.
wallahualam.
akan kita sambung pembicaraan ini nanti.

 

 

 

Dalam ajaran yang pahit atau manis.[kehidupan berteman]

 

 

 

 

salam ukhwah

 

kepada semua pejuang kalimah Tawheed

kepada semua yang mengobarkan kalimah Tayyibah

kepada sahabat seperjuangan

kepada sahabat lama yang telah terpisah.

kepada kawan-kawan yang pernah hadir dalam hidup ini

dan insan insan yang pernah mengubah dan memberi makna hidup ini

dalam ajaran yang pahit atau manis

semoga segala silap dan salah

yang aku menapakinya dengan sedar atau tidak

menjadi satu tulisan bermakna dalam hidup aku dan kamu.

dan moga kita semua

menjadi hamba yang mengejar cinta Tuhan nya….

lalu barangkali

kita mampu bersahabat semula di syurga..

mana lah kita ini??

mari nilai diri.kita ini yang mana?

 

yang beramal atau cuma yang bercakap?

yang berkerja atau cuma berspekulasi.

yang ikhlas atau yang punya niat tersendiri.

yang berstrategi atau menghentam sesuka hati.

yang melapangkan dada menerima nasihat atau terluka dan sakit hati..

 

kita ini yang mana??

Aku Tidak Mencari Yang Sempurna…

Salam ukhwah.

 

Kita tidak mencari kesempurnaan seseorang tetapi kita menyempurnakan sesorang itu dengan kemurnian hatinya.

Itulah yang diajarkan kepada kita oleh Allah SWT di dalam sebuah kisah yang indah. Kisah pencarian diri dan penyucian jiwa.

Kisah cinta menuju kepada Pencipta.

Kisah seorang lelaki bernama Abdullah Bin Ummi Maktum. Ibn Ummi Maktum atau nama lain nya.

 

Seorang lelaki buta yang tidak sempurna.Yang punya kekurangan.

  1. Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
  2. karena telah datang seorang buta kepadanya.
  3. tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),
  4. atau Dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?
  5. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup,
  6. Maka kamu melayaninya.
  7. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau Dia tidak membersihkan diri (beriman).
  8. dan Adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),
  9. sedang ia takut kepada (Allah),
  10. Maka kamu mengabaikannya.
  11. sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

QS. Abasa (80) ayat 1 – 11

Besarkah kedudukan beliau ini. Jika kita lihat,beliau cumalah lelaki biasa.Buta.Dan dengan kekurangan nya dia bukanlah seseorang yang berpengaruh.Dibanding dengan pembesar Quraisy yang ingin Rasul berjumpa,mereka itu punya kekuasaan dan pangkat serta pengaruh yang jika dilihat logik akal manusia, mereka itu lebih sempurna.

 

Maka disitu kita boleh bandingkan.Ibn Ummi Maktum itu punya kekurangan .Dirinya tidak sempurna.

 

Tetapi pembesar itu semua punya kelebihan jauh lebih tinggi dari Ibn Ummi Maktum.

 

Tetapi yang membezakan mereka adalah kemurnian hati Ibn Ummi Maktum. Dia mahu menyerahkan hatinya untuk disibghah dengan celupan Islam. Dia ingin hatinya dan jiwanya dibentuk oleh Rasul.

 

Ya,kita manusia sebagaimana Rasul juga seornag manusia mencari kepada kesempurnaan dan kelebihan. Allah mentakdirkan Rasul untuk bermuka masam kepada Ibn Ummi Maktum sebagai pengajaran kepada kita, yang sebenarnya dicari Allah bukanlah kesempurnaan tetapi usaha untuk menyempurnakan.

Dan lihat bagaimana Allah memuliakan Ibn Ummi Maktum dan bagaimana akhirnya Rasulullah membentuk beliau menjadi manusia langit yang berjalan di bumi.

 

Jika dihadapkan kita seorang yang punya pengaruh yang tinggi dengan seornag pemuda yang lahir dalam persekitaran yang dahsyat, yang menyebabkan banyak kekuranagn pada dirinya, sedangkan pemuda itu mahu menyerahkan diri nya untuk berubah, kenapa tidak kita mengucapkan salam pada nya,senyum dan memimpinnya.

 

Kadang-kadang sikap kita mencari yang baik , mencari anasir-anasir yang sudah hanif dan meninggalkan mereka yang kita rasakan “tidak ada harapan” sebenarnya adalah perbuatan yang akan Allah persoalkan kepada kita.

 

Sedangkan, dalam hati mereka ini penuh keinginan untuk menyucikan diri dan mereka dengan langkah yang pasti datang dan hadir pada kita untuk meminta tolong bagi memperbaiki diri mereka.

 

Saya pernah berada dalam zaman kelam yang agak dahsyat. Saya tidak lah berada dalam kekalutan akhlak seperti muda mini kini yang semakin teruk, tetapi saya berada dalam kekalutan pendirian agama dan hidup yang lantas sedikit sebanyak menzahirkan akhlak saya.

 

Dan saya pernah berjumpa dengan mereka yang memalingkan muka mereka dan saya juga pernah berjumpa dengan orang yang senyum dan memimpin tangan saya dan membentuk saya yang menjadi diri saya sekarang.

 

Bukannya senang untuk merendahkan ego dan menyerahkan hati dan jiwa untuk dibersihkan oleh orang lain. Bukannya mudah untuk kita meletakkan kepercayaan kepada seseorang untuk membantu kita mengubah diri kita.

 

Tetapi sangat sedih ada antara kita yang memilih mereka yang sudah sedia ada baik ini dan meninggalkan mereka yang masih tercari-cari.Bahkan tidak lah salah kalau saya menyatakan kadang-kadang agak excited utuk berbuat amal sehingga berebut mereka yang sudah baik baik ini.

Tetapi bukankah kita yang cuba membentuk sistem tarbiyyah Rasul dan terlampau selalu mendengar kalimah Tuhan patut lebih sedar berbanding orang lain bahawa kita tidak mencari kesempurnaan tetapi kita ingin menyempurnakan.

 

Jika kurang nya kita dan dia dari keperibadian nya sebagai seorang Muslim,maka satu persatu kita cuba sempurnakan.Jika kurang nya dari segi solat,maka diajarkan solat.Diajarkan membaca Quran dan lain-lain.

Sekadar berkongsi [dan semoga itu menjadi kebaikan lalu saya serahkan segalanya pada Allah], kemampuan membaca Quran saya di tahap biasa tetapi ada sebutan dan makhraj saya yang kurang pada awal nya..Tetapi lelaki yang mendidik saya itu mengajar saya dan cuba memperbaiki apa yang kurang dan saya membenarkan dia sampai menekan-nekan leher saya ketika saya diajar untuk membaca Quran supaya saya lebih fasih dan mampu perbaiki bacaan.

 

Itu baru dari segi bacaan Quran.Tidak termasuk lagi dalam segala hal yang lain. Segala yang anda lihat saya sekarang berbanding beberapa tahun dahulu,secara langsung saya kembalikan kepada Allah yang memberikan hidayah kepada saya, dan penghargaan penuh kepada lelaki itu yang membentuk saya menjadi diri saya sekarang ini.

 

Adakah anda sebagai seorang Daie,seorang “guru” sedar bahawa bukan mudah untuk seseorang menyerahkan hati dan jiwa untuk sedia ditegur dan dibentuk.Dimarah dan dinasihat.

 

Dan tahukah anda wahai dai bahawa jika anda seperti lelaki itu,tidak mengharapkan apa-apa dalam membentuk seorang pemuda hingusan sedangkan dirinya punya tanggungjawab yang lebih besar yang anak didiknya bukan sepatutnya pemuda itu tetapi mereka yang lebih hebat lagi,anda patut sedar bahawa mereka yang anda bentuk menyedari keikhlasan hati anda dan sanggup menyerahkan dirinya untuk jalan yang anda yakini.

 

Ingatlah,kita ini adalah Dai sebelum sesuatu yang lain…

 

 

Janganlah kita mencari kesempurnaan.Tetapi marilah kita berusaha menyempurnakan.

Nak sangat, tu lah dapat.

 

” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.’

Salam ukhwah.

Ramai tahu tentang hadis diatas.Satu hadis yang selalu dibaca di ceramah-ceramah.Berbuih mulut ustaz-ustaz dan penceramah yang membicarakan tentang hadis ini.

Maka apa kata kita mengambil sedikit sebanyak apa yang dibicarakan oleh baginda Rasul.

Jika dilihat isi penting dalam hadi ini membicarakan tentang niat.Satu niat yang mempengaruhi perbuatan kita. Bahagian pertama mengatakan tentang setiap amalan itu bergantung pada niat. Bahagian kedua pula menyatakan bahawa balasan yang didapati oleh setiap orang itu pula berdasarkan niat nya pula.

 

Lalu Rasul membawa pula dua contoh tentang niat iaitu 2 jenis niat tetapi satu perlakuan yang sama ,kemudiannya membuahkan dua hasil yang berbeza.

Lihat,perlakuannya nya sama iaitu hijrah.Niat nya berbeza.Satu nya inginkan Allah dan Rasul .Yang satu lagi mahukan dunia dan wanita.

Perlakuannya sama.Niat nya berbeza. Tetapi result nya pula berbeza.Yang menuju ke pada Allah maka dia mendapat redha Tuhan nya.Yang menuju kepada wanita dan dunia,maka dia dapat apa yang dia inginkan.

Jadi pertama sekali mari kita ceritakan tentang niat. Niatlah penentu amalan kita. Seorang yang membunuh secara tak sengaja hukumannya tak sama dengan orang yang membunuh dengan sengaja. Kerana itu ada hukuman lain bagi mereka yang membunuh tanpa niat.Niatlah yang mempengaruhi tindakan kita.

Dan itulah niat yang sebenarnya memberikan kita dorongan untuk melaksanakan sesuatu. Pelajar yang berniat mengubah nasib keluarga yang susah ,dia akan berusaha sangat bersungguh-sungguh untuk itu.

Maka niat itu lah yang menguatkan lagi amalan langkahnya untuk belajar.Niat itu menjadi willpower yang sangat dahsyat.

 

Dan dari sudut lain pula, bila dikatakan dengan amalan,kita tak akan lari dari konsep ibadah iaitu segala hidup kita adalah ibdah kepada Allah. Jika kita berbuat sesuatu kebajikan tanpa niat untuk Allah maka amalan itu tidak akan menjadi amal soleh dan ibadah. Kerana ibadah itu menjadi ibadah bila niatnya hanya pada Allah .Tiada yang lain. Kerana itu ,kalau kita lihat, orang yang membayar zakat,solat dan puasa malah haji,semuanya memulakan dengan niat. Setiap langkah dalam ibadah khusus itu mulanya dengan niat.

 

Maka jika kita mahu lakukan kebajikan,tetapi tidak berniat kerana Allah maka itu tidak menjadi ibadah. Bayangkanlah, berdemonstrasi menentang kezaliman dengan niat cuma sebagai nasionalis, ya dia akan dapat hasilnya.Tetapi lihat pula jika menentang kezaliman kerana mengharapkan redha Allah dan menegakkan deen Allah di muka bumi, hasilnya malah lebih dahsyat.

Lalu disini  juga Rasulullah mengatakan tentang hijrah. Tentang satu perjalanan membawa perubahan. Hijrah Rasul itu punya besar pengertian.Maka dalam erti kita ini apa yang sudah kita berhijrah?

 

Sudahkah kita berhijrah meninggalkan kelab malam?Sudahkah kita berhijrah dari memegang mancis dan rokok? Sudahkah kita berhijrah dari memegang tangan gadis yang bukan mahram dengan kita lalu merangkul nya erat dan berpeluk mesra?

 

Hijrah itu adalah perubahan membawa kepada kebaikan. Mencari suaka keamanan nurani dalam tanah hati yang murni.Melangkah lintasan halus dari hitam ke putih.

Itulah yang membawa perubahan kepada kita.

 

Dan khusus lagi kepada mereka yang terjun ke dalam medan juang Islam.Kenapa kita terjuan dalam medan ini?

Jika awal nya ya, memperbaiki diri. Alhamdulillah.

Tetapi kini kita sudah tahu:

Allah tujuan kita.

Rasullullah pedoman kita.

Al Quran perlembagaan kita.

Jihad jalan kita

Mati dijalan Allah cita tertinggi kita.

 

Maka kita sudah tahu niat kita , matlamat kita semuanya adalah menuju Allah.Diri kita dan hati kita yang sudah perbaiki itu patut kita murnikan untuk  berniat menuju Allah.

Jika kita terjun dalam medan ini untuk kuasa. Ya,satu hari nanti barangkali akan berlaku.Tetapi ketika itu adakah Allah akan melindungi hati kita dari mabuknya pada kekuasaan dan hasad dengki.

Jika kita terjun dalam medan ini untuk mencari calon isteri yang solehah lagi comel atau suami yang soleh. Yang sejuk mata memandang. Maka ,ya kita akan dapat kan nya .Tetapi selepas selesai nikah,mana hala tuju perjuangan kita?Adakah untuk mendapat kan lagi satu calon untuk memenuhi 3 kekosongan lagi?

Jika kita terjun cuma untuk suka suka,maka keseronokan dan senang lenang sahajalah kita dapat. Kita akan cuma mampu berbuat pengorbanan yang mudah sahaja dan tidak mahu untuk berkerja lebih keras.

 

Tetapi jika matlamat kita adalah menuju Allah.Meletakkan seluruh niat dan pengharapan untuk Allah.Mengharapkan setiap amalan yang kita lakukan adalah sebagai ibadah dalam mengharap redha Nya dan mahu bertemu dengan Nya dalam wajah Nya yang sebenar…Lantas menumpukan seluruh akal,hati dan tenaga kita untuk niat kita kepada Allah itu, maka sAllah sendiri akan menganugerahkan kita dengan kekuatan yang lain sebagai support untuk kita melaksanakan niat dan misi kita kepada Allah itu tadi.

Kekuasaan,isteri,keluarga malah keseronokan dalam berjuang akan Allah kurniakan sebagai alat dan sarana untuk kita lebih rapat kepada Nya. Lebih dekat kepada Nya.

Maka, saudaraku tercinta.

Sama ada anda seorang pemuda pejuang atau pemudi pejuang.Luruskan niat kita. Ikhlas kan niat kita.Ikhlas ini menurut Ustaz Amru Khalid adalah suatu yang sangat misteri.Adalah hubungan antara Allah dan hamba Nya sheingga tidak diketahui malaikat dan tidak pula dirosakkan syaitan.

Tetapkan niat kita.Padukan Niat kita.Kepada Allah semata-mata!!