Amal berbicara

Salam ukhwah.

 

Berada dalamdunia yang penuh kejutan, kita amat mengetahui bahawa kita tidak akan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan pastinya tidak akan berada dalam ‘comfort zone’ kita. Setiap waktu akan datang segala cabaran yang akan di usik oleh Allah kepada kita.

 

Maka dalam menghadapi dunia, menghadapi ujian ini Allah sudah menyatakan di dalam Quran tentang suatu hal, iaitu bagaimana Dia menguji level iman kita.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (QS Al-Ankabut:2-3).

 

Bayangkan, kita boleh menerima sistem ujian peperiksaan iaitu untuk melihat nilai kompetensi kita. Seorang geologist tak akan menjadi geologist jika dia tidak dinilai kemampuannya. Kalau dip/strike masih lagi kantoi, adakah dia boleh menjadi geologist yang kompeten.

Begitu juga seorang engineer. Jika formula asas tidak difahami, pasti jika dia menjadi seorang engineer, bangunannya akan roboh.Mesin yang dicipta nya akan meletup.

Jika dia seorang pelajar dalam jurusan perubatan lagi lah cukup menakutkan.

 

Itu secara logik nya kita boleh terima. Allah akan sentiasa menilai kita. Kadang-kadang ujian datang dalam pelbagai bentuk.

 

Dan dalam ayat tersebut , ia nya bertujuan untuk melihat iman kita. Maka apa itu iman?

 

Menurut  Ali bin Abi Talib r.a :

“Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota.”

Menurut Aishah r.a pula :

“Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota.”

 

Dan menurut Imam Ghazali :

“Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota).”

 

Jadi,sudah cukup penjelasan apa itu iman. Ada 3 aspek penting iman  iaitu :

HATI

LISAN

AMAL

 

Hati adalah urusan antara Allah dan hamba Nya. Saya tidak mampu tahu apa yang dikatakan oleh hati anda. Anda juga tidak tahu sama ada hati saya ini hitam atau putih.

 

Lisan pula boleh berbohong bahkan nanti kelak di Mahsyar, lidah ini akan dibisukan dan yang lain itu yang berbicara.Maka apa yang akan berbicara?

 

Itulah amal.

 

Amal kita yang akan berbicara. Kita mampu berbohong dengan orang lain mengatakan kitalah paling beriman. Hati kita boleh meyakinkan kita inilah paling tinggi imannya.

 

Tetapi amal kita tak kan mampu berbohong. Kerana amal itu akan lahir dari kuat nya keimanan.

 

Orang yang tidak kuat imannya, tidak akan ingin membuat sesuatu yang lebih daripada kebiasaannya. Jika biasanya dia senang dengan duduk-duduk sahaja, dia tak akan rasa kepentingan untuk mengangkat kaki dan menegakkan Deen Allah.

 

Jika dia sudah biasa dengan tahap imannya untuk solat sendirian, dia tidak akan memenatkan diri berjalan ke surau untuk solat jemaah.

 

Itulah amal. Amal itu yang menjadi bukti hakiki terhadap iman kita. Ya, amal boleh dilakukan dengan sifat riya’. Tetapi sebagaimana yang saya katakan, bilamana amal itu dilakukan dalam keadaan melebihih jangkauan kebiasaan kita, itulah yang menunjukkan apa itu iman bagi kita.

 

Kerana itu Rasulullah memuliakan sahabat nya yang cuma menyedekahkan 1/2 biji kurma. Cuba bayangkan setengah biji kurma. Apa yang boleh bantu sangat. Tetapi itulah sahaja yang dia ada hari itu. Itulah cuma hartanya yang tinggal hari itu. Dan dia telah melakukan amal melebihi kebiasaannya.

 

Lihat pula Hanzalah. Pemuda yang dimandikan oleh malaikat. Dia terjun dalam medan jihad walaupun dia baru sahaja menikah.

 

Bahkan Julaibib juga , seorang pemuda yang menunjukkan kemegahan imannya yang sama.

 

Mereka melakukan perkara diluar kebiasaan mereka.Mereka mengorbankan comfort zone mereka.

 

Jika kita mengatakan kita beriman,hati kita mengatakan kita ini beriman, tetapi amal kita tak membuktikannya, maka kita akan tahu kebohongan besar hati dan lidah kita lakukan.

 

Jadi amal kita yang akan berbicara. Kerana itu dakwah Rasul, tidak ada satu buah buku pun yang Rasulullah tuliskan.

 

Lihat pula Khalifah yang 4, tiada satu pun kitab yang mereka kirimkan untuk kita tetapi pengajaran mereka tentang Islam itu, kita kenal sampai sekarang.

 

Tidaklah mengatakan tentang tidak perlu nya penulisan, tetapi untuk menunjukkan tentang impak dakwah paling besar adalah melalui amal.

 

Kerana kata-kata kita tiada harganya. Kata-kata kita di hadapan Allah adalah bagai debu yang ditiup sekali lalu.

 

Tetapi amal kita lah yang akan berbicara.

Maka dengan itu ,kita lihat pula apa itu amal.

 

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun (Al Mulk : 2)

 

Allah telah menunjukkan kita, matlamat diciptakan hidup dan mati ini adalah untuk melihat mana amal kita yang paling baik.

 

Allah tidak bertanyakan tentang banyaknya amal kita.

Tetapi betapa baik nya amal kita.

Mungkin sekali, program mega yang kita lakukan di mata Allah cumalah bagai habuk sahaja tetapi amal kita membantu seorang mak cik tua mengangkat barangnya adalah amal terbaik yang pernah kita lakukan.

 

Tetapi disini juga Allah menyatakan tentnag amal terbaik. Maka disitu kita terfikir tentang apa itu amal paling baik.Apa ciri amal yang paling baik kita boleh buat.

 

Penjelasan amal terbaik ini boleh kita rungkaikan lebih lanjut tetapi dari situ kita akan terfikir amal yang terbaik juga adalah amal yang kuat.

Apa itu amal yang kuat atau kata lainnya amal qowi.

Mengikut ulama ,amal Qowi itu ada punya dua aspek :

 

1.Membentuk kelompok pendokong Islam

2.Membentuk kesedaran Islam

 

2 perkara yang sangat perlu untuk kita kongsikan kerana pada zaman ini, inilah yang paling awla’ iaitu yang paling utama. Tetapi disitu sebelum kita mengupas apa sebenarnya 2 aspek tersebut, perlu kita jelas bahawa dalam melaksanakan 2 kriteria amal tersebut, manhaj Rasulullah perlu kita ikuti.

 

Jika kita beralasan kita melakukan kedua-dua nya dengan sepenuh hati tetapi tidak pula kita mengikut manhaj nabi yang sudah baginda gariskan kepada kita, adakah itu satu tindakan yang betul?

 

Tidakkah Salahuddin Al Ayubi dan Muhammad Al Fateh telah mengajarkan kita bahawa mengikut jalan Rasulullah adalah yang terbaik.Apa alasan kita lagi?

 

Maka, dengan yang demikian , wujud satu tuntutan kepada kita supaya mengkaji, apakah itu manhaj yang sudah Rasulullah gariskan. Pertama sekali, apa itu Islam bagi kita? Cuma sekadar anutan? Atau sebagai satu sistem kehidupan?

 

Adakah manhaj Rasul tentang pengajian Islam ini adalah dengan cuma bertaklid atau mengambil buta-buta. Adakah Rasul mengajar kita bahawa manhaj Rasul ini berjalan dengan semberono tanpa sebarang aturan yang khusus?

 

Tidakkah dakwah 13 tahun di Makkah mengajarkan kita? Tidakkah dakwah Rasul 10 tahun di madinah mengajarkan kita? Tidakkah era khalifah yang 4 mengajarkan kita?

 

Bukankah itu sudah cukup menunjukkan kita dan membuatkan kita terfikir bagaimana Rasulullah melaksanakan manhaj tarbiyyah baginda.

 

Maka marilah kita sama-sama menilai dimana benarnya kita mengikut manhaj Rasulullah.Kerana Islam itu bagi kita bukanlah sebagai satu bentuk anutan tetapi sebagai satu minhajul hayah iaitu panduan kehidupan..

 

Wallahua’lam..

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s