Nak sangat, tu lah dapat.

 

” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.’

Salam ukhwah.

Ramai tahu tentang hadis diatas.Satu hadis yang selalu dibaca di ceramah-ceramah.Berbuih mulut ustaz-ustaz dan penceramah yang membicarakan tentang hadis ini.

Maka apa kata kita mengambil sedikit sebanyak apa yang dibicarakan oleh baginda Rasul.

Jika dilihat isi penting dalam hadi ini membicarakan tentang niat.Satu niat yang mempengaruhi perbuatan kita. Bahagian pertama mengatakan tentang setiap amalan itu bergantung pada niat. Bahagian kedua pula menyatakan bahawa balasan yang didapati oleh setiap orang itu pula berdasarkan niat nya pula.

 

Lalu Rasul membawa pula dua contoh tentang niat iaitu 2 jenis niat tetapi satu perlakuan yang sama ,kemudiannya membuahkan dua hasil yang berbeza.

Lihat,perlakuannya nya sama iaitu hijrah.Niat nya berbeza.Satu nya inginkan Allah dan Rasul .Yang satu lagi mahukan dunia dan wanita.

Perlakuannya sama.Niat nya berbeza. Tetapi result nya pula berbeza.Yang menuju ke pada Allah maka dia mendapat redha Tuhan nya.Yang menuju kepada wanita dan dunia,maka dia dapat apa yang dia inginkan.

Jadi pertama sekali mari kita ceritakan tentang niat. Niatlah penentu amalan kita. Seorang yang membunuh secara tak sengaja hukumannya tak sama dengan orang yang membunuh dengan sengaja. Kerana itu ada hukuman lain bagi mereka yang membunuh tanpa niat.Niatlah yang mempengaruhi tindakan kita.

Dan itulah niat yang sebenarnya memberikan kita dorongan untuk melaksanakan sesuatu. Pelajar yang berniat mengubah nasib keluarga yang susah ,dia akan berusaha sangat bersungguh-sungguh untuk itu.

Maka niat itu lah yang menguatkan lagi amalan langkahnya untuk belajar.Niat itu menjadi willpower yang sangat dahsyat.

 

Dan dari sudut lain pula, bila dikatakan dengan amalan,kita tak akan lari dari konsep ibadah iaitu segala hidup kita adalah ibdah kepada Allah. Jika kita berbuat sesuatu kebajikan tanpa niat untuk Allah maka amalan itu tidak akan menjadi amal soleh dan ibadah. Kerana ibadah itu menjadi ibadah bila niatnya hanya pada Allah .Tiada yang lain. Kerana itu ,kalau kita lihat, orang yang membayar zakat,solat dan puasa malah haji,semuanya memulakan dengan niat. Setiap langkah dalam ibadah khusus itu mulanya dengan niat.

 

Maka jika kita mahu lakukan kebajikan,tetapi tidak berniat kerana Allah maka itu tidak menjadi ibadah. Bayangkanlah, berdemonstrasi menentang kezaliman dengan niat cuma sebagai nasionalis, ya dia akan dapat hasilnya.Tetapi lihat pula jika menentang kezaliman kerana mengharapkan redha Allah dan menegakkan deen Allah di muka bumi, hasilnya malah lebih dahsyat.

Lalu disini  juga Rasulullah mengatakan tentang hijrah. Tentang satu perjalanan membawa perubahan. Hijrah Rasul itu punya besar pengertian.Maka dalam erti kita ini apa yang sudah kita berhijrah?

 

Sudahkah kita berhijrah meninggalkan kelab malam?Sudahkah kita berhijrah dari memegang mancis dan rokok? Sudahkah kita berhijrah dari memegang tangan gadis yang bukan mahram dengan kita lalu merangkul nya erat dan berpeluk mesra?

 

Hijrah itu adalah perubahan membawa kepada kebaikan. Mencari suaka keamanan nurani dalam tanah hati yang murni.Melangkah lintasan halus dari hitam ke putih.

Itulah yang membawa perubahan kepada kita.

 

Dan khusus lagi kepada mereka yang terjun ke dalam medan juang Islam.Kenapa kita terjuan dalam medan ini?

Jika awal nya ya, memperbaiki diri. Alhamdulillah.

Tetapi kini kita sudah tahu:

Allah tujuan kita.

Rasullullah pedoman kita.

Al Quran perlembagaan kita.

Jihad jalan kita

Mati dijalan Allah cita tertinggi kita.

 

Maka kita sudah tahu niat kita , matlamat kita semuanya adalah menuju Allah.Diri kita dan hati kita yang sudah perbaiki itu patut kita murnikan untuk  berniat menuju Allah.

Jika kita terjun dalam medan ini untuk kuasa. Ya,satu hari nanti barangkali akan berlaku.Tetapi ketika itu adakah Allah akan melindungi hati kita dari mabuknya pada kekuasaan dan hasad dengki.

Jika kita terjun dalam medan ini untuk mencari calon isteri yang solehah lagi comel atau suami yang soleh. Yang sejuk mata memandang. Maka ,ya kita akan dapat kan nya .Tetapi selepas selesai nikah,mana hala tuju perjuangan kita?Adakah untuk mendapat kan lagi satu calon untuk memenuhi 3 kekosongan lagi?

Jika kita terjun cuma untuk suka suka,maka keseronokan dan senang lenang sahajalah kita dapat. Kita akan cuma mampu berbuat pengorbanan yang mudah sahaja dan tidak mahu untuk berkerja lebih keras.

 

Tetapi jika matlamat kita adalah menuju Allah.Meletakkan seluruh niat dan pengharapan untuk Allah.Mengharapkan setiap amalan yang kita lakukan adalah sebagai ibadah dalam mengharap redha Nya dan mahu bertemu dengan Nya dalam wajah Nya yang sebenar…Lantas menumpukan seluruh akal,hati dan tenaga kita untuk niat kita kepada Allah itu, maka sAllah sendiri akan menganugerahkan kita dengan kekuatan yang lain sebagai support untuk kita melaksanakan niat dan misi kita kepada Allah itu tadi.

Kekuasaan,isteri,keluarga malah keseronokan dalam berjuang akan Allah kurniakan sebagai alat dan sarana untuk kita lebih rapat kepada Nya. Lebih dekat kepada Nya.

Maka, saudaraku tercinta.

Sama ada anda seorang pemuda pejuang atau pemudi pejuang.Luruskan niat kita. Ikhlas kan niat kita.Ikhlas ini menurut Ustaz Amru Khalid adalah suatu yang sangat misteri.Adalah hubungan antara Allah dan hamba Nya sheingga tidak diketahui malaikat dan tidak pula dirosakkan syaitan.

Tetapkan niat kita.Padukan Niat kita.Kepada Allah semata-mata!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s