meneliti perjuangan dalam jalan keimanan.

assalamualaikum wbt

 

alhamdulillah.

subhanallah

Allahuakbar.

segala selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w.

 

12 rabiulawal yang berlalu adalah satu tarikh besar dimana ummat manusia dianugerahkan satu rahmat agung iaitu kelahiran Rasulullah S.A.W.

 

Dan ketika kita meneliti perjuangan bagind kita kadang-kadang terlebih seronok bersyiar dengan berarak membawa sepanduk besar besaran keliling negeri,semangat berceramah dan macam-macam lagi. Alhamdulillah.Itu satu kerja murni yang hebat.

Tetapi barangkali ada lagi baik nya kita duduk sekejap dan beriman sejenak lalu kita meneliti apa itu sebenarnya perjuangan dakwah Rasulullah.

Dalam era kebangkitan Islam kini, kita dilimpahkan suatu nikmat oleh Allah dengan semangat sebegitu ramai Muslim mahu menegakkan Islam.

Ada yang hadir dengan bendera politik.

Ada yang hadir dengan kenderaan kebajikan menabur budi kepada mereka yang susah.

Ada yang hadir dengan keinginan mahu membela Palestin.

Ada juga yang hadir dengan label tarbiyyah dan dakwah.

Alhamdulillah kerana Allah memberikan kekuatan yang pelbagai untuk menegakkan Deen Islam di muka bumi ini. Dan disitu kebanyakan pejuang Islam akan mendasarkan perjuangan mereka pada nas dan dalil daripada episod perjuangan Rasulullah. Maka disitu kita harus memuji dan mengiktiraf mereka dan perjuangan mereka.

Sungguhpun begitu, dalam kita melaksanakan perjuangan kita, maka ada baik nya kita meneliti balik kepada perjuangan Rasul yang selalu kita dasarkan itu.

Perjuangan Rasulullah S.A.W

 

Perjuangan baginda punyai ciri-ciri tersendiri. Perbincangan kali ini saya sandarkan kepada beberapa buah karangan ulama tersohor yang antaranya adalah almarhum Ustaz Fathi Yakan.

Jika dilihat dengan teliti pada sirah Rasulullah yang kebanyakan kita sudah maklum secara umum bagai lagu-lagu yang biasa bermain di telinga kita, Rasulullah mendapat wahyu kemudian menyampaikan Islam,berhijrah dan seterusnya.

Itu setidaknya secara umum yang ramai tahu dan memang disoal dalam subjek pendidikan Islam SPM dan PMR.

 

Apa yang disampaikan?

Jadi di sini, kita boleh teliti dengan jelas apa sebenarnya yang disampaikan oleh Rasulullah?

 

Jika dilihat betul-betul, Rasulullah menyampaikan Islam, maka apa itu Islam yang disampaikan Rasul.

Perkara pertama yang Rasul sampaikan adalah satu kesaksian yang membunuh jahiliah dalam diri, menarik keimanan kepada hati dan membentuk jiwa yang murni. Itu lah perkara awal dalam dakwah Rasul.

Dakwah Rasul pada awal penyebarannya tidak membawa kepada bendera-bendera tertentu tetapi membawa kepada sebuah kesaksian. Kesaksian untuk beriman. Kesaksian untuk meninggalkan diri yang lama berhihrah kepada sebuah daerah hati yang digelar sebagai Muslim.

 

Tetapi kesaksian itu datang dengan sedar. Datang dengan keinginan. Datang dengan hati dan mind ayang rasional dan mampu berfikir tentang kebenaran.

 

Kerana itu Islam ini adalah satu akidah yang menyuruh dan menuntut ummat nya berfikir dan datang nya ia dengan hujah untuk manusia berfikir. Dan mereka yang hadir pada awal nya juga adalah mereka yang bersih hatinya.

Kerana Islam itu menanggalkan pakaian jahiliah lalu memberikan mereka persalinan keimanan.

Dan sebab itu lah juga mereka yang datang pada awal Islam adalah golongan hamba dan mereka yang hanif.

Mereka ini hadir apabila mendengar ayat-ayat [hujah] Al Quran ,berfikir ketika mendengar ayat tersebut. Dan mereka ini kebanyakan nya tidak ada apa yang mengikat mereka dengan jahiliah.

Tiada harta yang mengikat hati mereka,tiada pangkat yang mahu dipertahankan.Mereka datang dengan keluhuran.

Tiada apa yang ada dalam hidup mereka untuk mereka jadikan Tuhan.Tiada harta,nafsu dan apa jua untuk mereka abdikan diri mereka.

Lalu mereka menerima kalimah paling agung,dengan penuh sedar iaitu :

La ila ha Illallah. Muhammad Rasullullah.

Dan kalimah itu jika kita rujuk kepada kitab Al Islam jilid ke-2 membawa makna yang sangat dalam. Bukan setakat percaya kosong tetapi kepercayaan yang hadir dengan tindakan dan sumpah yang berat.

 

Maka itu lah sebenarnya isi pertama dalam perjuangan Rasul. Iaitu membawa kepada keimanan, menumbangkan jahiliah dalam diri,membunuh Tuhan nafsu,harta,pangkat dan wanita yang merajai hati lalu membentuk jiwa yang siap mempertahankan kepercayaan mereka.

 

Ciri-ciri Perjuangan Rasulullah

Setelah kita melihat intisari asas tentang tajuk pertama perjuangan Rasul, mari kita teliti apa ada dalam ciri perjuangan baginda. Sebelum kita pergi lebih jauh , kita perlu dasarkan bahawa ia adalah satu dakwah yang lengkap dan menyeluruh.

“ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam ; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”…

Al-Baqarah; 208

1. Keimanan

Inilah asas penting dalam sistem tarbiyyah Rasul. Ianya membentuk keimanan. Ia tidak lahir dengan cuma semangat-semangat sahaja. Metod Ilahi adalah satu sistem ampuh yang mengekalkan survival Islam di muka bumi. Telah kita saksikan silih berganti satu persatu ideologi ciptaan manusia ini jatuh dan luntur. Tetapi Islam ini tetap kekal dan tetap tidak berubah keaslian dasarnya.

Jika perjuangan ini didasarkan pada cuma semangat sahaja, apakah bila badai mengehntam kita dan hati kita dipatahkan oleh kekejaman tirani malah jika dihantar oleh Allah ujian yang berbagai rupa,maka kita meninggalkan perjuangan ini?

 

Jika didasarkan pada kesedaran untuk keadilan sosial dan mahu membelanya kerana berasakan seorang Muslim itu wajar begitu, maka adakah jika semua rakyat ini menjadi kaya, kita meninggalkan langkah yang kita tapaki ini?

 

Jika perjuangan Islam ini dibentuk dengan satu semangat pada pemerintahan dan mahu mempastikan bumi ini diperintah oleh katanya pemerintahan Islam, selepas kita berjaya dalam  memegang kuasa, apa arah tuju selepas itu?

 

Tetapi bila kita kembali kepada yang asas, ciri utama dan asas dakwah Rasul adalah membentuk keimanan. Membentuk iman seorang individu itu. Baginda membentuk iman Abu Bakar, Umar , Usman dan Ali menjadikan mereka pemuda-pemuda syurga yang berjalan di muka bumi.

 

Kerana ketika Rasul menyediakan seseorang itu dengan Iman, baginda menyediakan dia itu dengan satu alat yang bilamana dia menggunakan alat itu dia boleh menguasai segalanya.

Itulah yang dinamakan Iman. Dengan keimanan yang dibentuk, seorang Umar bertukar menjadi seorang pembela Islam yang hebat.

Dengan Iman seorang Ali sanggup mempertaruhkan nyawa untuk Islam nya.

 

Dan dari situlah kita dapat lihat, jika iman lah yang dibentuk dalam metod dakwah, seorang pemuda dakwah itu mampu untuk menjadi pembela kebajikan, menjaga ehwal halal dan haram dalam makanan, pejuang dalam sebuah pergerakan bahkan bingkas bangun membela negara teraniaya. Dan bahkan dia pula mampu merendahkan dirinya dan bangun di malam hari mengadap Tuhan nya.

 

Iman itu lah yang menggerakkan nya. Kerana itu di dalam Quran , perkataan iman akan disusuli dengan amal soleh.

 

6.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan (amal) yang soleh, maka untuk mereka, pahala yang tidak putus-putus.

Surah at-tin : 6

Lahirnya keimanan tidak akan menyebabkan seseorang itu duduk diam. Iman itu sifatnya bukan pasif. Iman itu tidak akan berhenti dan duduk. Kerana itu Allah mempersoalkan mereka yang mengatakan mereka itu beriman sedangkan mereka belum diuji sedangkan ujian itu adalah satu penetuan amal soleh yang dilakukan.

 

2.Pembentukan insan

 

Ketika pembinaan iman bermula, mereka yang dibentuk oleh Rasul dnegan iman itu telah menyerahkan diri mereka sesungguhnya kepada Rasulullah. Mereka meletakkan diri mereka untuk dibentuk oleh Rasul.

 

Dan ketika itu lah setiap yang hadir dalam dakwah Rasul dibentuk dengan cantik. Pembentukan Rasul pada Abu Bakar tidak sama dengan Rasul membentuk Umar.

Pembentukan Rasulullah pada setiap yang hadir adalah unik. Bergantung kepada apa yang diperlukan oleh mereka yang dibentuk itu.

 

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي اْلأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ ءَايَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلاَلٍ مُبِينٍ
Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang ummy seorang Rasul di antara mereka, yang metilawahkan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata (QS. 62/Al-Jumu’ah : 2)
Melihat kepada ayat di atas sahaja sudah cukup menjelaskan suasana pembentukan yang dibentuk oleh Rasul.
Dengan keimana yang hadir, maka mereka ini diacu dengan acuan Islam yang cantik yang menjadikan mereka ini pemuda yang mampu berbuat apa sahaja hatta mengalihkan bukit sekalipun mereka akan mampu berbuat.
.
.
Itu cuma 2 ciri yang ada , insyaAllah beberapa ciri dakwah Rasul kita boleh bincangkan nanti di kesempatan lain.
.
Maka disini, kita rujuk balik kepada pembentukan yang hadir pada kita.
.
Adakah pembentukan yang hadir dalam diri kita ini adalah suatu usaha mendidik ke arah membentuk keimanan?
atau cuma pada satu semangat untuk bersama-sama dalam persatuan?
.
atau cuma rasa keprihatinan untuk membela?
.
.
Dan yang kedua, adakah diri kita ini dibentuk dan dibina?
Dilatih dan di diberikan tunjuk ajar yang jelas?
Adakah akhlak kita dibentuk, sikap kita diukir dengan cantik. Rujuk juga bahagian lain dalam hidup kita.
.
Adakah kita dibina atau yang kita hadiri itu cumalah penuh dengan isi-isi kosong yang tidak membentuk.
.
Jika kita mampu menilai dan menjawabnya, maka disitulah kita akan menyedari tentang hakikat sebnar originality perjuangan Rasulullah.
.
.
Kerana itu kita sering sahaj persoalkan kenapa banyak betul beza ummat terdahulu dengan ummat sekarang. Kerana ummat itu bukan satu yang dikumpulkan tetapi dibina dari setiap fardhi Muslim yang hadir dalam mendokong deen Islam ini.
wallahualam.
akan kita sambung pembicaraan ini nanti.

 

 

 

One thought on “meneliti perjuangan dalam jalan keimanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s