Allah mahu beritahu kita dengan cara nya sendiri

Salam ukhwah.

 

Sangat lama blog ini tak dipudate. Bukan sudah malas. Cuma memasuki tahun akhir ni, hidup agak pack. Tahun ini saya menjadi Group Leader untuk FYP. Dan FYP adalah salah satu aspek penting dalam Final Year. Menambahkan lagi situasi yang ada, kajian lapangan saya pula dilakukan di Niah. Di dalam taman negara Niah merangkumi Gua Niah dan kawasan hutan nya serta kawasan pekannya.

Saya bersyukur mendapat team yang sangat best. Semua nya bertanggungjawab dan bersemangat nak buat kerja sama-sama. Buat masa ini alhamdulillah, tak ada masalah kritikal dalam group.  Bagi saya menjadi leader bukan cuma kita berjaya selesaikan sesuatu task tetapi kita sama-sama mengangkat kualiti setiap yang ada dalam group kita. Mahu menjadi group terbaik memang adalah satu target tetapi yang lebih penting adalah bagaimana setiap ahli group yang ada ditingkatkan kualiti. Jika sebelum ini dia tidak berapa pandai isu management, maka dia perlu diajar bagaimana untuk manage sesuatu urusan. Jika sebelum ini saya tidak pandai dalam bab akademik maka saya perlu lebih rajin untuk meningkatkan diri saya.

 

Dan final year ini juga, kerja pembinaan peribadi Muslim mestilah lagi ditingkatkan. Cuba kita bayangkan dan bandingkan. Pada era mekah, kejahiliahan nya hampir sama. Cuma zaman sekarang berhala yang disembah bukanlah dalam bentuk yang nyata seperti Latta dan Uzza tetapi zaman kini berhala moden dalam bentuk hawa nafsu, wanita,harta,pangkat dan lain-lain.Zina nya kini dahsyat,merompak  nya juga dahsyat. Ummat akhir zaman ini adalah ummat yang dahsyat.

Dan cuba kita bandingkan apa usaha Rasul pada zaman Mekah. Baginda rasul cuma membawa satu mesej, LailahaIllallha Muhammad Rasulullah. Baginda rasul membawakan mesej tauhid. Baginda tak membawakan satu visi pada awal nya mahu meningkatkan ekonomi ummat Islam. Baginda tidak bawa kan mesej mahu membina negara tentera yang kuat.

Baginda cuma membawakan mesej : TAUHID

Dan dari situlah pembinaan individu muslim berlaku. Bayangkan sebuah rumah yang dibina , jika ianya dibina dengan piling,dibina foundation nya dengan kukuh, rumah itu akan tahan lama. Tapi kalau rumah itu terus dicurahkan simen nya dan dibina dindingnya, memanglah akan jadi satu rumah tetapi berapa lama akan bertahan?

 

Memanglah kita akan bersusah payah dahulu. Mahu membina foundation rumah ini banyak kos yang perlu dihabiskan. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Tetapi kita bukan dakwah dan tarbiyyah mee segera. Bukan cuma mahu cepat siap tetapi tidak tahan lama. Kita cuba mentaati apa sahaja yang dilakukan Rasul.Jika baginda memulakan dengan membawa tauhid maka itu juga lah yang akan kita mula bawakan. Bukan dengan jalan yang lain.

 

Sebenarnya ketika menulis ini , saya baru sahaja sihat. Semalam ketika mengikut Hakam dengan group FYP nya ke fieldtrip saya rasa tidak sihat. Saya suspect saya keracunan makanan ataupun gastrik. Agak teruk juga. Nak muntah tapi tak boleh nak keluar apa-apa. Pening kepala yang amat sangat. Dan semalam lah kali pertama sem ni kantoi tak gi kelas. Tak tahan sangat. Dah ada di kampu sebab group meeting.Tapi disebabkan tak tahan sangat, maka dengan tenaga yang ada, saya menunggang kuda merah saya, dengan pening-pening balik ke bilik dan terus tidur.

 

Waktu sakit, kita merasa kecewa kerana banyak kerja tertangguh. Banyak perancangan tak berjalan.

Tetapi sebenarnya ketika sakit Allah cuba menyatakan rindu Nya dengan cara tersindiri.

Mungkin Dia ingin berkata :

” Kau perlukan rehat, maka berehatlah sebentar dari kerja mu dan nati kelak setelah kau baik dari rehat yang Aku bagi ini, kau boleh pergi jauh lagi”

Atau

” Kau telah berdosa pada apa yang kau tidak sedar,maka Aku ingin kau ingat kembali apa telah kau lakukan”

Atau

“Aku menjanjikan yang lebih baik supaya kau merasa dan bersyukur terhadap nikmat sihat”

 

Jadi saudara pembaca, jika anda juga sakit, maka bersyukurlah. Kerana Allah masih ligu rindu pada anda.

 

wallahualam.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s