Mis-judgement.

Assalam

Hari ini adalah hari yang sangat tragis bagi saya.Ya,sejak beberapa waktu ini, sangat [terlampau] sibuk. Dengan urusan FYP.Sampai macam tak ada masa untuk yang lain yang agak kurang penting. Ya, saya juga prioritikan waktu terhadap apa yang sedang cuba digerakkan. Tetapi dari itu,maka ada beberapa hal dan mereka yang lain yang terpaksa dikorbankan.

Ya!!

Final Year Project.

Dan itu cuma satu subjek sahaja.Belum termasuk subjek-subjek yang lain. Berbeza dari kawan-kawan yang lain, group kami Quartz [we shall prevail] ini melaksanakan projek kami di Gua Niah.

Ada banyak juga isu-isu yang timbul tetapi masih lagi boleh diselesaikan.Alhamdulillah. Bersyukur sebenarnya juga dapat tempat ini. Satu nya banyak pengalaman baru dan dapat belajar lebih dan extra.

Saya memang sangat perlukan pengalaman itu. Mana tahu jika saya memohon untuk melanjutkan Master, dengan pengalaman yang ada yang mungkin sedikit berbeza, menjadi tiket untuk pergi lebih jauh dalam dunia akademia.

Bukanlah saya tidak minat berkerja dengan industri. Industri itu bermakna lubuk wang ringgit dan kesenangan.

Tetapi ada perkara yang lebih penting yang perlu dilakukan dan untuk itu ada pengorbanan yang perlu dilakukan.

Sebenarnya saya baru balik dari Fieldtrip.Hari ini bukan dalam gua niah tetapi mengambil gravity reading. Dan gravity reading itu perlu diambil di dalam oil plantation.

Silap pertimbangan pertama adalah bila tak mampu untuk membuat pertimbangan mahu bawak masuk 4WD ke dalam laluan kami atau tak.

Dan itu buatkan kami berjalan kaki ke dalam.

Dan kemudian, ingatkan dekat aja dan mudah je perjalanan nya.6 km.Tak lah jauh sangat. Rupanya terrain yang ada sangat lah dahsyat. Turun naik bukit. Jalan berbatu kerikil keras. Dan beratnya casing Gravimeter.

Dan tak cukup lagi dengan judgement macam tu, kami semua tak bawak bekalan air yang cukup.

Dan disitulah baru nampak value setiap manusia. Dan baru nampak apabila manusia berada pada tahap yang sangat terdesak, apa yang mereka mampu lakukan. Dalam apa yang saya ceritakan ini adalah contoh yang baik juga.

Kawan sepengajian seorang rakyat Iraq, ya, dia juga penat.Tetapi dekat situ saya nampak dia seorang man of values. Jika sampai giliran untuk angkat gravimeter, maka dia tak mengelak. Walaupun hari ini dia yang lead excursion ni.

Hari ini juga kami diuji dengan dahaga yang dahsyat. Mahu ambil air di pili air tepi jalan, jadi sangat berbelah bagi. Air itu bukan milik kami. Jadi nya kami mencari tempat yang ada orang dan terjumpa lah tempat Hatchery dan minta sedikit air. Air paip. Jadilah. sakit perut esok tak tahulah.

Tapi apa pun memang banyak belajar hari ni. Banyak belajar dari silap diri dan dari value orang lain.

Jadi, kalau kita silap, jangan segan untuk belajar. Orang yang bodoh adalah orang yang tak mahu belajar dari silap diri.

Wallahualam.

2 thoughts on “Mis-judgement.

  1. Subhanallah. Dugaaan yang mencuba. Berbahagialah manusia yang memenangi dugaan tuhan. membezakan hamba taat dan beryukur dgn hamba yang lupa hakikat diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s