Bumi Kenyalang: Sekitar Pilihanraya 2011

As salam

 

Hari ini adalah hari mengundi. Kan bagus kalau di pusat mengundi disediakan mee kolok yang sedap. Di tamu Miri, di town ada sebuah kedai mee kolok di dalam tamu nya.Sedap. Lecturer saya, abang Awang yang bawak saya ke sana dulu. By pukul 12 je, jualan nya sudah habis.

Bumi Sarawak ini adalah satu tempat yang mengasyikkan. Orang nya ramah dan baik. Bahasanya tidak lah rumit kecuali kalau anda mahu cuba berbahasa dengan dialek Iban,Dayak atau yang lain.Itu mungkin perlukan intensive studies.

Suasananya juga banyak berbeza. Jika di Semenanjung kita cuma ada 3 bangsa besar, disini ada lebih 20 jenis bangsa atau suku kaum. Dengan punya bahasa asal yang berbeza. Tetapi disini tidak ada pula ketegangan kaum dan rusuhan yang besar.

Langitnya indah, pantai nya tidak lah cantik.Mungkin kerana aktiviti industri minyak.

Dan hasil bumi nya banyak sekali. Bukan negeri yang miskin.

Tetapi, selama 3 tahun lebih menjalani hidup di Miri, banyak yang dapat kami lihat. Saya banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan . Dengan JCLA ,kampus,persatuan luar dari kampus bahkan bersendirian bersama kawan-kawan.

Masyarakat Miri adalah masyarakat penyayang. Mereka tidak lokek membantu.

Itu satu kebaikan di sini . Tetapi bantuan yang datang dari masyarakat am tidak mampu membantu sepenuhnya kesusahan dan kedaifan hidup.

Ada sebilangan tempat di Miri yang tidak pun jauh dari bandar bahkan laluan wayar elektrik melintasi kampung mereka tetapi tetap juga tiada bekalan elektrik yang diberikan sedangkan rumah besar berhadapan kampung mereka bergemerlapan dengan cahaya waktu malam.

Ironinya, nama kampung itu adalah kampung api-api. Kampung yang tiada api. Ya ,mungkin ia adalah rumah setinggan,tetapi mereka bukan pendatang haram.Mereka adalah rakyat Malaysia.Yang punya IC yang sama dengan IC Perdana Menteri. Atau adakah IC rakyat marhaen macam saya dan penduduk kampung itu ada warna atau cop yang berbeza.

Itu yang berdekatan dengan kawasan bandar. Yang jauh dengan bandar apatah lagi.

 

Dan sejak beberapa minggu lalu, kawasan-kawasan ini menjadi popular.Kenapa? Kerana untuk hari ini.Pilihanraya Sarawak!!

Maka, datanglah macam-macam manusia dengan bermacam-macam janji. Datang dengan bermacam-macam slogan.

Ada yang datang dengan mengatakan kita mahu kan perubahan.

Ada yang datang dengan cop biasa: kita berikan kemajuan.

Ada yang datang dengan lisan menolak kezaliman.

Dan mereka ini juga datang dengan sumbangan. Datang dengan buah tangan dan senyuman. Dan sejak beberapa minggu ini,mereka yang susah ini dianggap macam teman seperjuangan. Badan berpeluh dan kalau seminggu tak mandi pun tak apa akan dipeluk cium juga. Tanda kasih pada rakyat.

Rakyat ini dalam tempoh beberapa minggu ini menjadi raja seketika. Jika dia cacat,dia diusung. Jika dia tua, dia didukung. Jika dia miskin, diberi pula wang dan bantuan.

Semua nya semata-mata untuk hari ini.

Untuk hari mengundi.

Ah!!! Benar-benar sebuah sketsa.Teater kehidupan politikus!

 

Benarkah mereka ini esok hari,akan dilayan dengan layanan yang sama.

Adakah mereka ini,esok hari akan disapa dan diberi salam?

Atau adakah esok hari,mereka ini masih lagi politikus itu masih mengenal??

Sedih.

Cuma kita berdoa, akan ada perubahan pada setiap yang buruk.

Wallahua’lam

 

 

3 thoughts on “Bumi Kenyalang: Sekitar Pilihanraya 2011

  1. Assalamu’alaikum

    Malam tadi rakan anak dari Miri tidur di rumah makcik, hari ini dia dah ke tempat trainingnya. Daoatlah makan pulut dengan ayam kampong masakan orang Miri. Ada kek lapis dan ikan terubuk masin. Boleh dikatakan selalu juga dia ke rumah makcik.

    Tentang mee kolok baru terbaca di s/khabar baru2 ni. Sedap ya

    • wslm.

      apa kabar mak cik?sihatkah?

      beruntung dapat rasa masakan tempatan sarawak. masakan tempatan nya sedap.tapi kalau mereka cuba nak memasak makanan dari semenanjung,semacam asam pedas atau yg lain nya, rasa nya agak tak kena pada lidah.

      tapi kalau laksa sarawak,mee belacan, mee kolok , dan lain-lain,itu yg buat saya bertambah berat selama berada dekat sini.

  2. Salam kembali

    Alhamdulillah makcik diberikan kekuatan dan kesihatan.. masih berusaha berubat.. kini sedang dalam rawatan proloteraphy dan fisiterafi serta berusaha keras menurunkan berat badan.

    Makcik belum pernah rasa mee kolok, mee belacan serta laksa serawak tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s