Alangkah Lucunya Negeri Ini!!!

Salam.

Sempat juga menonton movie dari Hard disk seorang kawan. Dalam kesibukan tahun akhir, cuba juga mencari masa untuk menonton beberapa movie yang agak menarik. Saya seorang geologist, juga seorang Muslim, juga seorang idealis dan realist, maka apa agaknya genre filem yang akan saya tonton?

Saya sukakan filem yang boleh dikategorikan agak berat. V for Vandetta, Kingdom of Heaven adalah antara filem yang saya gemari. Saya ulangi menonton V for Vandetta banyak kali. Kisah anti-establishment kata para pengkritik filem ini.Tetapi apa saya dapati,ia adalah kisah nyata kuasa dan kekuasaan. Kisah tentang idealisme.

Juga saya gemar filem berkait dengan geology dan baru – baru ini dapat menonton Sanctum. Ah! apalagi yang boleh saya katakan, saya seorang geologist yang sedang mengkaji tentang gua yang  amat terkenal di Malaysia, Gua Niah. Sanctum memberikan suntikan semangat baru. Sekurang nya menonton Sanctum menyuntik sedikit lebih dose minat terhadap FYP yang saya kerjakan dan untuk mengharungi sem ini dan satu sem sahaja lagi.Satu sem sahaja lagi untuk bergelar graduan.Ya,perancangan sudah ada untuk ke depan dan usaha untuk mencapai perancangan itu sedang diteruskan. Mengambil langkah berbeza dari majoriti mungkin sesuatu yang agak mengejutkan tetapi ada tanggungjawab yang lebih besar dari cuma untuk mencapai kepuasan diri.

Kami disini major di dalam Petroleum Geology, dan bila ditawarkan oleh HOD untuk melakukan FYP di Gua Niah dan geologi kawasan Batu Niah adalah ibarat belajar Cave 101 dan Carbonate 101. Bermula dari kosong. Ya, cabarannya lebih besar kerana kami menetapkan benchmark kami sendiri. Kami meletakkan standard kami sendiri.

Banyak juga cabarannya,tetapi insyaAllah perjuangan kena terus. Cuma setapak dua sahaja lagi untuk menamatkan perjalanan disini.

Tadi sempat menonton Alangkah Lucu Nya Negeri Ini.

Benar, cerita nya satu kisah lucu yang agak membelah hati. Kerana kelucuan itu menimbulkan kesedihan yang amat pedih. Betapa benar cerita lucu itu. Cerita lucu yang menampakkan kebenaran dengan ceritanya tersendiri.

Ia cerita seorang anak bangsa yang baru keluar dengan penuh impian, tetapi keluarnya itu dengan pengangguran. Ke sana – sini dia usaha, tetap juga tiada kerja. Perusahaan yang dia kunjungi untuk mecuba nasib, hampir bangkrap dan ada sudah berpindah.

Sedang di kiri kanan jalan, masyarakat dalam kebingungan. Terlalu percaya pada khurafat dan syirik.

Ada pula anak-anak gelendangan, yang tidak punya pelajaran,menjadi penyeluk saku.

Lalu dia mencuba untuk mengubah nasib anak-anak itu,dari menjadi penyeluk saku kepada mereka yang berusaha untuk mencari halal dalam rezeki.

Bukan anak itu sahaja yang dia cuba ubah, tetapi juga rakannya yang menjadi “kutu” walaupun lepasan kolej dan seorang rakan perempuannya yang seakan tiada kerja dan membuang masa.

Ya, dia menjadi agen perubah!!

Cerita ini lucu, tetapi apa lebih lucu, ia adalah cerita paling benar pernah saya tonton. Cerita yang sangat realistik. Dan idealisme yang ada dalam nya adalah sama dengan apa yang saya yakini.

Pernah dahulu saya membaca sebuah sajak. Nasihat seorang ayah kepada anak nya untuk tidak menjadi perompak besar,yang mencuri harta rakyat.Yang lebih kotor dan keji tangan nya.

Ah! Dua-dua adalah satu dosa yang sama. Besar atau kecilnya jumlah adalah tetap pencuri. Tetapi kekejian itu adalah lebih tinggi kepada perompak besar ini! Mereka tampak suci pada mata rakyat. Pembela masyarakat marhaen. Dengan janji-janji bertan-tan.

Tetapi hak rakyat lah yang dizalimi. Harta perbendaharaan negara, minyak nya, kayu balaknya, emas nya, semuanya digemukkan di dalam perut sendiri. Cukup beberapa tahun , dan beberapa minggu sebelum pilihanraya, maka dikeluarkan lah sedikit modal dalam beberapa ratus ribu,untuk menarik rasa sayang rakyat.

Oh!! Inilah pembela kita. Dia bantu kita dengan jalan baru. Dengan perahu baru. Dengan haiwan ternak bantuan.

Dan setelah beberapa waktu, tinggallah mereka yang memuja nya itu. Tidak lagi di dengar khabar berita. Yang didengar, tanah si fulan bin si fulan dirampas dan diberi harga yang rendah sebagai pampasan.

Yang didengar, konsesi hasil bumi negara tidak terasa oleh rakyat kerana hasilnya pulang cuma pada beberapa orang.

Kotornya kuroptor!!

Tak terbayang saya bagaimana kita tergamak untuk ambil hak orang lain. Tak terbayang saya kita boleh gembira memberi makan anak isteri kita dengan hak dan hart orang lain. Tak terbayang saya boleh nyenyak nya tidur dengan kemewahan yang dicuri.

Lucunya negeri ini!!

Ya, mereka penyangak besar itu tak ditangkap. Sebagaimana kisah dalam filem itu, karakter utama menghalang polis dari menangkap anak gelendangan yang dulunya penyeluk saku tetapi kini menjadi penjual di jalanan. Ya, dari kerja keji menjadi kerja yang halal. Tetapi mereka ini cuba ditangkap dengan alasan menghalang lalu lintas.

Saya sendiri pernah melihat keadaan ini dimana penjual tepi jalan dihalau dan ada barang mereka disita. Mereka ini cuba mencari rezeki halal. Dengan kudrat dan usaha mereka sendiri.

Kenapa tidak ditangkap penjarah harta rakyat yang menyebabkan golongan penyeluk saku, penjual jalanan dan rakyat marhaen yang lain ini susah. Kenapa mereka ini tidak dibicarakan?

Oh!! Alangkah lucunya negeri ini!!

Perompak

Pencuri

Penzina

Pendusta

Menjadi mereka yang terpercaya.Menjadi wira yang disanjung.

Sedangkan rakyat tetap tak terbela. Hak mereka dibolot. Dan hasil mereka diperah.

Oh. Alangkah lucunya negeri ini.

Dan ada juga kelompok agama yang cepat menghukum sebelum melihat dan mentafsir. Cepat meletakkan silap dan salah. Cepat mencop kamu ahli syurga dan kamu ahli neraka. Siapa kita??

Saya tonton juga filem Sang Murabbi. Ya, saya selalu mendengar kisah-kisah sahabat-sahabat disana dan perjuangan mereka lewat program-program yang punyai keterlibatan bersama, tetapi cuma mampu mendengar sahaja lah. Ada yang suka mencari perbedaan dalam perjuangan.

Oh!! Apa yang dia cuba bawakan tidak sama dengan kita bawakan. Dia cuba bawakan kesesatan. Dia cuba bawakan perpecahan.

Tetapi, apa yang lain nya? Adakah kita berillah kan kepada bendera atau kepada Allah?

Kita cuma berbeza cara dan jalan yang kita yakini tetapi itu tak bermaksud kita berada dalam perbezaan bahkan barangkali kita berada dalam jalur yang sama. Cuma jalan yang kita guna dan percaya adalah berbeza. Mahu ke  Niah, boleh saja guna jalan lama Trans-Borneo dan boleh saja guna Coastal Road. Adakah sesat dan berpecah kalau kamu guna Coastal Road tetapi saya mengguna jalan Trans Borneo.

Yang kita nak tuju bukan jalan itu tetapi matlamatnya adalah lokasi yang kita nak tuju. Tetapi yang penting, jalan nya sahaja kena betul. Jalannya kena tepat. Kalau mahu ke Niah, tetapi guna jalan ke Brunei, takkan sampai ke Niah.

Tetapi jika mahu ke Niah, tetapi anda gunakan jalan Coastal dan saya guna ajalan Trans Borneo, kita insyaAllah akan berjumpa di persimpangan sebelum sampai ke Batu Niah,tempat tujuan kita tadi. Jadi apa perlu bising-bising dengan jalan mana yang kita ambil. Yang penting jalan itu jalan yang benar.Yang kita patut ghirah untuk tiba adalh tujuannya.Bukan jalannya.

Ya,kita pasti berjumpa.Masa nya sahaja kita tak tahu bila.

Betul. Alangkah Lucunya negeri ini.

Dan juga kisah filem itu mahu cuba memaparkan masyarakat dengan kisah sebenarnya. Ada yang cuba bertanding menjadi wakil rakyat tetapi dia bukan orang terpercaya.

Dan ada juga masyarakat yang merasakan pendidikan itu tidak penting. Dalam cerita itu sahaja menunjukkan, mahu dijadikan menantu,paling utama adalah penghasilan tidak kisah lah dia adalah wakil rakyat yang tidak terpercaya. Bukan yang dicari adalah keimanan,tanggungjawab dan usaha.

Ya, penghasilan itu adalah satu perkara yang amat penting dan saya juga mengambil penting nya penghasilan itu. Tetapi apa berkahnya penghasilan yang besar kalau ia adalah hasil dari sumber yang haram?

Oh!! Alangkah Lucunya Negeri Ini!!!!

 dan alangkah lucunya kita yang tertawa tetapi tidak menyedari nya…

2 thoughts on “Alangkah Lucunya Negeri Ini!!!

  1. NUMPANG INFO YA BOS… bila tidak berkenan silakan dihapus:-)

    LOWONGAN KERJA GAJI RP 3 JUTA HINGGA 15 JUTA PER MINGGU

    1. Perusahaan ODAP (Online Based Data Assignment Program)
    2. Membutuhkan 200 Karyawan Untuk Semua Golongan Individu (SMU, Kuliah, Sarjana, karyawan dll yang memilki koneksi internet. Dapat dikerjakan dirumah, disekolah, atau dikantor.
    3. Dengan penawaran GAJI POKOK 2 JUTA/Bulan Dan Potensi penghasilan hingga Rp3 Juta sampai Rp15 Juta/Minggu.
    4. Jenis Pekerjaan ENTRY DATA(memasukkan data) per data Rp10rb rupiah, bila anda sanggup mengentry hingga 50 data perhari berarti nilai GAJI anda Rp10rbx50=Rp500rb/HARI, bila dalam 1bulan=Rp500rbx30hari=Rp15Juta/bulan
    5. Kami berikan langsung 200ribu didepan untuk menambah semangat kerja anda
    6. Kirim nama lengkap anda & alamat Email anda MELALUI WEBSITE Kami, info dan petunjuk kerja selengkapnya kami kirim via Email >> http://entrydatabase.blogspot.com/

  2. Assalamu’alaikum Tajul

    Makcik doakan agar Tajul berjaya dalam setiap lapangan. Usaha ke arah yang baik atau tak baik semuanya dipermudahkan Allah, cuma barangkali ramai yang terepesona dengan kesenangan yang sementara dan yang segera tanpa memerhatikan hasil janga panjang.

    Mudah2an Tajul dapat membuka minda ramai yang berada dalam kekeliruan.

    Bercakap tentang geology.. banyak yang boleh kita bercakap tentangnya kan.. ya kita asal daripada tanah kita juga akan kembali menjadi tanah.. dan banyak lagi persoalannya..

    Tanah juga tak pernah berhenti pergerakannya.. ada himpitan dan geseran dalamnya, segala jenis batuan dan mineral terdapat dalamnya.. subhanallah.. Allahu Akbar..

    Semoga Tajul tetapa berada atas jalan yang lurus menuju matklamat menjadi ulul albab yang percaya pada sunnatullah dan amalkan syari’atullah.. Allahumma Amiin

    Semoga

Leave a reply to werdah Cancel reply