Bersihkah Bersih?

Assalam.

Malaysia kita ini sudah semakin kacau rasanya. Kacau dengan bermacam kerenah politik yang pelik-pelik. Barangkali Malaysia ini makin menjadi seperti Thailand.Perang Merah dan Kuning.

Saya adalah cuma seorang mahasiswa. Ramai orang yang mungkin lebih tua dari pada saya mengatakan kami ini muda. Patut duduk diam, belajar, senyap dan biarkan mereka yang lebih berhak [kononnya] untuk menjalankan kerja.

Barangkali mereka tidak baca sejarah agaknya yang kebanyakan revolusi dan perubahan dalam sejarah adalah dari tenaga orang muda yang menjadi bahan bakarnya.

Dari zaman para Nabi,zaman Nabi Muhammad juga bahkan ketika era kini, malah paling baru di Timur Tengah, ia didokong oleh orang muda!!!

Perjuangan ini sebagaimana saya baca dalam suatu majalah tulisan seorang yang dihormati, perjuangan ini di mulakan oleh orang alim.Mereka ini yang punya idealisme. Dan disokong dan di dokong oleh pemberani.Lalu di dabik dada ketika kejayaan yang datang oleh sang pengecut.

Dan setahu saya, kebanyakan mereka yang menjadi bahan bakar yakni sang pemberani ini adalah orang muda yang mereka ini tidak pun mahu menjadi menteri.Cuma mereka mahu menegakkan prinsip mereka.  Itu sahaja.

Jadi kenapa tidak anda cuba berhenti sekajp dan mendengar apa yang kami cuba katakan.Ya,kami kurang kematangan menurut anda, tetapi mungkin dengan kenaifan kami, kami lebih mudah memandang antara haq dan bathil. Kerana kami tidak ada apa untuk dipertahankan kecuali prinsip kami. Kami tidak perlu mahu pertahankan jawatan dan pangkat kami semacam anda. Tak perlu pertahankan untuk peluang melobi kontrak billion ringgit.

…………………………………………………………………….

Berhubung dengan itu mungkin saya ingin mengulas sedikit tentang isu Bersih. Bersih yang mungkin bagi anda adalah bersih dan mungkin juga kotor.

Dibaca dalam harakah bunyi nya lain. Dibaca dalam utusan bunyinya lain. Bagi sesetengah orang, ya, ia mungkin adalah satu revolusi untuk menegakkan keadilan dalam proses pilihanraya. Bagi sesetengah yang lain pula adalah untuk menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman.

Alhamdulillah, ada wujud mereka yang masih berhati sensitif terhadap kerosakan ummat.

Tetapi, mari kita teliti dengan lebih mendalam. Pemain utama Bersih ini adalah parti parti politik tertentu dengan kerjasama sekali beberapa aktivis terutamanya Datuk Ambiga.

Pemain utama ini bercampur-campur karakternya. Pas, DAP,PKR ,dan macam macam lagi.

Mungkin ada yang benar mahu menjatuhkan kezaliman jika mereka mengatakan yang kerajaan yang ada sekarang ini adalah kerajaan yang sangat zalim.

Masa yang dilancarkan juga sangat kena dengan kejatuhan kerajaan zalim di Timur tengah. Tetapi benarkah zalim nya kerajaan yang ada sekarang ini?

Pakatan Rakyat menguasai 5 buah negeri. Jumlah yang besar.Hampir separuh negara ini. Mereka adalah sebuah model kerajaan kalau mahu diikutkan. Bukan juga sedikit kekacauan yang berlaku. Takkan semua nya juga mahu disalahkan pada UMNO?

Saya bukan pendokong UMNO. Saya faham benar dunia politik ini dan kotornya ia jika tidak disibghah dengan Islam.Dan itu bukan untuk saya. Tetapi tak bermakna saya juga menyokong aspirasi PKR atau DAP.

Jika ditanya pada mereka yang pro-pembangkang ini, maka bermacam dalil dikemukakan betapa zalimnya kerajaan ini. Tetapi jika dirujuk kepada mereka jasa-jasa yang dibuat oleh kerajaan yang ada, maka alasan mereka, itu kan tanggungjawab kerajaan.

Bila ditanya pula pada pendokong kerajaan, maka mereka mengatakan pembangkang ini zalim.Memecahbelahkan bangsa. Ada yang diperkudakan.

Ah,sudah.Semua nya tak betul.

Susah juga. Maka bagi saya, saya memilih kebaikan. Bukan bermaksud saya tidak pilih satu-satu parti saya akan masuk neraka. Neraka itu dan Syurga serta keindahannya, adalah urusan Allah.

Kena diingat juga, dalil jika tidak mengikut jemaah ini adalah jemaah rasullullah. Bukan jamiatul minal muslimin.

Jadi jika kita menimbang baik buruk, mari kita lihat pada individu pendokongnya. Datuk Ambiga. Beliau memang kita kenali adalah seorang yang mempertahankan isu murtad dalam kes Lina Joy.Beliau juga pendokong dalam IFC.

Maka jelas sekali, dia ini memusuhi Islam. Baik, jika anda berdalil, orang yang murtad ini jika kita tahan pun memang tidak mampu kita mahu buat apa. Orang yang murtad ini cuma mahu melakukannya secara formal sedangkan i’tikad nya sudah bukan lagi Muslim.

Tetapi bukan itu saya bincangkan. Yang saya bincangkan ini adalah Ambiga ini. Jika jelas lagi bersuluh dia ini cuba mempertikaikan sedangkan dia ini adalah orang terpelajar, maka jelas dia menggunakan akal dan skill nya untuk menentang undang-undang yang cuba untuk memelihara Islam. Ya,undang-undang itu mungkin tidak sempurna tetapi kita faham ia cuba untuk melindungi Islam ini. Jadi ,bukankah tindakan itu adalah tindakan menentang?

Dan bukankah haram jika kita sama sama bersekongkol dengan orang yang cuba untuk menjatuhkan Islam ini.

DAP tidak perlu lah kita persoalkan. Kita sudah kenal mereka ini macam mana.

Ya,kita memahami, UMNO ini dan sekutunya memang telah banyak melakukan noda. Tetapi bukankah mereka juga sudah banyak menabur jasa??

DAP , PAS dan PKR juga telah banyak menabur jasa. Kita faham.Dan banyak juga noda. Itu pun kita faham.

Tetapi,adakah yang akan dibawa selepas ini adalah kebaikan juga?

Adakah nama Pakatan Rakyat benar-benar mewakili rakyat?

Adakah nama Umno sebagai Juara Rakyat benar-benar memenangkan rakyat?

Kita selidik betul-betul sebagai orang atas pagar.Lihat dengan hati terbuka. Pilih dengan betul.Jika tidak mahu mendokong pun tidak apa. Tetapi pilihlah kebaikan.

Tidak semua yang dibuat kerajaan ini benar.Banyak juga zalimnya. Tetapi tidak sikit yang dilakukan dan jasa mereka ini banyak baik nya. Banyak cantiknya.

Pembangkang juga begitu. Jadi pilihlah dengan hati terbuka. Jangan tutup hati.

Jangan kerana kita pandang satu pihak sahaja zalim maka dia ini sepenuhnya syaitan. Sedangkan UMNO itu didokong oleh orang Islam. Yang cuma masalahnya terlalu ultra-melayunya.Tetapi mereka ini tetap seorang Muslim.Bukan kafir.

Yang ternyata kafir yang memusuhi, sudah kita kenal siapa.

Yang anda pilih sekarang bukan hitam atau putih.Cuma kelabu yang kurang lebih kekelabuannya.

Cuba anda tanggalkan pakaian parti itu daripada warnanya dan lihat pada prinsipnya. Tanggalkan slogan-slogan Hidup Melayu, Hidup Cina,Keadilan untuk semua, Negara berkebajikan dan lain-lain,lantas lihat pada prinsip perjuangan mereka dan apa yang telah mereka perjuangkan.Tanggalkan pada pandangan anda sekalian jubah,serban,kot labuh,kemeja,songkok dan lain nya lalu lihat pada prinsip perjuangan mereka.

Saya pasti mahu atau tidak, anda terpaksa mengakui anda akan mampu lihat mana kelabu hampir putih,mana kelabu hampir hitam.

Wallahualam.

Saya cuma mahasiswa yang sayangkan negara.Jangan tangkap saya.

Negara 1000 Tuhan

Ini negara 1000 Tuhan

Mungkin kamu dan aku punya Tuhan berbeza.

Dengan 1000 Tuhan yang lain

 

 

Ini negara 1000 Tuhan

Bukan cuma Krishna

Bukan cuma Buddha

 

Bukan cuma Tuhan yang punya macam nama

Ya, itu Tuhan yang mungkin kamu sembah

Dan aku mengasingkan diri ku pada apa yang kamu sembah.

 

 

Cuma ini negara 1000 Tuhan.

Dengan 1000 Tuhan yang berbeza

Dengan cara sembahan yang berbeza.

Ini negara 1000 Tuhan

Tuhan dengan sembahannya;

Tuhan Kekuasaan dengan sembahannya riya’

Harta dengan sembahannya kikir

Nafsu dengan semabahannya kertelanjuran

Wanita dengan sembahannya keterikutan

Kemewahan dengan sembahannya lalai

Gelaran dengan sembahannya kebanggaan diri

Dengan bermacam Tuhan yang lain

 

Ya…Barangkali masa luang mu adalah Tuhan mu

Apa lagi pada komputer, televisi,

bahkan kerja mu menjadi Tuhan mu..

Atau keluarga mu menjadi Tuhan mu…

Bahkan rasa cinta mu menjadi Tuhan..

 

Kerna kau menurut nafsu mu dalam setiap waktu.

 

Ya,ini negara 1000 Tuhan.

Pemimpin nya punya Tuhan yang lain.

Peniaganya punya Tuhan yang lain.

Anak nya punya Tuhan yang lain.

Keluarganya punya Tuhan yang lain.

 

Ini negara 1000 Tuhan

Tuhan kamu Tuhan yang mana?

 

 

Aku pasti dan aku cuba memastikan, aku kenal Tuhan ku.

Dan aku cuba mengenal Tuhan ku.

Kamu kenalkah Tuhan mu?

Dengan sebenarnya kau kenali Dia??

Siakap…

Salam.

cuma mengambil satu sahaja pantun dari Allayarham Usman Awang

Siakap senohong
gelama ikan duri
Bercakap bohong
Bolehkah jadi menteri?

Sekarang ini sukar untuk meletakkan kepercayaan kepada manusia yang kita angkat kan sebagai pemimpin. Membaca berita dari macam macam sudut bukan menjernihkan keserabutan akal untuk memahami keadaan politik semasa, tetapi makin serabut.

Mungkin kebanyakan [rasanya semua] lahir dari sistem yang bukan Islami. Yang ada cuma saduran Islam. Islam disadurkan pada pakaian. Pada movie dan drama. Pada politik. Tetapi bukan menjadi dasar. Dan sampai menjadi susah untuk membezakan.

Kalau ianya semudah hitam dan putih, ya, ia nya mudah. Tapi mungkin barangkali kalau kita teliti dengan jelas ada jalur kelabu.Atau barangkali semuanya hitam tapi kadar kehitamannya mungkin kurang.[adakah kadar hitam.Kelabu gelap mungkin.]

Mungkin suatu waktu kelak, akan wujud yang memperjuangkan kebenaran dengan dasar yang betul tanpa campur tangan yang meragukan.

Barangkali api perjuangan itu bahan bakarnya adalah mereka yang sudi menyerahkan hatinya untuk deen ini dan bersama menggerakkannya tanpa perlu mengharap dari yang lain.

Barangkali ia boleh menjadi api yang membakar semua kebathilan. Dalam bentuk hitam yang sebenarnya atau hitam yang wujud dan disadurkan dengan kekelabuan.Ya, syaitan bijak mencantikkan yang hodoh.

Barangkali anda dan saya mahu menjadi bahan bakar tersebut?

Wallahualam

Ketika……

‘Ketika kerjamu tidak dihargai maka sa’at itu kamu sedang belajar tentang ketulusan.
Ketika usahamu dinilai tidak penting maka sa’at itu kamu sedang belajar tentang keikhlasan.
Ketika hatimu terluka sangat dalam maka sa’at itu kamu sedang belajar tentang mema’afkan.
Ketika kamu harus lelah dan kecewa maka sa’at itu kamu sedang belajar tentang kesungguhan.
Ketika kamu merasa sepi dan sendiri maka sa’at itu kamu sedang belajar tentang ketangguhan.
Ketika kamu membayar biaya yang sebenarnya tidak perlu kamu tanggung maka sa’at itu kamun sedang belajar tentang kemurahan hati.
Tetap Semangat…..
Tetap Sabar…….
Tetap Tersenyum……
Tetap Belajar…….
Kerana engkau sedang menimba ilmu di Universiti Kehidupan..!!!
Allah meletakkan kamu ditempatmu yang sekarang bukan kerana kebetulan……
Dia punya maksud untuk hidupmu.
Dia ingin menjadikan sebagai malaikat bagi sesamamu.
Allah mencintaimu….Allah mengasihimu ‘.
                                                     P.A.P via AFMA via Az

………………………………………………………….

Nasihat yang dapat dikongsi bersama.Dari seorang pejuang medan dakwah yang kami kenali yang dapat saya kongsikan bersama anda.

Wallahualam.

P/S: jalan itu masih panjang lagi rupanya..

aku rindu….

Salam.mendapat email dari seorang sahabat.Rasanya bagus kalau dikongsikan.moga bermanfaat.

KATA-KATA “SANG MURABBI” KH RAHMAT ABDULLAH

Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah keperluan,
bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …

Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban

bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan,

bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan,

 bukan keraguan apalagi kecurigaan …

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan,

bukan tuntutan, hujatan dan obyekan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan

 bukan su’udzon atau menjatuhkan …

Aku rindu zaman ketika kita semua

memberikan segalanya untuk da’wah ini …

Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba

 manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan

dan terlambat adalah kelalaian …

Aku rindu zaman ketika malam gerimis

pergi ke puncak mengisi dauroh
dengan ongkos yang cukup2
dan peta tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah

benar-benar berjalan kaki 2 jam
di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah …

Aku rindu zaman ketika pergi liqo

selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan
dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …

Aku rindu zaman ketika binaan menangis

karena tak bisa hadir di liqo …

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk

untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah

berangkat liqo dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi

sakit dan harus dirawat,
para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …

Ya Rabb …
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …

Ya Rabb …
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …

Kita mahu mengejar apa?

Salam

Pernyataan Cinta

Bila tak kunyatakan keindahan-Mu dalam kata,

Kusimpan kasih-Mu dalam dada.

Bila kucium harum mawar tanpa cinta-Mu,

Segera saja bagai duri bakarlah aku.

Meskipun aku diam tenang bagai ikan,

Tapi aku gelisah pula bagai ombak dalam lautan

Kau yang telah menutup rapat bibirku,

Tariklah misaiku ke dekat-Mu.

Apakah maksud-Mu?

Mana kutahu?

Aku hanya tahu bahwa aku siap dalam iringan ini selalu.

Kukunyah lagi mamahan kepedihan mengenangmu,

Bagai unta memahah biak makanannya,

Dan bagai unta yang geram mulutku berbusa.

Meskipun aku tinggal tersembunyi dan tidak bicara,

Di hadirat Kasih aku jelas dan nyata.

Aku bagai benih di bawah tanah,

Aku menanti tanda musim semi.

Hingga tanpa nafasku sendiri aku dapat bernafas wangi,

Dan tanpa kepalaku sendiri aku dapat membelai kepala lagi.

-Jalaluddin Rumi-

…………………………………………………..

Sekarang sudah berada beberapa hari di Langkawi. Bumi yang indah.Seronok berada di sini. Esok akan ke tanah besar. Menghantar adik bongsu saya ke Uniten. Sedih juga tak dapat menghadiri program cuti ni.

Balik cuti ni banyak berita berita yang baru dapat saya baca dan tonton.Di Miri cuma utusanonline,harakahonline dan semua yang online sahaja dapat dibaca maka ada keterbatasan berita yang dapat dicapai.

Melihat berita berita baru ,banyak yang saya terfikir. Alhamdulillah.Kesedaran tentang Islam semakin hebat. Semakin mekar dan berkembang. Janji Allah barangkali makin hampir.Cuma terletak pada kita yang menggerakkan supaya Allah mengizinkan Islam menjadi panji utama.

Kerana jika kita usaha sekuat manapun tetapi hati tidak ikhlas dan apa yang kita bawa tidak menuju kepada Dia,adakah Allah akan berikan amanah itu kepada kita.

Sudah lebih 50 tahun merdeka. Sudah berpuluh tahun gerakan Islam berjalan di Malaysia. Ya, benar… Kita bukan lihat pada masa dan kenapa lambatnya. Saya tak bercakap tentang itu kerana kita berusaha tetapi Allah yang akan menentukan segalanya berhasil atau tidak.

Tetapi kita akan bicara mungkin kah lambatnya datang segala apa yang  diimpikan itu mungkin akibat dosa kita?

Mungkin sekali apa yang kita kejarkan bukan menujukan cinta kita kepada Allah. Kita menjadi organisasi, parti mahupun apa sahaja segalanya adalah untuk menujukan cinta kita kepada Allah. Untuk membawakan diri kita kepada Allah. Dan organisasi, parti atau apa sahaja adalah cuma ALAT. Bukan MATLAMAT. Beza besar ada disitu.

Jika ia menjadi alat, maka ia cuma digunakan untuk menuju matlamat. Tetapi kalau itu menjadi matlamat , itu yang menjadi jom ikut parti yyy.jom join group xxx dan berlumba untuk tengok besar atau tidak group yang dibawa.

Dan masing masing mengatakan kami ini diakui. Di berikan consent. Siapa yang bagi approval agaknya? Kalau masing-masing mengatakan adalah yang diapproved, jadi mana satu yang 100% lepas ISO nya?

Jika yang tidak mengikut jalan yang sama dikata terbuang atau terkeluar.

Itukah yang Rasul ajarkan?

Kalau ia nya menjadi alat, maka nuansa nya berbeza. Ia dibawa dengan hati-hati. Setiap apa yang dilakukan adalah merujuk kepada apa yang Rasul lakukan. Mengikut manhaj Rasulullah.

Jika ianya menjadi alat,kita berlapang dada dengan penggunaan alat alat yang lain. Mungkin kita merasakan alat yang kita ada adalah alat yang terbaik tetapi tak bermakna alat yang diguna oleh orang lain adalah alat yang buruk.

Mungkin kita seronok berada bersama di kalangan kita dan kurang untuk introspeksi diri sendiri.

Rasanya apa yang kita mahu lakukan adalah memperbaiki diri, keluarga,ummat,negara,kesatuan negara-negara dan alam ini dalam tujuan kita untuk melahirkan cinta kita kepada Allah dan mencari redha Allah.

Jadi, adakah tindakan kita yang macam macam ini Allah redha?? Soal diri kita sendiri..

Seorang yang saya hormati pernah beritahu saya,

” Akhi, kalau anta jumpa ada yang bawak lagi baik dari ana bawak, anta ikutlah orang tu.”

Dan dia berkata lagi ,

“Akhi,ingat.Kita mengajak kepada Islam.Bukan mengajak kepada kita”

Rasa nya lah,keinginan untuk mempersatukan ummat dengan keadaan kurang nya kefahaman mengakibatkan wujudnya qaumiyyah yang lain.

Astaghfirullah.

Bukankah baik kalau kita menghayati tulisan Syeikh Mustafa Masyhur dalam kitab nya yang masyhur tentang perhubungan antara badan-badan gerakan dakwah.

Atau mungkin mulut kita sahaja yang mengatakan kita mahu mengejar redha Allah tetapi kerja kita dan tindakan kita mengejar pada jumlah-jumlah dan bilangan-bilangan.

Mungkin Allah lambatkan hasilnya kerana dosa -dosa kita. Astaghfirullah. Mungkin Allah mengerti bahawa jika kita mendapat kekuasan pada waktu sekarang tanpa diri kita diuji dan tanpa diri kita dibuktikan kualitinya,maka hancurlah bangsa dan ummat ini.

Dan kadang-kadang mungkin kita tertipu dengan segala yang kita cantikkan dengan bau-bau keislaman tetapi hakikatnya tidak.

Atau mungkin cinta kita ini tidak sampai lagi kepada cinta yang sungguh pada Rabb.

Atau kita ini mahu mengejar apa?

Wallahualam.

p/s:  www.ismaweb.net/v4/2011/06/kepelbagaian-gerakan-islam-hakikat-yang-mesti-diterima/

Rasanya sifat untuk berlapang dada perlu saya pelajari lagi.Astaghfirullah.

Ujian…

Salam.

 

Sekarang berada di LCCT.Sedang menunggu flight ke dua ke langkawi. Alhamdulillah da selamat dengan exam. Dan insyaAllah tak sangkut, maka masuklah ke fasa akhir pembelajaran saya di Miri. Dah masuk final sem dah.. Allahuakbar. Kejap je rasa. Macam baru je lagi masuk foundation. Da tua rupa nya saya. Housemate saya ada sorang budak foundation. Baru lepas SPM.Sama umur dengan adik bongsu saya. Tengok dia, terasa , oooh, dah tua rupanya aku…

Sem ni bukan lah sem yang paling best bagi saya. Ye,FYP satu part yang best..Tapi sem ni banyak ujian yang dialamai. Lebih kepada hal peribadi. Dan banyak kali kalah. Astaghfirullah.

Jadi mari kita muhasabah apa yang kita dah buat. Bila tengojk-tengok balik selama beberapa bulan ni, dan jika ditakdirkan mati esok, barangkali jauh lagi untuk ke syurga. dan neraka itu dekat sahja jaraknya. Astaghfirullah.

Jadi cuti ni mari kita sama-sama cuba perbaiki diri. Masa yang panjang dan free dah Allah bagi. Jadi mari kita sama-sama cuba gunakan untuk perbaiki diri kita sendiri.

Wallahua’lam.

p/s: Sedang memikirkan langkaha-langkah yang akan ditapak dalam masa hadapan dan fasa fasa kehidupan 🙂