Erti Penting nya Sesuatu Bila Ia Sudah Tiada.

Salam.

Minggu ini adalah minggu study week. Minggu depan sudah mula final exam untuk sem ini. Dan minggu depan bermulanya Sem terakhir saya di Curtin University. Sudah 4 tahun rupanya. Bermula dari budak hingusan baru habis SPM ketika awal-awal mendaftar, sehingga menjadi saya sekarang. Subhanallah.Cepat masa berlalu. Banyak pahit manisnya. Banyak kisah nya.

Ya, masa.

Masa yang membuatkan ramai terfikir tentangnya.  Theory Quantum, pendapat Galileo tentang orbitnya matahari bahkan lagi penting nya surah Al Asr, adalah berkisar tentang masa. Tentang penting nya masa.

Saya punya masalah dalam pengurusan masa. Tetapi alhamdulillah, sedang dalam proses untuk memperbaiki. Saya menggunakan tips-tips yang diajar dalam buku Stephen Covey : 7 habits of successful people dan Frank Tabbolt : Sentuhan Kejayaan.

Resepinya mudah : catit apa sahaja yang kita mahu buat esok hari mengikut priority dan berikan timeline sebelum kita masuk tidur setiap malam. Ya, itu yang saya buat sem ini. Daan alhamdulillah,agak berkesan.

Dan akhirnya saya menjadi orang yang agak strict tentang masa.*Mungkin terbukti dengan group FYP saya yang tensyen asyik kene rush untuk on-time*

Menjadi group leader sem ini dengan workload yang sangat dahsyat membuatkan saya betul-betul menghargai masa. Ya,apa yang kami kerjakan sangat berbeza dengan kumpulan yang lain.Lagi pulak sebagai group leader,kita adalah perancang dan strategist. Kerana kami fokus kepada cave dan karstification, jadi ianya adalah yang pertama dilakukan selama ini di university ini dan yang pertama seumpanya di kawasan locality kami. .

Belum ada publication tentang Painted Cave, sebuah gua yang terkenal dengan lukisan zaman purba. Kerana itu supervisor kami berusaha untuk membantu untuk publishkan hasil kerja ini bila ia nya siap kerana ia adalah sesuatu yang agak baru.

Tiada hasil-hasil FYP senior yang kami boleh rujuk. Tidak banyak maklumat dari scholars yang pernah menulis tentang kawasan ini kerana ia tidak dikaji lagi untuk hal berkaitan geology. Semuanya difikirkan sendiri. Eksperimen yang dilakukan group-group yang lain juga tak boleh kami ikut kerana sample yang kami ada berbeza. Kerana itu bagi saya,tiada siapa kita boleh harapkan kecuali diri sendiri dalam usaha yang kita lakukan.Saya belajar tentang itu semester ini. Dan kerana kami di pantau oleh supervisor berbeza,maka hasil dan workload yang kami kena hasilkan juga berbeza. Interim report sahaja sudah semacam Final FYP report. Bila tengok report yang kami hasilkan, saya sendiri terfikir, apa lagi nak buat untuk sem depan?

Maka, masa yang diambil untuk selesaikan kerja ini semua juga adalah sangat lama.Jadi kerana itulah sem ini saya dapat merasakan betapa berharganya masa. Kerana jumlah masa 24 jam sehari yang didepositkan oleh Allah kedalam akaun masa kita semua ini, bagi saya terasa masih tak cukup. Tetapi itu sahaja yang diberikan,maka dengan masa yang diberi itu kita kena lah belajar untuk mengurusnya dengan baik.

Lakukan perkara yang priority. Jika alasan kita mahukan masa untuk diri sendiri dan sebagainya dan dengan itu kerja yang lagi penting tak siap,itu bagi saya alasan yang paling pathetic sekali.

Semalam ketika bersama sahabat-sahabat saya di rumah mereka, kami cuba untuk duduk sebentar dan beriman sejenak. Risau juga barangkali exam ini menjadi beban kepada usaha untuk peningkatan diri. Maka sebelum bermula,ditanya dahulu boleh kah atau tidak. Dan sebenarnya,mungkin saya sendiri yang terlebih risaukan mereka sebab yang bertanyakan bila mahu untuk berjumpa semula,adalah mereka sendiri. Subhanallah. Kalau bijak mengurus masa, tak kan terasa terbeban.

Tetapi kalau lah masa itu kononnya untuk masa sendiri tetapi sebenarnya digunakan untuk perkara yang tak la berapa bermanfaat, agak-agaknya Allah akan bagi tak keberkatan? Agak-agaknya mampukah untuk hasilkan sesuatu yang tidak orang lain dapat fikirkan.

Gunakan masa dengan baik.Buat perkara yang penting. Kita akan rasa berharganya masa itu bila ia sudah semacam tidak ada lagi untuk kita.

Tips saya dari apa saya pelajari :

1.Beli buku planner. Satu investment yang sangat bagus.saya ambil free ketika daftar career workshop curtin.

2. Bahagikan setiap hari kepada beberapa bahagian.contohnya : Study, Personal, Dakwah, Persatuan, FYP and lain-lain.

3. Jadi dibawah setiap subtopic itu sebelum tidur, catitkan dulu plan untuk dibuat esok hari ,serta kan dengan timeline dan  priority.

     contoh :

                    Study : baca lect 1-3  —priority 1 —1 p.m-4.p.m

4. Bila habis je satu hari, perkara pertama sekali tengok dahulu apa yang kita dah dapat selesaikan hari ini. Kemudian cross kan semua yang dapat dibuat. Yang tak dapat dibuat,tuliskan kenapa tak dapat selesaikan hari ini dan kemudian pindah kan ke hari berikutnya.

Mudahkan???

Kerana dengan menulis,kita tetapkan matlamat kita. Ingat, Islam pun mengajar kita begin with ends in mind. Maksudnya menetapkan niat dan matlamat. Sebab itu Rasul bercakap tentang niat pada hadis pertama.

Dan Islam pun ajar kita untuk terus berkerja,kerana itu kalau tak mampu buat perkara yang kita nak buat hari ini,pindahkan esok hari untuk dibuat. Kerana Al Quran mengatakan dalam surah Al Insyirah : 7.Maka apabila telah selesai dari satu urusan,tetaplah berkerja keras untuk urusan yang lain pula.

Lihat, kalau kita pandang Al Quran dengan kaca mata yang betul,tidakkah kita akan jadi manusia paling produktif dan workaholic??

Quran ceritakan ini semua lebih 1000 tahun lebih dahulu berbanding Stephen Covey .

Wallahua’lam.

2 thoughts on “Erti Penting nya Sesuatu Bila Ia Sudah Tiada.

  1. salam bro…..terbaik….all the best for ur final exam….fyp tu mmg terbaik ar…currently mmg oil and gas industry focus more on unconventional play…termasuk lah carbonate ni…..good bro…seriously….chaiyok…rindu same ko wei…jugak rakan2 lain…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s