Selangkah demi selangkah.

salam

surveying

surveying painted cave.x-section.

Nur cahaya!! hehehe. inside Niah Great Cave

Kereta eksiden.Alhamdulillah bawak 2 kereta waktu tu.

fuuuhh!!! power giler imran masak.

Painted cave. ambil sample air stalactite

The Group. Quartz and Talc..Though not everyone in the picture

on the way to CIS welcoming gathering at Luak Bay.Usop si rempit yg bwk

hasil masakan imran.

Subis limestone block.

Subis limestone block.

MerryBrown..after penat excursion, sini je la tempat boleh makan.susah nak carik restoran halal di Niah

Lepas balik Niah, makan di After 3.Sedap.tapi mahal😦

Me and Abbas..tgk je laa..kitorng boss..ahahah..gurau2.

My workstation.disinilah segala idea bermula..sape nak pinjam buku pn boleh.

The team : Quartz Inc. Hope this will be the best year for us!!

Yup… sudah nak habis satu sem. setapak sahaja lagi. Sekarang tengah musim exam.

9/6/11 – Reservoir Engineering

10/6/11- Petroleum Geology

14/6/11- Basin Analysis

Sehabis je exam ni,maka melangkah ke final sem. Dan maksudnya , tamat perjalanan 4 tahun lebih di bumi miri. Exam kali ini adalah usaha untuk menaikkan markah .. Alhamdulillah, 4 tahun disini banyak benda yang dapat belajar. Banyak pengalaman yang dapat ditimba.

Sem ini, ada pahit manis nya.. Ada banyak ceritanya. Tapi itu yang mengajar kita kan.Alhamdulillah ,sem ini dapat hasilkan kerja yang saya sangat gembira dengan hasilnya. Kami buat kerja agak special sikit. Kaji gua. Tajuknya Niah Geology with focus on Painted Cave Geology and Karstification.   Dibuat dengan kebenaran Forestry Sarawak,maka akan dipublish juga lah oleh forestry. Supervisor kami juga kata nak tolong publishkan.

Kerana apa yang dilakukan adalah pioneer studies maka mungkin apa yang kami hasilkan akan menjadi rujukan. Tak pasti tentang itu. Tapi usaha je buat terbaik. Saya amat sukakan competition dan FYP ini menjadi playgorund saya sebenarnya.

Saya juga bersyukur mendapat team yang best. Ye, ada jugak gaduhnya. Ada juga berbalahnya. Tapi bagi saya, kita semua berbeza tapi yang penting adalah kita kena hasilkan sesuatu bersama-sama. kerja mesti jalan. Tak kisah apa nak jadi sekalipun,yang penting kerja dan hasil terbaik kena ada. Sebab, bagi saya, sekarang ini kalau rasa nak menangis, rasa nak putus asa, rasa nak marah, rasa nak penat, tu semua cuma bayaran untuk hasil akhir. Nak dapat kan sesuatu ada bayaran dia. Tak ada yang free. Dan bila kita sudah dapat hasilnya, barulah rasa terbayar.

Sekarang, cuma untuk usaha dalam exam. Improvekan grade. Dan next sem akan jadi perkara yang sama. FYP dan exam. Dan sekarang juga sedang usaha untuk mencari ruang kerja yang membolehkan saya tinggal menetap di tanah borneo ini.Mungkin pelik juga keputusan ni.

Saya suka Miri ini. Tempatnya aman. Tak stress. Orang nya baik.Peluangnya besar. Waktu saya cakap dekat mak saya yang mahu cari kerja di Miri, dia tanya ” Along dah jumpa sesiapa ke?” .. Bukan sebab jumpa orang. Belum lagi. Tapi sebab rasa selesanya tinggal disini. Peluangnya luas. Medannya terbuka. Sama ada untuk dakwah, kerja dan kehidupan..Sangat luas.

Tapi sebaik kita nak merancang hala tuju hidup kita, mungkin Allah ada perancanganNya sendiri.

Yang penting kita usahakan yang terbaik.

Wallahua’lam.

Doakan saya dalam exam saya dan kawan-kawan saya.

*gambar di atas byk gambar FYP aje.gambar lain,kene simpan dulu.

One thought on “Selangkah demi selangkah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s