Heat. Time. Pressure.

Salam..

Heat. Time. Pressure.

Di dalam membicarakan tentang geologi, inilah 3 perkara penting dalam rock cycle dan dalam apa sahaja. Parameter yang sangat penting mempengaruhi sesuatu subject.

 Sama ada coal, diamond, Au, Ag mahupun crude oil sekalipun, inilah 3 perkara penting. Cuma dalam kadar yang berbeza. Jika sesuatu material itu mampu bertahan, maka ia mungkin akan jadi material baru yang tinggi kualitinya.  Jika tidak, mungkin ia akan jadi material yang tidak berkualiti atau pun cuma hancur begitu saja.

Contoh nya the same material, Carbon, dalam keadaan tertentu, ia cuma menjadi coal.Tetapi dalam suasana yang lebih tinggi tekanan, suhu dan masa, ia menjadi Diamond. Masih lagi Carbon..Tetapi kualiti yang berbeza.

Ya, dan itu juga yang sebenarnya membentuk manusia. Heat. Time. Pressure.

Haba (Kepanasan,Ujian).

Masa.

Tekanan.

Cuma perkara yang sama membentuk seseorang.

Ujian. Masa. Tekanan.

3 perkara yang setiap waktu bersama kita..Dan jika kita mampu melepasi 3 perkara terbabit, kita mungkin akan punya kualiti yang baru. Jika tidak,barangkali kita cuma mampu duduk dan menerima.

Ujian. Masa. Tekanan.

Dan bersyukurlah dengan ada ketiga hal ini. Kerana tanpa Allah menganugerahkan kepada kita, kita mungkin tak menjadi seperti kita yang ada sekarang.

 

 

al ankabut : 1-2

Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?  

      

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s