Bersihkah Bersih?

Assalam.

Malaysia kita ini sudah semakin kacau rasanya. Kacau dengan bermacam kerenah politik yang pelik-pelik. Barangkali Malaysia ini makin menjadi seperti Thailand.Perang Merah dan Kuning.

Saya adalah cuma seorang mahasiswa. Ramai orang yang mungkin lebih tua dari pada saya mengatakan kami ini muda. Patut duduk diam, belajar, senyap dan biarkan mereka yang lebih berhak [kononnya] untuk menjalankan kerja.

Barangkali mereka tidak baca sejarah agaknya yang kebanyakan revolusi dan perubahan dalam sejarah adalah dari tenaga orang muda yang menjadi bahan bakarnya.

Dari zaman para Nabi,zaman Nabi Muhammad juga bahkan ketika era kini, malah paling baru di Timur Tengah, ia didokong oleh orang muda!!!

Perjuangan ini sebagaimana saya baca dalam suatu majalah tulisan seorang yang dihormati, perjuangan ini di mulakan oleh orang alim.Mereka ini yang punya idealisme. Dan disokong dan di dokong oleh pemberani.Lalu di dabik dada ketika kejayaan yang datang oleh sang pengecut.

Dan setahu saya, kebanyakan mereka yang menjadi bahan bakar yakni sang pemberani ini adalah orang muda yang mereka ini tidak pun mahu menjadi menteri.Cuma mereka mahu menegakkan prinsip mereka.  Itu sahaja.

Jadi kenapa tidak anda cuba berhenti sekajp dan mendengar apa yang kami cuba katakan.Ya,kami kurang kematangan menurut anda, tetapi mungkin dengan kenaifan kami, kami lebih mudah memandang antara haq dan bathil. Kerana kami tidak ada apa untuk dipertahankan kecuali prinsip kami. Kami tidak perlu mahu pertahankan jawatan dan pangkat kami semacam anda. Tak perlu pertahankan untuk peluang melobi kontrak billion ringgit.

…………………………………………………………………….

Berhubung dengan itu mungkin saya ingin mengulas sedikit tentang isu Bersih. Bersih yang mungkin bagi anda adalah bersih dan mungkin juga kotor.

Dibaca dalam harakah bunyi nya lain. Dibaca dalam utusan bunyinya lain. Bagi sesetengah orang, ya, ia mungkin adalah satu revolusi untuk menegakkan keadilan dalam proses pilihanraya. Bagi sesetengah yang lain pula adalah untuk menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman.

Alhamdulillah, ada wujud mereka yang masih berhati sensitif terhadap kerosakan ummat.

Tetapi, mari kita teliti dengan lebih mendalam. Pemain utama Bersih ini adalah parti parti politik tertentu dengan kerjasama sekali beberapa aktivis terutamanya Datuk Ambiga.

Pemain utama ini bercampur-campur karakternya. Pas, DAP,PKR ,dan macam macam lagi.

Mungkin ada yang benar mahu menjatuhkan kezaliman jika mereka mengatakan yang kerajaan yang ada sekarang ini adalah kerajaan yang sangat zalim.

Masa yang dilancarkan juga sangat kena dengan kejatuhan kerajaan zalim di Timur tengah. Tetapi benarkah zalim nya kerajaan yang ada sekarang ini?

Pakatan Rakyat menguasai 5 buah negeri. Jumlah yang besar.Hampir separuh negara ini. Mereka adalah sebuah model kerajaan kalau mahu diikutkan. Bukan juga sedikit kekacauan yang berlaku. Takkan semua nya juga mahu disalahkan pada UMNO?

Saya bukan pendokong UMNO. Saya faham benar dunia politik ini dan kotornya ia jika tidak disibghah dengan Islam.Dan itu bukan untuk saya. Tetapi tak bermakna saya juga menyokong aspirasi PKR atau DAP.

Jika ditanya pada mereka yang pro-pembangkang ini, maka bermacam dalil dikemukakan betapa zalimnya kerajaan ini. Tetapi jika dirujuk kepada mereka jasa-jasa yang dibuat oleh kerajaan yang ada, maka alasan mereka, itu kan tanggungjawab kerajaan.

Bila ditanya pula pada pendokong kerajaan, maka mereka mengatakan pembangkang ini zalim.Memecahbelahkan bangsa. Ada yang diperkudakan.

Ah,sudah.Semua nya tak betul.

Susah juga. Maka bagi saya, saya memilih kebaikan. Bukan bermaksud saya tidak pilih satu-satu parti saya akan masuk neraka. Neraka itu dan Syurga serta keindahannya, adalah urusan Allah.

Kena diingat juga, dalil jika tidak mengikut jemaah ini adalah jemaah rasullullah. Bukan jamiatul minal muslimin.

Jadi jika kita menimbang baik buruk, mari kita lihat pada individu pendokongnya. Datuk Ambiga. Beliau memang kita kenali adalah seorang yang mempertahankan isu murtad dalam kes Lina Joy.Beliau juga pendokong dalam IFC.

Maka jelas sekali, dia ini memusuhi Islam. Baik, jika anda berdalil, orang yang murtad ini jika kita tahan pun memang tidak mampu kita mahu buat apa. Orang yang murtad ini cuma mahu melakukannya secara formal sedangkan i’tikad nya sudah bukan lagi Muslim.

Tetapi bukan itu saya bincangkan. Yang saya bincangkan ini adalah Ambiga ini. Jika jelas lagi bersuluh dia ini cuba mempertikaikan sedangkan dia ini adalah orang terpelajar, maka jelas dia menggunakan akal dan skill nya untuk menentang undang-undang yang cuba untuk memelihara Islam. Ya,undang-undang itu mungkin tidak sempurna tetapi kita faham ia cuba untuk melindungi Islam ini. Jadi ,bukankah tindakan itu adalah tindakan menentang?

Dan bukankah haram jika kita sama sama bersekongkol dengan orang yang cuba untuk menjatuhkan Islam ini.

DAP tidak perlu lah kita persoalkan. Kita sudah kenal mereka ini macam mana.

Ya,kita memahami, UMNO ini dan sekutunya memang telah banyak melakukan noda. Tetapi bukankah mereka juga sudah banyak menabur jasa??

DAP , PAS dan PKR juga telah banyak menabur jasa. Kita faham.Dan banyak juga noda. Itu pun kita faham.

Tetapi,adakah yang akan dibawa selepas ini adalah kebaikan juga?

Adakah nama Pakatan Rakyat benar-benar mewakili rakyat?

Adakah nama Umno sebagai Juara Rakyat benar-benar memenangkan rakyat?

Kita selidik betul-betul sebagai orang atas pagar.Lihat dengan hati terbuka. Pilih dengan betul.Jika tidak mahu mendokong pun tidak apa. Tetapi pilihlah kebaikan.

Tidak semua yang dibuat kerajaan ini benar.Banyak juga zalimnya. Tetapi tidak sikit yang dilakukan dan jasa mereka ini banyak baik nya. Banyak cantiknya.

Pembangkang juga begitu. Jadi pilihlah dengan hati terbuka. Jangan tutup hati.

Jangan kerana kita pandang satu pihak sahaja zalim maka dia ini sepenuhnya syaitan. Sedangkan UMNO itu didokong oleh orang Islam. Yang cuma masalahnya terlalu ultra-melayunya.Tetapi mereka ini tetap seorang Muslim.Bukan kafir.

Yang ternyata kafir yang memusuhi, sudah kita kenal siapa.

Yang anda pilih sekarang bukan hitam atau putih.Cuma kelabu yang kurang lebih kekelabuannya.

Cuba anda tanggalkan pakaian parti itu daripada warnanya dan lihat pada prinsipnya. Tanggalkan slogan-slogan Hidup Melayu, Hidup Cina,Keadilan untuk semua, Negara berkebajikan dan lain-lain,lantas lihat pada prinsip perjuangan mereka dan apa yang telah mereka perjuangkan.Tanggalkan pada pandangan anda sekalian jubah,serban,kot labuh,kemeja,songkok dan lain nya lalu lihat pada prinsip perjuangan mereka.

Saya pasti mahu atau tidak, anda terpaksa mengakui anda akan mampu lihat mana kelabu hampir putih,mana kelabu hampir hitam.

Wallahualam.

Saya cuma mahasiswa yang sayangkan negara.Jangan tangkap saya.

2 thoughts on “Bersihkah Bersih?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s