According to plan.

Benarkan seperti yang dikata. Perhimpunan dirancang. Dan sudah pasti dengan keadaan sedemikian akan timbul huru hara.

Mereka sudah pasti dan tahu. Dan sekarang ini isu-isu yang dimain bukan lagi apa yang asal mereka bawakan tetapi adalah kekejaman itu dan ini berlaku pada hari yang mereka memulakan sendiri.

Ini tidak lebih daripada taktik politik.Dilakukan perhimpunan dekat dengan waktu pilihanraya. Dan dengan wujudnya ia pasti akan jadi satu keadaan huru hara. Lalu kemudiannya disebarkan ke media media mereka dan rakyat menjadi marah.  Pilihanraya tidak boleh lagi ditunda. Tuduhan-tuduhan makin banyak dilempar.Benar atau tidak kita tak tahu.Diserta dengan gambar kononnya sebagai bukti.

Dua-dua melampirkan bukti cuma ceritanya sahaja berbeza. Topiknya sama.

Mainan politik.

 

p/s: saya bukan tidak menyokong kebaikan yang dibawa.tetapi apa yang dilakukan lebih menampakkan curiga. Lebih menampakkan agenda lain. Mmempergunakan sebilangan rakyat yang berhati bersih ibarat buah buah catur yang dikorbankan tanpa mereka tahu.Jika orang lain yang lebih ikhlas melakukan saya sendiri akan terjun bersama.

Menangislah

Menangislah!

Karena tangisan awan, taman pun tersenyum
Karena tangisan bayi, air susu pun mengalir

Pada suatu hari ketika bayi tahu cara, ia berkata
“Aku akan menangis agar perawat penyayang tiba”

Tidakkah kamu tahu bahwa Sang Perawat Agung
Tidak akan berikan susu jika kamu tidak meraung

Tuhan berfirman, “Menangislah sebanyak-banyaknya”
Dengarkan, anugrah Tuhan kan curahkan air susunya

Tangisan awan dan panas mentari
Adalah tiang dunia, rajutlah keduanya

Jika tak ada panas mentari dan tangisan awan
Mana mungkin bakal kembang semua badan

Mana mungkin musim silih berganti
Jika kemilau dan tangis ini berhenti

Mentari yang membakar dan awan yang menangis
Itulah yamg membuat dunia segar dan manis

Biarkan matahari kecerdasanmu terus-menerus terbakar
Biarkan matamu, seperti awan, kemilau karena airmata yang keluar

Menangislah seperti rengekan anak kecil, jangan makan rotimu
karena roti jasmanimu akan mengeringkan air ruhanimu

Ketika tubuhmu rimbun dengan dedaunan yang subur
Siang malam batang rohmu melepaskannya seperti musim gugur

Kerimbunan tubuhmu adalah kerontangan rohmu
Segeralah, jatuhkan tubuhmu, tumbuhkan rohmu!

Pinjami Tuhan, pinjamkan kerimbunan tubuhmu
Tukarkan dengan taman yang merkah dalam jiwamu

Berikan pinjaman, kurangi makanan badanmu
Biar tampaklah muka yang dulu tak terlihat matamu

Ketika badan mengeluarkan semua kotoran keji
Tuhan mengisinya dengan mutiara dan kesturi

Orang itu telah menukar kotoran dengan kesucian
Dari “Dia sucikan kamu” ia peroleh kenikmatan

 

-Jalaluddin Ar Rumi-

I ask myself….

Salam..

(1)

Sekarang kan dah mula sem baru.alhamdulillah.Dah final sem. Saya baru je 22 tahun. Kawan-kawan sama batch dengan saya dekat sekolah dulu sekarang ni still ada 1-2 tahun lagi nak habis. Yang medic maybe lagi lama.

Result lepas,alhamdulillah. Tak lah excellence tapi alhamdulillah.

Sekarang ni tengah usha-usha company yang ada untuk cari kerja.Dulu ingat mahu sambung belajar dan jadi lecturer.Tetapi selepas beberapa nasihat dan perbincangan, maka perancangan ditukar. Saya mungkin akan cuba cari kerja di Miri. Tetapi nasihat dari berbagai orang yang saya percaya ada pandangan berbeza. Pilihan nya sama ada di Miri atau di KL. Dan harapnya tak lah terlampau buzy. Tapi di mana pun kita,kita ini daie sebelum sesuatu yang lain.

Terus terang, saya agak takut juga nak menghadapi pasca graduan ni.Yelah,proses mencari kerja.Proses itu dan ini. Tapi takut-takut pun rasa excited. Rasa excited nya terlebih dari rasa yang lain. Semacam ada nya adrenaline pumping.

Saya ni semacam adrenaline junkie. Ada motor,saya bawak laju-laju[atas jalan lurus la]. Saya suka caving.Masuk gua. Selain exercise di gym,suka main wall climbing waktu cuti. Saya suka benda yang mencabar kemampuan.

Yang buat hati dan badan rasa macam membuak-buak. Macam rasa nak terjun. Macam tu lah rasa nya.Takut tu memang takut. Tapi sebab terlebih excited la kot.

Tapi yang caving ,wall climbing and benda-benda lain yang saya buat tu,cuma hobby je..

InsyaAllah ,tetapkan hati.Rezeki milik Allah.Cuma usaha sahaja.  Kena ada usaha buat resumee dan black and white nya.Kena ada usaha luaskan jaringan hubungan sebanyak-banyaknya.Kena tak malu nya bertanya.Perancangan nya kena ada.  Apa pun yang kita try buat, kena ada perancangan.

Semoga ada yang terbaik untuk saya. Doakan saya ye.

(2)

Dah nak grad ni pun, kalau saya balik kampung cuti-cuti, mesti ada satu format soalan lazim seperti ” duduk dekat sana dah ada ‘kawan’ ke belum? ” , ” Dah ada berkenan ke tak?” ,  ” Dah ada girlfriend?”

Mungkin ada yang ‘up’ sikit : ” Ni lah yang nak kenal kan dengan si xxxxx ni”, “Berkenan tak dengan si xxxx ni?”

Tak kira lah soalan tu dari siapa pun. Keluarga,saudara mara,kawan kepada keluarga.. Selalunya senyum je lah dan gelak-gelak.

Saya baru 22. Ya,memang seawalnya nikah itu adalah yang terbaik. Tetapi bagi saya , jika itu adalah keperluan baru lah dimulakan. Jika ia nya menjadi satu kebaikan bukan menjadi kezaliman baru lah dimulakan. Jika ianya sudah sampai sebagai satu arahan, maka insyaAllah.

Saya tak nak lah ia menjadi terlampau gopoh sangat tanpa melihat dengan matang apa persediaan yang diperlukan dan oleh kerana gopohnya diri, jadi satu kezaliman.

Mungkin muka saya nampak agak tua dan penampilan serta kadang-kadang gaya bercakap dan saya dah hampir nak grad buat kan ramai fikir saya dah lebih kurang 24 tahun keatas dan kerana itu banyak sangat solana semacam tu ditanya.

Senangnya jika rasa waktunya sudah sampai, mungkin parents saya yang carikan. Atau paling cantik, mereka yang sama dalam apa yang saya lakukan ini yang memikirkannya.

Susah juga nak buat tak kisah pasal benda ni kalau asyik diusik dengan soalan sebegini.

(3)

Nak grad ni saya juga terfikir apa yang selama ini saya dah lakukan. Dah 4 tahun disini. Apa bakti yang saya dah buat. Apa keburukan yang saya dah lakukan? Berapa banyak orang yang dah saya sakiti. Macam mana dengan apa yang dah diusahakan selama ni. Terlampau banyak persoalan. Mungkin ada dua sahaja sebab kenapa banyak sangat persoalan,mungkin saya kurang usaha atau mungkin kurang nya tawakkal.

Astaghfirullah.

(4)

Kalau kita sedar keburukan kita dan kita cuba ubah dan ubah tetapi sukar juga untuk memperbaiki, sekurang nya keburukan yang 100 tadi paling tidak sudah turun 99.9 . Yang penting usaha. Dan itu yang cuba saya lakukan.

(5)

Orang yang ikhlas, hatinya akan bersatu. InsyaAllah.

Waallahualam

jom baca cerita ni..

saya cuba buat satu cerita.   kalau lah satu hari,cuma kalau ok, ada sekumpulan orang datang dan buat petisyen untuk mintak satu kedai runcit turunkan harga barang.. harga nya dah ok tapi maybe orang lain rasa mahal.

jadi ramai la orang sokong dia.sebab niatnya dan demand nye cantik..pelanggan yang hati bersih pun nak kanlah menyokong sebab on paper nampak benda ini semua adalah keadilan.adalah untuk tuntut hak

 

kemudian sebulan lepas tu kumpulan orang tu juga yang bukak kedai baru cuba jual pada harga relative sama.  dan ketika itu maka mereka dah dikenali ramai orang dan slogan kedai mereka adalah kedai rakyat..nama nya sahaja kedai rakyat..

orang kata apa , rebranding.. cuma tukar nama.

rasa nya anda faham kot apa yang saya cuba sampaikan. demand nya dah cantik tapi betul ke itu demandnya.atau cuma untuk menarik sokongan rakyat marhaen. Persoalannya kenapa sekarang?

 

kenapa tidak sewaktu sejurus selepas pilihanraya lepas ketika mereka mengatakan bertimbun bukti SPR korup?

Kenapa sewaktu perbicaraan Anwar Ibrahim dalam fasa fasa penting pengadilan?

 

 

Dan paling penting, kenapa ketika sangat hampirnya dijangka pilihanraya akan berjalan tahun ini?

 

 

Bersihkah BERSIH???

Atau kamu yang membaca mungkin tertipu dengan cantiknya slogan dan indahnya nama tapi dijadikan bidak bidak catur yang diperkudakan.Dan kita pula berasa gembira kerana telah berada dalam satu sejarah kononnya sejarah perjuangan..atas nama kononnya agama dan negara.

 

Wallahua’lam

 

p/s: kalau dilihat ini dari sudut strategi, ini semua adalah gameplay yang sangat baik.

start of a semester…end of a journey.

Salam.   Sudah sampai miri. Esok akan ke kem ILUVISLAM goes to borneo. tadi terkandas di lcct.sepatutnya sampai pukul 6.45 tapi fight patah balik.

 

sem terakhir dah mula.dah nk habis.dan bermula nanti perjalanan baru.

 

doakan saya.dalam belajar dan mencari kerja.

 

[p/s:job hunting.sedang mencari peluang kareer sebagai geoscientist/geologist.jika ada input boleh la kongsi-kongsi ye]

Mengharap Pada Yang Terbaik

Assalam.

Tak lama lagi result sem lepas akan keluar. Jujur, rasa risau itu memang ada. Tapi insyaAllah, apa yang dapat nanti ada kebaikannya.  Doakan saya dan kawan kawan saya.

Jika lepas dengan keputusan kali ini, cuma tinggal satu Sem sahaja lagi.Hanya setapak lagi.

Jauh sudah rupanya berjalan. Sekarang perjalanan yang ini sudah hampir tamat dan hendak memulakan perjalanan baru.

Sama ada berkerja atau sambung master, saya cuma harapkan yang terbaik. Sem depan adalah sem terakhir.Harap juga yang terbaik. Dengan FYP dan 3 subjek lain. Kalau boleh saya mahukan sem depan adalah sem yang paling bermakna.

Planning yang dah dirancang selama ini sudah mula untuk dijalankan. Ketika singgah ke K.L minggu lepas dalam trip balik kampung di Melaka dan menghantar adik saya ke UNiten, saya sempat menziarah seorang yang sangat saya hormati.Mendengar nasihat dari orang yang seusia abah saya sendiri, bagai meneguk minuman yang melenyapkan dahaga. Ya, bagai mendengar nasihat dari abah dan mama saya, ia nya seperti mutiara yang sangat berharga kerana itu semua datang dari pengalaman.

Dan dapat juga mendengar sedikit bingkisan nasihat dan taujih dari beliau.

Ya,benar..kita selalu ingin merancang sesuatu. Kita rasakan yang kita rancang itu adalah yang terbaik untuk apa yang kita perjuangkan. Tetapi perancangan itu perlu matang. Bukan cuma sekadar semangat.

Banyak aspek perlu dilihat. Tidak kira dalam perancangan untuk apa-apa pun ; kerjaya, berkeluarga dan apa sahaja. Semua itu perlu strategi yang jitu. Tidak cuma sekadar ikut rasa dan semangat.

Nasihatnya pada saya ; sepatutnya kerjaya, keluarga dan apa pun adalah alat untuk dakwah. Ya.Ianya alat. Bukan matlamat.

Ya, berkorban itu perlu. Kadangkala kita inginkan sesuatu menurut rasa hati kita tetapi atas dasar sesuatu  perkara, ada yang lain perlu dikorbankan.

Tetapi pengorbanan itu juga perlu banyak kita lihat aspeknya.Ada dalilnya. Sahabat Rasulullah pergi berjihad dan tidak risau akan ehwal keluarganya bukan lah hanya kita pandang sebegitu sahaja tetapi mereka sudah meyakini bahawa ada sahabat-sahabat yang akan menjaga ehwal keadaan keluarganya dan tarbiyyah anak-anak nya ketika dia tiada atau syahid.

Bukankah Islam itu menjaga isu perasaan dan manusiawi nya seorang manusia.

Senang kata nasihatnya,  pengorbanan itu perlu dengan iman. Perancangan itu juga perlu berserta dengan keimanan.

Dan perlu berstrategi. Banyak perkara yang perlu diteliti. Mungkin kerana saya masih muda,maka pengalaman itu kurang.Jadi pandangan ini singkat.

Takut-takut dengan niat melakukan kebaikan, mudharat pula yang dihasilkan akibat tiada perancangan yang betul.

Bersyukur mendapat nasihat dari mereka yang sudah lama dalam merasa pengalaman hidup.

InsyaAllah, tidak kira di bumi  mana pun dicampak,apa pun yang berlaku, perjuangan itu mesti diteruskan.

Wallahua’lam.

p/s: lupe nak bayar excess bill..x dapat le nk tengok result ni ..adehhh