Mengharap Pada Yang Terbaik

Assalam.

Tak lama lagi result sem lepas akan keluar. Jujur, rasa risau itu memang ada. Tapi insyaAllah, apa yang dapat nanti ada kebaikannya.  Doakan saya dan kawan kawan saya.

Jika lepas dengan keputusan kali ini, cuma tinggal satu Sem sahaja lagi.Hanya setapak lagi.

Jauh sudah rupanya berjalan. Sekarang perjalanan yang ini sudah hampir tamat dan hendak memulakan perjalanan baru.

Sama ada berkerja atau sambung master, saya cuma harapkan yang terbaik. Sem depan adalah sem terakhir.Harap juga yang terbaik. Dengan FYP dan 3 subjek lain. Kalau boleh saya mahukan sem depan adalah sem yang paling bermakna.

Planning yang dah dirancang selama ini sudah mula untuk dijalankan. Ketika singgah ke K.L minggu lepas dalam trip balik kampung di Melaka dan menghantar adik saya ke UNiten, saya sempat menziarah seorang yang sangat saya hormati.Mendengar nasihat dari orang yang seusia abah saya sendiri, bagai meneguk minuman yang melenyapkan dahaga. Ya, bagai mendengar nasihat dari abah dan mama saya, ia nya seperti mutiara yang sangat berharga kerana itu semua datang dari pengalaman.

Dan dapat juga mendengar sedikit bingkisan nasihat dan taujih dari beliau.

Ya,benar..kita selalu ingin merancang sesuatu. Kita rasakan yang kita rancang itu adalah yang terbaik untuk apa yang kita perjuangkan. Tetapi perancangan itu perlu matang. Bukan cuma sekadar semangat.

Banyak aspek perlu dilihat. Tidak kira dalam perancangan untuk apa-apa pun ; kerjaya, berkeluarga dan apa sahaja. Semua itu perlu strategi yang jitu. Tidak cuma sekadar ikut rasa dan semangat.

Nasihatnya pada saya ; sepatutnya kerjaya, keluarga dan apa pun adalah alat untuk dakwah. Ya.Ianya alat. Bukan matlamat.

Ya, berkorban itu perlu. Kadangkala kita inginkan sesuatu menurut rasa hati kita tetapi atas dasar sesuatu  perkara, ada yang lain perlu dikorbankan.

Tetapi pengorbanan itu juga perlu banyak kita lihat aspeknya.Ada dalilnya. Sahabat Rasulullah pergi berjihad dan tidak risau akan ehwal keluarganya bukan lah hanya kita pandang sebegitu sahaja tetapi mereka sudah meyakini bahawa ada sahabat-sahabat yang akan menjaga ehwal keadaan keluarganya dan tarbiyyah anak-anak nya ketika dia tiada atau syahid.

Bukankah Islam itu menjaga isu perasaan dan manusiawi nya seorang manusia.

Senang kata nasihatnya,  pengorbanan itu perlu dengan iman. Perancangan itu juga perlu berserta dengan keimanan.

Dan perlu berstrategi. Banyak perkara yang perlu diteliti. Mungkin kerana saya masih muda,maka pengalaman itu kurang.Jadi pandangan ini singkat.

Takut-takut dengan niat melakukan kebaikan, mudharat pula yang dihasilkan akibat tiada perancangan yang betul.

Bersyukur mendapat nasihat dari mereka yang sudah lama dalam merasa pengalaman hidup.

InsyaAllah, tidak kira di bumi  mana pun dicampak,apa pun yang berlaku, perjuangan itu mesti diteruskan.

Wallahua’lam.

p/s: lupe nak bayar excess bill..x dapat le nk tengok result ni ..adehhh

One thought on “Mengharap Pada Yang Terbaik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s