jom baca cerita ni..

saya cuba buat satu cerita.   kalau lah satu hari,cuma kalau ok, ada sekumpulan orang datang dan buat petisyen untuk mintak satu kedai runcit turunkan harga barang.. harga nya dah ok tapi maybe orang lain rasa mahal.

jadi ramai la orang sokong dia.sebab niatnya dan demand nye cantik..pelanggan yang hati bersih pun nak kanlah menyokong sebab on paper nampak benda ini semua adalah keadilan.adalah untuk tuntut hak

 

kemudian sebulan lepas tu kumpulan orang tu juga yang bukak kedai baru cuba jual pada harga relative sama.  dan ketika itu maka mereka dah dikenali ramai orang dan slogan kedai mereka adalah kedai rakyat..nama nya sahaja kedai rakyat..

orang kata apa , rebranding.. cuma tukar nama.

rasa nya anda faham kot apa yang saya cuba sampaikan. demand nya dah cantik tapi betul ke itu demandnya.atau cuma untuk menarik sokongan rakyat marhaen. Persoalannya kenapa sekarang?

 

kenapa tidak sewaktu sejurus selepas pilihanraya lepas ketika mereka mengatakan bertimbun bukti SPR korup?

Kenapa sewaktu perbicaraan Anwar Ibrahim dalam fasa fasa penting pengadilan?

 

 

Dan paling penting, kenapa ketika sangat hampirnya dijangka pilihanraya akan berjalan tahun ini?

 

 

Bersihkah BERSIH???

Atau kamu yang membaca mungkin tertipu dengan cantiknya slogan dan indahnya nama tapi dijadikan bidak bidak catur yang diperkudakan.Dan kita pula berasa gembira kerana telah berada dalam satu sejarah kononnya sejarah perjuangan..atas nama kononnya agama dan negara.

 

Wallahua’lam

 

p/s: kalau dilihat ini dari sudut strategi, ini semua adalah gameplay yang sangat baik.

4 thoughts on “jom baca cerita ni..

  1. betulkah perjuangan atas nama Allah? atau hanya kerana kemarahan yg membuak2 kepada pemimpin negara? dapatkah “perjuangan” ini meningkatkan iman seseorang walaupun hanya untuk sehari? nicely written Tajul. =)

Leave a reply to nurha Cancel reply